adverts

Monday, June 27, 2011

Definisi Cinta Mati..


Definisi ku mati,
Melihat kau pergi,
Usah lagi perlu kucari,
Makna rahsia yang kau sembunyi,
Timbul terang kau berlari,
Timbul gelap aku sendiri,
Aku sedar memiliki kau hanya mimpi,
Walaupun sekejap aku rasa puas hati,
Kerana kau adalah aku punya pertama kali,
Semasa ku dibawah, kau pergi,
Kau kata aku dan kau tak sesuai lagi,
Kau suruh aku cari perigi,
Kerana aku bukan timba yang kau ingin lagi,
Aku faham aku mengerti,
Ruang masa kita berbeza, berlainan dimensi,
Kita dipisahkan 2 negeri,
Aku cuba menerima dan memberi,
Tapi latar kehidupan kita yang dengki,
Tidak boleh melihat hubungan yang ku anggap suci,
Mungkin aku gila terfikir sebegitu sekali,
Bila jatuh cinta... lelaki mana yang sedar diri,
Akhirnya dengan pahit ku lepaskan kau pergi,
Kau pergi mencari timba kau sendiri,
Sebegitu pahit ku telan realiti,
Hingga terbayang kau disana sini,
Kalau itu orang kata aku berhalusinasi,
Aku kata aku depresi,
Aku terfaktab meneruskan realiti,
Kenapa realiti ni babi? tanya si Nami,
Ini cara tuhan menguji,
Kesabaran kau, khilaf kau semuanya teruji,
Supaya kau ingat DIA lagi,
Kini aku sendiri,
Ditemani suka dan duka,
Kenangan aku kau atau kita,
Mungkin juga aku terus sendiri,
Tak tahu berapa lama lagi,
Menghadapi depresi yang terbawa ke halusinasi,
Terus mencari definisi cinta mati.......


Difaktab oleh si gila Aniq Templer..

Saturday, June 25, 2011

Emperor of LAWAK...

tahniah SEPAH.. well deserved campeone.

diorang ni gua memang tak tahan lawak2 tahap mengutuk diorang macam guna nama DAFI..hahahaha haram sungguh. Paling best time minggu diorang jadi penagih dadah tu. Lagu Dan Byrd-Boulevard tu sampai sekarang terngiang-ngiang kat telinga, punyelah legend diorang punye goreng nih.. btw, gua penah jumpa si Jep dekat stadium Shah Alam, masa tu R2 pon ade sekali..memang tinggi mamat nih..haha

Dari lawak hospital, "ni ada satu benda ni kalau kau makan kompem berangin, kau jangan KIPAS"... sampai ke lawak penjara, sampai ke lawak jadi Ustazah Siti Norbahyah..and btw, Ustazah tu memang cool sebab dia tak kesah pon dengan lawak Sepah tu.

King of Lawak, now Emperor of Lawak.....

haaa dah menang tu... "ini makan diaa...."

Friday, June 24, 2011

shit jokes....

aku nak tambah lagi satu...

JEDISM : SITH HAPPENS....

trololl....

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #1: Saya manusia devastated..

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com


pics:
credits to tumblr hicott.

Tuesday, June 21, 2011

Manusia kena berhenti salahkan tuhan....

Sepanjang kehidupan aku ni, aku selalu dengar perkataan-perkataan yang lebih kurang macam ni... "dah tuhan nak ambik nyawa dia", "dah tuhan sayangkan dia","dah ketentuan tuhan kau takde jodoh ngan dia","tuhan dah tentukan jodoh kau dengan orang lain"... dan macam2 lagi ayat yang lebih kurang macam ni.. dalam tak sedar ayat-ayat ni seumpama kita menyalahkan tuhan. are you blaming god for everything? umpama kita manusia ni sangat sempurna takda cacat cela sampai tak boleh nak salahkan diri sendiri. Ini semua cara-cara cliche nak mengelakkan kesedihan...


Intro terfaktab diatas aku kongsi sebagai peringatan bukan kepada semua viewers blog ni, tapi jugak aku tujukan kat diri sendiri. Ya bukan tuju lagu ya...

Kenapa kita semua selalu mengungkapkan kata-kata ini? aku rasa benda ni normal sebagai manusia, kita susah nak mengaku kesalahan sendiri. Selalu kalau boleh nak salahkan orang lain. Jose Mourinho masa Chelsea kalah dengan Barcelona dulu menyalahkan pasukan Barcelona sebab main anti-football.. Barcelona letak defender ramai-ramai, dan lepas tu score sebijik gol dan menang. Jose tak mengaku kesalahan sendiri. Sebab bagi aku dia manusia normal..kita susah nak mengaku kesalahan sendiri sebab kita ada ego. Ego ni kalau aku guna terma islamic maka aku akan kata ego ni adalah hasutan syaitannirrojim.
Ada juga akibat hasutan yang lebih tinggi levelnya menyebabkan manusia sekali sekala menyalahkan tuhan. "why god? why are you doing this to me?" itu ungkapan yang biasa. Dan ada jugak selalu cakap macam ayat2 intro aku kat atas tu.. Come on people, why do we have to say the word god for everything wrong we do? ok bertaubat tu lainlah. Tapi macam ayat kat atas tu. Contoh,member baru clash ngan awek, datang kengkawan konon2 nak nak bagi ayat supportive lalu berkata pada si polan tu "takpe la rangga, tuhan dah tentukan kau takde jodoh ngan awek tu..nanti dia temukan la ngan orang lain"... this is not best bro. Ada jugak yang diri sendiri blame tuhan, "ya tuhan, kenapa lah kau pisahkan jodoh kami. Kenapa kau bagi aku kebahagiaan then secara tiba-tiba kau tarik semua tu?" Memang ni semua logical sense bila kau dalam tekanan.. you will tend to blame on everything.and the world is cruel to you.
Aku sendiri pernah selalu terjadi macam ni. Aku selalu terfikir, kenapa tuhan nak uji aku macam ni. Adakah tuhan sedang menghukum aku atas kesalahan yang lepas. Dan kadang-kadang aku keliru samaada ia satu ujian atau satu hukuman. Ada orang pernah cakap, tuhan tunjukkan kasih sayang dia dengan memberi seseorang itu ujian untuk melihat samaada kita boleh bertahan atau tidak, bila kita menerima ujian itu sekurang-kurangnya kita tahu bahawa DIA sedang memerhatikan kita... what do you think?

We human only have ourselves to blame. Admit what is wrong and pray for forgiveness..


Thursday, June 2, 2011

I stalk your profile.....

Check this out... aku da lama dah tengok video ni kat blog Obefiend dan aku just nak share balik kat korang semua.. this is serious cool songs walaupun boring lagunyer, tapi kalau sapa2 yang mendalami maksud lagu ni memang lu orang boleh termakan dalam punya lah... check it out



serious coool dudes ni adalah Jazz Hayat dan Aziz Harun. Difahamkan, yang diorang ni berasal dari Brunei..

and if anyone ask did I ever stalk someone else's profile, i would say a definite "Yes" sambil dalam hati cakap FFFFFFUUUUUUUU!!!!!. lagi2 bila gambo awek tu ade skali gambo boipren dia, hahahahah. Yeah..



P/S: cakap pasal I stalk your profile, ingat lagi kes Adinda Milano Evans?? ramai betul stalk dia punye blog sejak dia ngaku yang dia takde dara tu. Aku sempat stalk pagi tadi dan shittzzz...she got 901 comments and I'm sure traffic dia gila2 mencanak. Kalau aku jadi Datin Milano, cepat2 aku pasang nuffnang ngan adsense dekat entry tu. hujung bulan pehhh...ratus ribu masuk kocek, boleh ajak boyfriend dia pia hotel yang lagi mahal pulak..kahkahkah!! budak ni still tak paham bahawa di zaman pasca moden ni, kejujuran itu adalah satu dosa just like kes "saya gay saya ok" tak lama dulu..and yeah I dont cursed the girl just like other peoples did. Why?? because its hers..not mine. HAHAHHA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...