adverts

Tuesday, November 10, 2009

Kerna DIA~

Semua kerna Dia..tiada yang lain yang macam Dia..aku mau Dia... apakan daya ...insan bernama Dia ini sudah jauh dalam jejak samar kehidupan sementara manusia di dunia ini...

Bagai bermimpi...aku cube menampar pipi monggelku berkali-kali untuk pastikan ia benar..
nyata ia benar..setelah bertahun lamanya..aku dapat jua kembali menatap wajahnya...wajah yang satu ketika dulu menggenggam erat hatiku bertahun lamanya...

dan bertahun lamanya jugalah aku menunggu dan saat tak disangka ini..aku terlihat semula wajah itu..hatiku kembali dicengkam..penuh berbunga harapan...

Tapi......

hatiku remuk kembali dan hilang dalam seluruh kegelapan yg maha kelam malam dingin ini...
aku kecewa lagi...tapi kecewa memang sebati dengan jiwa aku... andai ditambah garam atau lada sulah sekalipon..sebatiannya tetap sama...kecewa tetap kecewa...

Malam terus larut...aku buaikan perasaan dengan segala macam lagu meruntun kalbu...
ku sangka larat ku lama..tak juga. aku kembali mencari kewarasan..mencari ketenangan..
dan segala gundah ku curahkan di dalam nukilan ini.. buat sesiapa yang membaca... aku tak peduli apa kamu nak kata... yang pasti aku punya ruang sendiri.. dan sekadar berkongsi dengan kamu semua...

dan semua ini kerna Dia.....

Sunday, November 1, 2009

Antara Altantuya dan Mahsuri, siapa lebih dizalimi?..



Kajang pak malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,

Tidak boleh diukur kekejaman itu dengan keris yang menikam Mahsuri. Tidak boleh juga kita menyukat kezaliman dengan membandingkan bisanya keris dengan kuatnya ledakan bunyi dentuman bom C4 yang digunakan untuk meletupkan tubuh Altantuya.

Akal logik tidak boleh membuat hukuman bahawa oleh sebab dentuman C4 itu lebih kuat hingga menghancurkan tubuh Altantuya, maka kes Altantuya dibunuh itu lebih zalim dan kejam berbanding pembunuhan Mahsuri, kerana tubuh Mansuri tidak hancur.

Tidak betul cara berfikir begitu. Kita mesti ukur kezaliman serta menyukat kekejaman itu bersandarkan cara kes itu dikendalikan dan bukanlah disebabkan faktor keris dan bom C4 tersebut. Akal kita mesti lebih hadhari ketika membuat kesimpulan dalam kes ini.

Altantuya tidak dihakimi, tidak dibicarakan. Maka adalah satu jenayah untuk membunuh beliau. Sebaliknya, kes Mahsuri itu telah dibicarakan dengan berat sebelah. Dia difitnah, dia diburuk-burukkan, diaibkan oleh sekian banyak tuduhan yang tidak berasas.

Barangkali, Altantuya lebih dizalimi kerana sosok yang jelita lagi menawan putera Bugis ini dilayani sebagai haiwan, boleh dibunuh sesuka hati tanpa perkiraan dosa, pahala.

Mungkin ada orang yang mahu menyanggah pendapat ini. Hal itu, bolehlah kita debatkan kemudian jikalau ada pihak yang beranggapan bahawa Mahsuri dibunuh lebih kejam lagi berbanding kes Altantuya. Wallahu alam.

Bagaimanapun, pendapat bahawa Mahsuri dibunuh lebih zalim berbanding Altantuya itu bukanlah bermaksud bahawa Najib Razak lebih baik berbanding Mahura dan pihak-pihak yang membunuh Mahsuri. Ini kerana, zalim tetaplah zalim.

Bukan ada neraca yang menetapkan bahawa berat kezaliman ke atas Altantuya itu seberat 1 kg, sementara kezaliman ke atas Mahsuri cuma seberat segantang cuma. Kejam tetaplah kejam. Keadaan mungkin berubah jika watak Mahura disamakan dengan Rosmah.

Sentimen-sentimen seperti menyamakan Mahura dan Rosmah mungkin mengundang satu pendapat lain pula yang melihat kes pembunuhan Altantuya itu lebih kurang setara kejam dan zalimnya dengan kes pembunuhan Mahsuri. Wallahu alam.

Semoga kita tidak lagi memandang kes Mahsuri dengan darah putihnya dan keris keramat yang digunakan untuk membunuhnya, tetapi ia dinilai sebagai satu peristiwa gelap dalam lipatan sejarah yang patut dielakkan pada masa depan.

Hendaknya, kisah purba sebagai pengajaran kepada masyarakat ini janganlah dikapankan dalam ingatan kita, sebaliknya sentiasa dibahas daripada sudut lain pula.

Semoga kita tidak lagi memandang kes Mahsuri dengan darah putihnya dan keris keramat yang digunakan untuk membunuhnya, tetapi ia dinilai sebagai satu peristiwa gelap dalam lipatan sejarah yang patut dielakkan pada masa depan.

Mahsuri wanita suci?

Di sana masih kedengaran pendapat yang menyatakan bahawa ada kemungkinan Mahsuri adalah wanita yang tidak menjaga kehormatannya. Pandangan demikian berangkat daripada persoalan, bagaimanakah Mahsuri boleh tinggal serumah dengan lelaki asing ketika ketiadaan suaminya?

. Kalau pun Mahsuri itu tidak melakukan perbuatan terkutuk, bagaimana pula dengan sikap isteri orang yang dilihat berdua-duaan dengan lelaki asing sambil bermain bunyi-bunyian di luar rumahnya sehingga menjolok mata masyarakat setempat?

Jawapan ke atas soalan seperti ini tetap ada. Seperti biasa, kita akan melakukan kesilapan. Tetapi, adakah hukuman ke atas kita itu setimpal?

Kenapa kita harus meneropong ke atas kesilapan Mahsuri saja tetapi seperti terlupa untuk membahaskan kekejaman penguasa dan hasutan Mahura?

Sebesar-besar dosa Mahsuri sekali pun dan kalau darahnya tidak putih bagi menunjukkan bahawa dia wanita suci tetapi kita tak boleh menolak kebenaran bahawa dia telah melafaz sumpah bahawa Langkawi akan dilanda musibah 7 keturunan.

Maka, lafaz sumpah itu adalah doa daripada seorang wanita yang telah dizalimi. Mungkin juga dia berdosa, tapi peruntukan Allah ke atas Mahsuri tetap ada. Iaitu peruntukan untuk berdoa agar dilimpahkan kecelakaan ke atas pihak-pihak yang telah menzaliminya.

Mungkin, azab yang menimpa Langkawi itu, bukan disebabkan oleh kedudukan Mahsuri sebagai wanita keramat seperti yang difahami orang. Lagi pun, bukankah doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan Tuhan tanpa sebarang hijab?

Mahsuri itu mungkin berdosa, tapi peruntukan Allah untuk membela orang yang dizalimi itu tidak diperhitungkan melalui dosa Mahsuri sebelum ini. Sabda rasul, takuti doa orang yang dizalimi, kerana doa antara mereka dengan Tuhan tiada hijab.

Tidak disebut kedudukan orang dizalimi di sini sama ada mereka sendiri pernah berdosa atau tidak. Bermaksud, jika seseorang itu berdosa kepada Tuhan, tetapi dalam masa yang sama, mereka dizalimi pemerintah, maka dosa mereka itu bukan hijab untuk Tuhan kabul doa mereka yang meminta dilimpahkan keburukan ke atas pemerintah yang zalim itu.

Tuhan tak membuat perkiraan seperti ini � oleh kerana mereka yang dizalimi itu pun ada dosa, maka Dia pun tidak akan mengabulkan doa mereka ke atas pihak yang menzalimi mereka itu. Tuhan tidak berat sebelah. Penzalim lebih awla mendapat hukumanNya.

Apabila mempertimbang semua ini dengan teliti dan sehalus-halusnya. Hanya ada suatu hal sahaja yang menendang-nendang akal fikir kita. Pertanyaan demi pertanyaan, soalan demi soalan sedang berlari-lari, menari-nari dan melantun-lantun dalam kepala.

credits to the original author H.Fansuri

nota kaki:
Jika Mahsuri bersumpah yang buruk-buruk ke atas Langkawi sebelum kematiannya, kita ingin bertanya soalan saja, apakah Altantuya pernah bersumpah bahawa Malaysia akan menjadi padang jarak padang tekukur sebelum tubuhnya diletupkan C4?



Tuesday, October 27, 2009

10 tahun selepas itu..aku masih disini

yeh double entry utk hari ni.hahaha.aku gile nak menaip sbb frust tenet cam siput

kali ni aku nak kongsi satu rahsia yg maybe ramai taktau atau ramai yg da tau tapi buat taktau..hahah. caye tak kalo aku cakap aku dulu penah koma 3 ari sebab buat operation jantung, caye tak korang disebalik tubuh aku yg 'sihat' ni terpatrinya 3 celoreng yg aku rase sampai tua sok kekal camtu gak.hahaha

Posing ala Superman..hahah poyos

ya, entry ni aku ingat nak buat pada 6 oktober lalu iaitu genapnya 10 tahun aku selamat menjalani pembedahan jantung berlubang atau dalam bahasa medicnye Tetralogy of Fallot atau TOF. pada tanggal 6 Oktober 1999 aku meneruskan perjalanan ke suatu tempat dengan satu pertaruhan yang memungkinkan nyawa aku hilang camtu je...tapi tuhan sayang aku agaknye,Dia kesian ngan family aku kot...ye la anak da la sorang..kalo ape jadi tak ke sedih gile..ish ish..alhamdulillah aku masih disini..menulis kepada anda pengalaman anak muda ini mengenai pentingnye menjaga jantung korang.eh? haha..

tapi operation tu penuh kisah tersendiri...bukan sekadar potong je.haha..bayangkan le jantung korang takde dalam badan korang.hish camne la kan..bleh hidup ke? aku pon pelik.tapi bile dengar cite ade orang yg hidup sepenuhnye kat mesin.peh takde yg mustahil.camtu la yg terjadi mase hari pertama operation.jantung aku diletakkan di satu bekas air batu dan dada aku dibiar terbuka sambil seluruh hayat aku bergantung pada sebuah mesin..andaikata blackout satu IJN tu camne la agaknye..tak silap aku malam tu jugak keadaan aku agak kritikal.katenyer laa.darah banyak ilang lantas mak aku dipanggil tengah2 malam tu gak utk turun ke bilik menunggu depan operation theater. ade sorang doktor jepun dipanggil utk tolong sambung operation aku walaupon doktor tu keletihan..oh ye in case korang wondering ape jadi kat doktor seblom tu yg patutnye operate aku? believe it or not.die attent aku almost 10 hours beb..tak pon lebih kot.letih dah doktor tu.balik teros.
mak aku cite mase die nak ke operation theater tu macam2 bende die pikir.die dah la agak mudah takut.mcm2 die terpikir..sampai die kate die nampak bayang2 aku jalan kat kawasan bilik operation tu.. IJN biasak ar beb.. keras kot.hehehe..
alhamdulillah,malam tu semuanye OK. dan aku dipindahkan ke ICU lalu dicucuk segala macam wayar sampai bapak aku kate aku dah macam Robocop dah..
akhirnye 3 hari kemudian aku sedar jgk.mase aku tersedar tu aku rase cam nangis jap sbb bersyukur sgt sbb masih hidup.mcm dibagi nyawa kedua rasenyer.

Kini aku sihat sediakala..walaupon takleh aktif. sebab banyak kali gak aku rase sakit sikit kat dada sbb kata orang kalo badan dah second hand ni buat la cara cam second hand..ceh, sentap haku dengar.dan kelmarin sedikit jamuan makan disediakan oleh mak aku bersempena 10 tahun hari tersebut dan Besday aku yg ke 21 bertempat di Pulau Carey.huhuhu.jadi last aku nak cakap ialah sayangilah jantung anda.. u'll never want to be in that operation room..wicked sick beb.haha.
oh ye, in case korang wondering ape aku rase atau mimpi sepanjang 3 ari aku koma tu... well jawapannya ialah..aku tak rase atau tak mimpi ape pon. :p

Kembali Sempurna...

salams... huh lame gile tak update blog.
bukan malas tapi banyak bende yg block..
aku dah nak tutup blog ini.
tapi die tanak tutup sendiri.
ape aku merepek ni
aku perlukan teh 3 layer lagi ni..

neway, sumpah dow aku da nak tutup blog ni. even cuti 2 minggu pon sekali aku tak sentuh blog ni..malas sungguh nak menaip..bukan takde mase,ade je pon.. huh..maybe aku kene tukar layout blog ni kot..tengok layout pon muram durja je..sape yg nak masuk sini...
tapi arini aku menaip lagi.. bukan mintak glemer nak tumpang sekaki..tapi sekadar meratap..blog yg syahdu ni. aku gembira tengok rakan2 lain masih gigih berblogging biarpon sebok berfacebooking... erh... penat la menulis ni.. ilham susah nak dapat..aku nak tulis ayat berirama cam adzuad...tapi nanti kene cop aku tiru die so tak best ar..ah lantak ah..biarku mengomel sendirian..hahaha

anyway thanks guys pada yg kembali menghidupkan blog korang dan pada yg baru mewujudkan blog anda..anda memberi saya semangat untuk kembali berbloggers..hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...