adverts

Monday, March 14, 2011

Puisi untukmu....

A woman's face with Nature's own hand painted

Hast thou, the master-mistress of my passion

A woman's gentle heart, but not acquainted

With shifting change, as is false women's fashion;

An eye more bright than theirs, less false in rolling,

Gilding the object whereupon it gazeth;

A man in hue, all 'hues' in his controlling,

Much steals men's eyes and women's souls amazeth.

And for a woman wert thou first created;

And by addition me of thee defeated,

By adding one thing to my purpose nothing.

But since she prick'd thee out for women's pleasure,

Mine be thy love and thy love's use their treasure.

Kalaulah gua ni ade otak sastera jiwa seni, mesti best jadi terer tulis puisi.. I hear girls love it when men gives them poem. betul ke?

Sunday, March 13, 2011

In memory of eleven march two zero eleven....


Jumaat 11 Mac 2011 adalah hari yang biasa bagi umat seluruh dunia..bagi umat islam ia adalah penghulu segala hari dan itu hari untuk menunaikan kewajipan solat jumaat. Bagi aku, ia adalah hari cuti selepas 4 hari bekerja shif malam, hari Jumaat tu adalah hari cuti. aku balik umah sewa kat puchong pagi tu dan lepas pekena nasik kerabu aku pon bantai tido sampai tengahari.. bangun2 tengok langit mendung tanda nak hujan. Aku siap2 kemas dan packing barang nak balik ke umah kat Pulau Carey yang letaknya di kawasan persisiran Selat Melaka. lepas packing aku terus blah..ingat kan kalau lalu masjid mana2 ingat nak singgah tapi sebab hujan punye pasal aku terpaksa teruskan je perjalanan balik..sepanjang perjalanan dari Dengkil ke Banting tu mood dia semacam je..macam gloomy jek dengan hujan renyai-renyai, awan mendung. Sejam perjalanan aku pon sampai umah. Sampai umah terus campak beg, bukak tv, bukak laptop dan online cam biasa. segalanya biasa macam takda ape berlaku..

Dalam jam 2.45pm kuar satu status updates kat FB, bunyiknye lebih kurang cam "pray for japan".aku tak ingat sapa yang tulis.. aku pon ignore jek. di TV, aku bukak channel hitz.TV..lagu2 K-Pop bersiaran seperti biasa. selang 5 minit kemudian,semakin banyak updates berkaitan japan kuar kat FB. Aku tak senang duduk. aku bukak lak forum CARI. sekali ade orang tulis pasal Japan ditimpa bencana gempa bumi 8.8 skala richter dan lebih teruk ia mengakibatkan Tsunami..


TSUNAMI????

Berderau darah aku serta merta dengar perkataan tsunami. Kalau aku kat puchong time ni atau aku masih duduk seremban cam dulu aku rasa aku tak risau sangat kalau dengar perkataan tsunami. Tapi bila dah dok kat pulau ni.bencana yang paling kau tanak dengar ialah Tsunami.dah la Pulau Carey ni ketinggian dia bawah paras laut. Lepas tengok berita tu, aku bantai bukak channel berita. dan aku tengok memang dasyat gile kesan2 kat jepun. live updates dari CCTV China siap tunjuk footage loji minyak terbakar la..nuclear reactor bocor la..perghhh ni betul malapetaka nih.


dalam aku punya cuak, cepat2 aku pi carik tsunami update..ade beberapa negara dah kuarkan amaran tsunami dan yang paling dekat ialah indonesia dan filipina... Malaysia? takdak...bia btol? aku tak puas ati.aku masih cuak. Baik aku prepare betul2 kang buatnye sampai tsunami kang ape pon takde.. last2 aku gi tengok google map.baru aku prasan japan tu kat belah2 pasifik.dan kalau ombak tsunami tu sampai malaysia pon dia akan kena kat belah2 pantai timur cam Sabah dan Terengganu..agak impossible gak nak sampai ke Selat Melaka. aku tarik nafas lega..fuhh cuak gak tadi. Aku terus layankan berita.kat internet siap bukak live feed twitter update kat google, ada yang cakap tsunami akan menghentam perairan Sabah jam 6.49pm. Sampai jam pukul 8 malam masih takda apa2 berlaku. kat tv3 siap tunjuk lagi keadaan pantai kat sabah time petang tu..cilakak betul ade yang tengah memancing lagi, yang tengah mandi manda pon ade.. ape siot tu? aku suspek ni mesti dok lepak pantai dari tengahari sampai ke malam sampai taktau pape..kalau pape terjadi memang tak jadi apa la tu.

In the end tiada tsunami di Malaysia walaupon paras air kat  belah2 sabah ngan terengganu dikatakan naik tapi takde pape berlau, pasca tsunami di jepun melihatkan kerosakan yang teruk gile babeng  punya.. dan agak menakjubkan bila melihat cara orang2 kat sana handle tsunami dan gempa bumi. Ye la da biasa kene earthquake mesti la takde hal punya..cuma bab tsunami tu je tak boleh buat pape dah. Rumah dia pon kukuh semacam sampaikan aku tengok ade rumah yang hanyut sebijik sebijik..selalu kalau umah hanyut mesti berkecai sikit-sikit..ini sebijik terus hanyut. tapi yang tak boleh gua blah ialah malaon yang sebok amek tau pasal Maria Ozawa siap sebok carik update merata..hahahah.agak sengal juga diorang nih. Ada yang cakap dia selamat berada di Bali tengah shooting next film..ahaha..

Anyway, banyak speculation yang aku dengar pasal kenapa eartquake ni terjadi.. ada yang sebab semula jadi dan ada sebab manusia. antara top speculation ialah Fenomena Supermoon yang dikatakan dalam 2 minggu dari sekarang bulan akan berada di jarak yang paling dekat dibumi dalam beberapa tahun. ade orang cakap dulu masa last bulan berada di kedudukan yang dekat di bumi,2 minggu sebelum tu ada bencana alam gak berlaku kat mane ntah. Kesan supermoon ni bila graviti bulan yang kuat akan menekan graviti bumi.tekanan air laut akan jadi tinggi dan laut akan pasang dengan ketinggian yang lebih. Dan pagi ni pulak aku bukak berita ada news yang speculate bahawa bencana ni terjadi disebabkan testing penggunaan senjata bernama HAARP oleh US dan digunakan pada awan di jepun.dan HAARP jugak dikatakan antara penyebab gempa bumi di Haiti seblom ni..sape2 nak tau lebih pasal HAARP sila wikipedia sendiri sebab HAARP ni antara teori konspirasi yang agak popular dan sering dikaitkan sebagai penyebab bencana alam.

kat bawah ni korang bleh tengok gambar2 kesan dari tragedi ni. sedeh gak woo tengok. Negara maju cam jepun pon bleh musnah dengan kuasa alam. credit to National Geographic and Google.

~In loving memory of Japan earthquake and Tsunami disaster on 11 March 2011~

Friday, March 11, 2011

Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa #0: A New Hope


Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa adalah sebuah kolum khas yang ingin aku ceritakan tentang pengalaman aku dewasa ini di dua buah tempat yang berlainan budaya dan loghat. Akan aku ceritakan pengalaman berbeza aku yang dahulunya menetap selama lebih 20 tahun di Seremban iaitu pusat tumpuan negeri adat perpatih dan kini di kawasan Banting yang merupakan core kepada golongan Jawa di Selangor...


OK sebelum gua melabon lebih2 pasal dua tempat berbeza ni, untuk pengenalan ni biarlah aku cerita sikit pengenalan pasal kolum Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa(TMTJ) ni. Kolum ni aku akan cuba sedaya upaya untuk update secara mingguan tapi mungkin sebab aku busy dengan kerja maybe tak sempat nak update selalu tapi aku akan cuba update kolum ni sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

Mana gua dapat idea buat kolum ni?
Ok, gua sebenarnya sekarang ni adalah peminat tegar blog Teh Tarik Gelas Besar dan dalam blog tu, authornya Nami ada menulis kolum yang bertajuk Dari Jalan Telawi yang menceritakan kehidupan dia di kawasan Bangsar yang menurut beliau adalah wilayah yang paling mengada-ngada di Kuala Lumpur sebab tempat tu memang mengada-ngada dengan cost of living yang sangat tinggi disana dan perangai manusia2 wilayah Telawi yang macam2 ragam dan status kehidupan dari semarhaen-marhaen pekerja buruh kontrak indon dan bangla hinggalah sepoyo-poyonya mamat pakai spek itam besar dalam shopping mall dan pakai baju POLO ripoff logo besar2 kat dada dan ade awek yang kengkununnya paling hot di Malaysia..so dari situ la gua dapat inspirasi nak buat kolum ni.

Kalau namanya rip-off Dari Jalan Telawi, apa bezanya ngan TMTJ?
Bezanya Nami tulis pasal Bangsar je iaitu di KL. Gua pulak tulis pasal dua jiran KL tu, Negeri Sembilan ngan Selangor. Kalau sape2 ingat life di Seremban, Negeri Sembilan dengan life di Banting, Selangor adalah sama maka korang adalah sangat2 salah. Di sini aku memang jumpa pertembungan dua budaya yang sangat berbeza. Jawa ngan Minang mane sama? Loghat pon lain2. Dia sama macam life di KL adalah berbeza ngan life di Pantai Timur, lebih kurang camtulah.

Banyak sangat ke bezanya?
Ok , frankly mungkin tak terlalu banyak..tak sebanyak beza life KL ngan life Pantai Timur, tak sebanyak beza life di Semenanjung Malaysia dengan life di Borneo dan tidak sebanyak beza life di benua Afrika dengan life di benua Eropah. Tapi bagi aku, its beautiful dalam life ni ade sedikit perbezaan dan bagi aku memang terasa bezanya life aku masa aku tinggal kat Seremban dengan masa aku tinggal kat Pulau Carey sekarang. Dan tu sebab la aku ter-inspired nak mengisi blog ni dengan menda2 camni..afterall tak ramai boleh rasa benda ni kan?

So apa yang kau nak melabon dalam kolum ni nanti?
Seperti intro aku kat atas tu, aku akan ceritakan beza life aku yang 20 tahun awalnya dihabiskan sepenuhnya di Negeri Sembilan dan sekarang ni berpindah ke Pulau Carey dimana Pulau Carey ni terletak dekat2 ngan Banting dan merupakan point tengah antara Banting dengan Klang. Nanti aku akan ceritakan apa benda yang best kat N9 dan apa yang best kat Selangor ni. Selain menceritakan pasal beza orang2 N9 ngan orang Selangor which pendapat aku awek2 Jawa disini agak comel2 belaka. Nanti aku gak akan cite pasal beza makanan antara dua tempat ni. Kalau di N9 glemer ngan masak lomak cili api di Tanah Jawa glemer dengan tempe. Senang cite ko tunggu je la kolum ni.banyak la aku melabon nanti.
So sekian dulu entry pengenalan Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa. Dalam entry #1 nanti aku akan tulis tentang bagaimana aku boleh tercampak ke Tanah Jawa setelah 20 tahun lebih menetap di wilayah paling selesa aku penah duduk iaitu Seremban.Dan sampai sekarang aku gelar Seremban tu sebagai CRIB. Chalow!

Wednesday, March 9, 2011

Beastly.....penting sangat ke hensem nih?

Lindy: (Surprised) What’s with the mask?
Kyle: I don’t wanna freak you out.
Lindy: Sure, the ski mask didn’t freak me out.


Okeh sebenarnya gua agak terfaktab dua..tiga..pat..lima.. hari kebelakangan nih. Kalau dalam bahasa sains atau bahasa yang lebih hensem, dipanggil mid-life crisis..walaupon belum masuk mid-life..tapi crisis tetap ada tak kira on which part of ur life, early,early-mid,mid,end-mid,end of life... tetap ada crisis. Dan dalam keadaan terfaktab tu gua sempat layan movie ni sabtu lepas(opens 5 march) ngan member gua dan kekasih lama.

Movie ni dilakonkan oleh Adam Pettyfer yang kebetulan jugak adalah hero fim I am Number Four.(oh yer originally aku nak tengok citer tu,tapi last minute tukar planning). Dan of course heroin dimainkan oleh si hottie yang sudah besar iaitu Vanessa "the indescribable" Ann Hudgens yang sanggaaaat dayyum dalam movie ni. Dan penampilan khas Mary Kate Olsen yang jugak sudah besar dan blakon sebagai witch yang menakutkan tapi hot dalam movie ni. Film ni lebih kurang macam citer beauty and the beast la jugak...macam si cantik dan si buruk rupa.

Sinopsis dia lebih kurang camni, Kyle adalah seorang mamat yang sangat hensem dan sangat macho(cibs rasa cam gay pulak tulis camni). Sementara Lindy(Vanessa Hudgens) lebih kurang cam the girl next door yang cantik dan jugak kawan lama si Kyle. Diorang skang blajar satu kolej. Untuk lagi menyenangkan imaginasi korang bayangkan kolej tu ialah kolej orang kayo-kayo dan socialite macam IIUC, KDU, TPM academy, Monash University..lebih kurang camtu la setting dia. Kyle pulak running for president MPP college tu dan menggunakan kehenseman beliau untuk meraih undi dan akhirnya dia dipilih. Di sebalik tu dia suke kutuk orang2 yang buruk rupa dan paling suka dia kutuk ialah Kendra. seorang ahli sihir yang agak freaky sebab fashion taste dia sangatlah pelik macam yang aku tengok kat fashionTV tu..

Satu hari tu,sebab dia terus kutuk2 si Kendra, Kendra pon geram tapi masih cool dan akhirnya menyumpah Kyle jadi tak hensem..muka ngan badan penuh tatu, hidung ada parut eksiden. so Kyle diberi peluang selama setahun untuk mendapatkan cinta sejati..okeh tak perlu cinta sejati pon sebenarnya.cukup la kalau ade awek yang cakap I love You kat dia pon dah cukup. So bermulalah pengembaraan Kyle mencarik awek yang sejati  dan salah seorang awek dia target ialah si Lindy tu.(macam cite Hairi ngan Nur je). So adakah dia berjaya menakel Lindy, adakah Lindy suka dia yang da tak ensem tu? so bleh pi tengok sendiri citer ni..citer ni masuk kategori romantic film. Lebih kuran chick flick tapi tak cheesy..jalan citer nampak matang dan bebudak tu walaupon kategori budak kolej tapi diorang nampak cam orang yang sangat mature dan tak kebudak-budakan. jadi nampak la jugak macam adult love.

yang sebenarnya movie ni tak la best mana plus aku taktau pape pasal cite ni, aritu aku pi tengok pon member aku sume bantai tido. aku sorang je yang teguh tengok cite ni sebab nak buat review. Dan nasib bek ade Vanessa Hudgens yang super duper hot dalam citer ni..memula tengok dia muka kurang hot tapi nampak mature daripada High School Musical.. dan dia bertambah hot masa dia pakai gypsy dress.pehhh cair wa cakap lu.. tak seksi pon padahal. 

kalau selalu aku buat review semata, kali ni aku nak tulis pengajaran dalam citer ni... satu pengajaran yang cuba ditonjolkan dlm citer ni ialah cinta tak mengenal rupa... ditunjukkan bahawa Lindy ni suka kat Kyle bukan sebab dia hensem tapi dia something( which phailed actually sebab dah kompom2 la kau cair sebab die hensem kan). so bila Kyle da buruk, Kyle cuba impress Lindy yang walaupon muka dia hodoh tapi dia ni baik ati la..bleh bagi Lindy macam2..which is fecking phailed also sebab dia kaya..boleh laaa..at the end pon sama. pendek kata Lindy ni memang bernasib baik lah senang cite. so sebenarnya sampai ke pengajaran yang movie ni nak tunjukkan? tagline dia "Its What Underneath"..yeahh rite? underneath the buruk rupa is a man who already has charisma and a fecking rich dude..so how does that cater the already looser person..? bagi aku mesej sebenar yang nak ditunjukkan ialah walaupon ko buruk, cinta tak mengenal rupa.. ye tapi dalam movie ni sekadar menunjukkan cinta tak mengenal rupa tapi mengenal wang dolar..ciss..kalau gua kaya pon gua boleh selamber tekel awek se-cun Vanessa Surihani...ciss
Vanessa Hudgens HOT-O-Meter :7 out of 10
beliau sesungguhnya hot dalam citer ni..tambah hot dalam gypsy dress beliau..pehh cumel wa cakap lu

Here and There rates Beastly a lukewarm!! 5 out of 10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...