adverts

Wednesday, March 9, 2011

Beastly.....penting sangat ke hensem nih?

Lindy: (Surprised) What’s with the mask?
Kyle: I don’t wanna freak you out.
Lindy: Sure, the ski mask didn’t freak me out.


Okeh sebenarnya gua agak terfaktab dua..tiga..pat..lima.. hari kebelakangan nih. Kalau dalam bahasa sains atau bahasa yang lebih hensem, dipanggil mid-life crisis..walaupon belum masuk mid-life..tapi crisis tetap ada tak kira on which part of ur life, early,early-mid,mid,end-mid,end of life... tetap ada crisis. Dan dalam keadaan terfaktab tu gua sempat layan movie ni sabtu lepas(opens 5 march) ngan member gua dan kekasih lama.

Movie ni dilakonkan oleh Adam Pettyfer yang kebetulan jugak adalah hero fim I am Number Four.(oh yer originally aku nak tengok citer tu,tapi last minute tukar planning). Dan of course heroin dimainkan oleh si hottie yang sudah besar iaitu Vanessa "the indescribable" Ann Hudgens yang sanggaaaat dayyum dalam movie ni. Dan penampilan khas Mary Kate Olsen yang jugak sudah besar dan blakon sebagai witch yang menakutkan tapi hot dalam movie ni. Film ni lebih kurang macam citer beauty and the beast la jugak...macam si cantik dan si buruk rupa.

Sinopsis dia lebih kurang camni, Kyle adalah seorang mamat yang sangat hensem dan sangat macho(cibs rasa cam gay pulak tulis camni). Sementara Lindy(Vanessa Hudgens) lebih kurang cam the girl next door yang cantik dan jugak kawan lama si Kyle. Diorang skang blajar satu kolej. Untuk lagi menyenangkan imaginasi korang bayangkan kolej tu ialah kolej orang kayo-kayo dan socialite macam IIUC, KDU, TPM academy, Monash University..lebih kurang camtu la setting dia. Kyle pulak running for president MPP college tu dan menggunakan kehenseman beliau untuk meraih undi dan akhirnya dia dipilih. Di sebalik tu dia suke kutuk orang2 yang buruk rupa dan paling suka dia kutuk ialah Kendra. seorang ahli sihir yang agak freaky sebab fashion taste dia sangatlah pelik macam yang aku tengok kat fashionTV tu..

Satu hari tu,sebab dia terus kutuk2 si Kendra, Kendra pon geram tapi masih cool dan akhirnya menyumpah Kyle jadi tak hensem..muka ngan badan penuh tatu, hidung ada parut eksiden. so Kyle diberi peluang selama setahun untuk mendapatkan cinta sejati..okeh tak perlu cinta sejati pon sebenarnya.cukup la kalau ade awek yang cakap I love You kat dia pon dah cukup. So bermulalah pengembaraan Kyle mencarik awek yang sejati  dan salah seorang awek dia target ialah si Lindy tu.(macam cite Hairi ngan Nur je). So adakah dia berjaya menakel Lindy, adakah Lindy suka dia yang da tak ensem tu? so bleh pi tengok sendiri citer ni..citer ni masuk kategori romantic film. Lebih kuran chick flick tapi tak cheesy..jalan citer nampak matang dan bebudak tu walaupon kategori budak kolej tapi diorang nampak cam orang yang sangat mature dan tak kebudak-budakan. jadi nampak la jugak macam adult love.

yang sebenarnya movie ni tak la best mana plus aku taktau pape pasal cite ni, aritu aku pi tengok pon member aku sume bantai tido. aku sorang je yang teguh tengok cite ni sebab nak buat review. Dan nasib bek ade Vanessa Hudgens yang super duper hot dalam citer ni..memula tengok dia muka kurang hot tapi nampak mature daripada High School Musical.. dan dia bertambah hot masa dia pakai gypsy dress.pehhh cair wa cakap lu.. tak seksi pon padahal. 

kalau selalu aku buat review semata, kali ni aku nak tulis pengajaran dalam citer ni... satu pengajaran yang cuba ditonjolkan dlm citer ni ialah cinta tak mengenal rupa... ditunjukkan bahawa Lindy ni suka kat Kyle bukan sebab dia hensem tapi dia something( which phailed actually sebab dah kompom2 la kau cair sebab die hensem kan). so bila Kyle da buruk, Kyle cuba impress Lindy yang walaupon muka dia hodoh tapi dia ni baik ati la..bleh bagi Lindy macam2..which is fecking phailed also sebab dia kaya..boleh laaa..at the end pon sama. pendek kata Lindy ni memang bernasib baik lah senang cite. so sebenarnya sampai ke pengajaran yang movie ni nak tunjukkan? tagline dia "Its What Underneath"..yeahh rite? underneath the buruk rupa is a man who already has charisma and a fecking rich dude..so how does that cater the already looser person..? bagi aku mesej sebenar yang nak ditunjukkan ialah walaupon ko buruk, cinta tak mengenal rupa.. ye tapi dalam movie ni sekadar menunjukkan cinta tak mengenal rupa tapi mengenal wang dolar..ciss..kalau gua kaya pon gua boleh selamber tekel awek se-cun Vanessa Surihani...ciss
Vanessa Hudgens HOT-O-Meter :7 out of 10
beliau sesungguhnya hot dalam citer ni..tambah hot dalam gypsy dress beliau..pehh cumel wa cakap lu

Here and There rates Beastly a lukewarm!! 5 out of 10

Friday, February 25, 2011

Cerpen...bukan kisah tipikal drama Melayu (Part 2)

Sebelum aku mulakan kisah ni, biarlah aku letak dulu disclaimer awal-awal. Bukan apa, tanak nanti ada orang salah paham...


kisah ini bukanlah kisah cinta, tapi kisah yang terjadi akibat cinta.......


  Life Hairi terus berderai macam belon yang pecah tercucuk jarum, pelajarannya merosot dan social lifenya juga merudum. Hairi tidak menceritakan masalahnya kepada sesiapa dan setiap kali dia menghadapi masalah, Hairi akan terus melarikan diri dari masalah dan mencari escapism lain dengan melepak dengan kawan2 baiknya seperti Din, Mus dan Wan. Bila tension dia selalu ajak diorang bertiga ni lepak2 minum teh,tengok bola,tengok wayang ataupun main pool. Walaupun sentiasa melarikan diri dari masalah, Hairi tau satu hari dia terpaksa gak menghadapi  masalah tu dan akhirnya masalah Hairi sampai di suatu tahap dimana it all become to much for young Hairi to handle. Hairi menghadapi banyak masalah terutamanya masalah pelajaran dan masalah kewangan. Bab pelajaran memang entah kemana dan bab soru Hairi ni selalu je bedal megi ataupun grand sikit nasik bujang setiap hari. Atas nasihat keluarganya, Hairi mengambil keputusan untuk menghentikan pengajiannya dan menggunakan sijil diplomanya untuk mencari kerja.

Tuah Hairi belajar di IPTS yang terkemuka di Malaysia menyebabkan diplomanya laku saja diperakukan dengan nilai. Sekejap saja Hairi berjaya mendapat kerja di sebuah syarikat IT di Putrajaya dan tanpa melengahkan masa, Hairi packing segala barangnya dan meninggalkan semua kenangan buruk mahupun indah di Universiti yang berjaya mendidiknya selama setahun lebih itu. Gaji Hairi tidaklah begitu banyak tetapi bagi seorang pemegang Diploma gajinya boleh sahaja mencecah 3 ribu sekiranya Hairi rajin membuat kerja lebih masa. Dan sejak itu Hairi menjadi hamba wang kertas. Dia kini seorang workaholic. Puas baginya apabila melihat angka yang terpapar di skrin ATM setiap kali tibanya hujung bulan. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah melupakan Nur. Biarpun hubungan Hairi dan Nur kini sudah tidak lebih sebagai kawan atau bekas rakan seperjuangan dalam pelajaran, Hairi tetap menyimpan hasrat yang lebih serius untuk mendapatkan semula Nur. Beberapa kali juga Hairi menghubungi Nur melalui sms,messenger mahupun facebook dan setiap kali itu jugalah Hairi memberi pembayang yang dia masih mahukan Nur. 

Di tempat kerja Hairi, staf wanita memang terlalu rare dan kalau nak dinisbahkan dengan staf lelaki yang bujang pun masih lagi terlebih tujuh lapan orang staf lelaki, dan paling teruk apabila kebanyakan staf wanita disitu semuanya dah ada balak. Bagi Hairi, ape lagi pilihan yang dia ada? nak taknak terpaksa jugaklah Hairi makan luar. Dia sendiri pon memegang prinsip sejak dari awal kalau boleh tanak ade awek satu opis. Dan kalau satu opis sekalipun biarlah lain-lain department atau lain-lain tingkat. Dan ini menyebabkan Hairi terpaksa juga menurutkan kemahuannya terhadap Nur. Namun entah dimana silapnya, Nur terlalu dingin dengan Hairi. Setiap kali mereka berborak, Nur seolah mahu mengelak untuk bercerita mengenai hubungan mereka dan Nur sebolehnya mahu melupakan apa yang berlaku di masa silamnya dan ini termasuklah kenangan berdating-dating dengan Hairi setahun yang lepas. Akibat itu, Hairi semakin hari semakin stress sebab dia sendiri dah merasakan diri dia macam looser, macam cob-nobbler bak kata Nami TTGB.

Di opis Hairi ade sorang staf bernama Am, si Am ni kalau nak compare ngan Hairi hensem lebih sikit tapi mamat Am ni bab tekel awek memang sah beribu kali ganda lagi power dari Hairi tapi ntah mana silapnya si Am ni masih lagi single. Hairi sendiri pelik tengok member dia sorang ni, "muka dah hensem, duit banyak, tekel awek pandai tapi takde awek...lagi looser dari aku" kata Hairi dalam hati. dalam pejabat tu semua awek si Am ni ngorat..tapi memang silap la pi ngorat awek orang, memang tak dapat la melainkan kau ni special betul punye orang. Si Am ni macam Hairi gak, gile main social network site macam Facebook, Myspace, YM..pendek kata semua network site yang senang carik awek la abis cite. Entah camana dalam dok main YM tu si Am dapat contact information Nur. Am pon ape lagi, gile jugakla dia tengok gamba kecik Nur dalam YM yang terserlah comelnya. Dalam dok chatting tu Am pun dapat la nombor tepon Nur. Am pon sejak tu selalu la contact2 Nur main-main mesej dan slalu calling-calling semua. Dan dalam masa yang sama Hairi masih lagi berhubungan ngan Nur. Tapi takdela sampai main sms dan calling2.. bagi Hairi dia takda idea nak borak ape dengan Nur selain amat memahami kerjaya Nur sebagai seorang eksekutif mestila Nur ni busy gila orangnya. Sekali sekala kalau Hairi nampak Nur online, segera Hairi akan tegur dan borak la apa2 sampai Nur ni offline sendiri.

Setelah beberapa hari Am dan Nur contact2, akhirnya Nur dapat tau bahawa Am dan Hairi bekerja satu opis. Nur dapat tau lepas tengok kat facebook yang Am dengan Hairi ni adalah mutual friends(sape main facebook tu tau la ape maksud mutual friends). Selepas ditanya oleh Nur barulah Am bagitau dan dia pon baru tau yang Nur dengan Hairi saling kenal-mengenal. Sejak tu Am selalu menyendeng dekat Hairi untuk bertanya pasal Nur. Hairi sedar yang Am ni rupanya memang ada hati ngan si Nur. Dalam hatinya terasa bengang jugak bila Am pon dok sama nak ngorat si Nur. Setiap kali Am bertanya pasal Nur dekat Hairi, Hairi akan buat-buat tak layan si Am. Dia sendiri pon pening nak carik awek, pastu nak sibuk buat ape pi tolong orang, bentak hatinya. Semakin hari hubungan Am dengan Nur semakin rapat, biarpun tak penah berjumpa tapi bila berborak dalam telefon bunyinya seakan diorang ni dah kenal lama dan macam tengah berkasih sayang pulak. Bagi Hairi dia sedar, hubungan Am dengan Nur pasti menjadi dan dia mungkin terpaksa menyesal sebab tak ambik serius pasal hubungannya dengan Nur sejak dari awal perkenalan mereka dan pasti akan lebih menyesal sebab tak buat decision dengan cepat semasa mereka berdua menyambung pengajian di selatan tanah air dahulu..... itulah kisah Hairi yang menyedihkan dan mungkin juga kelakar kerana disebabkan kesengalan Hairi ni, banyak sungguh peluang yang terlepas di depan matanya... 
-the end-


and thats the end of the story, gua nak tanya pendapat lu orang semua pasal Hairi ni.. lu orang rasa Hairi ni betul ke looser seperti yang gua ceritakan atau mungkin Hairi ni tak bernasib baik.. dan gua nak tanya kalau lu orang jadi macam Hairi ni, apa yang lu orang buat? adakah lu orang akan tolong si Am dapatkan Nur sebab lu pon rasa yang lu dengan Nur mungkin takkan bersama atau lu orang akan terus fight untuk dapatkan jugak si Nur... kalau tanya pendapat gua. gua rasa...... ah malas nak pikir arh...kat bawah ade ruang komen..so please let me hear what you think.... sekian from Here and There....

Wednesday, February 23, 2011

Cerpen...bukan kisah tipikal drama Melayu (Part 1)

Sebelum aku mulakan kisah ni, biarlah aku letak dulu disclaimer awal-awal. Bukan apa, tanak nanti ada orang salah paham...


kisah ini bukanlah kisah cinta, tapi kisah yang terjadi akibat cinta...


Hairi, adalah seorang mamat yang sengal ya amat tapi seorang yang boleh jadi serius ataupun tak serius pada suatu2 masa, kebanyakan masanya Hairi adalah seorang yang tidak serius..he cannot take anything seriously umpama memegang prinsip The Joker, "Why so seriousss???". Tapi bila datang dia punya bab serius, Hairi ni boleh jadi seorang manusia yang tak boleh dibawak berbincang. Hairi sejak zaman sekolahnya tidak pernah mempunyai seorang awek. Satu-satunya awek yang dia ingat dia ada ialah seorang gadis yang dia kenal dalam ruangan chatroom dimana ketika itu umur Hairi baru 15 tahun. Tetapi mereka tidak pernah menatap wajah masing-masing menyebabkan gadis itu meminta putus daripada Hairi. Hairi sendiri pun tidak pernah menyangka bahawa mereka berdua pernah berpacaran..kan sengal betul Hairi ni?

Nun jauh di Keningau, Sabah seorang gadis tidak menyangka yang dia akan suatu hari memijakkan kaki ke tanah semenanjung. Kehidupan di pekan Keningau begitu tenang. Nur, seorang gadis sebaya Hairi mungkin tidak akan menyangka dia akan menemui seorang lelaki yang tidak pernah serius dalam hidup seperti Hairi. Setelah tamat SPM, ayah Nur yang merupakan seorang staff di syarikat telekomunikasi terkemuka mencadangkan Nur untuk merantau ke tanah semenanjung untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang telekomunikasi. Nur yang pada mulanya keberatan akhirnya akur juga kerana ini juga merupakan peluangnya untuk akhirnya melihat ibukota Kuala Lumpur di hadapan matanya sendiri dan bukan lagi melalui tv ataupun akhbar.

Takdir mempertemukan Hairi dan Nur di sebuah IPTS terkemuka di KL, di hari pertama mereka bertemu dan diletakkan dalam kumpulan orientasi yang sama. Hairi terpegun melihat Nur. Gadis dari Sabah yang  berkulit sedikit kuning sedikit putih dan sungguh comel. Nur tidak memakai tudung tetapi bukan itu yang membuatkan dirinya kelihatan cute. Nur kelihatan seperti seorang yang innocent. ibarat rusa masuk ke bandar, Nur kelihatan naif dan bahasanya yang pekat keSabahan itu membuatkan dia menjadi perhatian ramai freshie2 dan senior2 lelaki di IPTS tersebut. Belumpun seminggu Nur memijakkan kaki di KL, dia sudah mula menjadi bahan perhatian.

On the other hand, Hairi juga seorang yang innocent. Hairi merupakan anak manja dalam keluarganya. Memasuki IPTS ini adalah pengalaman pertama Hairi berjauhan dengan keluarga dan jika selama ini ibunyalah yang membasuh pakaiannya dan memasak untuknya, Kini keselesaan itu lenyap serta merta. Hairi kini perlu lebih berdikari jika mahu survive di ibukota KL. Kota dimana mimpi tidak pernah luntur dan tidak pernah menunggu kita. KL boleh saja menelan kau hidup-hidup dan boleh saja melonjak menyanjung kau tinggi-tinggi. Di KL, tiada apa yang kelihatan mustahil. Di hari pertama, Hairi terpegun melihat Nur. Ini mungkin pertama kali dia melihat gadis Sabahan. Selama ini dia bersekolah di sekolah yang berkategori sekolah luar bandar, dia tidak pernah melihat secara live depan mata gadis-gadis Borneo. Tetapi hari ini Hairi dapat melihat sendiri kecantikan eksotik gadis-gadis Borneo. Hairi sempat berkenalan dengan seorang dua daripadanya termasuklah juga Nur.
Perkenalan mereka sewaktu orientasi ringkas sahaja. Maklumlah kedua-duanya mengambil jurusan yang sama iaitu Teknologi Telekomunikasi dan bagi Hairi apa perlunya dia tergopoh-gopoh? kerana masih ada masa yang panjang untuk dia mengenali Nur.

Namun begitu, Hairi sendiri teragak-agak untuk mendekati Nur. Ini kerana di hatinya sudah tersimpan perasaan kepada seorang gadis yang dikenali di sekolahnya. Gadis itu jual mahal dengan Hairi dan Hairi sering terasa emosi atau bengang dengan gadis itu dek kerana gadis tu yang selalu saja kerek terhadapnya. Bagi Hairi, se kerek mana pun gadis itu, dia sajalah yang menjadi pujaan hati Hairi. Pernah Hairi bermurung tak makan nasik seminggu sebab gadis tu taknak melayan mahupun bercakap dengan Hairi. Nasib baik Hairi mempunyai kawan-kawan yang maha cool dan suka memberi sokongan kepada Hairi. Barulah normal sikit life si Hairi yang sengal itu. Berbalik kepada hal Nur tadi, dengan kesengalan Hairi, dia telah terlupa bahawa ini KL, jika terlambat, orang lain yang terlebih dulu akan rembat.

Dan nyata Hairi terlambat sebab ada senior yang dah rembat dulu Nur. Senior yang dipanggil Adi ni pon sebenarnya tahap sengal dia agak level jugak dengan Hairi tapi sebenarnya lagi puaka kesengalannya. Mamat senior ni beberapa kali gak cuba mengambil kesempatan keatas Nur yang innocent itu. Dan akibat kepuakaan perangai si Adi tu, beberapa bulan kemudian Nur meminta untuk memutuskan hubungan sebab tak tahan dengan perangai Adi yang mengalahkan singa lapar. Jadi pengalaman pertama Nur di KL nampaknya sangat tidak menyenangkan. Nasib baik Nur mempunyai kawan2 rapat yang kemana pergi mesti saja bersama dan kawan-kawan inilah yang banyak membantu Nur mengenali KL dengan lebih telus supaya tidak lagi menjadi mangsa kebuayaan sakai-sakai Kuala Lumpur. Pasti anda menyangka yang ini akhirnya peluang bagi Hairi untuk kembali mendapatkan Nur bukan? anda silap lagi. Hairi terus dengan kesengalan dia dan gagal untuk mendekati Nur. Tetapi bukan itu penyebab utama Hairi gagal. Yang sebenarnya, kawan2 Nur ini tadi setelah apa yang telah berlaku terhadap Nur kini telah menjadi shield atau perisai yang menyimpan Nur jauh dari rakan-rakan lelaki yang lain. Kalau dalam game Counter Strike mission capture the flag, anggap saja Nur ni Flag dan terdapat askar2 yang instead pergi mencuri flag lawan,sebaliknya bermati matian mempertahankan flag ini.

Tahun demi tahun akhirnya Hairi dan Nur serta rakan2 sekuliah yang lain akhirnya menamatkan pengajian mereka. Nur yang walau disimpan dan dipertahankan sebaik-baiknya akhirnya menjadi buah hati kawan baik Hairi, iaitu Aizam. Hairi akhirnya menyesal menunggu gadis pujaan hatinya apabila gadis pujaannya akhirnya bertunang dengan seorang lelaki yang bekerja di luar negara. Hairi yang sebelum ini dilabel sengal kali ni boleh dilabel dalam bahasa yang lebih kasarnya, looser. Dan yang lagi loosernya, walaupun Hairi ni nama je belajar kat IPTS, pulak tue IPTS yang letaknya di tengah KL, Kan macam pelik je bunyinya bila punyelah glemer blajar kat IPTS dekat tengah KL tapi dah sampai habis belajar pon sorang awek tak sangkut. betul looser tu...
Beberapa bulan kemudian Hairi menyambung pengajiannya di sebuah lagi IPTS terkenal di selatan tanah air. Di sana, Hairi turut ditemani bekas rakan IPTS lama dan yang paling istimewanya Nur turut sama menyambung pengajiannya di IPTS yang sama. Hal ini mungkin kerana memudahkan Nur bertemu Aizam kerana selepas tamat pengajian yang lalu hubungan mereka terputus kerana Aizam di Petaling Jaya dan Nur di Keningau.kan susah PJJ(perhubungan jarak jauh) ni? Hairi pula kini sudah melupakan terus gadis pujaan hatinya di kampung dan kini mula memasang angan2 untuk mendekati dan merampas Nur dari Aizam. Pedulik apa katanya, Aizam tu pun boleh tahan gak ramai awek. Ntah apa yang dia nak dari Nur pon taktau lah.
Di sini Nur memang keseorangan. Memang lah ada beberapa orang rakan sekuliahnya dan rakan serumahnya, Tapi diorang tak seperti kawan lamanya. Kawan baru ni menurut Nur agak pendiam dan tak gila-gila macam kawan terdahulunya. Sementara Hairi pula kali ni lebih bernasib baik di tempat baru ni. Ramai gadis-gadis cun cun belaka yang Hairi sempat berkenalan dan ada seorang dua yang menunjukkan minat terhadap Hairi. Dalam pada tu, Hairi masih juga melayan Nur, banyak kali juga dia bawak Nur keluar jalan2 pegi tengok wayang, pergi lake garden, pergi shopping mall. Mereka keluar berdua je, kalau orang lain tengok mesti ingat diorang berdua ni couple-couplean standard bani melayu. bak kata Nami TTGB, couple-couplean ala bani melayu tak lari dari budaya pi tengok wayang,makan2 kat fastfood dan pergi karaoke. Dan Nur pula setelah beberapa kali menghadapi krisis dengan Aizam akhirnya memutuskan terus hubungan dengan Aizam dan apabila Nur memberitahu perkara ini kepada Hairi, Hairi hanya senyum sambil dalam hati berkata "aku dah agak dah." (cilakak sungguh mamat ni punya confidence.)

Despite dah bersama kesana kesini kecuali bab pergi kelas sebab mereka mengambil mata pelajaran berlainan kali ini, Hairi tetap tidak meluahkan perasaannya kepada Nur. Nyata kesengalan Hairi berterusan lagi dan ape yang susahnye dia nak luahkan perasaan taktau la. Selain Nur, terdapat seorang lagi gadis yang menunjukkan minat kepada Hairi dan beberapa kali jugak dia mengajak Hairi keluar makan-makan atau berjumpa untuk berborak borak. Dan setiap kali Hairi diajak oleh awek tu yang bernama Bella, setiap kali tu lah Hairi menolak dengan berbagai alasan antaranya dah janji nak makan ngan member la,ade kelas lah, ade assignment lah. Hairi kurang selesa dengan Bella. Bukan kerana Bella tidak cantik, Bella jugak boleh tahan cute tapi kalau nak dibandingkan dengan Nur..terserlah lah bahawa Nur lebih sesuai dengan Hairi. Hairi nih memang sengal ya amat dalam membuat keputusan. Antara sebab dia gagal meluahkan perasaan terhadap Nur adalah sebab dia teragak-agak samaada nak pilih Nur atau Bella. dan tanda2 looser atau cob-nobbler semakin terserlah pada Hairi because it takes him couple of months to decide yang mana dia actually nak pilih. Dan dalam kesengalan tu, Hairi menerima tamparan hebat bila Bella akhirnya menjadi girlfriend seorang budak lelaki yang lebih kurang sebaya dengan Bella. Worst is yet to come dan belum pun sempat Hairi menyusun strategi untuk memfokuskan sepenuhnya kepada Nur, Nur mendapat tawaran menjadi eksekutif di sebuah company bertaraf GLC diatas recommendation kawan baik Nur iaitu Iza. Nur meninggalkan terus pengajiannya dan Hairi yang terus menjadi looser full time dan yang paling teruk Nur pergi tanpa berjumpa Hairi ataupun mengucapkan selamat tinggal secara berdepan dengannya.

pehhh gile looser Hairi nih....


bersambung....

kalau ada apa-apa hangpa semua nak komen nak tanya apa2 ruang komen kat bawah disediakan..kalau nak tanya apa2 soalan..ha kat belah tepi ni ade kaunter pertanyaan Formspring. Tanya je ape bende ko nak tanya..sekian

Sunday, February 20, 2011

Pengaruh fikrah bapak gua yang mempengaruhi fikrah gua...

I follow the Moskva,Down to Gorky Park,Listening to the wind of change....-Scorpions

Mengenali bapak gua yang di zaman mudanya seorang mat poseur, gua turut tak terkecuali dipengaruh oleh dakyah dan fikrah beliau yang dulu2 keje layan lagu trash,lagu elektronik,dan lagu pakai tamborin. Bapak gua melalui zaman2 evolusi muzik dari 60an sampailah ke zaman anak dia yang keje layan Linkin Park, Muse sampailah Carburetor Dung dan Tapau.oh ye Tapau tu bukan nama group muzik ye sedara2. di zaman mudanya dia seorang yang suka layan lagu alleycat dan lagu Awang Trasher time maghrib2 lepas tu kene sebat dengan atok gua. bila dia besar die keje ngan Guthrie dimana pengaruh omputih sangat kuat kepada beliau sampai kalau karaoke pon layan lagu cliff richard,men at work dan paling tak tahan sekali nyanyi lagu Modern Talking.


Modern Talking- sooo gei..


di waktu gua kecik, bapak gua suka pengaruh gua dengan muzik elektronika dan rock separa trasher nih. Gua pulak kecik2 dulu tak berapa ngam dengan lagu2 macam ni sebab gua kecik2 layan lagu senario dan raihan(betapa noobnye gua waktu tu).tapi last2 gua terpengaruh gak.lama2 gua pon hari2 layan lagu Dire Strait-Money for Nothing pastu kalau pi restoran jumpa jukebox mintak bapak gua mainkan lagu Scorpions-Wind Of Change. Bila gua da besar ni tetibe gua rasa semua tu cool. Cool sebab gua rasa tak ramai orang layan benda2 tu semua.. member2 seangkatan gua diwaktu kecilnya samaada tak disumbatkan fikrah diorang ngan lagu2 Tomok, mesti lagu2 siti nureskimau,siti nordiana,siti sifir dan paling tahap maut lagu2 Scoin,Spring,Slam,Spin,Spoon,Senduk,Selimut,Sepoket,Senggugut dan macam-macam Se lagi.

Panggillah gua sandarkan pada kenangan. Tapi antara banyak2 benda yang gua layan sampai sekarang akibat pengaruh bapak gua adalah dua nih. Dua rock band yang sangat otai dan sangat cool di zaman dulu sampai zaman skang..all hails to these duo!!


Scorpions


sape yang ngaku dia mat rock tapi tak minat langsung Scorpions, gua boleh cop dia bukan mat rock sejati. Scorpions ni syarat wajib kalau lu nak jadi Mat Rock.. kalau nak jadi Poseur mat rock pon sekurang-kurangnya kene letak Scorpions sebagai senarai feveret band. Bapak gua dulu memang kaki Scorpions. tu semua hasil dia join band sekolah waktu muda2 dulu. Gua time kecik2 dulu selalu bersiul lagu wind of change. setakat ni tu la satu-satunya lagu yang gua tau kalau nak nyanyi mesti kene siul dulu..pastu kalau pi karaoke, sound effect untuk siul dimutekan sebab nak suruh penyanyi tu siul sendiri..maka kelaut la perginya bila bersiul irama lagu oh fatimah.. kat Malaysia ni lagu Wind Of Change tu rare dan kalau kuar radio pon balik2 lagu Still Loving You ngan Rock You Like a Hurricane... ahh bosan.


Pink Floyd


Kelmarin masa gua kerja pastu buat editing untuk channel I-Concert,pepagi buta telinga gua tertangkap lagu Mother. pehh serta merta pagi gua ceria dan segar bila dapat layan konsert Pink Floyd The Wall Live in Berlin.. gua rasa macam gila isim pepagi tu melihat konsert diorang yang pelik macam hape ntah dengan orang terbang sana sini..pastu video klip yang nampak sifat anarchism dan anti establishment(ape bende aku merepek ni sialll??). Pink Floyd bagi gua memang cool. tak caya pi youtube layan Another Brick in The Wall. Lagi satu sebab kenapa gua rasa Pink Floyd cool sebab lagu Another Brick in The Wall ni menekankan sifat anti-education di sekolah sekolah dan usaha guru yang cuba menukarkan murid-murid menjadi patung yang mengikut kata telunjuk kaum pemerintah. Ok mungkin gua fan poseur sebab tau lagu Another Brick in The Wall jer..tapi ade gua kesah?? umo gua 5 taun gua dah tengok Another Brick in The Wall punya movie..haha korang hadoo??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...