adverts

Saturday, February 9, 2013

[Short Stories Saturday] #10 : Cinta Bola San Siro


"Haa Zahir, kau jangan lupo lak malam ni, main kek tompek biaso, San Siro dan macam biaso don't be late!". Aril menamatkan panggilan. Jam menunjukkan jam 4.50 petang. Tak sabar dia menanti detik 5 petang untuk balik kerja. Hari itu hari Jumaat, macam biasa setiap kali hari Jumaat, jalan highway KL-Seremban akan dipenuhi kereta setiap kali hujung minggu tiba. Entah kenapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini rakyat Malaysia semakin rajin untuk balik kampung walaupun cuti hanya dua hari. Antara rakyat Malaysia itu adalah Aril sendiri. Setiap hari Jumaat selepas pulang dari kerja jam 5 petang, Aril akan bergegas pulang ke Seremban. Malamnya pula Aril dan rakan rakan sekampungnya akan berkumpul untuk bermain futsal. Friday Night is Futsal Night bak kata mereka. Dan seakan sudah menjadi suatu rutin selama bertahun-tahun bagi mereka termasuk Aril sendiri yang seakan tidak akan sehari pun melepaskan Futsal Night itu.

Jam menunjukkan tepat jam 5 petang. Aril menutup komputernya dan bingkas bangun untuk pulang. Dia menoleh kebelakang, dan terlihat satu susuk anggun yang dikenali. Satu susuk indah dipandang, satu susuk tubuh yang bernama Shila. Shila sedang mengemas begnya sebelum pulang. Serta merta pergerakan Aril terkaku seketika melihat Shila yang nampak cantik hari itu walaupun bagi Aril, Shila memang setiap hari nampak cantik tak kiralah pakai apa pun. Shila menoleh dan memandang Aril lalu senyum kepadanya. Aril membalas senyuman Shila, dalam kepala ligat menutur kata nak diutarakan kepada Shila.

"Errr Shila dah nak balik dah ke?", tanya Aril.
"Eh? takdelah.. tak nampak ni saya tengah kemas beg ni mestila nak pergi memancing." Shila menjawab sambil melirikkan senyum nakal.
"aherrr... pandai buat lawak rupanya Shila eh? ",
"Dah tu pergi tanya saya benda pelik pelik buat ape.",
"aiii tanya pun salah?"
"tanya soalan salah, saya bagi jawapan salah la.."
Shila dan Aril membalas senyuman, seakan terkhayal seketika Aril dalam perbualan itu walaupun dia merancang untuk balik lebih awal. Tapi dek kerana leka berbual dengan Shila, Aril seakan terlupa seketika.
"Aril balik kampung ke hari ni?" tanya Shila.
"Haah.. macam biasa la tetiap minggu balik kampung. Jumpa mak abah, main futsal"
"Tetiap minggu main futsal. Hishh! boringg!!"
"Awak perempuan ape tau! Lelaki dan bola mana boleh dipisahkan. Lelaki yang tak minat bola bukanlah jantan sebenar tahu?", ujar Aril.
"Mengarut jer. Abis abah saya tak minat bola tu dia bukan jantan la?"
"Errr.. eh mane awak tau abah awak tak minat bola. ntah ntah dia minat bola diam diam ke?"
"Dah abah saya, mesti la saya tau! ish Aril ni."
"Haha saja je gurau. Alaa gurau pun nak marah. Ni banyak tanya ni, nak ikut saya balik kampung?"
"Buat apa?"
"Jumpa mak abah saya..haha"
"Ishh nak buat apa? suka mengarut la dia nih."
"Hahah saja je... k lahh.. saya gerak dulu. babaii! heheh",

Dan Aril terus berlalu pergi. Tiba-tiba Shila memanggilnya, "Aril!". Aril menoleh kebelakang memandang Shila. "Ya Shila?". "Kirim salam kat mak ayah awak.. hati hati drive k? ". Aril tersenyum dan melambai kepada Shila. "Insyallah..awak pun. hati hati drive balik tu." Aril berlalu pergi. Dalam hatinya melompat lompat gembira. "Ada respon baik nih..", katanya dalam hati.

--------------------------------------------------------------


Kompleks Sukan Paroi menjadi medan tempur Aril dan rakan-rakannya pada malam itu buat kesekelian kalinya. Zahir dan Khairi yang merupakan dua orang kawan baik Aril turut ada bersama pada malam itu. Mereka bertiga diletakkan dalam satu pasukan bersama dua orang lagi rakan sekampung mereka iaitu Wan dan Adi. Kompleks Sukan yang terletak di Paroi yang juga menempatkan Stadium Tunku Abdul Rahman sebagai trademark di kawasan itu merupakan medan tempur mereka sejak di bangku sekolah lagi. Adi bermain sebagai penjaga gol sementara Wan dan Zahir bermain di posisi defender. Khairi pula seorang yang memiliki bakat seorang playmaker bermain di midfield sementara Aril yang sering menjadi Target Man bermain sebagai striker atau penyerang utama.

Permainan dimulakan dengan Aril melakukan sepak mula . Bola dihantar ke belakang terus kepada Adi. Adi melakukan short passing dalam kawasan sendiri kepada Zahir. Pemain lawan cuba memberi pressure kepada Zahir menyebabkan dia terpaksa menghantar semula bola kepada Adi. Adi mengerling kearah  pintu gol lawan, terlihat kelibat Aril melakukan larian ke hadapan kawasan gol pihak lawan. Adi menyepak bola terus ke arah pintu gol lawan. Aril melihat arah bola jatuh, segera dia mengambil position sepatutnya dan bola tepat sampai ke aras paras pinggang Aril. Aril melepaskan satu sepakan volley kencang menewaskan Firus, penjaga gol pihak lawan. 1-0 kedudukan seawal permainan yang baru bermula 10 saat.

Court ditempah selama satu jam pada malam itu. Ketika perlawanan sudah hampir tamat. Pengurus gelanggang memberi isyarat kepada pemain bahawa permainan perlu ditamatkan apabila jaringan terakhir dilakukan oleh mana-mana pasukan. Ketika itu kedudukan sudah terikat 8-8. Aril yang seakan disuntik semangat lain malam itu apatah lagi teringatkan perbualannya dengan Shila petang tadi sudahpun menjaringkan 4 gol. Bola berada di kaki Aiman, pemain dari pasukan lawan. Aiman melarikan bola dari arah kiri dan cuba masuk ke kawasan penalti sebelum berjaya dipintas Zahir. Zahir menghantar bola tepat kepada Khairi yang mencari kelibat Aril untuk dihantar bola. 2 orang pemain berlari kearah Khairi. Dengan gerakan Roullete, Khairi menggelecek kedua-duanya dan melambungkan bola kepada Aril. Situasi Aril berhadapan 1 lawan 1 dengan penjaga gol. Firus cuba menerpa kearah bola, tapi Aril terlebih dulu berada di posisi dan masa yang betul untuk melakukan satu lagi sepakan volley yang menewaskan Firus. Tamat perlawanan, keputusan berpihak kepada pasukan Aril dengan kemenangan tipis.......  9-8.

“Woi Aril! Dasyat betul kau malam ni? Kene sampuk jin Suarez ke mende? “ tanya Firus.
“Suarez amende tu. Hati tengah bunga bunga tu. Padan le main lain macam tu..”, Tiba-tiba Zahir mencelah. Zahir sebenarnya bekerja satu tempat dengan Aril cuma berlainan department. Jadi segala cerita Aril ditempat kerja pasti Zahir lebih dahulu tahu. Ini juga menjadi sebab mereka berkawan rapat.
“Diam woiii!!, hahaha banyak la kau punya Suarez, gua Chelsea bhaii!! Keep The Blue Flag Flying High!! bukannya Yenuwaa..", balas Aril.
Tiba-tiba Adi mencelah, "Haa anyway good game guys. ok jangan lupa tau. Minggu depan kita ada tournament. Pastikan korang main macam tadi. Striker dah superb, cuma defending tu kena improve sikit. Zahir kau kan bagus main defender tapi kalau kau partner ngan defender lain kena pandai communicate sikit bro. Kalau tak jadi macam tadi bila kau dengan Wan cover belah kiri tapi takde defender cover belah kanan. Banyak gol kita tadi bocor bila jadi macam tu..

Perbualan kemudiannya banyak berkisarkan tentang strategi menghadapi pertandingan minggu hadapan. Pertandingan Jemputan yang dianjurkan oleh Menteri Besar itu menjadi medan percubaan pertama bagi pasukan yang menamakan diri mereka Serpente FC. Pertandingan itu adalah kali pertama disertai oleh pasukan mereka walaupun sudah bertahun mereka bermain bersama. Serpente ataupun ular dalam bahasa Italy adalah simbol atau lambang bagi pasukan Inter Milan. Kelab yang bermain di liga Serie A itu menggunakan simbol blue serpent di logo mereka dan oleh kerana stadium Inter Milan yang dipanggil Giueseppe Meazza San Siro, lantas Aril dan rakan-rakan menggelarkan gelanggan futsal Kompleks Paroi itu sebagai "San Siro" mereka atau home stadium mereka.

-----------------------------------------------------

"Aril... ooo... Aril!!, apa yang awak termenung tu?". Lamunan Aril tersentak seketika. Dihadapannya muncul Shila ingin memberikan work order baru kepada Aril.
"ehh.. Shila... tt..takk..takde pape.. tengah pikir strategi. hehe", balas Aril.
"Strategi apenye?" tanya Shila kembali.
"Hujung minggu ni saya ada tournament futsal. Tu yang tengah pikir strageti team tu." kata Aril.
"ohh.. okay good luck!" kata Shila.
"Shila, petang ni lepas abis kerja jom gi makan makan ke tengok wayang ke?"
"Err takpelah.. saya ada banyak kerja.. lenkali lah.ok?"
Aril kecewa lagi. Sudah banyak kali diajaknya Shila keluar tetapi tak juga Shila bersetuju. Aril sudah habis daya. Apa lagi perlu dilakukan untuk mendapat cinta bunga idaman?

Petang itu selepas kerja, Aril berseorangan berjalan disekitar Kompleks membeli-belah. Dia menuju ke sebuah kedai sukan untuk membeli beberapa kelengkapan futsal baru khas untuk digunakan untuk pertandingan hujung minggu ini. Kira-kira RM700 habis petang itu dilaram olehnya bagi membeli kelengkapan baru. Dia ingin ada semangat baru untuk pertandingan nanti. Tiba-tiba dia ternampak Shila yang kelihatan seperti sedang berjalan dengan seorang lelaki. "Eh.. sapa tu? takkan balak dia kot? bukan dia ni single lagi ke?", kepala Aril sarat dengan berbagai persoalan. Kalau boleh, ketika itu jugak dia ingin pergi kearah Shila dan bertanyakan sendiri kepadanya. Tapi Aril terlalu keliru, terlalu penat dan terlalu kecewa dan yang penting terlalu takut untuk mendengar kebenaran yang bakal dinyatakan Shila nanti. Dia berlalu pergi dan pulang sahaja ke rumah.

Hanya selepas tiga hari kemudian, Aril berdepan dengan Shila. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan bersama-sama. Aril cuba menutur dan menyusun pertanyaan tapi terlalu gementar untuk bertanyakan soalan cepumas itu. Tiba-tiba Shila terlebih dulu membuka mulut,

"Tournament awak tu besok eh Aril?"
"Haah..cuak ni, first time main dalam pertandingan." balas Aril.
"Dah tau cuak, sape suruh masuk.. hehehe" Shila sekali lagi melirikkan senyum nakalnya, bergetar hari Aril melihat senyumannya yang manis itu.
"Shila, esok tanak ikut tengok saya main dalam tournament tu? boleh saya bawak awak jalan-jalan sekali.hehe", tanya Aril.
"Tanaklah.. saya bukan minat bola pun.", balas Shila.
"Alaa awak pun bukan buat ape ape pon esok kan? jom la ikut saya.."
"Esok saya nak gi dating laa..."
"Huhh! dating? awak bukan single ke? tak penah cakap pun ada pakwe?"
"Awak tak penah tanya pun.." Shila menjawab dengan lagak muka selamba.
"Err patut la aritu nampak awak keluar dengan dia, muka macam familliar je.Saya kenal ke?" tanya Aril.
"Nama dia Hafiz, dia kerja dekat sini jugak. Cuma bahagian lain, tu sebab awak mungkin pernah nampak dia sebelum ni." jawab Shila kembali.

Aril hanya senyum dan buat muka selamba. Dalam hati penuh berkaca, kalaulah boleh dia nak jerit satu dunia, nak beritahu betapa kecewanya dia. Setiap suapan nasi goreng pagi itu dirasakannya tawar. Kalau boleh juga ingin satu pejabat tu dibakar. Biar tahu betapa dunianya hambar. Dan petang itu, Selepas kerja Aril pulang penuh kecewa, penuh duka. Biarlah apa nak jadi esok. Esok.. ya. mujur esok hari menyepak. Boleh saja dilepaskan segala dendam terpendam. "Celaka punya Hafiz, apasal kau boleh wujud dekat tempat ni?"


-----------------------------------------------------

Pagi itu Kompleks Sukan Paroi menerima bilangan orang yang sangat ramai. Majoritinya ingin mengambil bahagian dalam pertandingan futsal pada hari itu. Aril bersiap longlai, geram hari semalam belum padam. Disarungkan shorts dan baju baselayer berjenama Nike dari jenis Pro Combat setiap satunya berharga RM180. Kemudian menyarungkan pula standard shorts dan jersi juga berjenama Nike. Jersi dari jenis Nike T90 dengan customise nama dan nombor di belakang. Untuk Aril dia meletakkan nama ARIL dan nombor 16 iaitu nombor kegemarannya yang turut digunakan oleh penyerang Argentina, Sergio Aguero. Aril mengeluarkan pula stokin futsal khas yang juga baru dibeli. Stokin itu memiliki bintik-bintik getah kecil yang berfungsi untuk memberi lebih cengkaman dalam kasut. Bercerita pasal kasut pula, Aril baru sahaja membeli sepasang kasut Nike Mercurial GS2 dengan fungsi ACC atau All Conditions Control. Kasut itu hanya dijual sebanyak beberapa unit sahaja dan ia berharga lebih kurang RM400. Dia juga turut membeli gelang Power Band yang berharga RM150. Aril sudah bersedia pagi itu. Dalam kepala asyik terngiang wajah Shila. Wajahnya, suaranya, senyumannya, malah masih segar di kepalanya ketika dia terserempak Shila dan lelaki yang bernama "Hafiz" itu di kompleks membeli-belah tempoh hari. Aril sudah malas berfikir panjang. Apa nak jadi harini jadilah.

Perlawanan pertama, Serpente FC menentang Green United. Adi selaku kapten pasukan bermain di posisi penjaga gol seperti biasa. Zahir dan Aiman berpasangan di bahagian pertahanan sementara Khairi mengekalkan posisi di bahagian Midfield dan Aril diletakkan sebagai penyerang. Permainan dimulakan oleh pihak lawan Aril terus mengejar bola. Pemain pertahanan Green United, Hairi melarikan bola. Khairi cuba menghalangnya. Hairi pantas menggelecek seorang demi seorang pemain Serpente FC termasuk 2 orang pertahanan Serpente FC iaitu Zahir dan Aiman. Hairi hanya tinggal berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol, saat dia mula mengangkat kaki untuk merembat bola, datang pula Aril melakukan terjahan keras dari tepi arah Hairi. Hairi menjerit kesakitan, pengadil menghentikan seketika permainan apabila pemain Green United mula menolak Aril dan berlaku sedikit kekecohan seawal permainan. Akhirnya pengadil memberikan kad kuning kepada Aril dan memberi amaran keras kepadanya. Zahir menenangkan Aril, digosoknya kepala Aril dan membisikkan kepada Aril, "Aku tau cerita semalam, tapi kawal emotion kau. fokus sikit bro!." Aril hanya menganggukkan kepala dan permainan bersambung.

Selepas masuk ke separuh masa kedua, kedudukan masih terikat 0-0. Aril masih terganggu dengan hal semalam. dua kali sepakan jarah jauhnya meliar diatas palang gol. Rakan sepasukan cuba menenangkan Aril. Khairi membawa bola di tengah dan melambungkannya kepada Aril sebelum berjaya dipintas pemain lawan yang terus melarikan bola ke kawasan Serpente FC. Bola dihantar kepada rakannya dan melepaskan satu sepakan kencang tetapi ditepis oleh Adi. Aiman melarikan bola ke kawasan selamat dan menghantar pendek kepada Zahir. Zahir terlihat Aril berlari ke kawasan gol pasukan lawan dan dengan satu sepakan kencang Zahir cuba menghantar bola jauh kepada Aril. Aril cuba mengagak kedudukan bola, dia berlari kedepan melepasi Hairi dan Hamid iaitu seorang lagi pertahanan Green United. Bola melambung jauh, turut melepasi penjaga gol Green United. Bola jatuh betul betul bersebelahan tiang gol pasukan. Aril cuba mengagak bola jatuh dan cuba menghayunkan kaki untuk cuba melakukan sepakan volley yang merupakan trademarknya. Kaki dihayun kuat dan laju, dan "PANGG!!!". Bergegar bunyi tiang gol, serentak bergegar gendang suara Aril kesakitan....

-------------------------------------------------------------------

Akibat salah mengagak kedudukan bola dan menghayun kaki dengan kuat, Aril tersepak tiang gol. Hentakan  yang kuat menyebabkan kecederaan teruk pada kakinya. Aril terpaksa mengikut arahan doktor untuk berehat selama hampir 6 bulan. Sejak itu, Aril trauma bermain futsal dan melihat tiang gol. Dia kini lebih selesa bermain di bahagian pertahanan sejak itu. Bila ditanya kenapa lebih suka bermain di bahagian pertahanan berbanding menjadi penyerang seperti sebelum ni, Aril hanya menjawab mudah, "Aku nak jadi macam Aidil Zafuan.."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...