adverts

Wednesday, February 23, 2011

Cerpen...bukan kisah tipikal drama Melayu (Part 1)

Sebelum aku mulakan kisah ni, biarlah aku letak dulu disclaimer awal-awal. Bukan apa, tanak nanti ada orang salah paham...


kisah ini bukanlah kisah cinta, tapi kisah yang terjadi akibat cinta...


Hairi, adalah seorang mamat yang sengal ya amat tapi seorang yang boleh jadi serius ataupun tak serius pada suatu2 masa, kebanyakan masanya Hairi adalah seorang yang tidak serius..he cannot take anything seriously umpama memegang prinsip The Joker, "Why so seriousss???". Tapi bila datang dia punya bab serius, Hairi ni boleh jadi seorang manusia yang tak boleh dibawak berbincang. Hairi sejak zaman sekolahnya tidak pernah mempunyai seorang awek. Satu-satunya awek yang dia ingat dia ada ialah seorang gadis yang dia kenal dalam ruangan chatroom dimana ketika itu umur Hairi baru 15 tahun. Tetapi mereka tidak pernah menatap wajah masing-masing menyebabkan gadis itu meminta putus daripada Hairi. Hairi sendiri pun tidak pernah menyangka bahawa mereka berdua pernah berpacaran..kan sengal betul Hairi ni?

Nun jauh di Keningau, Sabah seorang gadis tidak menyangka yang dia akan suatu hari memijakkan kaki ke tanah semenanjung. Kehidupan di pekan Keningau begitu tenang. Nur, seorang gadis sebaya Hairi mungkin tidak akan menyangka dia akan menemui seorang lelaki yang tidak pernah serius dalam hidup seperti Hairi. Setelah tamat SPM, ayah Nur yang merupakan seorang staff di syarikat telekomunikasi terkemuka mencadangkan Nur untuk merantau ke tanah semenanjung untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang telekomunikasi. Nur yang pada mulanya keberatan akhirnya akur juga kerana ini juga merupakan peluangnya untuk akhirnya melihat ibukota Kuala Lumpur di hadapan matanya sendiri dan bukan lagi melalui tv ataupun akhbar.

Takdir mempertemukan Hairi dan Nur di sebuah IPTS terkemuka di KL, di hari pertama mereka bertemu dan diletakkan dalam kumpulan orientasi yang sama. Hairi terpegun melihat Nur. Gadis dari Sabah yang  berkulit sedikit kuning sedikit putih dan sungguh comel. Nur tidak memakai tudung tetapi bukan itu yang membuatkan dirinya kelihatan cute. Nur kelihatan seperti seorang yang innocent. ibarat rusa masuk ke bandar, Nur kelihatan naif dan bahasanya yang pekat keSabahan itu membuatkan dia menjadi perhatian ramai freshie2 dan senior2 lelaki di IPTS tersebut. Belumpun seminggu Nur memijakkan kaki di KL, dia sudah mula menjadi bahan perhatian.

On the other hand, Hairi juga seorang yang innocent. Hairi merupakan anak manja dalam keluarganya. Memasuki IPTS ini adalah pengalaman pertama Hairi berjauhan dengan keluarga dan jika selama ini ibunyalah yang membasuh pakaiannya dan memasak untuknya, Kini keselesaan itu lenyap serta merta. Hairi kini perlu lebih berdikari jika mahu survive di ibukota KL. Kota dimana mimpi tidak pernah luntur dan tidak pernah menunggu kita. KL boleh saja menelan kau hidup-hidup dan boleh saja melonjak menyanjung kau tinggi-tinggi. Di KL, tiada apa yang kelihatan mustahil. Di hari pertama, Hairi terpegun melihat Nur. Ini mungkin pertama kali dia melihat gadis Sabahan. Selama ini dia bersekolah di sekolah yang berkategori sekolah luar bandar, dia tidak pernah melihat secara live depan mata gadis-gadis Borneo. Tetapi hari ini Hairi dapat melihat sendiri kecantikan eksotik gadis-gadis Borneo. Hairi sempat berkenalan dengan seorang dua daripadanya termasuklah juga Nur.
Perkenalan mereka sewaktu orientasi ringkas sahaja. Maklumlah kedua-duanya mengambil jurusan yang sama iaitu Teknologi Telekomunikasi dan bagi Hairi apa perlunya dia tergopoh-gopoh? kerana masih ada masa yang panjang untuk dia mengenali Nur.

Namun begitu, Hairi sendiri teragak-agak untuk mendekati Nur. Ini kerana di hatinya sudah tersimpan perasaan kepada seorang gadis yang dikenali di sekolahnya. Gadis itu jual mahal dengan Hairi dan Hairi sering terasa emosi atau bengang dengan gadis itu dek kerana gadis tu yang selalu saja kerek terhadapnya. Bagi Hairi, se kerek mana pun gadis itu, dia sajalah yang menjadi pujaan hati Hairi. Pernah Hairi bermurung tak makan nasik seminggu sebab gadis tu taknak melayan mahupun bercakap dengan Hairi. Nasib baik Hairi mempunyai kawan-kawan yang maha cool dan suka memberi sokongan kepada Hairi. Barulah normal sikit life si Hairi yang sengal itu. Berbalik kepada hal Nur tadi, dengan kesengalan Hairi, dia telah terlupa bahawa ini KL, jika terlambat, orang lain yang terlebih dulu akan rembat.

Dan nyata Hairi terlambat sebab ada senior yang dah rembat dulu Nur. Senior yang dipanggil Adi ni pon sebenarnya tahap sengal dia agak level jugak dengan Hairi tapi sebenarnya lagi puaka kesengalannya. Mamat senior ni beberapa kali gak cuba mengambil kesempatan keatas Nur yang innocent itu. Dan akibat kepuakaan perangai si Adi tu, beberapa bulan kemudian Nur meminta untuk memutuskan hubungan sebab tak tahan dengan perangai Adi yang mengalahkan singa lapar. Jadi pengalaman pertama Nur di KL nampaknya sangat tidak menyenangkan. Nasib baik Nur mempunyai kawan2 rapat yang kemana pergi mesti saja bersama dan kawan-kawan inilah yang banyak membantu Nur mengenali KL dengan lebih telus supaya tidak lagi menjadi mangsa kebuayaan sakai-sakai Kuala Lumpur. Pasti anda menyangka yang ini akhirnya peluang bagi Hairi untuk kembali mendapatkan Nur bukan? anda silap lagi. Hairi terus dengan kesengalan dia dan gagal untuk mendekati Nur. Tetapi bukan itu penyebab utama Hairi gagal. Yang sebenarnya, kawan2 Nur ini tadi setelah apa yang telah berlaku terhadap Nur kini telah menjadi shield atau perisai yang menyimpan Nur jauh dari rakan-rakan lelaki yang lain. Kalau dalam game Counter Strike mission capture the flag, anggap saja Nur ni Flag dan terdapat askar2 yang instead pergi mencuri flag lawan,sebaliknya bermati matian mempertahankan flag ini.

Tahun demi tahun akhirnya Hairi dan Nur serta rakan2 sekuliah yang lain akhirnya menamatkan pengajian mereka. Nur yang walau disimpan dan dipertahankan sebaik-baiknya akhirnya menjadi buah hati kawan baik Hairi, iaitu Aizam. Hairi akhirnya menyesal menunggu gadis pujaan hatinya apabila gadis pujaannya akhirnya bertunang dengan seorang lelaki yang bekerja di luar negara. Hairi yang sebelum ini dilabel sengal kali ni boleh dilabel dalam bahasa yang lebih kasarnya, looser. Dan yang lagi loosernya, walaupun Hairi ni nama je belajar kat IPTS, pulak tue IPTS yang letaknya di tengah KL, Kan macam pelik je bunyinya bila punyelah glemer blajar kat IPTS dekat tengah KL tapi dah sampai habis belajar pon sorang awek tak sangkut. betul looser tu...
Beberapa bulan kemudian Hairi menyambung pengajiannya di sebuah lagi IPTS terkenal di selatan tanah air. Di sana, Hairi turut ditemani bekas rakan IPTS lama dan yang paling istimewanya Nur turut sama menyambung pengajiannya di IPTS yang sama. Hal ini mungkin kerana memudahkan Nur bertemu Aizam kerana selepas tamat pengajian yang lalu hubungan mereka terputus kerana Aizam di Petaling Jaya dan Nur di Keningau.kan susah PJJ(perhubungan jarak jauh) ni? Hairi pula kini sudah melupakan terus gadis pujaan hatinya di kampung dan kini mula memasang angan2 untuk mendekati dan merampas Nur dari Aizam. Pedulik apa katanya, Aizam tu pun boleh tahan gak ramai awek. Ntah apa yang dia nak dari Nur pon taktau lah.
Di sini Nur memang keseorangan. Memang lah ada beberapa orang rakan sekuliahnya dan rakan serumahnya, Tapi diorang tak seperti kawan lamanya. Kawan baru ni menurut Nur agak pendiam dan tak gila-gila macam kawan terdahulunya. Sementara Hairi pula kali ni lebih bernasib baik di tempat baru ni. Ramai gadis-gadis cun cun belaka yang Hairi sempat berkenalan dan ada seorang dua yang menunjukkan minat terhadap Hairi. Dalam pada tu, Hairi masih juga melayan Nur, banyak kali juga dia bawak Nur keluar jalan2 pegi tengok wayang, pergi lake garden, pergi shopping mall. Mereka keluar berdua je, kalau orang lain tengok mesti ingat diorang berdua ni couple-couplean standard bani melayu. bak kata Nami TTGB, couple-couplean ala bani melayu tak lari dari budaya pi tengok wayang,makan2 kat fastfood dan pergi karaoke. Dan Nur pula setelah beberapa kali menghadapi krisis dengan Aizam akhirnya memutuskan terus hubungan dengan Aizam dan apabila Nur memberitahu perkara ini kepada Hairi, Hairi hanya senyum sambil dalam hati berkata "aku dah agak dah." (cilakak sungguh mamat ni punya confidence.)

Despite dah bersama kesana kesini kecuali bab pergi kelas sebab mereka mengambil mata pelajaran berlainan kali ini, Hairi tetap tidak meluahkan perasaannya kepada Nur. Nyata kesengalan Hairi berterusan lagi dan ape yang susahnye dia nak luahkan perasaan taktau la. Selain Nur, terdapat seorang lagi gadis yang menunjukkan minat kepada Hairi dan beberapa kali jugak dia mengajak Hairi keluar makan-makan atau berjumpa untuk berborak borak. Dan setiap kali Hairi diajak oleh awek tu yang bernama Bella, setiap kali tu lah Hairi menolak dengan berbagai alasan antaranya dah janji nak makan ngan member la,ade kelas lah, ade assignment lah. Hairi kurang selesa dengan Bella. Bukan kerana Bella tidak cantik, Bella jugak boleh tahan cute tapi kalau nak dibandingkan dengan Nur..terserlah lah bahawa Nur lebih sesuai dengan Hairi. Hairi nih memang sengal ya amat dalam membuat keputusan. Antara sebab dia gagal meluahkan perasaan terhadap Nur adalah sebab dia teragak-agak samaada nak pilih Nur atau Bella. dan tanda2 looser atau cob-nobbler semakin terserlah pada Hairi because it takes him couple of months to decide yang mana dia actually nak pilih. Dan dalam kesengalan tu, Hairi menerima tamparan hebat bila Bella akhirnya menjadi girlfriend seorang budak lelaki yang lebih kurang sebaya dengan Bella. Worst is yet to come dan belum pun sempat Hairi menyusun strategi untuk memfokuskan sepenuhnya kepada Nur, Nur mendapat tawaran menjadi eksekutif di sebuah company bertaraf GLC diatas recommendation kawan baik Nur iaitu Iza. Nur meninggalkan terus pengajiannya dan Hairi yang terus menjadi looser full time dan yang paling teruk Nur pergi tanpa berjumpa Hairi ataupun mengucapkan selamat tinggal secara berdepan dengannya.

pehhh gile looser Hairi nih....


bersambung....

kalau ada apa-apa hangpa semua nak komen nak tanya apa2 ruang komen kat bawah disediakan..kalau nak tanya apa2 soalan..ha kat belah tepi ni ade kaunter pertanyaan Formspring. Tanya je ape bende ko nak tanya..sekian

5 comments:

Anonymous said...

aku cam terase plak citer hairi sengal nie =_=

PELAUNG PULAU said...

kenapa buleh terasa plak tu? care to elaborate...

btw, nantikan part 2...hehe

Anonymous said...

macam pernah dengar yang part awal2 tu...hehe

mfd said...

"Kan macam pelik je bunyinya bila punyelah glemer blajar kat IPTS dekat tengah KL tapi dah sampai habis belajar pon sorang awek tak sangkut. betul looser tu..." oh man >.<

PELAUNG PULAU said...

mfd: jangan generalisedkan pulak ayat aku tuh. lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...