adverts

Friday, October 12, 2012

Maulud Aniq ke 24....


Berapa umur?? 24 tahun..

24 tahun?? ...

Ya 24 tahun...

Umur dah 24, apa yang aku dah achieve?

Jadi bos? bawak kereta mewah? ada banglo mewah? ada isteri cantik rupawan? ada pekerjaan tetap?? ada anak comel lotey? jadi pilot dah macam yang aku cita-citakan dulu? atau dah jadi artis pujaan macam yang pernah diangankan? menyanyi lagu rap diatas pentas, memukau penonton dan hadirin? ada semua tu?

Di umur 24, aku hanya kuli. Masih memburuh nak cari rezeki. Alhamdulillah syukur...

Kereta mewah? aku tak dapat beli kereta Aston Martin atau Porsche. Aku hanya ada Proton Preve yang baru dibeli bulan 6 lepas. Alhamdulillah, syukur..

Banglo? aku masih menyewa dirumah sewa di Puchong, selalunya aku balik rumah family di Pulau Carey. Alhamdulillah, syukur...

Pekerjaan tetap? umur dah 24 pun masih Leasing 2 tahun setengah dan masih samar samar bila nak di-permanent-kan. Alhamdulillah, syukur apa yang ada...

Jadi Pilot jet pejuang? tidak sama sekali. Aku hanya seorang editor HyppTV. Menapis iklan arak dan adegan berahi. Alhamdulillah, syukur dapat kerja yang boleh dapat pahala.

Jadi artis pujaan? nyanyi lagu rap di pentas? tidak sama sekali. Aku selalu rap lagu Malique sorang-sorang dalam kereta. Setiap patah lirik dicernakan dan diluahkan. Setiap lagu ada makna sendiri..Alhamdulillah, syukur aku fasih bahasa ibunda.

Akhir sekali, di umur 24 ni aku dah ada isteri cantik rupawan? ada ke?
Tiada lagi...
Aku masih bujang. Tak pernah dan sebolehnya tidak mahu mempersoalkan hal jodoh. Banyak kali aku kecewa, banyak kali aku berharap, banyak kali juga aku diberi harapan.

Alhamdulillah? Syukur? entahlah.. aku tak tahu nak kata apa.

Harapan,
Sampai sekarang aku ingat..
"Jangan beri harapan dan berharap lalu menaruh harapan kepada orang yang tak pernah beri harapan.."
Aku ingat dan ingat, sampailah akhirnya kata-kata ni makan diri aku sendiri.

Aku boleh ingat di usia 23 tahun, Hidup aku sangat berwarna-warni. Macam-macam benda terjadi.
Umur 23 aku belajar buat macam-macam benda.
Aku belajar buat benda jahat.. benda yang aku tak pernah buat seumur hidup aku.
Aku belajar buat benda baik.. benda baik yang mengubah diri aku seluruhnya.
Hidup ini suatu pelajaran. Kita sentiasa belajar dalam hidup. Dari terkeluarnya kita dari rahim ibu hingga pulangnya ke rahmatullah, hidup ini diisi dengan pelajaran.
Aku belajar setiap hari.. belajar bagaimana mengharungi injak dewasa.
Injak dewasa ada macam macam benda. Belajar berdikari, jadi lelaki sejati, jadi manusia hakiki.

Yang paling aku ingat di usia 23 aku buat sesuatu perkara yang tak pernah aku buat selama ni.. 
Perkara yang kalau bahasa lembutnya aku boleh kata kat sini ialah, aku BERTANYA.
Bertanya apa? bertanyakan soalan. Bertanyakan soalan dan menunggu jawapan.
Jawapannya tidaklah betul atau salah... tetapi A atau B.
Jawapan yang aku dapat ialah B.
B itu apa? biarlah aku yang tahu.
Biarlah aku rasa sendiri..apa rasanya.
Nevermindlah kan...

Hari ini 12 haribulan 10.
3 hari lagi ialah 15 haribulan 10..
15 Oktober, genaplah 6 bulan.
6 bulan sudah berlalu, aku masih ingat saat itu.
Aku taktau lah dia masih ingat atau tidak?
Yang penting aku tak akan lupa, sampai bila-bila.
6 bulan berlalu dan aku masih rasa perasaan yang sama.
Masih rasa diri sendiri gila.. 
Kadang-kadang nak kata juga dia gila.
Gila kerana jadi begitu.
Tapi akhirnya orang lain yang akan kata aku gila.
Biar aku gila... aku gilakan dia. Salah ke? biarlah...

"Aniq, umur kau berapa taun ni? "

"24 tahun dah... "

"Ayah dulu umur 24 dah tunang dah ngan ibu .."

Aku diam membisu. Ayah dan ibu pun tak paham dengan aku, entah ada ke takde diorang taktau.
Diorang pun malas nak tanya.
Aku cakap kat ibu "nak sangat ke jumpa bakal menantu?"
Ibu pulak diam membisu.

Yang penting aku senang,
Kalau aku susah pun aku sendiri rasa,
Kawan-kawan ada, ada yang bagi melaga, ada juga yang tolong ketawa, ada juga yang sudi bantu aku yang gila.

Umur 24 aku masih gila-gila..
Masih buat kelakar tak tentu pasal. Masih suka annoyed orang sekeliling hingga aku sendiri akhirnya annoyed dengan mereka.

Umur 24 aku harap aku sudah matang..
Sudah ada orang tersayang,
Sudah ada cukup wang,
Sudah boleh hidup senang...

Amin,

Ya allah, syukur usiaku ini kau masih panjangkan..
Alhamdulillah, syukur....

Terima kasih kepada kawan kawan dan saudara yang dah wish birthday aku..
Dekat both Twitter dan Facebook..
Insyallah, satu-satu aku cuba respon.
Terima kasih semua..

#AniqTurns24

Yours truly,
Aniq Izwan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...