adverts

Showing posts with label Song for Sunday. Show all posts
Showing posts with label Song for Sunday. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

[Song for Sunday] #8 : Kau Pergi Jua - Adam Ahmad

Pergi....

Akhirnya kau pergi.. seorang kawan yang aku anggap istimewa dalam hidup aku.

Pergi mu bukan menghadap illahi, pergi mu menghadap sistem yang hierarki, pergi mu meninggalkan aku sendiri.

Ya, sendiri.. dalam keramaian ini aku merasa bersendiri. Kalau lagu M Nasir dengan Mawi tu lirik dia lebih kurang begini, "Dalam temasya ku memencil diri..". Sebenarnya mungkinlah ini realisme yang aku perlukan. Sebenarnya mungkin inilah yang sepatutnya berlaku sejak dari awal. Sebab sekarang semuanya dah terlambat. Terlambat untuk aku kembali, terlambat bagi kau untuk pergi. "Damage has been done"

Senyummu, wajahmu yang sentiasa terbayang sehingga terbawa ke dalam mimpiku yang aku rasakan seperti realiti, kini pergi... Kau pergi tak kembali. Perginya kau membawa suatu cerita baru buat aku. Membawa aku menempuh suatu alam yang sudah berbeza, terlalu berbeza. terlalu asing. terlalu sunyi. 

Apa pula jadi pada aku sekarang? entah, aku sendiri tak tahu. Aku tak tahu apa yang aku nak buat sekarang. Hidup mesti terus.. dan seperti buku baru, catatan baru menunggu untuk aku tulis, untuk aku reka, untuk aku cerita.


"Kau bunga, Ingin kusuntingmu menjadi milikku. Lantas kuabadikan dalam jiwaku.."


Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...


Sunday, May 13, 2012

[Song for Sunday] #7 : Rendang Tak Berbuah - Hattan

Hanya ini yang boleh dikatakan di saat ini.. "Selamat Hari Ibu". Aku tanak tulis panjang-panjang untuk entry ini dan biarlah hanya lagu yang berbicara.

Untuk the best mom in the world, Puan Norzin Binti Said.. Selamat Hari Ibu buatmu dari anakmu. The only son, the sole son who sold the world. Pengorbananmu tidak ternilai, dari menjaga aku sejak dari kecik, sampai aku terlantar kat IJN berkali-kali. cuma dia je lah yang ada disisi. 

I love you mom.... True Story, Aniq Izwan...

" Ibu mengertilah....Aku sengsara.."



Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

Sunday, April 29, 2012

[Song for Sunday] #6 : Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari

Ada orang cakap kat aku.. dia cakap dalam english. "First rejection is always the hardest and the most painful". Kau pernah tak rasa sayang dan suka kat orang sampai kau sanggup berubah dan tidak jadi lagi seperti diri kau  yang dahulu?

Aku pernah, bukan sekali lah itu yang aku boleh cakap. Kadang-kadang kau rasa awesome bila dapat berubah. Tak kiralah berubah jadi lebih baik atau lebih buruk. Yang penting kau dah rasa kau dah berubah.

Lagu ini ada sorang member bagi kat aku dan suh aku dengar. Entah kenapa memang kena gayanya lagu ni dibagi kat aku dikala aku berada di ruang paling dalam paling bawah dalam hidup. Kalau pepatah inggeris tu katanya "at the lowest point of my life". Aku sendiri confuse, samaada lagu ini nak menaikkan semangat atau hanya perahan limau nipis ke luka yang sedang berdarah. Yang penting lagu ini kena dengan gayanya.

Lagu ni aku rasa takda la kena mengena dengan keadaan orang yang disayang atau disukai itu berubah arah. Tapi aku rasa lagu ini lebih mengutamakan cerita seseorang yang terlalu setia dan terlalu bangang untuk menyukai seseorang yang tidak menyukai orang itu balik. Umpama pokok kaktus, makin dipeluk makin sakit.

Kadang-kadang aku time-time tengah syahdu tu terasa feeling betei gak dengar lagu macam ni sambil membayangkan Setting yang ohsem iaitu dengar malam-malam time sunyi, dok luar rumah, kopi secawan dengan rokok sebatang tengok bulan..pehh leleh tu.

Ahh... semua ni babi!!

" Sebenarnya engkau masih ku sayang.. Biarpun tak dapat bersama.. "




suasana sepi membisu 
tersentuh hatiku 
dibuai kenangan lalu 
ingin ku luahkan hasrat dihati 
sudikah mendengarnya

sebenarnya engkau masih kusayang 
biarpun tak dapat bersama 
kau masih kurindu 
seperti waktu dahulu 
aku mengharap agar engkau mengerti 
curahan rasa ini

c/o 
jika engkau sedang hidup bahgia 
jangan kau lupakan diriku 
yang terdampar kesepian 
ku dilambung ombak rindu 
yang hanyut dalam kelemasan

mengapakah aku masih menunggu 
dan masih menagih kasihmu 
dirimu dimana.... 
cuma aku yang terus 
sabar menantimu tanpa jemu

dulu kau menumpang kasih 
lalu ku beri harapan 
sekelip mata kau berubah 
oh...begitulah 
lumrahnya percintaan

Sunday, March 25, 2012

[Song for Sunday] #5 : Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band

Masuk bulan depan cukuplah setahun.. Mungkinlah ini masanya untuk aku atau orang lain cakap kat aku, Sudah Cukup Sudah... cukup sampai disini saja. Memang tak ada gunanya meratib pada orang yang memang sudah tidah mahukan kita.

Tapi entah kenapa aku memang degil orangnya, zahirnya aku selalu juga berjumpa dengan dia. Entah kenapa aku suka berada disitu. Berada di sisi dia. bukan lagi sebagai pasangan, tapi sebagai kawan. Cukup ke rasanya. 

Ya. aku rasa aku dah banyak buang masa untuk kau. Tapi aku terpukul juga sekali sekala, bila kau kata kat aku yang aku juga buang masa untuk orang lain. Buang masa untuk orang yang memberi harapan tetapi sebenarnya tiada harapan.

Ya. ada seorang lagi. Seorang lagi yang aku kena cakap Sudah Cukup Sudah. Tapi entah kenapa yang ini aku rasa lain.. sesuatu yang aku tak boleh nak kata Sudah..Dan seorang yang aku relakan dia menari diatas tangisan aku.. Aku tunggu sajalah. Mungkin suatu masa nanti, aku akan kata Sudah Cukup Sudah.

"Teganya kau menari diatas tangisanku "


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.

C/ Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Tlah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu
Ulang
C/ 3x

Sunday, February 5, 2012

[Song for Sunday] #4 : Pendam - Shahir AF8

Pendam... sejauh mana kau memendam rasa? Pendam boleh dikaitkan dengan macam-macam perkara. Ada yang memendam perasaan. Perasaan pula ada perasaan cinta, dendam, sedih, gembira dan sebagainya.

Untuk lagu ni, Pendam dikaitkan dengan perasaan cinta. Kau pernah memendam perasaan cinta? aku pernah. Bukan setakat pernah, mungkin dah masuk tahap selalu sangat dah. 

Aku ingat lagi dengan seorang gadis yang aku pernah pendam perasaan dekat dia, bertahun aku pendam perasaan dan aku rasa ada lah jugak dekat lebih 5 tahun. Ya! perasaan tu kalau kau tak pernah luahkan dia akan jadi teruk macam tu. Kalau 5 tahun kau pendam perasaan, 5 tahun la perasaan tu tersimpan dalam tu.

Lucky me, aku akhirnya boleh melupakan dia dan perasaan itu hilang begitu sahaja. Dan sekarang aku kembali memendam perasaan. Pada siapa? biarlah aku tahu, biarlah aku pendam sendiri..

"Pedihnya hanya aku yang merasa mahu memilikinya"



Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta...

Monday, January 23, 2012

[Song for Sunday] #3 : Indah Lelapku - Izwan Pilus

This is a special tribute kepada arwah Izwan Pilus yang meninggal dunia kelmarin akibat jangkitan dalam darah.
Aku tidaklah begitu meminati beliau tapi suka jugak dengan lagu lagu dia. Kembali Senyum tu pon ohsem jugak walaupun itu adalah lagu dari drama Korea.

Aku tidak segan untuk mengaku aku adalah peminat adik beliau iaitu Khairil Azam Pilus ataupun lebih dikenali sebagai Aril AF7. Ok, mengenai sakit yang dihidapi arwah. Seingat aku, lama jugak arwah ni bedridden. Sebab first time aku dengar arwah dan Aril dimasukkan ke hospital pada bulan lepas kalau tak silap. Itu pun sebab Fan Club Aril ade ajak aku pergi gathering dengan Aril dekat Sunway Lagoon. Tapi di saat akhir terpaksa dibatalkan sebab Aril masuk hospital. 

Beberapa hari kemudian, Aril dibenarkan keluar hospital tetapi abangnya tidak. Jadi sejak itu, tak silap aku arwah memang stay dekat hospital sampai la dia menghadap ajal. Takziah buat Aril sekeluarga dan al-fatihah kepada arwah Izwan Pilus.. lagu ini adalah tribute kepada anda....





Dalam lelapku ini
Terbayang wajah seakan puteri
Dalam lelapku ini
Munculnya dia bagai bidadari
Dalam renungku ini
Sepenuhnya ku ingin mendekati
Dalam hatiku ini
Sepenuhnya ku ingin memiliki
Dan bila
Cuba bangun dari lelapku
Dan bila
Ku cuba buka kan mataku
Dan hilang
Segala rupa yang telah ku bayang
Dan hilang
Segala rasa yang telah ku rasa
Dan hilang
Segala semua harapanku
Dan hilang
Cerita indah dalam tidurku
Dalam renungku ini
Sepenuhnya ku ingin mendekati
Dalam hatiku ini
Sepenuhnya ku ingin memiliki
Dan bila
Cuba bangun dari lelapku
Dan bila
Ku cuba buka kan mataku
Dan hilang
Segala rupa yang telah ku bayang
Dan hilang
Segala rasa yang telah ku rasa
Nyatalah dia hanya dalam mimpiku
Dan kisah aku memilik cinta hati
Nyatalah dia hanya kekasih pelukku
Sampai sini kisah aku dengan nya

Sunday, December 25, 2011

[Song for Sunday] #2 : Tak Suka Tak Apa dari Screen

Fahami...selami...dalami...mengerti...

Ada orang tip aku untuk melayan lagu ini... katanya suruh fahami, selami, dalami, mengerti. Lagu sumpah jiwang tahap gaban ini sesungguhnya mengajar aku bagaimana untuk bersabar. Ya. apa nak buat kalau orang dah tak suka? Seumur hidup aku, aku pernah menghadapi orang yang tak suka kat aku baik lelaki baik yang perempuan. Ada yang sebabnya memang salah aku.... dan ada pulak yang aku taktau apehal tetibe je dah ada orang tak suka. Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh buat suka suka hati kita...agar tiada orang yang suka suka je tak suka kat kita..

P/S: aku harap kau suka aku, satu hari nanti.. kalau tak suka tak apa lah.. nak buat macam mana kan, Ini perasaan dowhh.. kau nak paksa apa?





Jikalau kau dah tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau kau dah ak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

( 1 )
Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

( ulang 1 )

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

Sunday, December 18, 2011

[Song for Sunday] #1 : New Divide by Linkin Park

Ok, welcome to Song for Sunday. Dimana setiap Ahad aku akan post video klip lagu artis-artis tak kira tempatan atau antarabangsa. Yang mana ikut suka aku je lah nak post lagu apa. kehkehkeh!

Song for Sunday edisi pertama ni aku akan post video klip New Divide dari favourite band aku iaitu Linkin Park. Kenapa aku post VC ni? ini adalah kerana VC ni adalah alternative version. Kalau sebelum ni sesiapa dah pernah tengok VC New Divide ni, diorang akan selit sekali klip-klip dari movie Transformers Revenge Of The Fallen. Tapi untuk alternative version ni, semua klip-klip filem tu telah dibuang dan digantikan sepenuhnya dengan image band LP sendiri.. ahhh anyway silalah enjoice video minggu ini dari Linkin Park



I remembered black skies 
The lightning all around me 
I remembered each flash 
As time began to blur 
Like a startling sign 
That fate had finally found me 
And your voice was all I heard 
That I get what I deserve

So give me reason 
To prove me wrong 
To wash this memory clean 
Let the floods cross the distance in your eyes 
Give me reason 
To fill this hole 
Connect the space between 
Let it be enough to reach the truth that lies 
Across this new divide


There was nothing in sight 
But memories left abandoned 
There was nowhere to hide 
The ashes fell like snow 
And the ground caved in 
Between where we were standing 
And your voice was all I heard 
That I get what I deserve

So give me reason 
To prove me wrong 
To wash this memory clean 
Let the floods cross the distance in your eyes 
Across this new divide

In every loss 
In every lie 
In every truth that you'd deny 
And each regret 
And each goodbye 
Was a mistake too great to hide 
And your voice was all I heard 
That I get what I deserve

So give me reason 
To prove me wrong 
To wash this memory clean 
Let the floods cross the distance in your eyes 
Give me reason 
To fill this hole 
Connect the space between 
Let it be enough to reach the truth that lies 
Across this new divide
Across this new divide
Across this new divide


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...