adverts

Saturday, May 12, 2012

[Short Stories Saturday] #7: Stress..

Burhan keletihan baru pulang dari kerja. Dia sudah terlalu stress dengan segala-gala kehidupannya baik dari hal ehwal kerja, rakan-rakannya yang banyak peel sampailah ke keluarganya yang seakan-akan tidak mampu menenangkan kehidupannya. Hari itu Burhan terpaksa membuat overtime. Bosnya memaksanya menyiapkan segala dokumen untuk diberi kepada client keesokan harinya, dan yang lebih teruk tiada seorang pun rakan sekerjanya yang ingin membantunya dan tiada siapa ingin membuat overtime, tambahan pula malam itu adalah malam Sabtu.
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Burhan terlihat seorang gadis cantik sedang menunggu di Bus Stop di hadapan pejabatnya. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 10 malam dan setahu Burhan memang tiada bas yang lalu lalang disini selepas waktu itu. Naluri hidung belang Burhan tiba-tiba hidup semula. "Ahhh stress sangat dengan kerja pun sekali-sekala berseronok elok juga." katanya dalam hati. Burhan pun pergilah kepada gadis itu lalu menegurnya. Setelah mengayat gadis itu dengan penuh berkarisma, Burhan akhirnya menawarkan diri untuk menghantar gadis itu pulang ke rumahnya.
Dalam kereta sambil mereka berborak-borak. Tiba-tiba gadis itu pengsan dan tidak sedarkan diri menyebabkan Burhan kaget dan memberhentikan keretanya di tepi jalan. Puas digoncangnya badan gadis itu tetapi dia masih tidak sedarkan diri. Burhan akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar gadis itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Dah lah Burhan tengah stress memikirkan masalah lain, ni datang pulak masalah baru dan dah jadi satu kerja pulak dia nak kena hantar gadis itu ke hospital.
Di Hospital, setelah rawatan diberikan oleh doktor, gadis itu akhirnya sedarkan diri dan doktor terus menerpa ke arah Burhan dan terus mengucapkan tahniah kepadanya. Burhan terpinga-terpinga dan bertanya lagi kepada doktor. Doktor itu berkata, dia mengucapkan tahniah kepada Burhan kerana tidak lama lagi Burhan akan menjadi bapa. Gadis itu sebenarnya sedang mengandung. Burhan mengatakan yang dia bukan ayah kepada budak itu dan dia tidak mengenali gadis itu. Namun gadis itu mengatakan ya dan Burhan ialah orang yang bertanggungjawab. Burhan bertambah stress....
Burhan meminta doktor melakukan test DNA untuk membuktikan yang beliau bukan lah bapa kepada budak itu. Setelah ujian DNA dilakukan, doktor mengesahkan yang Burhan memang bukan bapa kepada budak yang dikandungkan oleh gadis itu dan tak mungkin Burhan adalah bapa kepada budak itu kerana ujian itu turut mengesahkan bahawa Burhan sebenarnya adalah mandul. Burhan kembali stress tapi sekurang-kurangnya dia merasa lega kerana dia tidak perlu bertanggungjawab.
Burhan akhirnya pulang ke rumah. Dalam perjalanan dia teringat pula kepada isterinya dan 3 orang anak-anaknya. Tiba-tiba dia tersentak! "eh 3 orang anak aku tu anak siapa pulak? "... Burhan stress dan mengalami sawan di dalam kereta itu pada masa itu jugak....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...