adverts

Monday, March 30, 2009

Kenapa Jebat tewas?


Kenapa Jebat tewas? DALAM Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang menjadi watak kedua paling menonjol dalam mitos itu telah tewas di tangan Hang Tuah. Sebenarnya mitos Tuah dan Jebat ini sudah menjadi milik rakyat dan semua lapisan tahu galur cerita dari kecil hingga membawa kepada pembunuhan Jebat.

Mitos ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang Melayu ini. Banyak tafsiran dibuat terutama dengan mengaitkan psikik orang-orang Melayu dengan watak-watak yang ada dalam Hikayat Hang Tuah. Ada yang melihat Tuah sebagai wira kerana setianya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan.

Jadi, mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberi tafsiran demi tafsiran dan sebenarnya ia tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang Melayu. Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik Melayu. Lihatlah, Sultan Melaka telah menganiaya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati. Tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan, rakyat bukan menyalahkan sultan tetapi Jebat. Ini kerana Jebat bukan berada dalam kelompok arus perdana.

Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan. Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus. Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat. Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.

Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain Politik selamat?apabila dia berada dalam kelompok majoriti atau pandangan arus perdana. Tuah tidak berani menegur sultan walaupun sultan melakukan kesalahan. Jebat bukan saja berani menegur malah menyuruh sultan meninggalkan istana kerana dia percaya dia lebih layak menjadi sultan. Malangnya orang Melayu kerana mempunyai Tuah, wira yang tidak berani membetulkan sultan. Maka yang menewaskan Jebat bukanlah keris Taming Sari saja.

Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza. Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau Jebat mahu terus dibunuh. Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan Jebat yang berani melontarkan pandangan tidak popular. Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap!




credits to the original author

senyum seindah suria...

bangun jek pagi nih aku terus jenguk blog...terpikir dan berfikir ape yg aku nak isik. Dengan panasnya matahari pagi ni, tetibe aku teringat scene beberapa ari lepas. Ade la sorang pak cik tu poyo gile. haku senyum kat dia boleh die pandang slek jek.rasa nak campak je kat parit kecik tepi tu... buat semua orang, kalau orang senyum kat kita walaupon die tu gila, kene la kita balas balik senyuman tu.biarlaa korang takde gigi ke..senyuman korang tak menawan ke, senyuman tu sedekah.tak rugi der pon kalau senyum..

Disebabkan ayah aku sebok sangat soh letak gamba bebanyak kat blog ni, maka arini aku tepek la gamba2 senyuman yg mampu menceriakan hidup korang.....hish bapak aku nih, beli la DSLR sebijik kalau nak letak gamba bebanyak








salam senyum sume. jangan masam2 muke.tak elok wa cakap lu.jgn jadi cam mereka bertiga nih.hehehehe, tak dapat makan cendol nyer pasal la ni kot.









Sunday, March 29, 2009

gelak tawa itu sihat...

Aku terlalu bangang ketika ini untuk berfikir ape mende aku nak post malam neh.(ketika ni je laa)

lalu aku pikir, ah carik bahan lawak2 best nih dan lantas ku gugel ape je bende2 yg kurasakan kelakar...bagi aku laa.

lawak 1: manual to speak malay

ooo..nak cakap melayu ye.. suruh je mat saleh follow manual kat bawah neh.... ade hati
1. BELACAN = BELL - ARCH - UN
2. TEMPE = TEMP - AIR
3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. JERING = JAR - INK
5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG
6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG
8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT
9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK
10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. PEKASAM = PEAK - A - SOME
13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN
14. SIRAP = SAY - RUBB
15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY

lawak 2:Kisah Ferarri, Evo7 and Kelisa

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kelisa tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "
Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

lawak 3:AKTA 15.....KONON

Sepasang kekasih baru yang bekerjasebagai pekerja sosial.. Hamiddan Rosni selalu bersama walau kemanajua.. Suatu malam ketikamereka berdua keluar berdating...
Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana punboleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita kepantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta..
Mulanya berbual biasa..lama-k­elamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah...hin­ggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.."Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"Lalu mereka pulang... Di rumah..
Hamidterus masuk kebilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­.."Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"
p/s: jemm jek....

Monday, March 23, 2009

Ils sont les meilleurs, Sie sind die besten, These are the champions....


Lagu tema champions league yg berkumandang tiap kali perlawanan bermula seakan memberi semangat dan roh yang seakan semacam kepada semua fan2 bola sepak eropah. pejam celik, dah sampai suku akhir dah pon season 2008-2009 nih. Tinggal 8 team berjuang untuk menobatkan diri mereka selaku KING OF EUROPE. So kali ni, aku nak preview sikit upcoming fixture dan bagi sket info mengenai team2 ini....akhir kata, The road to ROME begins again!!!
Villareal CF- The Yellow Submarine
sebuah team yang average tapi sangat attacking. duo striker diorang iaitu Joseba Llorente dan Nihat Kahveci mmg terkenal di sepanyol sebagai antara striker yg digeruni. Personally, aku mmg minat ngan Llorente ni coz die nih almost like fernando torres kalau tak sebab umur die yg tua tu, mesti die dah power gile skang. Antara feature players yg mesti diberi perhatian ialah Robert Pires. and aku teruja nak tengok bagaimana reaksi fans arsenal terhadap Pires. a must see acts. Lain2 player ialah Marcos Senna, Joan Capdevilla, dan Giuseppe Rossi.
Winning Possibility: 4/10 - Better luck next season.
Arsenal FC- The Gunners
team yg digeruni.sangat balance di semua side dan penuh dengan keringat player muda2 dan pemain negro.hehhee.Mempunyai fanbase yang besar di Malaysia. Tak perlu sangat nak comment banyak2 pasal team ni kot? anyway prestasi diorang skarang agak seimbang so setakat Villareal, supposely takde masalah. untuk match ni aku rasa pemain yang akan menyerlah ialah Fabregas dan Eboue. performance diorang berdua nih sangat mantap time nih. so susah laa nak kalah
Winning Possibility: 7/10 - Bakal layak ke separuh akhir
Manchester United - Setan Merah
team yang sangat menjadi pilihan buat masa ini untuk mempertahankan kejuaraan. tapi, team ni tengah down skang nih.ever since game lawan Inter lagi team ni nampak lemau. kalau tak sebab inter tak score aritu, kompem team nih dah out. team nih pon balance di semua position. Lawan porto jek? sayur laa. so walaupon performance diorang setakat ni agak down, tapi diorang still pilihan utama untuk ke next round...
Winning Possibility: 8/10 - One foot on the next round
Porto FC-Portugale power
They are the former champion....they've beat Man Utd in that year...they survive the odds...they brought the star to stardom. Itulah Porto.tapi ini semua sudah lama berlalu.Porto skarang hanyalah team yang semua team nak lawan supaya boleh ke next round.Porto adalah team yang ada magic tersendiri.Disinilah asalnya nama2 besar cam Jose Mourinho, Deco, Bosingwa, dan Quaresma. Tapi skang diorang masih hebat.diorang ade Lisandro Lopez dan Helder Postiga selaku striker yg masih digeruni.Walaupon dijangka kalah lawan MU nanti, tapi team ni menunjukkan performance yg power masa lawan Athletico Madrid dalam top 16 aritu. Best bet diorang ialah mengharapkan MU terus perform dengan buruk home and away.
Winning Possibility: 4/10 - Better luck next season
Liverpool FC - The Kops
Current performance sees they are on fire... team ni terlalu kuat sekarang ni especially dalam EPL and diorang slalu dapat bless dari the magic 'europe nights'. jugak bakal juara CL dan EPL, tapi knowing Liverpool...well bak kata seorang member.."skang tengah power laa..ko tengok lagi 2..3 game camne". satu penyakit yg tak lepas dari Liverpool. And diorang ade rekod yg sangat baik lawan Chelsea and sampai skang aku ingat dengan gol yang tak gol dari Luis Garcia dulu tu.
Winning Possibility: 6/10 - If the form goes on... they will win
Chelsea FC - Lions will roar.
Why Liverpool? why!!! why!!!....itulah reaksi aku bile tengok keputusan undian. Chelsea teramatlah hampeh under big phil.Hampehnye beliau sbb asik salahkan robinho yg tak join chelsea. Ape nyer baghal la hang neh! one player does not make a team.Beli la orang lain. Aguero ke, Palacio ke, Ronaldoboroi ke, Iaquinta ke.. tapi tu dulu. under Guus Hiddink a.k.a gusdur. Team nih berjaya bangkit dengan bangkitnya Drogba. Chelsea skang dah kuat balik under Gusdur. Hopefully, they can beat the Reds. Go Chelsea!!!
Winning Possibility: 6/10 - If the form goes on... they will win
FC Barcelona - Barca, Catalans, Los Cules
Team nih penah dok gayat kat liga masa awal2 musim.12 points clear beb. Tapi makin lama, manjang kalah je sampai dah kene kejar ngan madrid dah. Tapi barca tetap team hensem. Team yg sangat di respek oleh sume orang dan ramai Malaysian adalah fan barca walaupon hakikatnye diorang fan MU, Arsenal, Chelsea atau Liverpool. nak wat camne? barca tu team sepanyol. Salah ke fan chelsea nak jadik fan barca? anyway current performance diorang agak mantap apatah lagi trio striker diorang dah terer carik gol. Messi tetap hebat, King Henry lak dah jumpa balik roh arsenal die, Eto plak kalau Henry skor, die pon gayat nak skor. Overall team ni jugak adalah pilihan utk conquer Rome dan Europe.
Winning Possibility: 6/10 -If they beat Bayern smoothly, they are ready.
Bayern Munich - German Wall
Home of the legendary player cam Franz Beckenbauer dan si 'betis bosar' Gerd Muller. Team ni skang dilatih oleh Jurgen Klinsmann. walaupon ni team jerman. tapi team ni dah macam Inter Milan tapi masih ade power jerman dgn adanya Miroslav Klose, Lukasz Podolski, Phillip Lahm dan Bastian Schweinsteiger. Team ni tetap mengharapkan player luar cam Franck Ribery, Luca Toni, Lucio dan Hamit Altintop untuk accelerate team ni especially kat bahagian midfield. Bayern mencipta rekod baru setelah membelasah Sporting Lisbon 12-1 secara agregat dlm top 16 and sekaligus sebuah team yang mesti dilawan dengan berhati-hati.
Winning Possibility: 6/10 -If they beat Barcelona smoothly, they are ready.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...