
Intro terfaktab diatas aku kongsi sebagai peringatan bukan kepada semua viewers blog ni, tapi jugak aku tujukan kat diri sendiri. Ya bukan tuju lagu ya...
Kenapa kita semua selalu mengungkapkan kata-kata ini? aku rasa benda ni normal sebagai manusia, kita susah nak mengaku kesalahan sendiri. Selalu kalau boleh nak salahkan orang lain. Jose Mourinho masa Chelsea kalah dengan Barcelona dulu menyalahkan pasukan Barcelona sebab main anti-football.. Barcelona letak defender ramai-ramai, dan lepas tu score sebijik gol dan menang. Jose tak mengaku kesalahan sendiri. Sebab bagi aku dia manusia normal..kita susah nak mengaku kesalahan sendiri sebab kita ada ego. Ego ni kalau aku guna terma islamic maka aku akan kata ego ni adalah hasutan syaitannirrojim.
Ada juga akibat hasutan yang lebih tinggi levelnya menyebabkan manusia sekali sekala menyalahkan tuhan. "why god? why are you doing this to me?" itu ungkapan yang biasa. Dan ada jugak selalu cakap macam ayat2 intro aku kat atas tu.. Come on people, why do we have to say the word god for everything wrong we do? ok bertaubat tu lainlah. Tapi macam ayat kat atas tu. Contoh,member baru clash ngan awek, datang kengkawan konon2 nak nak bagi ayat supportive lalu berkata pada si polan tu "takpe la rangga, tuhan dah tentukan kau takde jodoh ngan awek tu..nanti dia temukan la ngan orang lain"... this is not best bro. Ada jugak yang diri sendiri blame tuhan, "ya tuhan, kenapa lah kau pisahkan jodoh kami. Kenapa kau bagi aku kebahagiaan then secara tiba-tiba kau tarik semua tu?" Memang ni semua logical sense bila kau dalam tekanan.. you will tend to blame on everything.and the world is cruel to you.
Aku sendiri pernah selalu terjadi macam ni. Aku selalu terfikir, kenapa tuhan nak uji aku macam ni. Adakah tuhan sedang menghukum aku atas kesalahan yang lepas. Dan kadang-kadang aku keliru samaada ia satu ujian atau satu hukuman. Ada orang pernah cakap, tuhan tunjukkan kasih sayang dia dengan memberi seseorang itu ujian untuk melihat samaada kita boleh bertahan atau tidak, bila kita menerima ujian itu sekurang-kurangnya kita tahu bahawa DIA sedang memerhatikan kita... what do you think?
We human only have ourselves to blame. Admit what is wrong and pray for forgiveness..
2 comments:
uishh tersentap saya. hehe.
sebab sahaya pon terkena kat batang hidung sendiri.hahah
Post a Comment