Gua tak sempat nak post wordless wednesday maka gua sambung post Khamis Bisu je lah minggu ni. Ya saya Pelaung Pulau yang kini bermastautin di Pulau Carey, Selangor memberi sejuta sokongan buat pasukan Buffalo Soulja untuk misi Bukit Jalil III. Insyallah kalau Negeri Sembilan masuk final, den sanggup amik cuti nak tughun stadium..apo nak jadi pon jadi lah!!. Hobin Jang Hobin..
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com
Gua tak pedulik kalau malam ni ade lagi suara sumbang yang cakap Chelsea sebenarnya bermain di tempat sendiri iaitu di "Stamford Bridge" yang terletak di "Kings Road, Cobham, London"..
pesen-pesen gini mak gua pesan "kalau tengok bola, luaran tak penting.. yang penting hati.."(#sarkasma & sakit bontot)
We just want a good game from Malaysian Selection and Chelsea. We support both teams, we love our club and country, patriotisma bukan paksaan.Wearing your colors will make you proud!!.. For tonight,more importantly we want to see Fernando Torres scored... and it will be like winning a world cup to see him score..hahahaha.
"Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya" kata Safee Sali, penjaring gol tuk Malaysia menentang Liverpool petang tadi.
Sejak game lawan Arsenal sampai ke lawan Liverpool. Gelombang merah telah menjadi isu kontroversi sejak kebelakangan ini bila perlawanan membabitkan pasukan Malaysia menentang Arsenal dan Liverpool seakan-akan diadakan di Anfield dan Emirates. Puncanya ialah bila ramai penyokong-penyokong memakai jersi kelab EPL berbanding jersi tradisi kuning atau biru yang menunjukkan tanda sokongan kepada pasukan negara. Bagi gua benda ni tak patut jadi isu. Ini hanya perlawanan pertunjukan. Apa masalahnya kalau bersorak untuk keduua-dua team sedangkan memang dah pasti dua2 team adalah team kesayangan kalian. betul..
Untuk preview khas Chelsea vs Malaysia XI pada Rabu ni, Dibawah ni adalah salah satu cara bagaimana kita nak menunjukkan sokongan padu terhadap kedua-dua pasukan selain mengelak dari dibahan sebab pakai kaler "biru" instead of "kuning"
ini warna Biru (warna tradisi Chelsea)
dan ini warna Kuning (warna tradisi Malaysia)
Biru + Kuning
hahhh bila pakai baju kaler fluoroscent ni nampak la sikit kekuning-kuningan masa kat stadium nanti..sekurang-kurangnya takda laa nampak "biru" sangat Bukit Jalil khamis ni ye dok??
okeh dah tengok gambar tiket kat atas tu?? dah?... okeh
semalam buat pertama kalinyer gua ke stadium shah alam dan menjadi penyokong Selangor. tahniah buat Selangor yang menewaskan yob semalam..puas gak ati gua dapat bersorak.Haa yang tu penting. ape guna bayar RM15 hengget tapi tak dapat bersorak.. haaa nampak?? nampak tak?
ok tiket kat atas ni adalah tiket yang gua beli semalam. Haa nampak? jangan tertipu dan jangan rasa tertipu..ni memang tiket gua dapat malam tadi. Kalau yang jarang-jarang pi stadium macam gua ni( dalam taun ni,ni first time pi stadium) memang tak perasan memula tiket nih.. Dah balik semalam, baru prasan tiket ni adalah tiket TAHUN LEPAS... ye memang..ni tiket taun lepas, takyah baca details kat tiket tu pon da tau ni tiket last season, sebab apa? sebab penaja dah lain dan logo pon lain...
ape la motip deme kuarkan balik tiket simpanan nih..takleh nak dispose ke tiket2 tu? tak profesional la camnih weyy...
coming up, gua nak cerita pasal pengalaman masuk stadium menjadi fan selangor (walaupon gua nak yob menang semalam)..hahahah.. hobin jang hobin....bolasepak kito wajah kito...takkan wajah teman pulak? aterr?
tahun 2009, Selepas lebih 60 tahun akhirnya warga bola sepak seluruh Negeri Sembilan berpesta bagaikan sudah merdeka bila melihat para jang menjulang Piala Malaysia buat kali pertama selepas last menang Piala HMS Malaya dulu. Aku antara ribuan penyokong N9 yang merupakan minoriti di estadio nazionale de Bukit Jalil ketika itu yang menyaksikan fan Kelantan menang sorak walaupon team diorang tak chempiyen. Tatkala Shahurain abdul Samah open gol pertama N9 suasana dia memang klasemen dan sangat inzal dan bila 2nd half bermula dengan gol kedua dari Hai-O dan kemudian disudahkan Zaquan Adha, Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia taun itu menewaskan Kelantan 3-1. Kesan kemenangan tu aku berpesta seminggu, pegi kelas pakai jersi Negeri Sembilan, dekat Facebook letak profile picture yang ada kaitan ngan bola sepak Negeri Sembilan.. penutup bola sepak Malaysia taun itu adalah yang terbaik buat seluruh fan Negeri Sembilan. N9 kini kuasa baru bola sepak Malaysia. Dan penyokong bola sepak Negeri Sembilan terus berdendang sayang hingga ke taun 2010..
Tahun 2010 permulaan Liga Super tidak begitu menarik buat N9. Tapi team ni mendapat gelaran baru iaitu 'Pakar Pusingan Kalah Mati'. Sekali lagi di penghujung tahun, N9 melayakkan diri ke final Piala FA melawan Kedah.iaitu bekas juara Double Treble yang kini setelah tiada Marlon Alex James sudah menjadi Double Trouble. Sekali lagi aku ke estadio nazionale de jalil hill bersama kengkawan.. suasana kali ni lebih seronok. fan n9 dan Kedah sama ramai. Setelah perlawanan agak lemau dan berakhir 1-1. munculnya hero baru iaitu Sani Anuar Kamsani yang menepis sepakan penalti pemain Kedah iaitu Mat Sabre Abu. ketika tu aku dan ribuan penyokong N9 menjerit gembira..kini N9 sah kuasa baru bola sepak Malaysia. malah video masa aku ngan kengkawan bersorak macam orang gila tu pon masih ada lagi kat Facebook aku.
Aku bayar RM20 bukan untuk menikmati perlawanan tetapi menikmati detik detik liar macam ni....
tahun 2010 jugak N9 layak ke final Piala Malaysia sekali lagi menentang Kelantan, tetapi sayang sekali tewas kali ini. dan N9 selepas itu pada tahun 2011 menjadi Real Madrid Malaya dengan membeli pemain2 bertaraf star dan memiliki tak kurang dari 4 pemain kebangsaan yang gaji depa pastinya berbelas-belas ribu seperti yang didakwa oleh Tok Mat. Ditambah pulak kali ni wujudnya Ultras Nogori 9 yang sangat stail dan memiliki stamina tinggi untuk bersorak sepanjang game ntah makan apa agaknya. Bola sepak N9 kini boleh dianggap macam Inter Milan Malaysia dah nih.
Dan semua ini datangnya oleh coach yang sangat hebat iaitu Wan Jamak Wan Hassan. Bekas coach pasukan kebangsaan ni telah guide Negeri Sembilan ke tahap sekarang. Transisi yang dibawak beliau dari pasukan yang penuh bermasalah dibawah Hatem Soussi hingga kini ke tahap sangat digeruni memang sangat amazing bak kata omputih tapi bak kata omputih jugak, all beginning must have an end. 2011 yang diharapkan menjadi tahun untuk Negeri Sembilan mengimpikan menang treble skarang dah jadi macam nightmare. Dengan prestasi asik kalah dalam Liga Super dan tersingkir dari Piala FA kepada pasukan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dah jadi macam Arsenal yang hilang satu demi satu piala. Tekanan kepada WJ kini sangat tinggi dan semakin menampakkan yang dia akan mengikut jejak langkah Rafael Benitez di Inter Milan yang terpaksa meletak jawatan kerana tekanan. Tok Mat sebagai presiden PBNS pulak memang tak bagi muka dan berterusan memberi amaran keras kepada WJ hinggakan coach tu sendiri tertekan. Dalam hal ni aku sedikit menyalahkan Tok Mat sebab terlalu pressure WJ sampaikan WJ dah tak boleh berpikir dah dengan masalah atasan plus masalah pemain yang main cekak pinggang. Semua tu adalah suasana yang tak seronok bagi seorang coach.
Dan hari ini seperti juga Rafael Benitez yang meletakkan jawatan di Inter Milan, Wan Jamak Wan Hassan setelah lebih 2 tahun bersama Negeri Sembilan dan setelah 2 piala akhirnya meletakkan jawatan beliau di sebabkan tekanan yang terlalu tinggi dari pemain,penyokong dan pihak pengurusan. Apa guna terus stay kalau asik jadi bahan makian dan bahan dibahan ye dok? Dikhabarkan pagi tadi dari page Ultras Nogori 9 bahawa bekas coach Double Treble iaitu encik Azraai Khor Abdullah akan menggalas tugas selaku new coach Negeri Sembilan. Dan seperti Inter Milan,mampukah coach baru ini menjadi seperti Leonardo yang kembali meletakkan team di tempat yang sepatutnya? di Serie A, satu ketika Inter berada di tempat keenam dan kini diorang kembali di tangga kedua di belakang AC Milan. Jadi adakah Negeri Sembilan boleh jadi macam tu? Yang tu sama2 kita harapkan.
Buat encik coach Wan Jamak, jutaan terima kasih diucapkan dari penyokong2 Negeri Sembilan dan seperti coach-coach yang berjaya sebelum ini seperti K.Devan( Liga Super 2006) dan Haji Zaki Sheikh Ahmad(Piala FA 2003). Jasamu akan dikenang... Hobin Jang Hobin...This is Paroi!!!
Jang sonyum yo.... "Jaga maruah awak, keluarga awak, Datuk Seri dan Negeri Sembilan," amanat Wan Jamak Hassan pada sesi perjumpaan dengan pemain Negeri Sembilan-credit to sokerleaks.
Its just to good to be true, I can't believe you're in blue, with your skill,your flair and your touch, you will score goals very much, Its like Christmas has arrived, El Nino is part of our side, Its just to good to be true, Fernando you are a Chelsea blue,
With or without your long hair, you still play with style and with flair, you've already got the World Cup, and you'll win the Champions League now with us, Blue suits you more anyway, It brings out your eyes I must say, Its just to good to be true, Fernando you are a Chelsea blue,
Here we go!!.... Lets go!! Fernando Torres!! you used to play in red, but now oh Torres!! you play for us instead, Fernando Torres!! you're Chelsea's number 9, Fernando Torres!! now at Chelsea's training ground, Fernando Torres!! you want it "eyy calm down!!" Fernando Torres!! you're Chelsea's number 9, Fernando Torres!! you can still play in red, Fernando Torres!! but just for SPAIN instead, Fernando Torres!! El Nino!! we love you Torres!!!! yeaahhhh!! hhihiihiyyaaa
damnn good stuff i'm tellin ya..damn good stuff..hahahaha
Fifa Ballon d'or telah berlangsung beberapa hari lepas dan aku sempat gak ar tengok aritu daripada kol 2 pagi sampai kol 3 pagi... ok para pemenangnya adalah seperti list di bawah;
Fifa Fairplay awards: Haiti U-17 Women's team
Coach of the year for woman's football: Silvia Neid-Germany national team
pehh sekali tengok ada cam mourinho punye alter-ego daa
Fifa Presidential Award: Archbishop Desmond Tutu
the man who brought World Cup to South Africa
Ferenc Puskas Awards: Hamit Altintop(Best Goals)
walaubagimanapun aku rasa gol yang tercantik sepatutnya menjadi milik Matthew Burrows..
Womens Player Of the Year: Marta (Brazil)
Coach Of The Year for Men's Football: Jose Mourinho
I am the spesel one!!!
and last but not least...
Ballon D'Or for Best Player of the Year: Lionel Messi
2 times!!! bebeh!! 2 times!!
Selain tu ade gak pengumuman First XI pilihan FIFPRO... player2 yang terpilih adalah
Casillas
Maicon - Pique - Lucio - Puyol
Xavi - Sneijder - Iniesta
C. Ronaldo - Villa - Messi
soalannya disini ialah...mana player EPL based?? mane mane??
ok lu orang mesti pikir... ape yang bolaleaks nyer? result sume orang da tau kan?? kan??...
okeh... korang tau tak sapa yang bertanggungjawab yang vote player of the year tu?? ok.. edisi bolaleaks mereveal siapakah mereka2 yang vote Lionel Messi..dan yang lain-lain..boleh dapat kat sini.. the who the hell who voted who....
meh aku highlight sikit ape yang menarik pasal mereka2 yang vote nih..
-check out Mark Van Bommel punye vote... invalid vote.. invalid vote... Schweinsteiger Bastian ape kejadahnye dia nih? vote player 1 negara ke ape??
-kapten Malaysia beberapa taun lepas, norhafiz zamani misbah voted Xavi, Sneijder Wesley,Puyol Carles.
-K.Rajagopal pula mengundi Iniesta Andrés, Xavi dan Özil Mesut
-antara nama2 yang turut diundi adalah drogba,fabregas,arjen robben,asamoah gyan dan lain2..
-kapten Spain, casillas pula mengundi arjen robben dan wesley sneijder sebagai pilihan pertama dan kedua..pilihan ketiga beliau barulah MKK@Cristiano Ronaldo... apakah???
sekian..yang lain2 korang bleh tengok sendiri... dan kalau jumpa ape2 lagi yang menarik..sila share di ruangan comment..peace
sedang gue nonton perlawanan Filipino vs Indonesia... gue perasan ade sorang dua player indon yang mukanya miripan sekali dengan sosok-sosok superstar international... superstar international disini bukan bermaksud pelakon holywood despite gue letak tajuk entry tu sebagai Indowood(tidak bermaksud menghina dengan mengatakan mereka kayu.. tapi basic logic. holy-wood, bolly-wood,malay-wood. ) kalau ade paman paman nak tembak aku kat sini memang sumpah gua cakap lu orang memang kaki emo...
neway back to topic.. gambar dibawah adalah buktinya...
ini Irfan Bachdim
ini pulak Wade Barret. penggusti WWE
kan ke sama muka dua2 tu... bukan tu je sama... satu lagi persamaan diorang adalah diorang dalam team jahat.. jangan suh aku elaborate ape makna "team jahat" kat sini..
bukan sorang je..ade lagi.
ini pulak Okto Maniani
dan ini pulak Samuel ETO'O
tengok nama pon dah lebih kurang......
hahaha celaka... tetibe aku tros teringat kat sekor antu ni..walaupon beliau bukan player profesional tapi beliau mempunyai paras rupa superstar bola sepak... beliau yang ku maksudkan ialah
Ronaldikin a.k.a Ronaldinho Indonesia....
hahaha celaka sungguh.. diorang ni semua muka nak lebih kurang international superstar... yang nak muka sama cam Obama pon ade... tak cukup ngan Obama penah dok sana.nak lagi memiliki Obama tu... okeh gua agak political disini....