Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa adalah sebuah kolum khas yang ingin aku ceritakan tentang pengalaman aku dewasa ini di dua buah tempat yang berlainan budaya dan loghat. Akan aku ceritakan pengalaman berbeza aku yang dahulunya menetap selama lebih 20 tahun di Seremban iaitu pusat tumpuan negeri adat perpatih dan kini di kawasan Banting yang merupakan core kepada golongan Jawa di Selangor...
OK sebelum gua melabon lebih2 pasal dua tempat berbeza ni, untuk pengenalan ni biarlah aku cerita sikit pengenalan pasal kolum Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa(TMTJ) ni. Kolum ni aku akan cuba sedaya upaya untuk update secara mingguan tapi mungkin sebab aku busy dengan kerja maybe tak sempat nak update selalu tapi aku akan cuba update kolum ni sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.
Mana gua dapat idea buat kolum ni?
Ok, gua sebenarnya sekarang ni adalah peminat tegar blog Teh Tarik Gelas Besar dan dalam blog tu, authornya Nami ada menulis kolum yang bertajuk Dari Jalan Telawi yang menceritakan kehidupan dia di kawasan Bangsar yang menurut beliau adalah wilayah yang paling mengada-ngada di Kuala Lumpur sebab tempat tu memang mengada-ngada dengan cost of living yang sangat tinggi disana dan perangai manusia2 wilayah Telawi yang macam2 ragam dan status kehidupan dari semarhaen-marhaen pekerja buruh kontrak indon dan bangla hinggalah sepoyo-poyonya mamat pakai spek itam besar dalam shopping mall dan pakai baju POLO ripoff logo besar2 kat dada dan ade awek yang kengkununnya paling hot di Malaysia..so dari situ la gua dapat inspirasi nak buat kolum ni.
Kalau namanya rip-off Dari Jalan Telawi, apa bezanya ngan TMTJ?
Bezanya Nami tulis pasal Bangsar je iaitu di KL. Gua pulak tulis pasal dua jiran KL tu, Negeri Sembilan ngan Selangor. Kalau sape2 ingat life di Seremban, Negeri Sembilan dengan life di Banting, Selangor adalah sama maka korang adalah sangat2 salah. Di sini aku memang jumpa pertembungan dua budaya yang sangat berbeza. Jawa ngan Minang mane sama? Loghat pon lain2. Dia sama macam life di KL adalah berbeza ngan life di Pantai Timur, lebih kurang camtulah.
Banyak sangat ke bezanya?
Ok , frankly mungkin tak terlalu banyak..tak sebanyak beza life KL ngan life Pantai Timur, tak sebanyak beza life di Semenanjung Malaysia dengan life di Borneo dan tidak sebanyak beza life di benua Afrika dengan life di benua Eropah. Tapi bagi aku, its beautiful dalam life ni ade sedikit perbezaan dan bagi aku memang terasa bezanya life aku masa aku tinggal kat Seremban dengan masa aku tinggal kat Pulau Carey sekarang. Dan tu sebab la aku ter-inspired nak mengisi blog ni dengan menda2 camni..afterall tak ramai boleh rasa benda ni kan?
So apa yang kau nak melabon dalam kolum ni nanti?
Seperti intro aku kat atas tu, aku akan ceritakan beza life aku yang 20 tahun awalnya dihabiskan sepenuhnya di Negeri Sembilan dan sekarang ni berpindah ke Pulau Carey dimana Pulau Carey ni terletak dekat2 ngan Banting dan merupakan point tengah antara Banting dengan Klang. Nanti aku akan ceritakan apa benda yang best kat N9 dan apa yang best kat Selangor ni. Selain menceritakan pasal beza orang2 N9 ngan orang Selangor which pendapat aku awek2 Jawa disini agak comel2 belaka. Nanti aku gak akan cite pasal beza makanan antara dua tempat ni. Kalau di N9 glemer ngan masak lomak cili api di Tanah Jawa glemer dengan tempe. Senang cite ko tunggu je la kolum ni.banyak la aku melabon nanti.
So sekian dulu entry pengenalan Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa. Dalam entry #1 nanti aku akan tulis tentang bagaimana aku boleh tercampak ke Tanah Jawa setelah 20 tahun lebih menetap di wilayah paling selesa aku penah duduk iaitu Seremban.Dan sampai sekarang aku gelar Seremban tu sebagai CRIB. Chalow!
No comments:
Post a Comment