adverts

Saturday, May 26, 2012

[Short Stories Saturday] #8 : Lentang.. (Part One)


"Begitu mudah kau campak cinta yang aku beri, semudah itu juga kau, aku campak ke dalam gaung ni. Bukan sekali tapi dua kali. Tak kiralah berapa kali aku campak, tak kiralah betapa seksanya aku turun semula ke gaung itu dan naik kembali hanya untuk mencampakkan kau kembali, kerana sengsara sakitnya tetap sama seperti yang aku rasa dek perbuatan kau..."

"Bagaimana hancur jasad kau, samalah kesannya pada hati aku, begitulah rupanya jika diungkap dengan rupa fizikal"

Dia turun kembali, melihat jasad atau benda yang menyerupai jasad itupun jika masih ada rupa, sudah tidak banyak rupa yang tinggal. Lantas mengorek lubang dengan tangan sendiri yang masih berdaki tanah dan darah si mati, diangkat saki baki sisa yang tinggal dan dilonggokkan ke dalam lubang itu dan kemudian mengambusnya semula.

"Sekarang mereputlah kau dimakan cacing tanah berkerawit tu, selayaknya itulah yang patutnya bagi kau.."

Digenggamannya ada sesuatu. segumpal daging dipanggil hati, jika dulu cintanya pernah bertapak didalam ini, kini dalamnya ada cinta lelaki lain. Diambilnya parang yang masih tersisip di pinggang, di belah-belah dan kemudian di campakkan merata. Biar makhluk lain juga merasa sedapnya daging bernama hati ini. Hati yang busuk ini hanya sedap dan indah di pandangan makhluk liar seperti biawak dan burung pembangkai seperti gagak.

Dengan tangan masih berdarah hanyir, dia turun ke sungai mencuci tangannya hingga bersih. Dibuang segala daki dan kotoran yang melekat di kuku.

"Sial, aku terlupa ambil sabun tadi. Busuk betul bau hati kau ni..."

--------------------

"Hah!! macam tu lah cerita dia.. takut tak? korang mesti seram gila kan?? kan?? tak payahlah kita pergi sana, baik kita lepak-lepak kat Genting naik roller coaster ke. Lagipun takat mandi manda air terjun ni dah biasa buat lah. Bosan dow..."

Nipis mengalih pandangan semula pada Aki. Mulut Sal dan Eda ternganga mendengarkan cerita si Nipis. Ija yang dari tadi berdiri di sebelah Wan hanya memandang Nipis dengan muka penuh jelik. Kenapalah ada kawan yang macam ni? katanya dalam hati.

"Macam celaka!! kau ni karut lah Nipis!! woii cerita hantu makan orang tu tahyul la. Hantu mana makan orang? entah harimau ke apa ke? Kau suka sangat percaya cerita mengarut macam tu. Lagipun yang kita nak pergi ni Hutan Lipur Lentang.. jauh daripada tempat tu... err kat mana tu... haa Karak. Itu Karak, memang lah segala pelesit jin bermaharajalela kat situ." bentak si Wan yang ingin diamukkan rakannya itu.

"Entahnya kau ni Nipis, sebok sangat nak pergi Genting lah ape lah. Sekali sekala je buat aktiviti camping ni. Dah lah kita semua ni bukannya selalu cuti sama hari. Ni alang-alang ni jom la buat aktiviti menarik sikit." Aki pula membentak kepada Nipis.

"Ahh korang tak paham! kang kalau jumpa apa-apa kat sana. Baru korang rasa. Abis tu kita nak camping ni berapa hari? sempat ke nak siap barang semua by tomorrow?" kata Nipis.

"Orang dah siap-siap planning semua la Nipis. Kau tu laa bila orang ajak bincang sikit malas. Sebok sangat main game tu. Barang semua dah separuh dibeli, sekarang tinggal nak organize je. Kau jangan nak mengarut-ngarut lagi dengan cerita kau tu. Aku tak suka dengar lah.." Sal yang dari tadi memegang kertas checklist kelihatan sedang menanda sesuatu sambil membebel kepada Nipis.

Selepas perbincangan itu, Mereka semua menuju ke destinasi masing-masing. Aki dan Nipis menuju ke hardware store untuk mencari barangan kelengkapan untuk camping esok. Wan menemani Eda mencari bahan makanan sementara Ija dan Sal pulang ke rumah untuk menyediakan juadah untuk hari esok.

"Ija, kau tak invite sekali ke boyfriend kau camping sama?, bila lagi nak introduce dia dengan group kita? "
"Kau gila ke Sal? takkan nak tunjuk depan Aki tu..ko sendiri tau kan sejarah kitorang camne? "
"Bukan ke korang berdua dah move on, takkan lah ada feeling lagi kot? Aku rasa mesti Aki cool punya kan?"
"Aku kenal sangat dengan perangai Aki tu. We've dated long enough, cukup lama untuk aku kenal dia. And aku rasa itu memang bad idea.."

Dari jauh, Aki memandang Ija dan Sal sebelum masuk ke kereta, pandangannya sayup, sayup juga terdengar isi perbualan mereka berdua.

--------------------

"Yehaaa!!! bestnya terjun tiruk.", ngeri sungguh lagak terjun Nipis. Ironi si Nipis yang mulanya tidak sukakan idea untuk bercamping di sini akhirnya dia sendiri yang lebih seronok berbanding orang lain.

"Nipis!! sini laa tolong siapkan dulu tapak camping ni. Kau ni reti nak enjoy je, cuba siapkan dulu kerja tu!" Ija menjerit ke arah Nipis. Aki di sebelahnya turut sama memanggil Nipis untuk menyiapkan dulu tapak camping ini, walaupun khemah sebenarnya sudah siap dipacak dan kini hanya tinggal nak mencari bahan untuk dibuat unggun api untuk bermalam di Hutan Lipur Lentang ini.

Hari itu hari yang indah buat enam sekawan ini. Sambil mandi manda di dalam kesejukan air terjun Lentang itu, mereka berborak dan makan-makan. BBQ ayam dan hot dog memang enak dikunyah selepas mandi manda. Hari itu hari biasa, hari bekerja bagi kebanyakan orang, jadi keadaan di kawasan itu agak sunyi kerana tiada orang lain yang berkelah di situ selain mereka.

"Sangat sempurna untuk rancangan aku.." bisik hati kecil Aki yang tersenyum sambil mendengar cerita kawan-kawannya. 

Pandangannya teralih kepada Ija, bekas kekasihnya. Sudah hampir 6 bulan mereka berpisah. Puncanya kerana kononnya Ija sudah menemui lelaki yang lebih sesuai dengannya. Mereka berpisah secara baik - itu yang dianggap oleh Ija. Bagi Aki, perasaan itu macam celaka. Semudah itu dia diganti setelah banyak yang dia korbankan untuk kekasihnya itu. Aki terlalu mencintai Ija, terlalu dan terlalu. Kawan-kawan semua menganggap mereka berdua sudah tiada apa-apa. Boleh melepak bersama, berborak bersama. Boleh menerima antara satu sama lain sebagai kawan biasa. Tapi Aki dan Ija terlalu kenal antara satu sama lain, sudah bersama cukup lama untuk mengenal niat sesama mereka. Dalam diam, Aki menyimpan dendam.. biar diheretnya semua yang berada disitu asalkan rencananya tercapai. Pelan rancangan diatur, dan teater permainanannya sudah tersedia.

--------------------

"Lama pulak si Sal tu pergi toilet. Aku risau la Eda.." bisik Ija kepada Eda.

Nipis, Aki dan Wan sudah hilang entah kemana. Menjadi kebiasaan bagi si bujang untuk mencari port mandi manda yang lebih mencabar. Kawasan yang sedia ada di hadapan mereka hanya menghanyutkan air biasa yang tidak terlalu laju. Ketiga-tiga mereka naik lebih ke atas ke kawasan air terjun yang tinggi sedikit, yakin ada kawasan yang lebih teruja untuk dijelajah. 

Ija dan Eda semakin risaukan Sal. Sudah hampir sejam dia pergi ke tandas. Akhirnya Ija dan Eda mengambil keputusan untuk mencari Sal jikalau dia masih berada di dalam tandas. Sesampainya mereka di tandas, pintu yang bertutup rapat dipulas tombolnya dan pintu terbuka. Keadaan senyap sunyi tiada nada.

"Sal!! ohh Sal!! kau ada kat dalam tak?"

Di salah satu kubikel, pintunya seakan tertutup rapat. Rapat tapi tidak berkunci. Perlahan, Ija dan Eda mendekati pintu itu. Dengan satu tolakan, pintu terkuak. Ija dan Eda terkejut dengan apa yang mereka lihat dan serta merta seraya jeritan kedengaran oleh kedua-duanya... 

"Salma!!!!"

--------------------

"Enam orang kesemuanya. Satu sudah, yang lain akan menyusul. Jika hendak selamat, Jangan ada seorang pun tinggalkan tempat ini sebelum tengahari esok. Dan jangan ada sesiapa cuba menghubungi atau berkomunikasi dengan Polis atau orang lain selain dikalangan kamu sendiri. Atau padah akan menimpa kalian." 

Ringkas nota kecil berlumuran darah sedang dipegang oleh mayat Salma yang terbujur tergantung diatas toilet seat tandas itu. Di lantai tandas pula ada sebuah beg hitam besar. Cukup besar untuk mengisi mayat Salma di dalamnya. Ngeri.. begitulah keadaannya, kedua tangannya diikat dengan dengan dawai besi dan dibiar tergantung pada palang kayu yang berada diatas kubikel itu, kakinya sedang berpijak pada penutup toilet seat. Keadaannya seperti reinkarnasi Jesus disalib. 

Mayat Salma begitu ngeri dengan tubuhnya berlumuran darah. Tubuhnya dikelar-kelar, pakaiannya habis koyak rabak dengan kesan kelar. Lehernya juga dililit dengan dawai besi hingga persoalan yang timbul adalah bagaimana dia mati? samaada akibat dicekik dawai besi atau kerana dikelar tanpa belas kasihan.

Ija dan Eda meraung sambil berpelukan seakan tidak percaya, Aki dan Wan kaget seolah hilang kesedaran diri untuk berbuat apa-apa.

"Aku dah cakap dah!! aku dah cakap!! kita tak patut datang sini. Kat sini mesti ada makhluk pelik nak bunuh kita nih. Apa nak buat sekarang ni?? korang cakap kat aku!!", Nipis bagaikan sedang histeria. Seakan tidak percaya apa yang berlaku di depan mata.

"Nota ni tulis kita tak boleh bagitahu sesiapa. Ada beg hitam.. aku tak rasa ni makhluk pelik yang bunuh. Ini kerja manusia..kerja pembunuh kejam. Beg hitam tu, mungkin pembunuh tinggalkan supaya kita boleh isi mayat Sal dan bawa keluar dari tandas ni tanpa dilihat sesiapa.." Aki membuat telahan.

"Takda pilihan lain selain terpaksa buat jugak. Aku takut terjadi lagi benda ni kat salah sorang daripada kita kalau kita tak ikut arahan dia" Wan pula mencelah.

"Tapi dia sendiri tulis kat situ "yang lain akan menyusul". Bukan maknanya kita akan tetap mati? " Suara Eda terketar-ketar.

"Apa pun kita kena bawak keluar mayat Sal dari sini. Kita bawak balik khemah, lepas tu baru pikir nak buat apa." Wan kembali memberi idea.

5 sekawan pulang semula ke tapak khemah mereka, Wan dan Nipis mengangkat beg hitam besar berisi mayat Salma. Baunya terlalu busuk dan menusuk hidung. Eda dan Ija menutup hidung, cuba juga menutup tangis. Trauma dengan keadaan berlaku. Aki di belakang memerhati keadaan sekeliling, takut ada mata yang memandang dan curiga. Siapa tidak mahu curiga melihat sebuah beg hitam besar sedang diangkat di dalam hutan rekreasi yang sunyi dan hanya berpenghuni unggas rimba ini.

5 sekawan menjadi trauma di pentas permainan Hutan Lipur Lentang......

--------------------

End of Part 1

Sunday, May 13, 2012

[Song for Sunday] #7 : Rendang Tak Berbuah - Hattan

Hanya ini yang boleh dikatakan di saat ini.. "Selamat Hari Ibu". Aku tanak tulis panjang-panjang untuk entry ini dan biarlah hanya lagu yang berbicara.

Untuk the best mom in the world, Puan Norzin Binti Said.. Selamat Hari Ibu buatmu dari anakmu. The only son, the sole son who sold the world. Pengorbananmu tidak ternilai, dari menjaga aku sejak dari kecik, sampai aku terlantar kat IJN berkali-kali. cuma dia je lah yang ada disisi. 

I love you mom.... True Story, Aniq Izwan...

" Ibu mengertilah....Aku sengsara.."



Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

Saturday, May 12, 2012

[Short Stories Saturday] #7: Stress..

Burhan keletihan baru pulang dari kerja. Dia sudah terlalu stress dengan segala-gala kehidupannya baik dari hal ehwal kerja, rakan-rakannya yang banyak peel sampailah ke keluarganya yang seakan-akan tidak mampu menenangkan kehidupannya. Hari itu Burhan terpaksa membuat overtime. Bosnya memaksanya menyiapkan segala dokumen untuk diberi kepada client keesokan harinya, dan yang lebih teruk tiada seorang pun rakan sekerjanya yang ingin membantunya dan tiada siapa ingin membuat overtime, tambahan pula malam itu adalah malam Sabtu.
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Burhan terlihat seorang gadis cantik sedang menunggu di Bus Stop di hadapan pejabatnya. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 10 malam dan setahu Burhan memang tiada bas yang lalu lalang disini selepas waktu itu. Naluri hidung belang Burhan tiba-tiba hidup semula. "Ahhh stress sangat dengan kerja pun sekali-sekala berseronok elok juga." katanya dalam hati. Burhan pun pergilah kepada gadis itu lalu menegurnya. Setelah mengayat gadis itu dengan penuh berkarisma, Burhan akhirnya menawarkan diri untuk menghantar gadis itu pulang ke rumahnya.
Dalam kereta sambil mereka berborak-borak. Tiba-tiba gadis itu pengsan dan tidak sedarkan diri menyebabkan Burhan kaget dan memberhentikan keretanya di tepi jalan. Puas digoncangnya badan gadis itu tetapi dia masih tidak sedarkan diri. Burhan akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar gadis itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Dah lah Burhan tengah stress memikirkan masalah lain, ni datang pulak masalah baru dan dah jadi satu kerja pulak dia nak kena hantar gadis itu ke hospital.
Di Hospital, setelah rawatan diberikan oleh doktor, gadis itu akhirnya sedarkan diri dan doktor terus menerpa ke arah Burhan dan terus mengucapkan tahniah kepadanya. Burhan terpinga-terpinga dan bertanya lagi kepada doktor. Doktor itu berkata, dia mengucapkan tahniah kepada Burhan kerana tidak lama lagi Burhan akan menjadi bapa. Gadis itu sebenarnya sedang mengandung. Burhan mengatakan yang dia bukan ayah kepada budak itu dan dia tidak mengenali gadis itu. Namun gadis itu mengatakan ya dan Burhan ialah orang yang bertanggungjawab. Burhan bertambah stress....
Burhan meminta doktor melakukan test DNA untuk membuktikan yang beliau bukan lah bapa kepada budak itu. Setelah ujian DNA dilakukan, doktor mengesahkan yang Burhan memang bukan bapa kepada budak yang dikandungkan oleh gadis itu dan tak mungkin Burhan adalah bapa kepada budak itu kerana ujian itu turut mengesahkan bahawa Burhan sebenarnya adalah mandul. Burhan kembali stress tapi sekurang-kurangnya dia merasa lega kerana dia tidak perlu bertanggungjawab.
Burhan akhirnya pulang ke rumah. Dalam perjalanan dia teringat pula kepada isterinya dan 3 orang anak-anaknya. Tiba-tiba dia tersentak! "eh 3 orang anak aku tu anak siapa pulak? "... Burhan stress dan mengalami sawan di dalam kereta itu pada masa itu jugak....

Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Memburuh....


Capitalism.So pity of you,capitalism....




1 haribulan Mei 2011.... secara zahiriahnya ia hari yang digelar hari pekerja... hari untuk semua pekerja cuti..sapa-sapa yang kerja telah dibagi cuti pada hari ini dan kalau bos suh kerja, kau boleh report kat polis suh tangkap bos kau... tapi itu zahiriah.... bagi aku plak. hari ni aku kene kerja..ye keje. Dah dekat lebih setaun aku menapakkan diri kat Cyberjaya ni dan bekerja di sebuah syarikat konglomerat kapitalis borjois yang tidak akan aku sebutkan namanya disini . Tapi tak kesah la..borjois ke kapitalis ke ape lancau sume, janji aku dapat kerja. Sebusuk-busuk mana pon company kau tu, tu la tempat kau carik rezeki ye dok? even pengemis yang mengemis pon takkan ludah tempat dia mengemis..

Jadi hari pekerja ni untuk sapa sebenarnya? untuk buruh? untuk pekerja? secara generalnya, hari pekerja ni untuk semua orang yang menggunakan kudrat tenaga lalu mendapat ganjaran di hujung bulan kalendar Gregorian. Tapi sayangnya dalam dunia yang serba moden dan serba laju ni, istilah pekerja tu dah tak boleh di generalisekan sama rata. Sebab bagi aku tak semua orang kerja dengan gembira, tak semua orang gembira dengan kerja diorang, dan yang paling teruk ada orang makin menderita dengan kerja diorang. Sebab tu dalam dunia ni pekerja dan buruh tu sendiri ade kelas dan kasta berbeza-beza. Kalau dulu boleh la cakap kasta pekerja ada orang bawahan dan bos je. Tapi sekarang ni ade orang bawahan,orang bawahan orang bawahan,orang bawahan bos, pekerja normal, bos dan last sekali bos segala bos. Istimewanya hari pekerja ni diraikan oleh golongan yang terawal aku sebut tu. So melihatkan title entry aku kat atas tu, ada banyak kelas-kelas pekerja ni sebenarnya dan semuanya melibatkan tuntutan kehidupan zaman sekarang yang semuanya lebih materialistik.

Yang pertama ialah golongan Pekerja normal. istilah pekerja tu memanglah general. Tapi percayalah, golongan pekerja ni ialah golongan paling gembira dengan kehidupan diorang..semuanya serba senang. Bangun pagi, pi kerja,buat kerja,petang balik,malam tengok tv, lepas tu tido.ujung bulan gaji jalan.. Selalunya golongan bos-bos je yang senang hati macam ni. golongan marhaen pon ramai jugak yang macam ni. Bagi diorang life is simple. cukup makan, cukup pakai, itu dah cukup. tiada tuntutan lain yang membebankan, tiada tuntutan nak beli keta besar, rumah besar, bini nafsu besar,mak mentua nafsu besar, adik beradik nafsu besar, life is simple. tapi kalau tengok kat area bandar-bandar ni memang susah kau nak jumpa golongan-golongan macam ni. tak caya boleh pi buat bancian.. dan percayalah....

Yang kedua gua sebut kat atas tu ialah golongan buruh. Buruh ni kalau biasa dengar memang kenal sangat..orang kerja buruh macam buruh kontrak la gitu kan? agaknye laa. Tapi bagi aku, buruh ni ialah pekerja paling unggul kat muka bumi. Sebab apa? buruh ni menggunakan kudrat empat kerat untuk bekerja. dapat gaji bulan-bula pon atas titik peluh sendiri (and not literally "titik peluh sendiri") dan bukannya hasil makan rasuah, atau pon yang paling gua tak bleh blah yang jenis melabon lepas tu dapat duit. cis..contohnya yang gua paling tak boleh blah ialah pakar motivasi..cisss..melabon keluar air liur lepas tu dapat duit... Buruh ni tak kire la lu buruh ape. buruh kontrak indon ka, petani ka, pekerja ladang ka, penoreh getah ka,... oh yes, diorang juga adalah buruh.. memburuh untuk beberapa keping kertas yang bernama duit. Tu sebab despite gua tak suka mamat mamat indon yang bersidai kat KL tu, tapi gua still respek hasil rezeki diorang memburuh kecuali sorang dua yang makan tepi dengan menjadi penyangak.. tu memang cilake macam setan Manchester United..

Yang ketiga ni paling penting gua nak sebut. sebab apa? sebab kat Malaysia ni especially Kuala Lumpur kebanyakan dari kita sudah menjadi Hamba Sistem. apa tu Hamba Sistem?? hamba sistem ni ialah pekerja yang hidup dia statik macam robot dan takde dinamik. Bangun pepagi pegi keje,yang naik kereta sangkut dalam traffic jam yang naik komuter dan LRT kene bersesak, berselit dengan orang ramai. Kadang-kadang tu bergesel dengan bukan muhrim. Sampai ofis makan sarapan,tengahari makan lagi, petang balik, bersesak lagi ,malam lepas mandi, lepas sembahyang, makan malam dan tengok tv, kalau yang dah kahwin tu pulak,kalau larat terus bersenggama..kalau tak larat, sorang pandang kiri sorang pandang kanan. Dia dah tak jadi pekerja..dia dah jadi macam hamba sebab melakukan benda yang disuruh dan diprogram dalam sistem, tidak boleh berubah sedikit. Kerja pon tak seronok dah takda flair sebab kerja takde cabaran.

Dan paling teruk sekali gua rasa gua ni pon dah termasuk dalam golongan Hamba Sistem.. ya kawan-kawanku ..sedarlah, kita semua ni Hamba Sistem.. bangun pegi kerja pukul 8, kalau datang lambat, supervisor marah, lepas tu pi stationn masing-masing buat editing. Balik pukul 8 seterusnya. Balik-balik dah letih. Kalau yang kawin tu, nak buat tuntutan biologi pon malas lalu terus tidur untuk kerja semula 12 jam kemudian. kerja 4 hari berturut lepas tu cuti 2 hari, takde cuti extra, dan yang paling teruk ada yang dah jadi workaholic, tak cukup kerja 4 hari berturut-turut pastu ada pulak yang tambah kerja sehari dua nak OT, kumpul duit, nak kawen, nak beli kereta,nak tunang, nak bagi mak ayah, nak bayar hutang, nak blanja member, nak blanja awek/pakwe. In the end tak ke macam robot nampaknya kita ni? bekerja mengikut sistem ditetapkan... ahh aku letih.......

Dan yang terakhir ialah kasta pekerja yang tiada tolok bandingnya. Penganut agama kertas. Ya ni definisi baru yang gua dapat dari blog TTGB.. penganut agama kertas ni terbahagi kepada dua jenis manusia.. pertama,secara simple nya bleh la aku katakan jenis workaholic macam member aku kat atas tu. tak cukup kerja 4 hari..nak tambah lagi OT sehari dua. So workaholic ni metaphore dia macam penganut agama kertas.. dia dah takda life lain selain kerja..kerja..kerja.. takda masa nak cuti, takda masa nak beraya, takde masa nak berdating, takde masa nak melepak dengan kawan-kawan, senang cite dalam life dia cuma ada W.O.R.K..Gua pernah kene tegur ngan member gua yang cakap gua ni dah jadi workaholic. Gua tak perasan pon memula tapi rasanya gua pon dah jadi macam ni. Kurang masa nak berehat...nasib baik tak jadi penganut agama kertas.. Anyway ni takpe lagi.. ni kira macam buruh jugak. Golongan penganut agama kertas yang paling tahap mahai ialah yang mempergunakan orang lain untuk duit. Contohnya rasuah nak dapatkan projek, mengorat bos, kipas bos, khianat kawan sekerja, pedajal orang lain, bomoh orang lain. Ini memang betul penganut agama kertas. Gua pernah tanya kat Nami pasal pendapat dia tentang sistem KPI.. KPI ni kat tempat kerja gua memula dulu kecoh jugak sebab banyak benda yang orang tak puas ati. So gua pon antara yang tak puas ati so gua tanya la kat Nami.. jawapan Nami lebih kurang camni "Sesiapa yang menganut agama kertas, dia lah yang mendapat kelebihannya".. nampak kasar kan? tapi hakikat ni memang berlaku dalam dunia sekarang ni dimana orang pijak orang untuk naik ke atas. Bila dah mata dan kepala pon nampak logo dolar. apa je yang tak boleh?

So sekian lah gua melabon pasal hari pekerja ni. kepada semua buruh-buruh, marhaen-marhaen, golongan pekerja, gua ucapkan Selamat Hari KITA.. gua tau ni lah hari yang paling tak disukai oleh golongan2 kapitalis borjois keparat yang sentiasa menghisap darah umat pekerja..siang malam asik nak duit. ptuiii..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...