adverts

Showing posts with label Terfaktab. Show all posts
Showing posts with label Terfaktab. Show all posts

Wednesday, December 9, 2015

Poetry Bernyawa


Kau manusia tak boleh ada semua, 
kata Wani Ardy
Takkan ada apa yang mampu buat kau pulang,
kata Fynn Jamal
Ada yang sengaja pergi bukan agar kau cari,
kata Tia Setiawati
Menulis dengan rasa luka tak sama hasilnya menulis dengan rasa bahagia,
kata Niya Adriane
Angin kencang membawa kau jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar,
kata Noh Salleh
Have you ever loved a rose, and bled againts her thorns;
kata Lang Leav

Andai poetry itu mampu jadi satu kata kata bernyawa,
Ingin aku lempar tepat depan muka
Agar kau juga boleh rasa apa yang aku selalu rasa
Tapi poetry itu hanya bernyawa 
Jika yang membacanya menghidupkannya.

Kerana jika tidak, poetry itu satu kata kata mati.
Hilang tertelan dek kewujudan sendiri


Friday, July 11, 2014

Faktab Friday: Perasaan Tak Bertuan


Today I saw your picture.

beautiful as ever.



it got me reminded there.
to the times when we were once together,
not actually "that" together.
but that two or three times together.
when we were having dinner.
I stare at the glass full of water.
catching a glimpse of your smile as it wither.

probably you were wondering about something.
thinking,looking,wondering,
maybe I am something that is bothering.
or maybe I am that boring.

If I can go back there.
to the first time we met each other
when you look at me with a glare
I would have change for her
not for once but forever

now it may never get better
it may never be the same ever
and once again my dear
when I look at your picture
beautiful as ever

I said to myself as I wonder

will you be mine someday ever ?





Difaktab oleh si gila Aniq Templer..



Friday, March 14, 2014

Saying What Is Left Unsaid....

Do what must be done

Protect what is unprotected,
make believe what is unbelievable,
fight for what is fought,
hold on to what is held,
ignore those who are ignorant,
leave those who left,
see what is saw,
calm what is agitated,
feel what is felt,
dream what is real,
live for all its life,
true to what is wrong,
passionate for what is unmotivated
and
love what is hated...


Friday, October 4, 2013

Faktab Friday : The October of Hopes and The September of Breakups....


October October October

kalau orang lain boleh deep. aku pun boleh deep jugak.. 


October.. bulan dimana setiap tahun aku meraikan penambahan usia aku selama setahun.

Aku takkan boleh sangka, setahun yang lepas aku banyak experience benda yang baru, pengalaman baru, buat bende bende baru, kerja tempat baru, jumpa orang baru...


jumpa orang baru.....

di usia 24 aku hampir gapai apa yang aku paling mahu. yang terpaling mahu.
tapi tuhan lebih tahu, sedangkan Torres depan gol pun sepak tak masuk, inikan pula benda yang sebenarnya samar.. sebenarnyalah. ibarat juga macam Samuel Eto dah ade clear cut chance nak score depan gol kosong, tapi tiba2 datang Vidic, Evra dan Ferdinand dok tackle, block dan curik bola dari kaki. Jadi sebenarnya masih samar.


masih samar bukan?

September yang lepas adalah masa masa yang paling menjatuh-junam-dudukkan aku.
junam aku sampai aku pitam sambil bermimpi mendendang lagu Wake Me Up When September Ends dendangan kumpulan Green Day.

September lepas terlalu pedih.. kalau kat US, September jatuh pada musim Autumn yang famous dengan gelaran "The Autumn of Breakups". September aku melihat banyak breakups dan rejection, melihat orang mempermainkan dan dipermainkan.

aku salah seorang mangsa. ahh macam tak biasa.bukan sekali dua menghadap rejections, bukan sekali dua aku breakup.macam tak biasa. bukan?

Anyway, September sudah habis. Macam semua orang punya harapan.aku berharap benda yang sama.

Be nice to me October, be nice to me Allah, insyallah... I need it more than anything...
  

More than anyone else...

Tuesday, April 30, 2013

Ganti



Ganti

Aku cari siapa dia pengganti,
Kalau melihat dia, senyum dia, senang hati dia,
Kalau bersama dia, disisi dia, serah hati ini untuk dia,
Kalau semua itu boleh buat aku lupa.

Kata orang jiwa-jiwa, itulah pengganti yang dikau cari.

Itulah gantinya,
Menjawab segala doamu yang sebelum itu tak diterima,
Menjawab segala rasamu yang dulu kau rasa gila,

Itulah gantinya,
Jika kau rasa dialah bunga, dialah syurga.
Dialah gantinya, dialah orangnya,
 
Soalnya benarkah dia,
orangnya, bunganya, syurganya.
Harap sajalah dia orangnya,

Maka berharaplah....

Sunday, July 1, 2012

[Song for Sunday] #8 : Kau Pergi Jua - Adam Ahmad

Pergi....

Akhirnya kau pergi.. seorang kawan yang aku anggap istimewa dalam hidup aku.

Pergi mu bukan menghadap illahi, pergi mu menghadap sistem yang hierarki, pergi mu meninggalkan aku sendiri.

Ya, sendiri.. dalam keramaian ini aku merasa bersendiri. Kalau lagu M Nasir dengan Mawi tu lirik dia lebih kurang begini, "Dalam temasya ku memencil diri..". Sebenarnya mungkinlah ini realisme yang aku perlukan. Sebenarnya mungkin inilah yang sepatutnya berlaku sejak dari awal. Sebab sekarang semuanya dah terlambat. Terlambat untuk aku kembali, terlambat bagi kau untuk pergi. "Damage has been done"

Senyummu, wajahmu yang sentiasa terbayang sehingga terbawa ke dalam mimpiku yang aku rasakan seperti realiti, kini pergi... Kau pergi tak kembali. Perginya kau membawa suatu cerita baru buat aku. Membawa aku menempuh suatu alam yang sudah berbeza, terlalu berbeza. terlalu asing. terlalu sunyi. 

Apa pula jadi pada aku sekarang? entah, aku sendiri tak tahu. Aku tak tahu apa yang aku nak buat sekarang. Hidup mesti terus.. dan seperti buku baru, catatan baru menunggu untuk aku tulis, untuk aku reka, untuk aku cerita.


"Kau bunga, Ingin kusuntingmu menjadi milikku. Lantas kuabadikan dalam jiwaku.."


Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...


Friday, June 22, 2012

Faktab Friday : Merpati Sejoli...


Merpati sejoli hari-hari begini

Garuda menyerang tembak dengan senapang

Bertemu si burung murai paterikan mulutnya


Esok masih ada


Aku orang biasa tak mungkin mangkat dijulang

Gagak hitam mencari pasangan di reban ayam

Comel loteh menari berdanza lupa diri


Esok masih ada


Janganlah terasa hidup ini sementara

Wartawan hiburan pon$@ homo=?%+!*

Merpati sejoli hari-hari geli-geli


Esok masih ada


Tanyalah esok

Masih ada ke?

Ada ke?



Sampai bila harus dikenang, sampai bila kau mahu buatkan ia senang, adakah sampai kau sudah merasa tenang? sampai negara berperang? atau sampai aku mangkat dijulang....

Friday, June 15, 2012

Faktab Friday: Surah Buat Gadis Di Tepi Hutan...

Dan nafas panjang sekali lagi terhela,
Untuk entah kali ke berapa,
Dan untuk entah mengapa,
Mengapa? adakah kerana aku merasa lega?
atau masih gundah gulana? atau mungkin hancur kecewa?
Perasaan itu masih seperti dahulu, masih sama dan tidak sekali samar.
Sayang sekali engkau tidak begitu, perasaan kau pada aku masih lagi beku.
Tidak suka, tidak benci, yang pasti tidak ada yang berseri.
Aku pulang semalam dari suatu perjalanan yang suram.
Perjalanan panjang, gelap dan malap, di kiri kanan ada hutan, ada rumah orang, ada juga masjid dan surau
yang menyerikan mata aku dari kabur cinta pada mu.
Selalunya dalam suatu perjalanan yang lama, aku sering berkhayal. Mata tepat di depan, tapi fikiran aku melangkaui segenap alam. Ada juga khayal aku mengenai dunia Parallel. Parallel Universe, dimana semua benda adalah songsang, Dimana pokok di hutan menebang orang dan bawang di dapur menghiris orang.
Aku tahu itu semua gila. Tapi ada satu yang buat aku tidak menentu, yang buat aku bercelaru, Tapi itulah yang paling realistik berbanding semua khayalan bangang tadi.
Khayalan itu adalah lontaran kenangan terhadapmu.
Terlalu banyak yang aku fikirkan pasal kau. Terlalu dan terlalu, aku terfikir dengan segala yang aku telah buat. 
Dan aku sendiri tidak menyangka aku pernah buat semua itu. Aku tidak pernah terfikir aku akan jadi seberani itu.
Esok genaplah 2 bulan sejak tarikh itu, 2 bulan sejak kau berkata tidak padaku, 
2 months kalau dalam sebutan Inggeris. 
In 2 months I try everything... to hold on to you, to make you change your mind and even try to forget you.
Tapi sayang, forgetting atau melupakan bukanlah jawapan yang tepat. Mana mungkin aku boleh melupakan kau.
Seorang yang telah melampaui dan melangkaui segala bentuk rasa dan cita dalam jiwa aku,
Aku cuba juga untuk membenci kau.. tapi itu gila, aku tak boleh dan tak jumpa apa alasan untuk membenci kau.
Alasan membenci? alasan ini sama seperti yang kau pernah cakap pada aku. Ya, kau kata kau tak jumpa alasan untuk membenci dia, semakin kau cari semakin kau jumpa alasan untuk menyayangi dia.
Apa pula alasan untuk aku.
Aku rindu.. aku tak tahu apa yang aku rindu.. rindu kau? untuk apa? rindu pada tuhan? itu mungkin..
Semakin aku bertafakur, semakin aku tersungkur.
Malam itu aku lihat bintang, lihat taburan susunan Rabbul Izzati..semuanya patuh duduk diam, tak satu pun yang ingkar. tidak seperti aku. Dan masih aku ada hati memohon kepadaNya. Memohon untuk sampaikan kasih kepada dia.
Saban hari aku hanya mampu menguntum senyuman, 
Mengepul angan-angan, menukarkan kepada doa, menjadi mesej kepada tuhan.
Ya Rabbul Izzati, lembutkan hati dia... tunjukkanlah kenyataan kepada aku.
Biarlah aku bertahan, janganlah kau lepaskan...manusia durjana ini memijak rumput ciptaan mu dengan segala sifat angkuh dan sombong, dari terus mengharapkan kasih yang masih belum kesampaian..
Cinta itu apa? aku kenal semuanya dari dia..
Mengharapkan permulaan dan  pengakhiran seperti dalam rencana..

"Sebenarnya engkau masih ku sayang, biarpun tak dapat bersama.." -Lestari, Sekelip Mata Kau Berubah

Difaktab oleh si gila Aniq Templer..

Friday, March 30, 2012

Faktab Friday : Letih...

Sesungguhnya aku dah letih

 

Aku letih nak fikir,
Aku letih nak menyesal,
Aku letih nak tahu atau ambil tahu,
Apa lagi yang aku boleh buat...
Sampai teringatkan betapa bodohnya aku dulu.
Nyata aku banyak tersilap.
Aku jadi serba salah. 
Melayani perasaan dan menolak kebenaran.
Kadang-kadang aku hanya mahu pengsan seketika.
Pengsan untuk aku lupakan apa yang dah banyak berlaku,
Dekat aku dulu... 
Aku sudah lelah.
Dipukul dengan rasa bodoh bertalu-talu..
Dihambat rasa sakit dan rasa pilu.
Segala macam aku dah cuba,
Segala macam aku dah usaha,
Dan tetap hasilnya sama. 
Dan aku tercampak kembali ke gaung sunyi.
Dan kini aku sudah semakin letih.
Letih dengan semua yang dah berlaku...

Sedangkan engkau tahu. Kelemahan ku mudah jatuh cinta - Hilang Dalam Terang, Search

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday #12 : Degil...

source: 9gag


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Tuesday, February 7, 2012

Sarkasis: Kuda Itu Belum Mati Lagi.

Tahu apa itu kuda?

Tahu macam mana itu menunggang kuda?

Salah satu pesan rasulullah ialah selain dari belajar berenang dan memanah ialah menunggang kuda.

Satu hari nanti aku akan pacu kuda itu..

merentas ladang, merentas hutan...

Cumanya aku belum ada kuda itu.

Ya kuda itu mahal, kuda itu tidak jinak.

Belum tentu kuda yang ada didepan mata kau boleh beli dan jinakkan sekelip mata.

Sementara masa masih ada, belajarlah jinakkan kuda itu. itupun kalau kau ada kuda.

Belajarlah tunggang kuda itu,

Selagi kuda itu belum mati lagi...

 source: Google

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Tentang Kita

Malam ini sejuk,
Tubuh sendiri dipeluk,
Rajukmu ku pujuk,
Akan ku bawa kau ke tepi ufuk,
Pemandangan indah kau kata buruk,
Taman mewangi kau kata busuk,
Aku memang teruk,
Tidak memahami bahasa tubuh susuk,
Maaf aku tidak pandai memujuk,
Ingin ku bawa kau lari dari segala hiruk-pikuk,
Membuang segala perasaan kau yang berteluk,
Tapi aku tidak berdaya,
Aku ini bukan orang kaya,
Mampu beri semua yang kau minta,
Bawa kau melihat bulan bahagia,
Ingin nak bersama,
Ingin nak berdua,
Hanya aku dan kau, bukan kau dan dia,
Bagaimana kesudahannya,
Ingin ku tahu, ingin ku duga,
Sambil mendengar engkau bercerita,
Cerita tentang kita...

Difaktab oleh si gila Aniq Templer..

Friday, August 19, 2011

Faktab Friday : Cinta Kaktus

Have you ever hug a cactus?






  "Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita atau menyukai seseorang yang tidak menyukai kita semula adalah ibarat memeluk kaktus.
Lebih erat ia dipeluk, lebih banyak ia menyakitkan kita"


I'll wish I was him cause these words were mine..To say to you till the end of time -Always, Bon Jovi

Saturday, August 6, 2011

Ohh lelaki idaman...

Yang sebenarnya, entry ni aku tulis in response kepada artikel blog Nami di TTGB yang menulis entry bertajuk lelaki idaman. Dalam blognya, Nami agak kurang senang dengan fenomena perempuan sekarang yang nakkan lelaki idaman macam Seth Tan atau hero drama Korea. Katanya lagi perempuan yang suka drama korea cintan-cintun ni kebanyakannya adalah loser. Namun begitu satu benda yang aku setuju dengan kata-kata beliau ialah maksud loser adalah bukan seorang yang tidak berguna. Loser adalah satu istilah buat mereka yang tewas dalam perjuangan. Ya,keyword dia "PERJUANGAN". Seseorang yang telah berjuang tetapi tewas adalah loser yang sebenarnya hebat. Mereka hanyalah insan yang tewas dalam perjuangan untuk memenuhi keinginan mereka dalam mencapai kehendak berahi. Mereka bukannya insan yang tidak berguna. itu kata Nami.

Satu benda lagi yang turut dia tulis ialah bagaimana tv telah memberi pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan sekarang ni wujudnya pulak fenomena drama korea yang heronya ada rupa paras jambu ya amat telah menjadi satu garis panduan pulak kepada perempuan sekarang nak jadikan sebagai lelaki idaman. Terbaru ada drama Nora Elena yang menyebabkan seorang watak ilusi bernama Seth Tan menjadi garis panduan untuk perempuan mencari lelaki idaman. Soalnya wujud ke entiti bernama Seth Tan nih? wujudkah entiti seorang tokoh korporat yang tidak berfoya-foya dan hanya mencurahkan seluruh hidupnya buat Nora Elena ini? Dan buat lelaki sekalian, adakah anda sangat tercabar dengan entiti bernama Seth Tan ini?

Ok aku mengaku, aku tak ada ciri-ciri fizikal seorang Seth Tan mahupun Gu Jun Pyo. Despite aku tengok drama-drama yang ade hero-hero ini. Aku tidak ada rupa paras seperti mereka. Kalau setakat sikap ala-ala gentlemen dan romantic tu mungkin ada lah. Itupun mungkin kena mengikut kemampuan. Mana mungkin boleh meniru gaya Gu Jun Pyo yang kaya tu membeli sebuah pulau persendirian di Macau dan kemudian bawak girlfriend bercuti kat sana. Itu beyond logical unless aku ni anak Sultan Brunei itu lainlah.

Ingin jugak aku tau apakah benar ini lelaki idaman yang kau nak? Fahamkah anda gadis-gadis sekalian terutamanya yang masih single tu bahawa dengan menetapkan garis panduan sebegini dan terlalu hendakkan perfection, anda akan terus meletakkan diri anda terus merasakan sukar mencari pasangan? Bila dah expectation menjadi tinggi kemungkinan mencari seseorang yang seperti Seth Tan itu adalah sangat susah sebenarnya. Dan kepada yang dah ade other half tu pulak, adakah kau terlalu mengharapkan pakwe kau menjadi sehebat Seth Tan atau sejambu Gu Jun Pyo?

Ex aku dulu merupakan peminat tegar drama Boys Over Flowers dan selalu cakap dia nak lelaki idaman macam Gu Jun Pyo. Dan sekali lagi aku katakan aku memang tiada ciri-ciri fizikal seorang Gu Jun Pyo. Dia suruh aku potong rambut stail ala-ala hero Korea dan aku setuju buat rambut sebegitu sebab aku sendiri pon nak mengubah stail rambut aku tambahan pulak kos mendandan rambut kat Melaka masa tu adalah sangat murah sebab ade student price. Sebelum-sebelum ni boleh tanya dekat member-member aku yang rambut aku ni sentiasa belah tengah macam Zed Zaidi. Ok itu perumpamaan sarcastic, aku juga tiada ciri-ciri fizikal macam Zed Zaidi. Dan kerana ingin menjaga hati dia, aku jugak cuba meminati sendiri drama korea walaupun drama-drama lagging ni memang bukan personal taste aku tapi sekurang-kurangnya boleh juga aku menjadi sang pujangga yang romantika untuk dia atau sekurang-kurangnya menjadi Gu Jun Pyo yang selayaknya dia terima.

At the end akhirnya dia dump jugak aku dan nasib baiklah bukan kerana dia jumpa lelaki yang sebijik macam Gu Jun Pyo atau Seth Tan(aku tengok pakwe baru dia standard muka jawa totok jugak.takdelah jambu mana). Dan selepas itu barulah aku me-rebel-kan diri dengan membuat rambut mohawk yang telah menjadi bahan kutukan family dan member-member yang sangatlah pelik tengok tetiba rambut aku yang dulu jambu(sampai ade orang kata cute) kepada rambut macam Neymar pemain bola sepak Brazil. Ok panjang pulak aku bersurah pasal rambut ni.Bukan apa, its amazing apa yang seorang perempuan boleh lakukan untuk mengubah seorang lelaki. Contohnya, mengubahkan stail rambut,sikap,stail pemakaian,perspektif, etc,etc.

Dan seperti aku katakan tv telah terlalu mempengaruhi kehidupan kita sampaikan lelaki idaman pon nak yang macam dalam tv. Itu susahlah sebab sampai bila kita nak berfantasi? Mesti ade orang nak cakap kat aku "ah lelaki pon nak perempuan idaman macam dalam tv jugak. nak macam Lisa Surihani lah, Siti Saleha lah". dan jawapan aku disini mudah. Lelaki menginginkan Lisa Surihani atau Siti Saleha atau gadis gadis SNSD adalah kerana melihat diri mereka yang sebenarnya seperti yang dilihat di tv dan bukan seperti watak yang mereka cipta di tv. Lelaki tidak menyukai Siti Saleha kerana dia adalah Nora Elena tetapi perempuan menyukai Aaron Aziz kerana dia adalah Seth Tan. Its the real truth. Perempuan memang mahukan Seth Tan kerana dia memiliki ciri-ciri seorang lelaki yang sempurna iaitu kaya,hensem,caring,romantik,not short-tempered, dan macam-macam lagi perfection yang menyebabkan semua lelaki di Malaysia menjadi cob-nobbler serta merta di pandangan wanita.
Lelaki mengidamkan Lisa Surihani sebab dia adalah Lisa Surihani....

This makes us men think,  apakah saya ni tidak pernah menjadi lelaki yang awak idamkan? apakah saya perlu berulang kali katakan ayat cliche' seperti "nobody's perfect" supaya awak faham yang Seth Tan dan Gu Jun Pyo itu suatu entiti yang hanya mempermainkan perasaan awak? At the end of the day, fahamkanlah bahawa it is not about men like Seth Tan atau Gu Jun Pyo. Lelaki pun despite suka membandingkan girlfriend mereka dengan perempuan-perempuan lain yang lebih baik dari rupa fizikal girlfriend mereka, lelaki jarang atau tidak pernah mahukan girlfriend mereka meniru gaya atau rupa perempuan lain. Kerana bila lelaki berpacaran dengan seorang perempuan itu, dia hanya inginkan apa yang ada pada perempuan itu. That's why he dated you in the first place. Unless seorang lelaki itu juga mahukan perfection, mereka hanya terus mencari girlfriend yang lain and its that simple, but at least men doesn't want you to change who you really are. Dan percayalah bila seseorang lelaki itu mendapat seorang perempuan yang dianggap perfect baginya, dia akan melayan kamu sebaik mungkin dan mungkin melebihi layanan Seth Tan kepada Nora Elena. 

If all this is a lie, well aku tak boleh nak kata apa lah. At least I was like that dan bagi aku kalaulah seorang perempuan tu bagi aku sudah cukup sempurna, aku memang "sumpah tak carik yang lain". Dan aku juga ingin bersama dia hingga ke akhirnya dan andailah di syurga aku dilayan oleh bidadari-bidadari syurga yang jelita itu, aku sebolehnya hanya mahukan dia seorang kerana dia adalah apa yang telah aku katakan sebagai perfection walaupun dia bukan Lisa Surihani ataupun Siti Saleha ataupun Tasha Shila. At the end of the day, lelaki idaman adalah lelaki yang sepatutnya kau telah terima seadanya dan seperti aku katakan, its not about Seth Tan or Gu Jun Pyo. Well if you ask me will I ever be like Seth Tan if my future gf wants me to? I'll just say "bukan janji tapi pasti." boleh??

 You suka bunga dan Abang suka tempat sejuk. Nanti kita pergi kedailah beli bunga banyak-banyak, eh?”

It's not about Seth Tan atau Gu Jun Pyo.....

Wednesday, August 3, 2011

Datang sebagai dirimu, sebagaimana yang aku mahukan...



Okeh malam ni aku hanya ada satu entry malas untuk tatapan kalian. I'm still kinda terfaktab right now, dan banyak bende aku nak post tapi somehow tak ade masa nak tulis. I still have at least 3 grand entry berkenaan ramadhan yang nak aku postkan since day one puasa hari tu berserta 1 grand entry ala-ala terfaktab yang telahpun siap dalam draft dan hanya menanti masa terbaik nak dipost.

For now, enjoicess this video from Yuna. Lagu bertajuk Come As You Are dan lagu ini originally done by the late kurt cobainn and the Nirvana. What so special pasal versi ini ialah disebabkan voice Yuna yang memberi elemen ala-ala haunting kepada lagu ni..kalo dengar malam-malam time sengsorang boleh naik bulu roma woo... enjoice..

Monday, June 27, 2011

Definisi Cinta Mati..


Definisi ku mati,
Melihat kau pergi,
Usah lagi perlu kucari,
Makna rahsia yang kau sembunyi,
Timbul terang kau berlari,
Timbul gelap aku sendiri,
Aku sedar memiliki kau hanya mimpi,
Walaupun sekejap aku rasa puas hati,
Kerana kau adalah aku punya pertama kali,
Semasa ku dibawah, kau pergi,
Kau kata aku dan kau tak sesuai lagi,
Kau suruh aku cari perigi,
Kerana aku bukan timba yang kau ingin lagi,
Aku faham aku mengerti,
Ruang masa kita berbeza, berlainan dimensi,
Kita dipisahkan 2 negeri,
Aku cuba menerima dan memberi,
Tapi latar kehidupan kita yang dengki,
Tidak boleh melihat hubungan yang ku anggap suci,
Mungkin aku gila terfikir sebegitu sekali,
Bila jatuh cinta... lelaki mana yang sedar diri,
Akhirnya dengan pahit ku lepaskan kau pergi,
Kau pergi mencari timba kau sendiri,
Sebegitu pahit ku telan realiti,
Hingga terbayang kau disana sini,
Kalau itu orang kata aku berhalusinasi,
Aku kata aku depresi,
Aku terfaktab meneruskan realiti,
Kenapa realiti ni babi? tanya si Nami,
Ini cara tuhan menguji,
Kesabaran kau, khilaf kau semuanya teruji,
Supaya kau ingat DIA lagi,
Kini aku sendiri,
Ditemani suka dan duka,
Kenangan aku kau atau kita,
Mungkin juga aku terus sendiri,
Tak tahu berapa lama lagi,
Menghadapi depresi yang terbawa ke halusinasi,
Terus mencari definisi cinta mati.......


Difaktab oleh si gila Aniq Templer..

Tuesday, June 21, 2011

Manusia kena berhenti salahkan tuhan....

Sepanjang kehidupan aku ni, aku selalu dengar perkataan-perkataan yang lebih kurang macam ni... "dah tuhan nak ambik nyawa dia", "dah tuhan sayangkan dia","dah ketentuan tuhan kau takde jodoh ngan dia","tuhan dah tentukan jodoh kau dengan orang lain"... dan macam2 lagi ayat yang lebih kurang macam ni.. dalam tak sedar ayat-ayat ni seumpama kita menyalahkan tuhan. are you blaming god for everything? umpama kita manusia ni sangat sempurna takda cacat cela sampai tak boleh nak salahkan diri sendiri. Ini semua cara-cara cliche nak mengelakkan kesedihan...


Intro terfaktab diatas aku kongsi sebagai peringatan bukan kepada semua viewers blog ni, tapi jugak aku tujukan kat diri sendiri. Ya bukan tuju lagu ya...

Kenapa kita semua selalu mengungkapkan kata-kata ini? aku rasa benda ni normal sebagai manusia, kita susah nak mengaku kesalahan sendiri. Selalu kalau boleh nak salahkan orang lain. Jose Mourinho masa Chelsea kalah dengan Barcelona dulu menyalahkan pasukan Barcelona sebab main anti-football.. Barcelona letak defender ramai-ramai, dan lepas tu score sebijik gol dan menang. Jose tak mengaku kesalahan sendiri. Sebab bagi aku dia manusia normal..kita susah nak mengaku kesalahan sendiri sebab kita ada ego. Ego ni kalau aku guna terma islamic maka aku akan kata ego ni adalah hasutan syaitannirrojim.
Ada juga akibat hasutan yang lebih tinggi levelnya menyebabkan manusia sekali sekala menyalahkan tuhan. "why god? why are you doing this to me?" itu ungkapan yang biasa. Dan ada jugak selalu cakap macam ayat2 intro aku kat atas tu.. Come on people, why do we have to say the word god for everything wrong we do? ok bertaubat tu lainlah. Tapi macam ayat kat atas tu. Contoh,member baru clash ngan awek, datang kengkawan konon2 nak nak bagi ayat supportive lalu berkata pada si polan tu "takpe la rangga, tuhan dah tentukan kau takde jodoh ngan awek tu..nanti dia temukan la ngan orang lain"... this is not best bro. Ada jugak yang diri sendiri blame tuhan, "ya tuhan, kenapa lah kau pisahkan jodoh kami. Kenapa kau bagi aku kebahagiaan then secara tiba-tiba kau tarik semua tu?" Memang ni semua logical sense bila kau dalam tekanan.. you will tend to blame on everything.and the world is cruel to you.
Aku sendiri pernah selalu terjadi macam ni. Aku selalu terfikir, kenapa tuhan nak uji aku macam ni. Adakah tuhan sedang menghukum aku atas kesalahan yang lepas. Dan kadang-kadang aku keliru samaada ia satu ujian atau satu hukuman. Ada orang pernah cakap, tuhan tunjukkan kasih sayang dia dengan memberi seseorang itu ujian untuk melihat samaada kita boleh bertahan atau tidak, bila kita menerima ujian itu sekurang-kurangnya kita tahu bahawa DIA sedang memerhatikan kita... what do you think?

We human only have ourselves to blame. Admit what is wrong and pray for forgiveness..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...