adverts

Showing posts with label Short Stories Saturday. Show all posts
Showing posts with label Short Stories Saturday. Show all posts

Saturday, October 12, 2013

[Short Stories Saturday] #12 : Kopi Garam.


Diana duduk termenung di luar rumahnya. Sambil melihat titisan lebat hujan Oktober yang sentiasa menggamit memorinya. Di pegangnya sebuah kotak kayu lama. Biarpun sudah lama tapi masih dijaganya, masih cantik tersimpan, masih utuh bagai tak ditelan zaman. Pandangan Diana silih berganti antara titisan hujan itu dan kotak yang dipegangnya. Merenung dan mengenang segala cerita silam.

Tidak lama kemudian muncul pula Yuna, anak dara suntinya keluar ke halaman rumah membawa dulang yang mengandungi dua buah cawan yang berisi kopi. Diletaknya perlahan lahan dulang itu diatas meja sambil melihat emaknya yang seolah tidak perasan kan kehadirannya disitu.

"Mak, mak ok tak ni?"
"Oh.. Yuna. Mak takde pape. saje dok belek belek kotak ni haaa."
"Oww.. laa tak puas lagi ke dok belek belek kotak tu mak? nah jemput minum dulu kopi ni. Hujan-hujan ni pekena kopi panas baru la sedap kan mak."
"Sedap kopi kau buat ni Yuna. Manis.. "
"Alaa buat kopi je mak. Apa yang susahnya, kopi semua sama je rasa dia..mana ada kopi rasa masin."
"Sape kata takde Yuna, dalam dunia ni agaknya cuma sorang je yang buat kopi rasa masin.."
"Hahh? ada ke mak? sape?"
"Yuna.. mak tak pernah cerita lagi perkara ni dekat kau. Rasanya biarlah petang ni mak ceritakan kat kau semuanya termasuk pasal kotak ni. Dalam dunia ni mungkin cuma sorang je yang buat kopi rasa masin, orang tu mungkin mak la orangnya."

-----------------------------------------------------

Malam itu hujan lebat bulan Oktober membasahi bumi. Di sebuah majlis keramaian terlihat suatu susuk indah kelihatan. Gadis itu menjadi tumpuan ramai jejaka di majlis itu. Semua mata seolah tidak berkerlip memandangnya. Dialah yang paling menyerlah malam itu. Dia adalah Diana. Si jejaka pula hanya biasa-biasa, hanya normal. Tiada siapa memberi perhatian kepada Average Joe sepertinya, dialah Aril. Si pemukau dan Si biasa, berada di majlis keraian. Ibarat jodoh yang memanggil, mereka bertemu, bertentang mata di akhir majlis. Aril mengajak Diana minum minum di cofee shop berhampiran. Sekadar ingin berkenalan dengan pemikat mata yang empunya badan. Diana terkejut dengan ajakan itu, ingin juga dia menolak tetapi atas sikapnya yang sopan, dia menerima saja jemputan itu. Secawan kopi, ahh apa lah salahnya bukan?

Mereka berdua duduk berhadapan sama sendiri di sebuah kedai kopi yang cantik dan classy. Mungkin sedikit fancy tambahan secawan kopi berharga belasan ringgit. Aril terlalu nervous, jarang sekali dia berjaya mengajak seorang gadis untuk menemaninya minum. Apatah lagi gadis yang sangat cantik ibarat bidadari seperti itu. Aril terkedu, Diana termangu. Sebutir ditanya, sebutir dijawab. Siapa nama, duduk mana, tinggal dengan siapa, soalan textbook klasik. Aril kembali nervous, Diana mula tidak selesa, dia mula merasa seperti ingin cepat pulang, cepat terlepas dari seksaan ini. Tiba-tiba, Aril mengangkat tangan memanggil waiter.. "Err.. boleh awak bagi..err... Garam? nak letakkan kat dalam kopi ni."

Tiba-tiba semua mata di kafe itu memandang kepadanya, pelik! aneh!. Muka Aril berubah merah padam. Tapi dia tetap meletakkan garam itu kedalam kopinya dan terus meminumnya tanpa banyak kata. Diana yang masih terkejut menanyakan kepada Aril. Apakah ini hobinya? minatnya? Aril membuka cerita dengan penuh yakin. Diteguknya sekali lagi kopi bergaram itu dan membuka cerita. "Waktu saya kecil dulu, saya duduk dekat dengan laut. Rumah saya memang sebelah dengan laut hinggakan kalau saya boleh baling seketul batu dari tingkap rumah pun boleh sampai ke persisir pantai. Saya anak laut, laut ialah padang permainan saya. Rasa laut tu memang indah, sedikit masin dan mencengkam. Samalah rasanya macam Kopi Garam ni. awak pun tau kan macam mana rasa air laut tu? hehehe." Diana tersenyum sambil mengangguk, Aril sambung bercerita. "Sekarang bila saya minum kopi garam, saya akan teringat childhood saya. Teringatkan kampung halaman. Saya rindu kampung saya, rindu kepada ibu dan ayah saya yang masih tinggal dekat situ. Rindu bermain di tepi laut...". Sambil bercerita, tiba-tiba air mata Aril menitis tanda dia benar benar rindukan semua yang diceritakan. Aril senyum kepada Diana. "maaf ye awak, saya emosional sikit. hehehe.."

Diana merasa terharu, seorang lelaki yang homesick dan sangat rindukan kampung halamannya. Lelaki ini mesti seorang yang home type. Yang sayangkan keluarganya dan rumahnya, bertanggungjawab terhadap keluarganya dan rumahnya. Seorang lelaki yang bertanggungjawab. Itu tanggapan Diana mengenai Aril. Diana mula merasa selesa, dia juga mula bercerita tentang kampung halamannya yang jauh, tentang zaman kecilnya, tentang keluarganya. Malam yang mulanya kekok dan hambar bertukar menjadi saat yang indah, mereka berborak dan terus berborak malam itu, menjadikan suatu permulaan yang baik dalam perhubungan mereka. Mereka terus keluar bersama kemudiannya, "Dated" bak kata omputeh. Diana tidak menyangka yang lelaki ini disebalik perwatakan dan luarannya yang sebegitu, dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang lengkap diinginkan Diana. Seorang yang baik hati, menyenangkan, sabar dan berhati-hati. Dia seorang lelaki yang baik dan tidak akan sekali kali ingin dilepaskannya, semua ni hanya disebabkan oleh kopi garam itu.

Ibarat cerita cinta indah klasik, begitulah cerita seterusnya. Sang puteri mengahwini si putera, hidup bahagia dan sempurna. Dikurniakan pula seorang cahaya mata, Yuna diberi nama. Dan, setiap kali Diana membuatkan kopi untuk Aril, dia akan meletakkan sedikit garam. Sama seperti yang disukai suaminya yang tersayang.
---------------------------------------------------

Yuna memandang muka ibunya. Diambil kotak kayu yang sering dipegang ibunya itu. Dipandang dan dilihat dengan teliti.

"Bukalah..." Diana menyuruh anaknya membuka kotak kayu itu. Dilihatnya ada sekeping kertas seperti surat yang terlipat kemas.
"Surat apa ni mak?", Yuna bertanya.

40 tahun selepas mereka berkahwin, Aril meninggal dunia terlebih dulu. Sebelum dia pergi, dia sempat menulis sekeping surat buat isterinya yang tersayang. Diana membuka surat itu, dibacakan pula kepada anaknya Yuna...

Wahai Diana isteriku yang tersayang, maafkan saya, maafkan penipuan sepanjang hidup saya kepada awak. Hanya suatu perkara yang saya bohong kepada awak sepanjang hidup kita. Kopi Garam. Awak ingat tak pertama kali kita keluar berdua? saya nervous sangat dan sebenarnya saya nak mintak gula dekat waiter tu, tapi saya terminta garam dekat dia. Saya dah malu sangat masa tu sampaikan saya tak berani nak tukarkan garam dengan gula.


Tapi tak sangka bukan? itulah permulaan bicara kita berdua. Itulah permulaan semuanya. Saya cuba nak bagitahu awak sepanjang hidup saya tapi saya tak berani untuk bagitahu perkara sebenar sebab saya pernah berjanji bukan? berjanji yang saya tak akan membohongi awak pasal apa sahaja. Dan sekarang saya tahu hidup saya sudah tak lama lagi jadi saya takkan menyesal untuk bagitahu awak perkara yang sebenarnya sayang. 



Saya TAK SUKA Kopi Garam. Rasa dia pelik dan tak sedap.... langsung. Tapi hidup bersama dengan awak, saya minum Kopi Garam hampir setiap hari. Setiap hari yang saya mengenali awak. Saya tak pernah menyesal dengan semua itu. Saya rasa ianya berbaloi sebab asalkan adanya awak dalam hidup saya sudah cukup dan terlalu menggembirakan.



Andai saya boleh hidup semula sekali lagi, Saya masih.. ingin mengenali awak, dan mempunyai awak dalam hidup saya sekali lagi. Walaupun saya terpaksa minum Kopi Garam buatan awak sekali lagi sepanjang hidup saya.



Sebab saya cintakan awak, sepanjang hidup saya.... "


-------------------------------------------------------------

Air mata Diana mencurah ibarat hujan lebat diluar, membasahi surat yang dipegangnya. Yuna memeluk ibunya. Tidak dia sangka, ayahnya dulu seorang yang romantik dan sangat menyayangi ibunya. Dia merasa sedikit bangga dengan ayahnya. Dalam diam, air mata Yuna turut menitis. Yuna tersenyum melihat ibunya.

" Mak... kalau satu hari nanti, orang tanya kat mak, macam mana rasanya kopi garam tu, mak nak jawab apa? ". tanya Yuna.

" Senang je tu.. kalau satu hari nanti, orang tanya apa rasanya kopi garam... mak akan jawab....",

Manis rasanya...

Saturday, April 13, 2013

[Short Stories Saturday] #11 : 15 April...




"Tinggal sebulan je lagi Ri.. kalau kau tak buat apa-apa, bukan takat melepas je. Menyesal pon ada."

Nazri duduk ditepi tembok luar ofisnya sambil memeluk kaki. Di tangan kirinya setin air Pepsi yang sudah tinggal separuh, di tangan kanannya sebatang rokok Mild Seven light yang nyalaannya sudah hampir menjengah puntung. Jam menghampiri 4 pagi. Nazri, Aiman dan Haziq leka berehat tea break dibawah sinaran bulan. Lazimnya kalau kerja shift malam memang biasa bagi mereka untuk keluar sebentar di luar pejabat untuk minum minum atau menghisap rokok ketika ini. kerana biasanya jam 4 pagi kerja sudah mula berkurangan. Memang selalu macam macam benda hendak diborakkan dari cerita bola, perempuan, kerja, politik.. pendek kata, biasalah sembang jantan.

Pagi itu sembang jantan mereka tertumpu kepada Nazri dan dilema kisah cintanya yang belum jua kesampaian. Shana, gadis berusia 23 tahun yang juga officemate mereka adalah gadis bertuah yang diidamkan Nazri sejak sekian lama. Sejak pertama kali Nazri terpandang Shana sejak dia bermula kerja disitu hampir setahun yang lalu, hatinya sudah terlekap pada Shana. Shana tidaklah terlalu istimewa orangnya. Bukanlah seorang gadis hot seperti Neelofa atau berpotongan badan seperti Rozita Che Wan. Shana biasa orangnya. Seorang gadis biasa yang bertudung, walaupun sedikit rendah dan berisi, Shana tetap memiliki keayuan tersendiri yang menjadi daya penarik mana-mana lelaki terhadapnya. Dan Nazri, seorang yang sudah single sejak sekian lama terlalu tertarik kepada Shana dan inginkan Shana bukan sekadar menjadi teman wanitanya tetapi mahukan Shana menjadi jodohnya dan tua bersama. Tapi cuma satu masalahnya;

"Shana dah ada pakwe Ri.. kau kena terima hakikat tu. Dia sayang gila macam babi kat pakwe dia bhaii.."
Dan Nazri terdiam lagi, ayat Haziq menjadi pemukul paling efektif jiwanya malam itu. Nazri mengeluh lesu, puntung rokoknya dijentik ke dalam longkang. Dia tenung Haziq, geram pun ada dengan kata-katanya yang pedas tu.
"Aku taktau nak buat ape sekarang ni, kalau aku cakap kat dia sekarang mesti dia tolak aku punya. Aku perlukan masa beb. Masa yang terbaik dan peluang yang terbaik.", kata Nazri.
"Masalahnya kau dah takde masa Ri. Lagi sebulan Shana kena pindah kat tempat lain. Tuhan dah bagi masa yang cukup lama untuk kau. Kalau tak Shana tu dua bulan lepas dah takde dekat sini tau! lagi la kau dah takde peluang langsung nak bagitau dia." Aiman pula mencelah.
Haziq yang sudah menghabiskan minumannya bingkas bangun untuk naik semula ke ofis, dipesannya lagi kepada Nazri,
"Ceritanya sekarang ni Ri, kau ada sebulan je nak buat something. tapi aku pesan awal-awal la sebab member punya pasal kan. Kau jangan terlalu berharap. tu je. Kalau ade jodoh kau, dan tuhan dah tetapkan jodoh kau dengan dia, kau akan dapat jugak dia walau lama mana pun walau susah mana pun kau nak dapatkan dia. Paham tak Muhamad Nazri Bin Jamal? "
Nazri tersentak memandang Haziq, tunduknya lesu memikirkan segala hakikat dan segala kemungkinan. Dia perlu mengatur sesuatu demi untuk gadis idamannya, Shana.

---------------------------------------

Nazri merenung monitor. Matanya saja tertumpu di depan tapi fikirannya melayang entah kemana. Terlalu banyak difikirkannya hingga tak sedar Shana sudah hampir seminit berdiri di sebelahnya. 
"ehemm.." 
Shana berdehem kecil. Nazri memandang ke arah Shana yang senyum kepadanya, terpaku Nazri melihat senyuman yang tidak pernah gagal menyejukkan hatinya yang panas atau mencairkan hatinya yang beku. Ditambah kulitnya yang putih mulus dan terbit pula rona rona merah di pipi Shana, masakan tiada lelaki yang cair melihatnya begitu. 
"Eh, Shana.. buat apa berdiri situ? meh la duduk sini." 
Segera Nazri memberikan kerusi untuk Shana duduk. 
"Awak dok menung je tu buat pe.. lama orang diri sebelah tu tau." Shana bersuara. 
Nazri hanya tersenyum, otaknya ligat mencari ayat nak cover line. 
"Orang tengah pikir strategi la.. tadi men game dok kalah je." 
"Mesti main game Where's My Water ni. nak potong orang punya record la tu."
"Eh, dah potong dah pun okay... tengah sampai level susah ni. dah dekat 30 try tak lepas lepas..haha"
"Dia yang tak terer, cakap game tu susah pulak. Bak sini bagi saya try pulak."

Nazri mengeluarkan handphonenya. Diberikan kepada Shana. Shana memang selalu main game dekat handphone Nazri apatah lagi Nazri memang sorang kaki game. Tak cukup bermain game di PC, sambung pulak main dekat konsol Nintendo DS. Dah bosan main game di konsol, disambung pula bermain game di handphonenya yang ber-OS-kan Android.

Keadaan sekeliling agak sunyi, Sekali sekala sambil membuat kerja, Nazri menjeling ke arah Shana yang leka bermain game. Dalam hati kecil berbisik, kalau nak diluahkan perasaannya kepada Shana sekarang memang ini keadaan yang tepat memandangkan tidak ramai orang yang berada di ofis itu pada ketika ini. Tapi Nazri masih takut-takut, masih was-was. Pada fikirannya ini bukan masa yang sesuai. Ini bukan keadaan yang sesuai. Rencana perancangannya tidak sesuai. Nazri memikirkan pelan, memikirkan masa, memikirkan keadaan yang sesuai untuk diluahkan isi hatinya kepada Shana. Berat hatinya, berat perasaannya menanggung segala yang terpendam. Betul kata orang, kalau cintakan seseorang, luahkanlah walau akan gagal. Berjaya atau tidak memang tidak diketahui. Segala rencananya, segala pasang jodoh kita telah tertulis telah tertetap di Luh Mahfuz sana. Maka kita sebagai manusia hanya mampu mencuba dan berharap agar segala yang dicuba adalah seperti yang sama yang telah tertulis. Nazri menjeling ke arah Shana sekali lagi. Shana mengangkat muka, memandang ke arah Nazri kembali dan tersenyum sambil berkata,
"Ri.. tengok ni, yang level awak kata susah tu kan? Saya dah lepas!! dah potong record awak. hehe"
Nazri tersenyum. Di jiwanya bercampur baur bermacam perasaan.

                                                   ---------------------------------------

"So... err.. Ima da tanya ke belum kat dia?"
Nazri tersengih duduk disebelah Ima, pelan pertama rancangannya diatur untuk mempergunakan Ima iaitu kawan baik Shana. Dalam kepalanya sudah teratur satu demi satu perancangan sehingga Nazri merasakan dirinya seperti The Joker dalam filem Batman. Sedar ke tak sedar si Nazri ni, Joker mana penah planning apa-apa. Joker sendiri cakap "Do I look like a guy with a plan?".
"Tanya apa Ri?" balas Ima.
"Alaa takleh harap la Ima ni. Kata nak tolong. Ri nak blanje makan ni kalau benda ni semua menjadi tau!"
"Elehh takat blanja makan.. pakwe Ima pon slalu. Ni kalau dah tolong ni nak bagi apa ni?"
"Aikk deal kita, kalau plan tu berjaya je kan? sekarang ni tak berjaya lagi. Mane bleh janji apa-apa."
"Haa ye lah tu. Takde la Ri, tadi Ima dah tanya dah dia.. tanya macam-macam la jugak. Ri dah sedia ke belum nak dengar ni?"
Jantung Nazri berdebar-debar. Kalau pagi tadi sibuk dicucuknya Ima untuk mengorek rahsia dari Shana, kini  dia seakan tidak sanggup dengar penjelasan dari Ima. Takut juga dia akan dikecewakan ketika itu juga.
"Err takpelah Ima, cerita je la. How bad can it be kan lagipun kan err kan?? "
"Berapa banyak kan la Nazri ni.. ok macam ni cerita dia. Kisah bermula masa Ima ngan dia berdua dalam kereta lepas kita pergi makan lunch tadi. "

                                                   ---------------------------------------

"Laju betul si Nazri tu bawak keta.. tau la dah terlambat. " 
kata Ima bila melihat Nazri memecut laju keretanya memintas mereka dan menyelit dicelah-celah kereta yang lalu lalang di sekitar jalan Putrajaya yang agak lengang ketika itu.
"Dia sakit perut kot, tadi gi makan rojak campur tu. Orang tengok pun lain macam je rojak tu." kata Shana pula.
Ima memandang Shana disebelahnya sambil dia memandu. Hanya mereka berdua sahaja di dalam kereta. Kini Ima pula yang sedikit cuak untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada Shana.
"Tak guna punya Ri, aku jugak yang disuruhnya pergi merisik.", menyumpah-nyumpah sedikit Ima didalam hati kerana mengikutkan pelan agung Nazri yang menyuruhnya untuk mengorek rahsia dari Shana. "Here goes nothing Nazri..", katanya lagi dalam hati.
"Shana ni prihatin betul. suka kat Ri ke?", 
Ima menepuk pipinya perlahan. Macam manalah dia boleh terlalu straight to the point tanya soalan nih. Dilihatnya Shana senyap tak berkata apa-apa dab hanya memandang depan, mengunci mulut.
"Takkan la takde suka sikit pun kat Ri tu? "
Ima memandang kembali Shana yang masih senyap. Akhirnya Shana membuka mulut.
"Ada.." ringkas jawapannya dengan nada sebutan yang sangat pendek.
"Ada suka.... tapi suka sebagai kawan je lah."
Ima masih tak berpuas hati dengan jawapan Shana. Ingin diperahnya lagi rahsia Shana, kini Ima pula seakan excited dengan situasi ini. Dan dia berkata lagi.
"Alaa tu jawapan cliche la Shana, cuba bagi jawapan lain."
Shana terdiam memikirkan sesuatu. Ingin diceritakan perihal sebenar, kerana dia percayakan kawan baiknya itu akhirnya Shana menceritakan segala-galanya kepada Ima.
"Pernah sekali dulu.. Shana mula suka kat Ri sebab Shana ada masalah yang besar jugak masa tu. Orang rasa, Ri la orang yang ada ambik berat pasal Shana. Sifat dia yang caring tu, sapa tak tertarik kan?"
Ima mengangguk-angguk. Dia tahu semua tu. Memang Nazri seorang yang ambil berat pasal Shana sehingga Nazri yang bukanlah siapa-siapa bagi Shana tu sendiri boleh tahu apa yang disukai dan tidak disukainya.
"Tapi masa tu jelah.. lepas tu bf Shana dah ok balik and dia la yang banyak tolong Shana..tapi tu dulu la Ima, memang pernah suka kat dia, sekarang suka sebagai kawan je la." kata Shana lagi.
"Tapi kan Shana, kenapa tak nak terima Ri? dia bukan jahat pun kan? dia selalu amik berat pasal Shana, apa Shana nak dia sanggup buat. kan?"
"Memang la Shana tak cakap pun Ri tu jahat.. Shana cuma anggap dia sebagai kawan je."
"Tapi bf Shana tu pun kan banyak kekurangannya.. Shana sendiri selalu cerita kan. Ini just pendapat Ima la, walaupun benda benda yang Shana cerita tu simple, tapi bagi Ima benda tu agak berat tau."
tanya Ima pula kembali mencucuk jarum.
"Dia memang banyak kekurangan, tapi orang rasa dia jenis tak reti nak tunjuk perasaan. Tapi dalam masa yang sama ambil berat dalam diam. bf Shana ni prihatin jugak benda benda yang Shana suka dengan tak suka." 
Shana mula backup boyfriendnya pula.
"Kalau camtu bukan sama je ke dengan Ri?"
"Whichever comes first Ima.." balas Shana kembali.
"Ok.. you're right. Btw, Ri tak pernah ke cakap dia suka kat Shana?" Ima memerangkap soalan. 
"Hmm.. tak pun." kata Shana mudah.
"Tapi dia pernah cakap dia sayang kat Shana. Tak tau la betul ke tak? lagipun bukan Ima tak kenal budak budak lelaki tu macam mana. Perkataan sayang tu senang senang je cakap. kan? ", 
Shana menyambung kembali kata-katanya.
"Ermm musykil gak nih. Ri tu takkan tak pernah tanya langsung kat Shana" 
Ima semakin curious, banyak lagi dia tak tahu pasal Nazri sendiri.
"Ri tak pernah tanya, atau pun pernah cakap dia suka kat Shana. So Shana anggap biasa je la.."
"Tapi kan Shana, takkan la Ri tak pernah bagi hint hint kot? lagipun kawan-kawan kita kan selalu je bahan-bahan Shana ngan Ri?"
"Shana tau semua tu. tapi takkan la Shana nak cakap direct kat dia, nanti hubungan kawan kitorang jadi renggang pulak. Tak best la camtu."
"Ishh kau ni Shana, tak baik tau mainkan perasaan orang.."
"Bukan mainkan perasaan. Tapi takut la nanti hubungan kawan tu jadi renggang. Kan lebih elok macam ni." Shana melemparkan senyum kelat kepada Ima. Hanya dalam hati saja yang tahu perasaannya.

Dalam kerancakan mereka berbual, akhirnya mereka berdua telah sampai ke pejabat. Keluar dari kereta, mereka terlihat Ri yang sudah berada di depan pintu pejabat sedang melambai kepada mereka. Shana dan Ima memandang sesama sendiri dan tersenyum.

                                                  ---------------------------------------
     
"Ni semua salah Ri. Kenapa Ri tak pernah confess kat dia?" 
Ima sedikit berang dengan Nazri. Disangkanya Nazri pernah memberitahu kepada Shana seluruh isi perasaannya.
"Memang la tak pernah confess. Kan semalam Ri dah cakap yang Ri perlukan timing yang sesuai. Tu la sebab Ri suh Ima gi korek korek sikit rahsia dia." Nazri cuba mempertahankan diri.
"Lantaklah Ri, timing laa, planning la, haa kan sekarang dah melepas. Cuba kalau Ri try masa dia ada problem besar aritu? mesti dah berjaya dah kan?"
"Manelah kita tau bila momentnya cik Ima oii. Ri ni kan memang hari-hari macam tu jer..."
"Ri memang la tak tau sebab dia pendam rasa tu sorang. Dia bukan macam orang lain kalau ade masalah je semua orang tahu.." kata kata Ima membuatkan Nazri terdiam. Dia ingin mengatakan sesuatu tapi semacam tak sampai.
"Macam ni lah Nazri, Ima dah cuba bantu apa yang boleh. Ima rasa, Ri sendiri tau apa jawapan dia kan. So terpulanglah pada Ri nak buat macam mana sekarang."
"Hmm.. thanks Ima, you're a great help. And I need to use one final last straw in the pocket. Ni last Ri nak mintak tolong kat Ima. My last plan.. boleh tak?"
Nazri merencanakan rancangan terakhir, plan cinta agung alter terahsia yang dicadangkannya kepada Ima. Kali ini Nazri nekad, ingin mencuba memadankan jalan ceritanya dengan tulisan yang sudah terlekat di Luh Mahfuz...

                                                   ---------------------------------------

Shana membelek kupon baucer ditangannya. Di kupon itu tertulis diskaun makan di sebuah restoran terkenal di Putrajaya dan kupon itu hanya sah untuk ditebus pada tarikh hari ini sahaja iaitu 15 April. Shana menunjukkan kupon itu kepada Ima dan mengajaknya makan sekali. Kebetulan, Nazri yang sedang berjalan kearah mereka dan Shana mengajak Nazri sekali untuk lunch bersama tengahari itu. Nazri sebenarnya sudah mengatur rancangan tersendiri. Namun melihatkan Shana yang sudak mengajaknya makan, maka terpaksa diubah sedikit rancangannya. Ima menjeling ke arah Nazri, seolah faham dengan apa yang ingin dilakukannya.

Tengahari itu kawan-kawan Nazri ramai yang mengajaknya keluar makan. Maklumlah, hari itu hari Ahad. Bolehlah mereka keluar makan lama sikit. Nazri terpaksa menolak pelawaan mereka kerana perlu mengikut perancangannya tengahari itu. Bermacam macam alasan yang dia terpaksa reka untuk menolak ajakan mereka. Selepas kebanyakan staf staf keluar berehat, tibalah giliran Nazri untuk keluar makan. Dia melihat Ima dan Shana sudah bersiap lalu diajaknya keluar makan. Tengahari itu mereka hanya menikmati lunch bertiga. Nazri, Ima dan Shana iaitu tepat seperti yang dirancangkan Nazri sejak awal. Mereka makan dan berborak seperti biasa walaupun Nazri agak nervous tengahari itu.

Selepas lunch mereka pulang ke ofis. Nazri semakin berdebar-debar. Pelan rancangannya semakin menghampiri klimaks. Meluncur sahaja kereta Nazri menghampiri kawasan pejabat, dia mengeluarkan handphone kecilnya. ditaipnya mesej ringkas berbunyi,

"Karang tunggu kejap dalam kereta eh, saya ada sesuatu nak cakap kat awak."

ringkas pesanannya. SMS dihantar kepada Shana. Orang yang betul betul duduk disebelahnya, di tempat duduk sebelah driver walaupun sebenarnya Nazri boleh saja bercakap depan depan dengan Shana. Telefon bimbit Shana berbunyi tanda ada mesej masuk. Dibukanya mesej itu, dibacanya dengan teliti. Air mukanya berubah.

Sampai saja di tempat parking kereta, Ima yang duduk di belakang bingkas bangun dan keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa. Misinya sudah selesai, wataknya sudah dijayakan, lakonan dia sudah tamat. Apa sahaja yang terjadi kepada kedua orang itu dia tidak lagi peduli. Shana duduk terdiam memandang Nazri dan menunggu segala butir percakapan yang akan diutarakannya. Nazri memulakan bicara. Diluahkan segala perasaannya kepada Shana. Nazri seolah tidak percaya hari ini dia meluahkan isi hatinya kepada Shana. Kalau tak disebabkan dicucuk padu kawan-kawannya, kalau tak disebabkan sepanjang malam dia solat hajat dan istikharah, kalau tak disebabkan Ima yang membantunya mengorek rahsia. Tentu dia tidak berani meluahkan segala-galanya hari ini.

"Saya mintak maaf, tak bagitau awak awal-awal pasal perasaan saya. Saya terpaksa menanti masa yang sesuai. Saya tahu awak dah berpunya. Saya cuba tolak perasaan saya. Saya cuba tepis sebab saya tahu saya akan gagal. Tapi entah kenapa, hati ini kuat untuk awak." Nazri meneruskan pertuturan.
"Saya paham, benda perasaan ni tak boleh dipaksa-paksa. Saya tak boleh paksa awak berhenti sukakan saya. Saya tau awak sayangkan saya. Tapi saya tak boleh Ri. Saya tak boleh terima awak." 
Shana perlahan lahan menutur baris. Cuba menahan perasaannya. Cuba untuk tidak mengeluarkan air mata.
"Shana, saya tau jawapan awak sekarang apa. Tapi saya mintak awak fikirkanlah dulu. Saya bagi awak masa untuk awak fikirkan. Saya nak awak bagi peluang dekat saya.
"Tapi Ri, ramai lagi perempuan lain. Kenapa awak tak cuba dekati diorang. Saya mintak awak bukakan hati awak, bukakan perasaan awak untuk perempuan lain...please Nazri."
"Awak suruh saya bukakan hati saya untuk orang lain, tapi Shana.. kenapa awak tak boleh buat benda yang sama? awak tak boleh ke bukakan hati awak untuk saya jugak? Sekurang-kurangnya saya dah cuba, awak dah cuba ke?"
Shana terdiam, dia menyeka air mata yang mula menitis. Terperangkap dalam perasaan sendiri..
"Shana for one last time. Saya mintak awak beri peluang. Dan tolonglah fikirkan permintaan saya..ye ?"  Dah jomlah kita naik ofis. Nah tisu lap air mata tu ok? Nazri menghulur tisu kepada Shana.

Shana mengelap air matanya. Mungkin benar kata-kata Ima dan Nazri, mungkin dia perlu beri peluang. Peluang kedua selalunya memang tidak sia-sia. Shana membuka pintu kereta dan keluar. Sinaran terik matahari tengahari itu bagai menyinarkan harapan untuk Shana.

" Shana! mintak tolong sikit.. tolong ambik beg laptop saya kat belakang bonet kereta tu."
Nazri tiba-tiba bersuara dan menekan punat untuk membuka bonet. Shana berlalu ke belakang kereta, diangkatnya bonet kereta itu dan matanya tertangkap kepada dua buah objek. Seakan tak percaya apa dilihatnya. Matanya melilau mencari beg laptop yang dikatakan Nazri. Tidak dijumpainya.. ya, all part of the plan, memang tiada beg laptop disitu dan Nazri memang sengaja memancing Shana untuk membuka bonet keretanya. Shana tersenyum melihat kedua-dua objek itu. Satu adalah sejambak bunga ros dan satu lagi adalah tayar spare. Kedua-duanya terikat dengan riben dan ada kad yang bertulis. Pada kad itu tertulis,

"Kalau jawapan awak YA, keluarkanlah bunga ros ni. Kalau TIDAK, angkat dan keluarkanlah tayar spare ni."

Sambil tersenyum sendirian, dalam hati kecil Shana berkata; "Tak guna punya jantan, pandai ye.. mentang-mentang aku tak larat nak angkat tayar ni.. "


                                                  ---------------------------------------

Pagi esoknya, Nazri mengajak Halim bersarapan di kedai mamak berhampiran. Biasalah kalau hari cuti bagi orang bujang pukul 10 pagi tu paling awal kalau bangun. Sambil menikmati roti canai dan segelas teh o suam, fikiran Nazri menerawang ke peristiwa semalam. Seakan tak percaya apa yang telah berlaku, seakan tak percaya dengan apa yang dia telah buat. Nazri dan Halim berbual biasa, sembang jantan. Tiada siapa yang tahu apa berlaku semalam. Redup pagi itu, berangin meniup, menenangkan fikiran Nazri. Sekurang-kurangnya dia berjaya melepaskan satu beban yang dah ditanggung selama ini. Segala yang memeningkannya selama ini telah dilepaskan. Pagi itu, Nazri menghantar message Whatsapp kepada Ima. Mahu mengucapkan terima kasih diatas segala bantuan dan menjayakan pelannya.

" Thanks Ima  for everything.. you've been a lot of help." 
Tak lama kemudian Ima reply message Whatsapp Nazri itu.
" You're welcome...tak sangka kau berani buat macam tu ek Nazri? hehe "

" Biasa je tu.. apalah sangat. kan.."

" Semalam, Shana ada bagitau apa yang Ri buat. Amboi.. tak cukup cakap kat mulut, dekat message pun nak bagitau jugak."

" Hahaha.. cuak la semalam Ima. Semalam time cakap direct dekat dia, stutter giler mulut nih. Nak cakap sikit punya banyak, last last yang mampu luahkan sikit je. "

" Ohh..tu yang sambung berjela-jela dalam message tu eh? "

" Hahaha.. hantar message tu nak bagi point tu jelas je. I'm a writer not a talker....I can write sweet things but not talk sweet.. heheh."

" Well tapi Ima rasa, what you did yesterday and what you told her yesterday, I think its so sweeeet. Ima siap cakap lagi kat dia, untung Shana kalau dapat Nazri, baru nak propose dah sweet. Kalau bercinta ntah sweet camne pulak lagi kan? "

" Hahaha...pandai ngutuk aku yer Ima. So ape respon dia masa tu? "

" She just smiles...dia macam ada suka, tapi tu lah. hehehe. I wish you all the best ye Nazri.."

" Haha ye aku paham Ima.. thanks tau."

Ima dan Nazri menamatkan perbualan mereka di Whatsapp. Nazri kembali menghirup teh o suam yang sudah semakin sejuk, Halim di sebelah masih leka bermain handphone. Hanya ketenangan menyelebungi suasana pagi itu. Segala pelan, segala rancangan telah diatur demi cinta yang tidak diketahui...

"Mengejar orang yang salah itu ibarat bertinju dengan pokok kelapa, perbuatannya memang tak salah tapi sia-sia..."




Saturday, February 9, 2013

[Short Stories Saturday] #10 : Cinta Bola San Siro


"Haa Zahir, kau jangan lupo lak malam ni, main kek tompek biaso, San Siro dan macam biaso don't be late!". Aril menamatkan panggilan. Jam menunjukkan jam 4.50 petang. Tak sabar dia menanti detik 5 petang untuk balik kerja. Hari itu hari Jumaat, macam biasa setiap kali hari Jumaat, jalan highway KL-Seremban akan dipenuhi kereta setiap kali hujung minggu tiba. Entah kenapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini rakyat Malaysia semakin rajin untuk balik kampung walaupun cuti hanya dua hari. Antara rakyat Malaysia itu adalah Aril sendiri. Setiap hari Jumaat selepas pulang dari kerja jam 5 petang, Aril akan bergegas pulang ke Seremban. Malamnya pula Aril dan rakan rakan sekampungnya akan berkumpul untuk bermain futsal. Friday Night is Futsal Night bak kata mereka. Dan seakan sudah menjadi suatu rutin selama bertahun-tahun bagi mereka termasuk Aril sendiri yang seakan tidak akan sehari pun melepaskan Futsal Night itu.

Jam menunjukkan tepat jam 5 petang. Aril menutup komputernya dan bingkas bangun untuk pulang. Dia menoleh kebelakang, dan terlihat satu susuk anggun yang dikenali. Satu susuk indah dipandang, satu susuk tubuh yang bernama Shila. Shila sedang mengemas begnya sebelum pulang. Serta merta pergerakan Aril terkaku seketika melihat Shila yang nampak cantik hari itu walaupun bagi Aril, Shila memang setiap hari nampak cantik tak kiralah pakai apa pun. Shila menoleh dan memandang Aril lalu senyum kepadanya. Aril membalas senyuman Shila, dalam kepala ligat menutur kata nak diutarakan kepada Shila.

"Errr Shila dah nak balik dah ke?", tanya Aril.
"Eh? takdelah.. tak nampak ni saya tengah kemas beg ni mestila nak pergi memancing." Shila menjawab sambil melirikkan senyum nakal.
"aherrr... pandai buat lawak rupanya Shila eh? ",
"Dah tu pergi tanya saya benda pelik pelik buat ape.",
"aiii tanya pun salah?"
"tanya soalan salah, saya bagi jawapan salah la.."
Shila dan Aril membalas senyuman, seakan terkhayal seketika Aril dalam perbualan itu walaupun dia merancang untuk balik lebih awal. Tapi dek kerana leka berbual dengan Shila, Aril seakan terlupa seketika.
"Aril balik kampung ke hari ni?" tanya Shila.
"Haah.. macam biasa la tetiap minggu balik kampung. Jumpa mak abah, main futsal"
"Tetiap minggu main futsal. Hishh! boringg!!"
"Awak perempuan ape tau! Lelaki dan bola mana boleh dipisahkan. Lelaki yang tak minat bola bukanlah jantan sebenar tahu?", ujar Aril.
"Mengarut jer. Abis abah saya tak minat bola tu dia bukan jantan la?"
"Errr.. eh mane awak tau abah awak tak minat bola. ntah ntah dia minat bola diam diam ke?"
"Dah abah saya, mesti la saya tau! ish Aril ni."
"Haha saja je gurau. Alaa gurau pun nak marah. Ni banyak tanya ni, nak ikut saya balik kampung?"
"Buat apa?"
"Jumpa mak abah saya..haha"
"Ishh nak buat apa? suka mengarut la dia nih."
"Hahah saja je... k lahh.. saya gerak dulu. babaii! heheh",

Dan Aril terus berlalu pergi. Tiba-tiba Shila memanggilnya, "Aril!". Aril menoleh kebelakang memandang Shila. "Ya Shila?". "Kirim salam kat mak ayah awak.. hati hati drive k? ". Aril tersenyum dan melambai kepada Shila. "Insyallah..awak pun. hati hati drive balik tu." Aril berlalu pergi. Dalam hatinya melompat lompat gembira. "Ada respon baik nih..", katanya dalam hati.

--------------------------------------------------------------


Kompleks Sukan Paroi menjadi medan tempur Aril dan rakan-rakannya pada malam itu buat kesekelian kalinya. Zahir dan Khairi yang merupakan dua orang kawan baik Aril turut ada bersama pada malam itu. Mereka bertiga diletakkan dalam satu pasukan bersama dua orang lagi rakan sekampung mereka iaitu Wan dan Adi. Kompleks Sukan yang terletak di Paroi yang juga menempatkan Stadium Tunku Abdul Rahman sebagai trademark di kawasan itu merupakan medan tempur mereka sejak di bangku sekolah lagi. Adi bermain sebagai penjaga gol sementara Wan dan Zahir bermain di posisi defender. Khairi pula seorang yang memiliki bakat seorang playmaker bermain di midfield sementara Aril yang sering menjadi Target Man bermain sebagai striker atau penyerang utama.

Permainan dimulakan dengan Aril melakukan sepak mula . Bola dihantar ke belakang terus kepada Adi. Adi melakukan short passing dalam kawasan sendiri kepada Zahir. Pemain lawan cuba memberi pressure kepada Zahir menyebabkan dia terpaksa menghantar semula bola kepada Adi. Adi mengerling kearah  pintu gol lawan, terlihat kelibat Aril melakukan larian ke hadapan kawasan gol pihak lawan. Adi menyepak bola terus ke arah pintu gol lawan. Aril melihat arah bola jatuh, segera dia mengambil position sepatutnya dan bola tepat sampai ke aras paras pinggang Aril. Aril melepaskan satu sepakan volley kencang menewaskan Firus, penjaga gol pihak lawan. 1-0 kedudukan seawal permainan yang baru bermula 10 saat.

Court ditempah selama satu jam pada malam itu. Ketika perlawanan sudah hampir tamat. Pengurus gelanggang memberi isyarat kepada pemain bahawa permainan perlu ditamatkan apabila jaringan terakhir dilakukan oleh mana-mana pasukan. Ketika itu kedudukan sudah terikat 8-8. Aril yang seakan disuntik semangat lain malam itu apatah lagi teringatkan perbualannya dengan Shila petang tadi sudahpun menjaringkan 4 gol. Bola berada di kaki Aiman, pemain dari pasukan lawan. Aiman melarikan bola dari arah kiri dan cuba masuk ke kawasan penalti sebelum berjaya dipintas Zahir. Zahir menghantar bola tepat kepada Khairi yang mencari kelibat Aril untuk dihantar bola. 2 orang pemain berlari kearah Khairi. Dengan gerakan Roullete, Khairi menggelecek kedua-duanya dan melambungkan bola kepada Aril. Situasi Aril berhadapan 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Firus cuba menerpa kearah bola, tapi Aril terlebih dulu berada di posisi dan masa yang betul untuk melakukan satu lagi sepakan volley yang menewaskan Firus. Tamat perlawanan, keputusan berpihak kepada pasukan Aril dengan kemenangan tipis.......  9-8.

“Woi Aril! Dasyat betul kau malam ni? Kene sampuk jin Suarez ke mende? “ tanya Firus.
“Suarez amende tu. Hati tengah bunga bunga tu. Padan le main lain macam tu..”, Tiba-tiba Zahir mencelah. Zahir sebenarnya bekerja satu tempat dengan Aril cuma berlainan department. Jadi segala cerita Aril ditempat kerja pasti Zahir lebih dahulu tahu. Ini juga menjadi sebab mereka berkawan rapat.
“Diam woiii!!, hahaha banyak la kau punya Suarez, gua Chelsea bhaii!! Keep The Blue Flag Flying High!! bukannya Yenuwaa..", balas Aril.
Tiba-tiba Adi mencelah, "Haa anyway good game guys. ok jangan lupa tau. Minggu depan kita ada tournament. Pastikan korang main macam tadi. Striker dah superb, cuma defending tu kena improve sikit. Zahir kau kan bagus main defender tapi kalau kau partner ngan defender lain kena pandai communicate sikit bro. Kalau tak jadi macam tadi bila kau dengan Wan cover belah kiri tapi takde defender cover belah kanan. Banyak gol kita tadi bocor bila jadi macam tu..

Perbualan kemudiannya banyak berkisarkan tentang strategi menghadapi pertandingan minggu hadapan. Pertandingan Jemputan yang dianjurkan oleh Menteri Besar itu menjadi medan percubaan pertama bagi pasukan yang menamakan diri mereka Serpente FC. Pertandingan itu adalah kali pertama disertai oleh pasukan mereka walaupun sudah bertahun mereka bermain bersama. Serpente ataupun ular dalam bahasa Italy adalah simbol atau lambang bagi pasukan Inter Milan. Kelab yang bermain di liga Serie A itu menggunakan simbol blue serpent di logo mereka dan oleh kerana stadium Inter Milan yang dipanggil Giueseppe Meazza San Siro, lantas Aril dan rakan-rakan menggelarkan gelanggan futsal Kompleks Paroi itu sebagai "San Siro" mereka atau home stadium mereka.

-----------------------------------------------------

"Aril... ooo... Aril!!, apa yang awak termenung tu?". Lamunan Aril tersentak seketika. Dihadapannya muncul Shila ingin memberikan work order baru kepada Aril.
"ehh.. Shila... tt..takk..takde pape.. tengah pikir strategi. hehe", balas Aril.
"Strategi apenye?" tanya Shila kembali.
"Hujung minggu ni saya ada tournament futsal. Tu yang tengah pikir strageti team tu." kata Aril.
"ohh.. okay good luck!" kata Shila.
"Shila, petang ni lepas abis kerja jom gi makan makan ke tengok wayang ke?"
"Err takpelah.. saya ada banyak kerja.. lenkali lah.ok?"
Aril kecewa lagi. Sudah banyak kali diajaknya Shila keluar tetapi tak juga Shila bersetuju. Aril sudah habis daya. Apa lagi perlu dilakukan untuk mendapat cinta bunga idaman?

Petang itu selepas kerja, Aril berseorangan berjalan disekitar Kompleks membeli-belah. Dia menuju ke sebuah kedai sukan untuk membeli beberapa kelengkapan futsal baru khas untuk digunakan untuk pertandingan hujung minggu ini. Kira-kira RM700 habis petang itu dilaram olehnya bagi membeli kelengkapan baru. Dia ingin ada semangat baru untuk pertandingan nanti. Tiba-tiba dia ternampak Shila yang kelihatan seperti sedang berjalan dengan seorang lelaki. "Eh.. sapa tu? takkan balak dia kot? bukan dia ni single lagi ke?", kepala Aril sarat dengan berbagai persoalan. Kalau boleh, ketika itu jugak dia ingin pergi kearah Shila dan bertanyakan sendiri kepadanya. Tapi Aril terlalu keliru, terlalu penat dan terlalu kecewa dan yang penting terlalu takut untuk mendengar kebenaran yang bakal dinyatakan Shila nanti. Dia berlalu pergi dan pulang sahaja ke rumah.

Hanya selepas tiga hari kemudian, Aril berdepan dengan Shila. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan bersama-sama. Aril cuba menutur dan menyusun pertanyaan tapi terlalu gementar untuk bertanyakan soalan cepumas itu. Tiba-tiba Shila terlebih dulu membuka mulut,

"Tournament awak tu besok eh Aril?"
"Haah..cuak ni, first time main dalam pertandingan." balas Aril.
"Dah tau cuak, sape suruh masuk.. hehehe" Shila sekali lagi melirikkan senyum nakalnya, bergetar hari Aril melihat senyumannya yang manis itu.
"Shila, esok tanak ikut tengok saya main dalam tournament tu? boleh saya bawak awak jalan-jalan sekali.hehe", tanya Aril.
"Tanaklah.. saya bukan minat bola pun.", balas Shila.
"Alaa awak pun bukan buat ape ape pon esok kan? jom la ikut saya.."
"Esok saya nak gi dating laa..."
"Huhh! dating? awak bukan single ke? tak penah cakap pun ada pakwe?"
"Awak tak penah tanya pun.." Shila menjawab dengan lagak muka selamba.
"Err patut la aritu nampak awak keluar dengan dia, muka macam familliar je.Saya kenal ke?" tanya Aril.
"Nama dia Hafiz, dia kerja dekat sini jugak. Cuma bahagian lain, tu sebab awak mungkin pernah nampak dia sebelum ni." jawab Shila kembali.

Aril hanya senyum dan buat muka selamba. Dalam hati penuh berkaca, kalaulah boleh dia nak jerit satu dunia, nak beritahu betapa kecewanya dia. Setiap suapan nasi goreng pagi itu dirasakannya tawar. Kalau boleh juga ingin satu pejabat tu dibakar. Biar tahu betapa dunianya hambar. Dan petang itu, Selepas kerja Aril pulang penuh kecewa, penuh duka. Biarlah apa nak jadi esok. Esok.. ya. mujur esok hari menyepak. Boleh saja dilepaskan segala dendam terpendam. "Celaka punya Hafiz, apasal kau boleh wujud dekat tempat ni?"


-----------------------------------------------------

Pagi itu Kompleks Sukan Paroi menerima bilangan orang yang sangat ramai. Majoritinya ingin mengambil bahagian dalam pertandingan futsal pada hari itu. Aril bersiap longlai, geram hari semalam belum padam. Disarungkan shorts dan baju baselayer berjenama Nike dari jenis Pro Combat setiap satunya berharga RM180. Kemudian menyarungkan pula standard shorts dan jersi juga berjenama Nike. Jersi dari jenis Nike T90 dengan customise nama dan nombor di belakang. Untuk Aril dia meletakkan nama ARIL dan nombor 16 iaitu nombor kegemarannya yang turut digunakan oleh penyerang Argentina, Sergio Aguero. Aril mengeluarkan pula stokin futsal khas yang juga baru dibeli. Stokin itu memiliki bintik-bintik getah kecil yang berfungsi untuk memberi lebih cengkaman dalam kasut. Bercerita pasal kasut pula, Aril baru sahaja membeli sepasang kasut Nike Mercurial GS2 dengan fungsi ACC atau All Conditions Control. Kasut itu hanya dijual sebanyak beberapa unit sahaja dan ia berharga lebih kurang RM400. Dia juga turut membeli gelang Power Band yang berharga RM150. Aril sudah bersedia pagi itu. Dalam kepala asyik terngiang wajah Shila. Wajahnya, suaranya, senyumannya, malah masih segar di kepalanya ketika dia terserempak Shila dan lelaki yang bernama "Hafiz" itu di kompleks membeli-belah tempoh hari. Aril sudah malas berfikir panjang. Apa nak jadi harini jadilah.

Perlawanan pertama, Serpente FC menentang Green United. Adi selaku kapten pasukan bermain di posisi penjaga gol seperti biasa. Zahir dan Aiman berpasangan di bahagian pertahanan sementara Khairi mengekalkan posisi di bahagian Midfield dan Aril diletakkan sebagai penyerang. Permainan dimulakan oleh pihak lawan Aril terus mengejar bola. Pemain pertahanan Green United, Hairi melarikan bola. Khairi cuba menghalangnya. Hairi pantas menggelecek seorang demi seorang pemain Serpente FC termasuk 2 orang pertahanan Serpente FC iaitu Zahir dan Aiman. Hairi hanya tinggal berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol, saat dia mula mengangkat kaki untuk merembat bola, datang pula Aril melakukan terjahan keras dari tepi arah Hairi. Hairi menjerit kesakitan, pengadil menghentikan seketika permainan apabila pemain Green United mula menolak Aril dan berlaku sedikit kekecohan seawal permainan. Akhirnya pengadil memberikan kad kuning kepada Aril dan memberi amaran keras kepadanya. Zahir menenangkan Aril, digosoknya kepala Aril dan membisikkan kepada Aril, "Aku tau cerita semalam, tapi kawal emotion kau. fokus sikit bro!." Aril hanya menganggukkan kepala dan permainan bersambung.

Selepas masuk ke separuh masa kedua, kedudukan masih terikat 0-0. Aril masih terganggu dengan hal semalam. dua kali sepakan jarah jauhnya meliar diatas palang gol. Rakan sepasukan cuba menenangkan Aril. Khairi membawa bola di tengah dan melambungkannya kepada Aril sebelum berjaya dipintas pemain lawan yang terus melarikan bola ke kawasan Serpente FC. Bola dihantar kepada rakannya dan melepaskan satu sepakan kencang tetapi ditepis oleh Adi. Aiman melarikan bola ke kawasan selamat dan menghantar pendek kepada Zahir. Zahir terlihat Aril berlari ke kawasan gol pasukan lawan dan dengan satu sepakan kencang Zahir cuba menghantar bola jauh kepada Aril. Aril cuba mengagak kedudukan bola, dia berlari kedepan melepasi Hairi dan Hamid iaitu seorang lagi pertahanan Green United. Bola melambung jauh, turut melepasi penjaga gol Green United. Bola jatuh betul betul bersebelahan tiang gol pasukan. Aril cuba mengagak bola jatuh dan cuba menghayunkan kaki untuk cuba melakukan sepakan volley yang merupakan trademarknya. Kaki dihayun kuat dan laju, dan "PANGG!!!". Bergegar bunyi tiang gol, serentak bergegar gendang suara Aril kesakitan....

-------------------------------------------------------------------

Akibat salah mengagak kedudukan bola dan menghayun kaki dengan kuat, Aril tersepak tiang gol. Hentakan  yang kuat menyebabkan kecederaan teruk pada kakinya. Aril terpaksa mengikut arahan doktor untuk berehat selama hampir 6 bulan. Sejak itu, Aril trauma bermain futsal dan melihat tiang gol. Dia kini lebih selesa bermain di bahagian pertahanan sejak itu. Bila ditanya kenapa lebih suka bermain di bahagian pertahanan berbanding menjadi penyerang seperti sebelum ni, Aril hanya menjawab mudah, "Aku nak jadi macam Aidil Zafuan.."



Saturday, July 7, 2012

[Short Stories Saturday] #9 : Lentang.. (Part Two)


"Bermain dengan cinta memang indah, Namun bila cinta dipermainkan, itu celaka. Cinta yang dicampak entah kemana, sampai aku sendiri tak tahu di mana mahu mengutipnya semula."

Bagai putus nafas aku dibuatnya
Mencari cinta yang lesap tiba-tiba

---------------------------

5 sekawan duduk terdiam, pandangan teralih ke satu sama lain. Masing-masing seolah faham dengan apa yang bermain dalam fikiran masing-masing. Ibarat berhubung secara telepati yang tidak memerlukan ungkapan kata-kata.

"Sekarang ni kita nak buat apa nih? aku takut laa kalau apa-apa jadi... " Ija akhirnya bersuara.

Plastik berisi mayat Sal disembunyikan di balik semak samun berdekatan khemah mereka. Bau busuk dan hanyir terlalu kuat hingga menusuk hidung. Kalau boleh hendak dicampak jauh beg itu tetapi takutkan jika ada orang lain terjumpa nanti susah pula mereka nak menjawab.

"Aku tak tahan la bau busuk ni!! aku nak tidur tempat lain lah!! " Eda mula merungut.
"Kau nak tidur dekat mana?? dekat kereta? pergilah sorang-sorang kalau berani!! eii dalam keadaan sekarang ni kita kena bersama walau kemana je tau. Jangan ada siapa pun terpisah dari kumpulan ni!!", Aki meninggikan suara.
"Aku tak tahan la bau dia, nak muntah tau tak?? hidung aku ni sensitif kau apa tau! " Eda segera bingkas bangun kerana sudah tidak tahan lagi, dia mengangkat beg kecilnya dan sebotol air dan berlalu pergi dari situ menuju ke kereta.
"Eda! kau nak pergi mana tu!! duduk la diam-diam sini woi...kita dalam keadaan bahaya ni!" Ija dan Nipis menjerit kearah Eda.
Wan segera bingkas bangun dan turut mengambil barang-barangnya.. "Takpelah, biar aku teman Eda tidur dalam kereta. Ni Swiss Knife ni aku ambik. Korang ade pisau lain kan yang boleh buat jadi senjata.."
"Dalam kereta kau tidur je tau! kau jangan buat macam-macam pulak!!" kata Nipis sambil tersengih..disambut dengan tawa kecil dari Aki.

Wan mengejar Eda yang berjalan pantas menuju ke kereta, semakin lama semakin jauh tapak khemah mereka tinggalkan. Terasa jauh pulak perjalanan yang dirasa walaupun cuma hendak menuju ke kereta ditambah pula dalam kegelapan malam di Hutan Lipur Lentang itu. Sampai di kereta, Wan membukakan pintu dan mempelawa Eda masuk. Muka Eda masam mencuka tanda masih marah tapi di sebalik raut wajahnya ada perasaan sedih yang bercampur baur dengan takut, sedih dan takut yang teramat bila kawan baiknya mati dibunuh secara kejam dan kini mungkin dia juga akan menjadi mangsa yang sama.

"Are you ok?" tanya Wan kepada Eda "You look terrified, and scared, and piss off at the same time."
"I'm sorry Wan, semua ni berlaku terlalu cepat. I taktau nak rasa apa sekarang nih. I just want to go home.."
"Kita semua nak balik, tapi takut kalau-kalau tak ikut kata pembunuh tu silap-silap kita pulak yang jadi mangsa. Buatnya dia tahan kereta ni tengah-tengah jalan kang macam mana? "
"Wan, I'm scared....tak pernah Eda rasa takut macam ni..."
"Dah..dah.. jangan takut. I'm here..."
Wan memegang tangan Eda, digenggamnya erat tapak tangan mulus itu. Mereka saling berbalas pandangan..
"Wan please hold me close..don't ever let me go.."
"I will protect you ok.. jangan takut. Kita selamat kat dalam kereta ni.."

Merpati sejoli hari-hari begini, Merpati sejoli hari-hari geli... Hutan Lipur Lentang, selain menjadi saksi pembunuhan kejam, menjadi saksi jua gagak hitam mencari pasangan di reban ayam. Dua pasangan memadu kasih asmara dalam kereta kecil. Wan dan Eda akhirnya mampu tidur. Berpelukan berselirat kaki dan tangan, bergantungan kepala di bahu lutut di siku.

---------------------------

"Aku dengan Nipis gilir-gilir jaga khemah. Ija tidur lah. Dah lewat malam dah ni.." Aki memberi cadangan.
"Kalau macam tu biar aku tidur dulu, kau jaga luar dulu? boleh? " kata Nipis.
"Sukati kau la Nipis... karang pukul 4 turn kau pulak jaga. Kau tak bangun kang siap! aku ambik dawai semalam ikat leher kau pulak sampai mampos kang.."
Ija menjegil mata ke arah Aki, dalam keadaan sekarang ni seperti tak sesuai untuk Aki cakap macam tu dan terus memarahinya..
"Heyy Aki!! have respect for arwah ok? mulut tu main lepas je cakap!"
"I'm sorry! ok. Benda ni affect kita semua. I'm just to stressed...sorry.."
"Senang cakap sorry.. asal buat silap sorry.. see this is your problem! right even sebelum ni. Mulut tu asik lepas je..You just don't have respect for people do you!!"
"I said I'm sorry!! dah la tu.. tak payah la nak panjang-panjangkan benda macam ni. Kenapa you nak ungkit semua benda tu? you pun sama jugak asyik nak mengungkit!!"
"Ohh now salah I lah asik suka mengungkit?? yang you tu mengungkit takpe pulak hah?? like that?
"WOIII!! DIAMMLAAH!!.. korang ni takyah bergaduh boleh tak?? korang couple balik lah senang citer..Asal jumpa nak bertekak, mengungkit, mengata... yang sudah tu sudahla.." Nipis menjerit.

Aki dan Ija terus terdiam. Keduanya hanya membalas pandangan mata. Hanya mereka berdua sahaja faham gelora hati dan perasaan masing-masing. Ija terus masuk ke dalam khemah untuk tidur. Terlalu sakit hatinya mengenangkan Aki yang dirasanya tidak berubah sejak mereka berpisah kerana masih berperangai lamanya. Aki segera duduk di sebelah unggun api, ditangannya ada segelas kopi yang sudah mula suam. Matanya tertumpu ke unggun api itu, sepanas mana api tu samalah panasnya hati dan perasaannya ketika itu. Nipis yang mulanya hendak masuk tidur akhirnya meneman Aki sementara waktu.

"Dah la tu bro, let it go laahh... korang dah takde pape kan. Jangan simpan sangat perasaan tu."
"Diam lah kau!! sakit je ati aku dia cakap macam tu tau? macam dia sorang je yang betul.."
"Perempuan memang macam tu, kalau jadi macam tu kau janganlah layankan sangat."
"Hmmpphh.... wehh Nipis aku nak pergi toilet kejap. Kau jaga camp kejaplah.."
"Hahh ye lah.. gi lah. Sambil tu gi skodeng skali couple 2 ekor tu.. ntah ye tengah tidur ke ape ntah tu."


---------------------------


"Tuk..tuk.." Aki mengetuk tingkap kereta Wan. Terpisat-pisat Wan cuba bangun membetulkan keadaannya, direnggangkan sedikit pelukan Eda dan menyelimutkan badannya dan kemudian terus membuka pintu kereta.
"Ehh Aki.. kau nak apa?"
"Aihh.. nak kata tidur pasang air cond tak pulak. Kat luar ni boleh tahan panas jugak. Macam mana kau tidur tak pakai baju tapi pakai selimut?"
"Sshhh.. diam ah! Eda tengah tidur tu... kau nak ape nih?"
"Nak pinjam Swiss Knife kau jap. Aku nak gi toilet.. takut dohh! aku lupe nak bawak pocket knife aku, dok tertinggal kat dalam khemah."
"Kau nak skodeng, cakap je laa nak skodeng! tertinggal pocket knife lah bagai.."
"Hahaha.. lena nampak tidur bang? "penat" sangat ke?"
"Dah..dah jangan sibuk. kejap aku amik.."

Wan membuka pintu kereta, dibuka bahagian compartment di sebelah tempat duduk penumpang. Berhati-hati dilakukan agar tidak mengejutkan Eda dari tidur. Diraba-raba compartment itu dan akhirnya terjumpa juga. Wan menyerahkan Swiss Knife lipatnya kepada Aki, Aki mengambilnya lalu ditenungnya pisau itu dan kemudian ditenung pula Wan yang tidak berbaju itu.

Wan bertanya, "Hah nak ape lagi? takkan nak suruh aku teman pulak??"
Aki merenung tajam ke arah Wan, lipatan Swiss Knife itu dibuka, dibelek-beleknya pisau sepanjang 2 inci itu. Sambil tersengih, satu rodokan tepat dihala ke perut Wan. Matanya buntang, kaget. Sakit dirasa bukan kepalang. Wan cuba bersuara, tapi mulutnya segera ditekup dengan tangan kasar Aki. Aki menolak Wan ke arah belakang kereta, Wan rebah terlentang. Swiss Knife ditarik keluar dari perut Wan dan kemudian satu lagi rodokan padu  ke arah perut Wan.. Wan hanya mampu mengeluarkan suara perlahan...
"Kau rupanya si jahanam...tu... erghhh..."
"Eloklah baru sekarang kau dah tahu kan Wan? maafkan aku kawan. Kau mungkin kawan yang baik, tapi ini pentas aku. Aku ada matlamat aku sendiri. Dan kau dan yang lain hanya akan jadi pengacau saje nanti."
"Celaka kau Aki.... rupa-rupanya... petang tadi tu kau...."
Dan satu lagi rodokan dari pisau Swiss Knife sepanjang 2 inci tepat menusuk ke jantung Wan...

---------------------------

"Rupa-rupanya petang tadi kau yang bunuh Sal!! kau dah bunuh Wan!!... apa semua ni Aki??"
Eda cuba melarikan diri, tapi tangannya pantas digenggam Aki. Dengan Swiss Knife yang masih ditangan, Aki melibas-libas pisau itu ke tubuh Eda. T-shirt dan seluar jeansnya dipenuhi koyakan hasil torehan Swiss Knife itu. Darah merah pekat mula mengalir bertompok-tompok membasahi seluar Eda. Eda hanya mampu menjerit dan menangis... kenapa lah dia tidak mencurigai Aki sejak dari tadi. Di dalam kereta semasa dia dan Wan hendak tidur, mereka ada berborak seketika mengenai hal petang tadi. Ada juga diceritakan yang semasa budak-budak lelaki pergi mencari port mandi yang lebih baik, Wan ada cakap yang Aki ada pergi ke tandas semasa mereka sedang seronok mandi-manda. Kata Wan, Aki pergi agak lama iaitu hampir sejam. Dan dalam masa sejam itu memang tidak mustahil dia adalah pembunuh Salma kerana Salma juga pergi ke tandas pada masa yang lebih kurang sama...

"Kenapalah aku tak terfikir dari tadi..."
Ya kenapa, kenapa Eda tidak terfikir dari tadi. Sekarang dia mungkin hanya boleh menyesal.. akibat indah dilamun asmara, segala curiga ditolak tepi, segala ragu dilupakan dahulu. Darah memenuhi tubuh Eda. Darahnya banyak hilang, hingga akhirnya nyawanya pun turut hilang.  Aki membuka bonet kereta dan mengangkat mayat Eda lalu disumbatnya ke dalam bonet kereta tempat yang sama dia menyumbat mayat Wan.

"Korang ni memang macam belangkas lah.. ni baru betul bersama hingga ke akhir hayat. Mati pun sama-sama, kena bunuh dengan orang yang sama, "liang lahad" pun aku bagi sama sekali.. HAHAAH..."

---------------------------

"Nipis!! bangun lah Nipis!! bangun.. ni giliran kau berjaga ni!! aku suruh kau tengokkan khemah kejap aku nak pergi toilet, kau bantai tido pulak kan? bangun lah!!!"
"Woii.. ye lahh.. kepala hotak kau kata pergi kejap.. punya lama aku tunggu sampai tertido.."


Nipis membuka matanya, terpisat-pisat dia cuba hendak bangun. Pandangannya sikit kabur, malam memang gelap tapi dia dapat melihat seakan-akan dawai besi yang sama seperti yang digunakan dalam pembunuhan Salma tadi.

"Ehh.. Aki kau nak buat apa dawai besi tu? kau biar betul nak ikat aku sampai mampos ni woii..."
"Haah ye. aku nak ikat kau.. pastu tinggalkan kau dalam hutan ni sorang-sorang biar kene makan ngan rimau. Ngarut je..jom ikut aku pergi sungai kejap nak tengok perangkap."
"Perangkap?? bila masa kau buat perangkap?"
"Masa sampai tadi aku sempat buat perangkap ayam hutan. Kau mane nak tau? asik bantai terjun tiruk je..dah jom"
"Abis si Ija ni macam mana? "
"Aihh kau ikut je lah, jangan banyak tanya.. kau tadi aku suruh jaga, kau bantai tidur ada apa-apa berlaku? ada? ada??"

Nipis mengikut Aki hingga ke gigi sungai. Aki membawanya ke bahagian yang betul-betul bersebelahan dengan air terjun. Nipis memandang ke sekeliling hutan, tiada pergerakan seperti ayam hutan terperangkap.

"Woii Aki! mana ayam hutan kau? tak masuk perangkap ke ape? "
"Adelaahh... ayam hutan tu engkau laa!! "

Dengan menggunakan dawai besi yang dibawanya tadi, Aki melilit leher Nipis. Nipis cuba melawan, diayaknya kehulu kehilir badannya tetapi Aki sudah bersedia dan cengkaman dawai besi itu ke leher nipis tetap teguh. Nipis, senipis badannya yang kurus kering cuba melawan Aki. Setiap kali dia cuba oleng lehernya ke kiri dan kanan, dawai besi itu akan mencengkamnya kuat mencederakan lehernya. Nipis akhirnya tercekik dan tidak dapat bernafas...pergerakannya semakin lemah dan dengan mudah Aki menolaknya dari tebing air terjun itu. Nipis jatuh menjunam dengan kepalanya terhentak diatas batu besar menyebabkan dia pengsan serta merta dan kemudiannya lemas dan dihanyutkan air.

"Moga-moga pagi esok adalah pakar penyelam yang jumpa mayat kau Nipis..." Aki tersengih,

---------------------------

"Kau nak buat apa lagi? sekarang tinggal kita je berdua dalam hutan ni.." Kata Aki.
"Apa kau nak lagi Aki? kita berdua dah takde apa-apa lagi kan? mana diorang Aki?? kau buat apa kat diorang??"
"Aku dah hantar diorang kat tempat yang aman dan bahagia.. aku dah hantar diorang balik. Sekarang tinggal kau je aku belum hantar." 

Aki mengeluarkan pisau pemotong daging yang kelihatan tajam. Pisau yang sama digunakan semasa dia memotong ayam semalam. Pisau yang sama ni mungkin digunakan untuk memotong gadis di hadapannya itu..

"Aki jangan buat macam ni Aki,.. Ingat tuhan? kita dah takde apa-apa kan. Kalau kau buat macam ni, takde benda yang akan berubah.."
"Takkan semudah itu Ija? senang je kau tinggalkan aku macam tu. Mana perasaan kau?
"Aki sudah Aki!! jangan teruskan..."
"Harap kau suka pisau ni sayang....."

Dan aksi selebihnya hanya membabitkan si pisau pemotong daging itu menarik nyawa seorang gadis pencinta yang curang. Curang di mata Aki. Sakit matanya melihat bekas kekasihnya setiap hari. Satu hari dia terpaksa menghentikan semuanya dan akhirnya kali ini pentasnya sudah tersedia.

Bunuh.. itu cara paling mudah. Itu juga hukuman yang selayaknya untuk dia. Aki merangkul tubuh genit yang tidak lagi bernyawa itu. dan kemudiannya mencampakkan ke dalam gaung yang berdekatan...

"Begitu mudah kau campak cinta yang aku beri, semudah itu juga kau, aku campak ke dalam gaung ni..."

---------------------------

The End...

Saturday, May 26, 2012

[Short Stories Saturday] #8 : Lentang.. (Part One)


"Begitu mudah kau campak cinta yang aku beri, semudah itu juga kau, aku campak ke dalam gaung ni. Bukan sekali tapi dua kali. Tak kiralah berapa kali aku campak, tak kiralah betapa seksanya aku turun semula ke gaung itu dan naik kembali hanya untuk mencampakkan kau kembali, kerana sengsara sakitnya tetap sama seperti yang aku rasa dek perbuatan kau..."

"Bagaimana hancur jasad kau, samalah kesannya pada hati aku, begitulah rupanya jika diungkap dengan rupa fizikal"

Dia turun kembali, melihat jasad atau benda yang menyerupai jasad itupun jika masih ada rupa, sudah tidak banyak rupa yang tinggal. Lantas mengorek lubang dengan tangan sendiri yang masih berdaki tanah dan darah si mati, diangkat saki baki sisa yang tinggal dan dilonggokkan ke dalam lubang itu dan kemudian mengambusnya semula.

"Sekarang mereputlah kau dimakan cacing tanah berkerawit tu, selayaknya itulah yang patutnya bagi kau.."

Digenggamannya ada sesuatu. segumpal daging dipanggil hati, jika dulu cintanya pernah bertapak didalam ini, kini dalamnya ada cinta lelaki lain. Diambilnya parang yang masih tersisip di pinggang, di belah-belah dan kemudian di campakkan merata. Biar makhluk lain juga merasa sedapnya daging bernama hati ini. Hati yang busuk ini hanya sedap dan indah di pandangan makhluk liar seperti biawak dan burung pembangkai seperti gagak.

Dengan tangan masih berdarah hanyir, dia turun ke sungai mencuci tangannya hingga bersih. Dibuang segala daki dan kotoran yang melekat di kuku.

"Sial, aku terlupa ambil sabun tadi. Busuk betul bau hati kau ni..."

--------------------

"Hah!! macam tu lah cerita dia.. takut tak? korang mesti seram gila kan?? kan?? tak payahlah kita pergi sana, baik kita lepak-lepak kat Genting naik roller coaster ke. Lagipun takat mandi manda air terjun ni dah biasa buat lah. Bosan dow..."

Nipis mengalih pandangan semula pada Aki. Mulut Sal dan Eda ternganga mendengarkan cerita si Nipis. Ija yang dari tadi berdiri di sebelah Wan hanya memandang Nipis dengan muka penuh jelik. Kenapalah ada kawan yang macam ni? katanya dalam hati.

"Macam celaka!! kau ni karut lah Nipis!! woii cerita hantu makan orang tu tahyul la. Hantu mana makan orang? entah harimau ke apa ke? Kau suka sangat percaya cerita mengarut macam tu. Lagipun yang kita nak pergi ni Hutan Lipur Lentang.. jauh daripada tempat tu... err kat mana tu... haa Karak. Itu Karak, memang lah segala pelesit jin bermaharajalela kat situ." bentak si Wan yang ingin diamukkan rakannya itu.

"Entahnya kau ni Nipis, sebok sangat nak pergi Genting lah ape lah. Sekali sekala je buat aktiviti camping ni. Dah lah kita semua ni bukannya selalu cuti sama hari. Ni alang-alang ni jom la buat aktiviti menarik sikit." Aki pula membentak kepada Nipis.

"Ahh korang tak paham! kang kalau jumpa apa-apa kat sana. Baru korang rasa. Abis tu kita nak camping ni berapa hari? sempat ke nak siap barang semua by tomorrow?" kata Nipis.

"Orang dah siap-siap planning semua la Nipis. Kau tu laa bila orang ajak bincang sikit malas. Sebok sangat main game tu. Barang semua dah separuh dibeli, sekarang tinggal nak organize je. Kau jangan nak mengarut-ngarut lagi dengan cerita kau tu. Aku tak suka dengar lah.." Sal yang dari tadi memegang kertas checklist kelihatan sedang menanda sesuatu sambil membebel kepada Nipis.

Selepas perbincangan itu, Mereka semua menuju ke destinasi masing-masing. Aki dan Nipis menuju ke hardware store untuk mencari barangan kelengkapan untuk camping esok. Wan menemani Eda mencari bahan makanan sementara Ija dan Sal pulang ke rumah untuk menyediakan juadah untuk hari esok.

"Ija, kau tak invite sekali ke boyfriend kau camping sama?, bila lagi nak introduce dia dengan group kita? "
"Kau gila ke Sal? takkan nak tunjuk depan Aki tu..ko sendiri tau kan sejarah kitorang camne? "
"Bukan ke korang berdua dah move on, takkan lah ada feeling lagi kot? Aku rasa mesti Aki cool punya kan?"
"Aku kenal sangat dengan perangai Aki tu. We've dated long enough, cukup lama untuk aku kenal dia. And aku rasa itu memang bad idea.."

Dari jauh, Aki memandang Ija dan Sal sebelum masuk ke kereta, pandangannya sayup, sayup juga terdengar isi perbualan mereka berdua.

--------------------

"Yehaaa!!! bestnya terjun tiruk.", ngeri sungguh lagak terjun Nipis. Ironi si Nipis yang mulanya tidak sukakan idea untuk bercamping di sini akhirnya dia sendiri yang lebih seronok berbanding orang lain.

"Nipis!! sini laa tolong siapkan dulu tapak camping ni. Kau ni reti nak enjoy je, cuba siapkan dulu kerja tu!" Ija menjerit ke arah Nipis. Aki di sebelahnya turut sama memanggil Nipis untuk menyiapkan dulu tapak camping ini, walaupun khemah sebenarnya sudah siap dipacak dan kini hanya tinggal nak mencari bahan untuk dibuat unggun api untuk bermalam di Hutan Lipur Lentang ini.

Hari itu hari yang indah buat enam sekawan ini. Sambil mandi manda di dalam kesejukan air terjun Lentang itu, mereka berborak dan makan-makan. BBQ ayam dan hot dog memang enak dikunyah selepas mandi manda. Hari itu hari biasa, hari bekerja bagi kebanyakan orang, jadi keadaan di kawasan itu agak sunyi kerana tiada orang lain yang berkelah di situ selain mereka.

"Sangat sempurna untuk rancangan aku.." bisik hati kecil Aki yang tersenyum sambil mendengar cerita kawan-kawannya. 

Pandangannya teralih kepada Ija, bekas kekasihnya. Sudah hampir 6 bulan mereka berpisah. Puncanya kerana kononnya Ija sudah menemui lelaki yang lebih sesuai dengannya. Mereka berpisah secara baik - itu yang dianggap oleh Ija. Bagi Aki, perasaan itu macam celaka. Semudah itu dia diganti setelah banyak yang dia korbankan untuk kekasihnya itu. Aki terlalu mencintai Ija, terlalu dan terlalu. Kawan-kawan semua menganggap mereka berdua sudah tiada apa-apa. Boleh melepak bersama, berborak bersama. Boleh menerima antara satu sama lain sebagai kawan biasa. Tapi Aki dan Ija terlalu kenal antara satu sama lain, sudah bersama cukup lama untuk mengenal niat sesama mereka. Dalam diam, Aki menyimpan dendam.. biar diheretnya semua yang berada disitu asalkan rencananya tercapai. Pelan rancangan diatur, dan teater permainanannya sudah tersedia.

--------------------

"Lama pulak si Sal tu pergi toilet. Aku risau la Eda.." bisik Ija kepada Eda.

Nipis, Aki dan Wan sudah hilang entah kemana. Menjadi kebiasaan bagi si bujang untuk mencari port mandi manda yang lebih mencabar. Kawasan yang sedia ada di hadapan mereka hanya menghanyutkan air biasa yang tidak terlalu laju. Ketiga-tiga mereka naik lebih ke atas ke kawasan air terjun yang tinggi sedikit, yakin ada kawasan yang lebih teruja untuk dijelajah. 

Ija dan Eda semakin risaukan Sal. Sudah hampir sejam dia pergi ke tandas. Akhirnya Ija dan Eda mengambil keputusan untuk mencari Sal jikalau dia masih berada di dalam tandas. Sesampainya mereka di tandas, pintu yang bertutup rapat dipulas tombolnya dan pintu terbuka. Keadaan senyap sunyi tiada nada.

"Sal!! ohh Sal!! kau ada kat dalam tak?"

Di salah satu kubikel, pintunya seakan tertutup rapat. Rapat tapi tidak berkunci. Perlahan, Ija dan Eda mendekati pintu itu. Dengan satu tolakan, pintu terkuak. Ija dan Eda terkejut dengan apa yang mereka lihat dan serta merta seraya jeritan kedengaran oleh kedua-duanya... 

"Salma!!!!"

--------------------

"Enam orang kesemuanya. Satu sudah, yang lain akan menyusul. Jika hendak selamat, Jangan ada seorang pun tinggalkan tempat ini sebelum tengahari esok. Dan jangan ada sesiapa cuba menghubungi atau berkomunikasi dengan Polis atau orang lain selain dikalangan kamu sendiri. Atau padah akan menimpa kalian." 

Ringkas nota kecil berlumuran darah sedang dipegang oleh mayat Salma yang terbujur tergantung diatas toilet seat tandas itu. Di lantai tandas pula ada sebuah beg hitam besar. Cukup besar untuk mengisi mayat Salma di dalamnya. Ngeri.. begitulah keadaannya, kedua tangannya diikat dengan dengan dawai besi dan dibiar tergantung pada palang kayu yang berada diatas kubikel itu, kakinya sedang berpijak pada penutup toilet seat. Keadaannya seperti reinkarnasi Jesus disalib. 

Mayat Salma begitu ngeri dengan tubuhnya berlumuran darah. Tubuhnya dikelar-kelar, pakaiannya habis koyak rabak dengan kesan kelar. Lehernya juga dililit dengan dawai besi hingga persoalan yang timbul adalah bagaimana dia mati? samaada akibat dicekik dawai besi atau kerana dikelar tanpa belas kasihan.

Ija dan Eda meraung sambil berpelukan seakan tidak percaya, Aki dan Wan kaget seolah hilang kesedaran diri untuk berbuat apa-apa.

"Aku dah cakap dah!! aku dah cakap!! kita tak patut datang sini. Kat sini mesti ada makhluk pelik nak bunuh kita nih. Apa nak buat sekarang ni?? korang cakap kat aku!!", Nipis bagaikan sedang histeria. Seakan tidak percaya apa yang berlaku di depan mata.

"Nota ni tulis kita tak boleh bagitahu sesiapa. Ada beg hitam.. aku tak rasa ni makhluk pelik yang bunuh. Ini kerja manusia..kerja pembunuh kejam. Beg hitam tu, mungkin pembunuh tinggalkan supaya kita boleh isi mayat Sal dan bawa keluar dari tandas ni tanpa dilihat sesiapa.." Aki membuat telahan.

"Takda pilihan lain selain terpaksa buat jugak. Aku takut terjadi lagi benda ni kat salah sorang daripada kita kalau kita tak ikut arahan dia" Wan pula mencelah.

"Tapi dia sendiri tulis kat situ "yang lain akan menyusul". Bukan maknanya kita akan tetap mati? " Suara Eda terketar-ketar.

"Apa pun kita kena bawak keluar mayat Sal dari sini. Kita bawak balik khemah, lepas tu baru pikir nak buat apa." Wan kembali memberi idea.

5 sekawan pulang semula ke tapak khemah mereka, Wan dan Nipis mengangkat beg hitam besar berisi mayat Salma. Baunya terlalu busuk dan menusuk hidung. Eda dan Ija menutup hidung, cuba juga menutup tangis. Trauma dengan keadaan berlaku. Aki di belakang memerhati keadaan sekeliling, takut ada mata yang memandang dan curiga. Siapa tidak mahu curiga melihat sebuah beg hitam besar sedang diangkat di dalam hutan rekreasi yang sunyi dan hanya berpenghuni unggas rimba ini.

5 sekawan menjadi trauma di pentas permainan Hutan Lipur Lentang......

--------------------

End of Part 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...