adverts

Sunday, March 13, 2011

In memory of eleven march two zero eleven....


Jumaat 11 Mac 2011 adalah hari yang biasa bagi umat seluruh dunia..bagi umat islam ia adalah penghulu segala hari dan itu hari untuk menunaikan kewajipan solat jumaat. Bagi aku, ia adalah hari cuti selepas 4 hari bekerja shif malam, hari Jumaat tu adalah hari cuti. aku balik umah sewa kat puchong pagi tu dan lepas pekena nasik kerabu aku pon bantai tido sampai tengahari.. bangun2 tengok langit mendung tanda nak hujan. Aku siap2 kemas dan packing barang nak balik ke umah kat Pulau Carey yang letaknya di kawasan persisiran Selat Melaka. lepas packing aku terus blah..ingat kan kalau lalu masjid mana2 ingat nak singgah tapi sebab hujan punye pasal aku terpaksa teruskan je perjalanan balik..sepanjang perjalanan dari Dengkil ke Banting tu mood dia semacam je..macam gloomy jek dengan hujan renyai-renyai, awan mendung. Sejam perjalanan aku pon sampai umah. Sampai umah terus campak beg, bukak tv, bukak laptop dan online cam biasa. segalanya biasa macam takda ape berlaku..

Dalam jam 2.45pm kuar satu status updates kat FB, bunyiknye lebih kurang cam "pray for japan".aku tak ingat sapa yang tulis.. aku pon ignore jek. di TV, aku bukak channel hitz.TV..lagu2 K-Pop bersiaran seperti biasa. selang 5 minit kemudian,semakin banyak updates berkaitan japan kuar kat FB. Aku tak senang duduk. aku bukak lak forum CARI. sekali ade orang tulis pasal Japan ditimpa bencana gempa bumi 8.8 skala richter dan lebih teruk ia mengakibatkan Tsunami..


TSUNAMI????

Berderau darah aku serta merta dengar perkataan tsunami. Kalau aku kat puchong time ni atau aku masih duduk seremban cam dulu aku rasa aku tak risau sangat kalau dengar perkataan tsunami. Tapi bila dah dok kat pulau ni.bencana yang paling kau tanak dengar ialah Tsunami.dah la Pulau Carey ni ketinggian dia bawah paras laut. Lepas tengok berita tu, aku bantai bukak channel berita. dan aku tengok memang dasyat gile kesan2 kat jepun. live updates dari CCTV China siap tunjuk footage loji minyak terbakar la..nuclear reactor bocor la..perghhh ni betul malapetaka nih.


dalam aku punya cuak, cepat2 aku pi carik tsunami update..ade beberapa negara dah kuarkan amaran tsunami dan yang paling dekat ialah indonesia dan filipina... Malaysia? takdak...bia btol? aku tak puas ati.aku masih cuak. Baik aku prepare betul2 kang buatnye sampai tsunami kang ape pon takde.. last2 aku gi tengok google map.baru aku prasan japan tu kat belah2 pasifik.dan kalau ombak tsunami tu sampai malaysia pon dia akan kena kat belah2 pantai timur cam Sabah dan Terengganu..agak impossible gak nak sampai ke Selat Melaka. aku tarik nafas lega..fuhh cuak gak tadi. Aku terus layankan berita.kat internet siap bukak live feed twitter update kat google, ada yang cakap tsunami akan menghentam perairan Sabah jam 6.49pm. Sampai jam pukul 8 malam masih takda apa2 berlaku. kat tv3 siap tunjuk lagi keadaan pantai kat sabah time petang tu..cilakak betul ade yang tengah memancing lagi, yang tengah mandi manda pon ade.. ape siot tu? aku suspek ni mesti dok lepak pantai dari tengahari sampai ke malam sampai taktau pape..kalau pape terjadi memang tak jadi apa la tu.

In the end tiada tsunami di Malaysia walaupon paras air kat  belah2 sabah ngan terengganu dikatakan naik tapi takde pape berlau, pasca tsunami di jepun melihatkan kerosakan yang teruk gile babeng  punya.. dan agak menakjubkan bila melihat cara orang2 kat sana handle tsunami dan gempa bumi. Ye la da biasa kene earthquake mesti la takde hal punya..cuma bab tsunami tu je tak boleh buat pape dah. Rumah dia pon kukuh semacam sampaikan aku tengok ade rumah yang hanyut sebijik sebijik..selalu kalau umah hanyut mesti berkecai sikit-sikit..ini sebijik terus hanyut. tapi yang tak boleh gua blah ialah malaon yang sebok amek tau pasal Maria Ozawa siap sebok carik update merata..hahahah.agak sengal juga diorang nih. Ada yang cakap dia selamat berada di Bali tengah shooting next film..ahaha..

Anyway, banyak speculation yang aku dengar pasal kenapa eartquake ni terjadi.. ada yang sebab semula jadi dan ada sebab manusia. antara top speculation ialah Fenomena Supermoon yang dikatakan dalam 2 minggu dari sekarang bulan akan berada di jarak yang paling dekat dibumi dalam beberapa tahun. ade orang cakap dulu masa last bulan berada di kedudukan yang dekat di bumi,2 minggu sebelum tu ada bencana alam gak berlaku kat mane ntah. Kesan supermoon ni bila graviti bulan yang kuat akan menekan graviti bumi.tekanan air laut akan jadi tinggi dan laut akan pasang dengan ketinggian yang lebih. Dan pagi ni pulak aku bukak berita ada news yang speculate bahawa bencana ni terjadi disebabkan testing penggunaan senjata bernama HAARP oleh US dan digunakan pada awan di jepun.dan HAARP jugak dikatakan antara penyebab gempa bumi di Haiti seblom ni..sape2 nak tau lebih pasal HAARP sila wikipedia sendiri sebab HAARP ni antara teori konspirasi yang agak popular dan sering dikaitkan sebagai penyebab bencana alam.

kat bawah ni korang bleh tengok gambar2 kesan dari tragedi ni. sedeh gak woo tengok. Negara maju cam jepun pon bleh musnah dengan kuasa alam. credit to National Geographic and Google.

~In loving memory of Japan earthquake and Tsunami disaster on 11 March 2011~

5 comments:

NZ said...

Subhanallah, kuasa Allah Taala memang tak dapat nak lawan.

Btw kan, hari Jumaat tu pun kte rasa semacam je. Memang rasa sayu je hati. Taktau pulak ada bencana nak jadi.

PELAUNG PULAU said...

nona, yes me too.. memang terasa semacam sangat haritu. ingatkan sebab letih tak cukup tido ke tambah plak cuaca cam redup,hujan renyai2,langit yang macam gelap..memang rasa cam gloomy la bak kata orang tu.. umah pulak kat tepi pantai..mmg rasa semacam je.hehehe

Anonymous said...

alhamdulillah... banting selamat dari bencana alam..

PELAUNG PULAU said...

yer alhamdulillah...mcd juga selamat..

Anonymous said...

tu napi aku tak pernah g sana..
hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...