"Begitu mudah kau campak cinta yang aku beri, semudah itu juga kau, aku campak ke dalam gaung ni. Bukan sekali tapi dua kali. Tak kiralah berapa kali aku campak, tak kiralah betapa seksanya aku turun semula ke gaung itu dan naik kembali hanya untuk mencampakkan kau kembali, kerana sengsara sakitnya tetap sama seperti yang aku rasa dek perbuatan kau..."
"Bagaimana hancur jasad kau, samalah kesannya pada hati aku, begitulah rupanya jika diungkap dengan rupa fizikal"
Dia turun kembali, melihat jasad atau benda yang menyerupai jasad itupun jika masih ada rupa, sudah tidak banyak rupa yang tinggal. Lantas mengorek lubang dengan tangan sendiri yang masih berdaki tanah dan darah si mati, diangkat saki baki sisa yang tinggal dan dilonggokkan ke dalam lubang itu dan kemudian mengambusnya semula.
"Sekarang mereputlah kau dimakan cacing tanah berkerawit tu, selayaknya itulah yang patutnya bagi kau.."
Digenggamannya ada sesuatu. segumpal daging dipanggil hati, jika dulu cintanya pernah bertapak didalam ini, kini dalamnya ada cinta lelaki lain. Diambilnya parang yang masih tersisip di pinggang, di belah-belah dan kemudian di campakkan merata. Biar makhluk lain juga merasa sedapnya daging bernama hati ini. Hati yang busuk ini hanya sedap dan indah di pandangan makhluk liar seperti biawak dan burung pembangkai seperti gagak.
Dengan tangan masih berdarah hanyir, dia turun ke sungai mencuci tangannya hingga bersih. Dibuang segala daki dan kotoran yang melekat di kuku.
"Sial, aku terlupa ambil sabun tadi. Busuk betul bau hati kau ni..."
--------------------
"Hah!! macam tu lah cerita dia.. takut tak? korang mesti seram gila kan?? kan?? tak payahlah kita pergi sana, baik kita lepak-lepak kat Genting naik roller coaster ke. Lagipun takat mandi manda air terjun ni dah biasa buat lah. Bosan dow..."
Nipis mengalih pandangan semula pada Aki. Mulut Sal dan Eda ternganga mendengarkan cerita si Nipis. Ija yang dari tadi berdiri di sebelah Wan hanya memandang Nipis dengan muka penuh jelik. Kenapalah ada kawan yang macam ni? katanya dalam hati.
"Macam celaka!! kau ni karut lah Nipis!! woii cerita hantu makan orang tu tahyul la. Hantu mana makan orang? entah harimau ke apa ke? Kau suka sangat percaya cerita mengarut macam tu. Lagipun yang kita nak pergi ni Hutan Lipur Lentang.. jauh daripada tempat tu... err kat mana tu... haa Karak. Itu Karak, memang lah segala pelesit jin bermaharajalela kat situ." bentak si Wan yang ingin diamukkan rakannya itu.
"Entahnya kau ni Nipis, sebok sangat nak pergi Genting lah ape lah. Sekali sekala je buat aktiviti camping ni. Dah lah kita semua ni bukannya selalu cuti sama hari. Ni alang-alang ni jom la buat aktiviti menarik sikit." Aki pula membentak kepada Nipis.
"Ahh korang tak paham! kang kalau jumpa apa-apa kat sana. Baru korang rasa. Abis tu kita nak camping ni berapa hari? sempat ke nak siap barang semua by tomorrow?" kata Nipis.
"Orang dah siap-siap planning semua la Nipis. Kau tu laa bila orang ajak bincang sikit malas. Sebok sangat main game tu. Barang semua dah separuh dibeli, sekarang tinggal nak organize je. Kau jangan nak mengarut-ngarut lagi dengan cerita kau tu. Aku tak suka dengar lah.." Sal yang dari tadi memegang kertas checklist kelihatan sedang menanda sesuatu sambil membebel kepada Nipis.
Selepas perbincangan itu, Mereka semua menuju ke destinasi masing-masing. Aki dan Nipis menuju ke hardware store untuk mencari barangan kelengkapan untuk camping esok. Wan menemani Eda mencari bahan makanan sementara Ija dan Sal pulang ke rumah untuk menyediakan juadah untuk hari esok.
"Ija, kau tak invite sekali ke boyfriend kau camping sama?, bila lagi nak introduce dia dengan group kita? "
"Kau gila ke Sal? takkan nak tunjuk depan Aki tu..ko sendiri tau kan sejarah kitorang camne? "
"Bukan ke korang berdua dah move on, takkan lah ada feeling lagi kot? Aku rasa mesti Aki cool punya kan?"
"Aku kenal sangat dengan perangai Aki tu. We've dated long enough, cukup lama untuk aku kenal dia. And aku rasa itu memang bad idea.."
Dari jauh, Aki memandang Ija dan Sal sebelum masuk ke kereta, pandangannya sayup, sayup juga terdengar isi perbualan mereka berdua.
--------------------
"Yehaaa!!! bestnya terjun tiruk.", ngeri sungguh lagak terjun Nipis. Ironi si Nipis yang mulanya tidak sukakan idea untuk bercamping di sini akhirnya dia sendiri yang lebih seronok berbanding orang lain.
"Nipis!! sini laa tolong siapkan dulu tapak camping ni. Kau ni reti nak enjoy je, cuba siapkan dulu kerja tu!" Ija menjerit ke arah Nipis. Aki di sebelahnya turut sama memanggil Nipis untuk menyiapkan dulu tapak camping ini, walaupun khemah sebenarnya sudah siap dipacak dan kini hanya tinggal nak mencari bahan untuk dibuat unggun api untuk bermalam di Hutan Lipur Lentang ini.
Hari itu hari yang indah buat enam sekawan ini. Sambil mandi manda di dalam kesejukan air terjun Lentang itu, mereka berborak dan makan-makan. BBQ ayam dan hot dog memang enak dikunyah selepas mandi manda. Hari itu hari biasa, hari bekerja bagi kebanyakan orang, jadi keadaan di kawasan itu agak sunyi kerana tiada orang lain yang berkelah di situ selain mereka.
"Sangat sempurna untuk rancangan aku.." bisik hati kecil Aki yang tersenyum sambil mendengar cerita kawan-kawannya.
Pandangannya teralih kepada Ija, bekas kekasihnya. Sudah hampir 6 bulan mereka berpisah. Puncanya kerana kononnya Ija sudah menemui lelaki yang lebih sesuai dengannya. Mereka berpisah secara baik - itu yang dianggap oleh Ija. Bagi Aki, perasaan itu macam celaka. Semudah itu dia diganti setelah banyak yang dia korbankan untuk kekasihnya itu. Aki terlalu mencintai Ija, terlalu dan terlalu. Kawan-kawan semua menganggap mereka berdua sudah tiada apa-apa. Boleh melepak bersama, berborak bersama. Boleh menerima antara satu sama lain sebagai kawan biasa. Tapi Aki dan Ija terlalu kenal antara satu sama lain, sudah bersama cukup lama untuk mengenal niat sesama mereka. Dalam diam, Aki menyimpan dendam.. biar diheretnya semua yang berada disitu asalkan rencananya tercapai. Pelan rancangan diatur, dan teater permainanannya sudah tersedia.
--------------------
"Lama pulak si Sal tu pergi toilet. Aku risau la Eda.." bisik Ija kepada Eda.
Nipis, Aki dan Wan sudah hilang entah kemana. Menjadi kebiasaan bagi si bujang untuk mencari port mandi manda yang lebih mencabar. Kawasan yang sedia ada di hadapan mereka hanya menghanyutkan air biasa yang tidak terlalu laju. Ketiga-tiga mereka naik lebih ke atas ke kawasan air terjun yang tinggi sedikit, yakin ada kawasan yang lebih teruja untuk dijelajah.
Ija dan Eda semakin risaukan Sal. Sudah hampir sejam dia pergi ke tandas. Akhirnya Ija dan Eda mengambil keputusan untuk mencari Sal jikalau dia masih berada di dalam tandas. Sesampainya mereka di tandas, pintu yang bertutup rapat dipulas tombolnya dan pintu terbuka. Keadaan senyap sunyi tiada nada.
"Sal!! ohh Sal!! kau ada kat dalam tak?"
Di salah satu kubikel, pintunya seakan tertutup rapat. Rapat tapi tidak berkunci. Perlahan, Ija dan Eda mendekati pintu itu. Dengan satu tolakan, pintu terkuak. Ija dan Eda terkejut dengan apa yang mereka lihat dan serta merta seraya jeritan kedengaran oleh kedua-duanya...
"Salma!!!!"
--------------------
"Enam orang kesemuanya. Satu sudah, yang lain akan menyusul. Jika hendak selamat, Jangan ada seorang pun tinggalkan tempat ini sebelum tengahari esok. Dan jangan ada sesiapa cuba menghubungi atau berkomunikasi dengan Polis atau orang lain selain dikalangan kamu sendiri. Atau padah akan menimpa kalian."
Ringkas nota kecil berlumuran darah sedang dipegang oleh mayat Salma yang terbujur tergantung diatas toilet seat tandas itu. Di lantai tandas pula ada sebuah beg hitam besar. Cukup besar untuk mengisi mayat Salma di dalamnya. Ngeri.. begitulah keadaannya, kedua tangannya diikat dengan dengan dawai besi dan dibiar tergantung pada palang kayu yang berada diatas kubikel itu, kakinya sedang berpijak pada penutup toilet seat. Keadaannya seperti reinkarnasi Jesus disalib.
Mayat Salma begitu ngeri dengan tubuhnya berlumuran darah. Tubuhnya dikelar-kelar, pakaiannya habis koyak rabak dengan kesan kelar. Lehernya juga dililit dengan dawai besi hingga persoalan yang timbul adalah bagaimana dia mati? samaada akibat dicekik dawai besi atau kerana dikelar tanpa belas kasihan.
Ija dan Eda meraung sambil berpelukan seakan tidak percaya, Aki dan Wan kaget seolah hilang kesedaran diri untuk berbuat apa-apa.
"Aku dah cakap dah!! aku dah cakap!! kita tak patut datang sini. Kat sini mesti ada makhluk pelik nak bunuh kita nih. Apa nak buat sekarang ni?? korang cakap kat aku!!", Nipis bagaikan sedang histeria. Seakan tidak percaya apa yang berlaku di depan mata.
"Nota ni tulis kita tak boleh bagitahu sesiapa. Ada beg hitam.. aku tak rasa ni makhluk pelik yang bunuh. Ini kerja manusia..kerja pembunuh kejam. Beg hitam tu, mungkin pembunuh tinggalkan supaya kita boleh isi mayat Sal dan bawa keluar dari tandas ni tanpa dilihat sesiapa.." Aki membuat telahan.
"Takda pilihan lain selain terpaksa buat jugak. Aku takut terjadi lagi benda ni kat salah sorang daripada kita kalau kita tak ikut arahan dia" Wan pula mencelah.
"Tapi dia sendiri tulis kat situ "yang lain akan menyusul". Bukan maknanya kita akan tetap mati? " Suara Eda terketar-ketar.
"Apa pun kita kena bawak keluar mayat Sal dari sini. Kita bawak balik khemah, lepas tu baru pikir nak buat apa." Wan kembali memberi idea.
5 sekawan pulang semula ke tapak khemah mereka, Wan dan Nipis mengangkat beg hitam besar berisi mayat Salma. Baunya terlalu busuk dan menusuk hidung. Eda dan Ija menutup hidung, cuba juga menutup tangis. Trauma dengan keadaan berlaku. Aki di belakang memerhati keadaan sekeliling, takut ada mata yang memandang dan curiga. Siapa tidak mahu curiga melihat sebuah beg hitam besar sedang diangkat di dalam hutan rekreasi yang sunyi dan hanya berpenghuni unggas rimba ini.
5 sekawan menjadi trauma di pentas permainan Hutan Lipur Lentang......
--------------------
End of Part 1
"Tapi dia sendiri tulis kat situ "yang lain akan menyusul". Bukan maknanya kita akan tetap mati? " Suara Eda terketar-ketar.
"Apa pun kita kena bawak keluar mayat Sal dari sini. Kita bawak balik khemah, lepas tu baru pikir nak buat apa." Wan kembali memberi idea.
5 sekawan pulang semula ke tapak khemah mereka, Wan dan Nipis mengangkat beg hitam besar berisi mayat Salma. Baunya terlalu busuk dan menusuk hidung. Eda dan Ija menutup hidung, cuba juga menutup tangis. Trauma dengan keadaan berlaku. Aki di belakang memerhati keadaan sekeliling, takut ada mata yang memandang dan curiga. Siapa tidak mahu curiga melihat sebuah beg hitam besar sedang diangkat di dalam hutan rekreasi yang sunyi dan hanya berpenghuni unggas rimba ini.
5 sekawan menjadi trauma di pentas permainan Hutan Lipur Lentang......
--------------------
End of Part 1
No comments:
Post a Comment