adverts

Tuesday, September 27, 2011

TechnoTuesday: Bend it like Samsung...

Hahhh.. korang-korang yang ade smartphone ni mesti selalu risau giler korang punye screen bercalar atau rosak kan? Lagi-lagi yang full touch screen. kalau rosak, langsung takleh guna handphone tu.

Now dengan teknologi serba baru yang maha gempak dari Samsung, korang pasti takkan risau lagi kerosakan yang bakal berlaku terhadap smartphone ngkorang..

Memperkenalkan Samsung Galaxy Skin


Handphone pertama menggunakan teknologi Graphene yang membolehkan penciptaan screen yang boleh dibengkang-bengkokkan sesuka hati... yang skrin dia macam kertas.boleh dilipat-lipat.

Masih tak percaya? sila senggama mata lagi dengan gambar exclusive dibawah.


Masih tak percaya? percayalah....kehkehkeh..

Dikhabarkan bahawa smartphone ni akan menggunakan teknologi AMOLED screen bersaiz 4.5inci dan ditambah dengan teknologi Graphene. Graphene adalah suatu teknologi yang menggunakan beberapa karbon atom yang di'sandwich' kan malah Graphene ini juga adalah sangat lembut tetapi masih boleh protect korang punya lcd screen tu.

Spesifikasi Galaxy Skin ni dikatakan bakal menyamai Samsung Galaxy S II iaitu skrin AMOLED, 8MP Camera, 1GB Ram dan processor berkelajuan 1.2GHz. Haaa!! nampak dia punya gempak?

Walaubagaimanapun Samsung masih belum officially announce Handphone ni walaupun ada khabar berita mengatakan ia akan keluar pada awal tahun 2012. So boleh start kumpul duit dari sekarang lah kalau sesapa yang berkeinginan dengan handphone nih.. wokey?

______________________________________
P/S: Entry ini mungkin adalah entry terakhir aku untuk bulan ini. Sebab from now on, I am going for a hiatus for a while. Insyallah kalau ada masa dan keadaan mengizinkan aku akan kembali berblogging. Mungkin juga ini adalah entry terakhir untuk blog ini. Siapa yang tahu bukan?
Diatas sebab-sebab dan masalah tertentu yang agak peribadi, I have decided not to write for a moment. Sebabnya aku betul-betul dalam keadaan terfaktab sekarang dan mood aku nak menulis dah hilang saban hari walaupun idea nak buat entry tu macam-macam ada....thanks for supporting this blog all this while.
yours truly: Pelaung Pulau

Tuesday, September 20, 2011

TechnoTuesday: Is your computer a Male or a Female?

Ok personally aku tak sure samaada benda ni just a scam ke ape ke. Because so far aku try kat laptop aku je. Taktau la PC lain macam mana..Anyway have fun trying. Credits to FB Ainnur Gunners

1. Open Notepad

2. Type the following line in notepad:

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love you"

3. Save file as computer_gender.vbs in any location

4. Run the file by double clicking on it... If you hear a male voice, you have a boy and If you hear a female voice, you have a girl :))

Wednesday, September 14, 2011

Heartless Wednesday : Jiwa koyak..

source:Google

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Sunday, September 11, 2011

Solidariti 9/11



source by google

Selamat ulang tahun ke 10 buat tragedi 9.11.01, 10 tahun telah mengubah seluruh Amerika, mengubah seluruh dunia, mengubah seluruh agama...10 tahun dulu aku mungkin tak berapa ingat banyak benda. 2001 aku berusia 13 tahun dan bersekolah di tingkatan 1. Aku hanya seorang budak yang mula meniti alam remaja. Tapi aku masih ingat detik dan ketika tragedi ini berlaku.

Masa tu waktu malam. Aku ingat dengan jelas aku tengah tengok wrestling WWE, tak ingat show yang mana Smackdown atau Raw tapi yang pasti ia rancangan gusti. Kecik-kecik dulu aku memang minat gusti dan tengah-tengah aku syok layan gusti tiba-tiba tv3 terus papp masuk iklan dan aku kecewa beserta pelik sebab tiba-tiba ada buletin khas waktu malam. Masa tu tak sampai Nightline lagi. Pembaca berita tu membacakan beritanya. Dia kata, bangunan WTC di New York runtuh dipercayai telah diserang oleh pengganas atau terroris. Aku tak pedulik dengan semua tu masa tu. Aku tak peduli tentang solidariti Amerika, tak peduli dengan pengganas Al-Qaeda dan tak peduli dengan pergolakan yang berlaku di seluruh dunia.

Keesokannya aku pergi sekolah macam biasa, tiada yang kecoh dan seperti tiada apa yang berlaku. Sementara itu, di Amerika keadaannya begitu kelam kabut. Aku percaya waktu tu adalah waktu malam di sana dan usaha-usaha mencari mayat yang tertimbus dalam bangunan runtuh jadi sangat sukar. Mungkin terdengar tangisan di sana-sini. Ibu kehilangan anak, Suami kehilangan isteri. Kembali di Malaysia, aku pulang ke rumah jam 1.30 tengahari. Balik sekolah aku memang biasa terus tidur. Sekitar jam 3 petang aku terdengar riuh di ruang tamu. TV terpasang menunjukkan imej bangunan KLCC. Khabar beritanya, di menara   berkembar KLCC disabotaj dan ada ugutan serta amaran bahawa ada bom di dalamnya. Skuad khas dihantar bagi mengesan bom, akhirnya ianya hanya bogus dan hanyalah laporan palsu. Tiada bom di KLCC dan tragedi WTC tidak berjangkit ke Malaysia.

Kini 10 tahun berlalu, dunia telah berubah sama sekali. Terlalu banyak konspirasi dan teori berputar. Ada yang kata itu hanya retorik Amerika, ada yang kata Obama itu Osama Laden dan ada yang kata semua tragedi itu dirancang Amerika sendiri. Semua ini mengingatkan aku pada filem Star Wars, dimana Senator Palpatine yang merupakan Darth Sidious telah merancang semua peperangan yang berlaku di galaxy. Dialah yang mencipta Droid Army untuk mewujudkan kacau bilau dan kemudiannya mewujudkan Clone Troopers untuk menghapuskan dan menamatkan peperangan itu sekaligus menghapuskan semua Jedi. Dan ibarat ironi, Filem Star Wars dihasilkan pasca 9/11 bagaikan memberi petanda kepada kita bahawa mungkin ada benarnya Amerika yang merancangkan semuanya.

In the end, pasca 9/11 telah mengajar aku ungkapan-unkapan seperti terrorism,Al-Qaeda,memorial, dan solidariti. Buat semua mangsa yang kehilangan sanak saudara didalam tragedi itu, memorial 10 tahun ini adalah tribute buat kamu semua. Bersama kita kenangkan 10 tahun yang telah mengubah seluruh dunia..


The mob has plans. The cops have plans. Gordon's got plans. They're schemers. Schemers trying to control their little worlds. I'm not a schemer. - The Joker, The Dark Knight
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...