adverts
Tuesday, November 17, 2009
Tun Mahathir nyanyuk??
coretan dari forum yg aku baca hari ni begitu menarik..ia terkesan di hati apatah lagi 2 malam sebelumnya aku tengok kat History Channel pasal kisah Mahathir. terkesan kerana aku rasa kita terlalu kehilangan seorang pemimpin seperti ini.minus the negative side...bagi aku inilah Bapa permodenan yg tiada taranya kalau nak dibandingkan pemimpin sebelumnya dan pemimpin kemudiannya... tapi ade gak insan2 yang tak puas hati dengan beliau hingga melabel beliau nyanyuk dan tak sedar diri? ish ish..camtu skali ke...bukan ape... cube pikir
"dia nyanyuk lagi skali,
Penang bridge,
pasal madey nyanyuk la dapat
KLCC,
nyanyuk sekali lagi,
KL tower
nyanyuk lagi,
KLIA,
nyanyuk lagi,
Proton,
nyanyuk lagi,
SMART tunnel
nyanyuk lagi dan lagi,
Putrajaya (siap bilik tidur rumah rasmi ikut jumlah famili anwar)
dia nyanyuk lagi,
Litar F1,
dia nyanyuk lagi,
landasan rel laju berkembar
dia nyanyuk lagi,
LRT, komuter, ERL,
dia nyanyuk lagi,
pi suruh petronas cari gali minyak sampai arab, afrika, sempadan rusia,
heiii.. dia nyanyuk lagi, tak habis habis..
bersuara lantang hentam amerika tiap tiap kali pi PBB, kutuk israel..
dan madey nyanyuk lagi,
hantar duit pi palastin,
nyanyuk lagi,
bersuara bersama rakyat melucut kekebalan raja supaya raja tidak terlepas dari hukuman,
dia nyanyuk lagi sekali,
tak berhutang dgn IMF intres yg cekik darah, negara yg pakai IMF sampai hari ni tak habis bayar..
dia nyanyuk lagi?
sudah sudah la kan mengata orang nyanyuk...buat tambah dosa kita jah..
sekian
Thursday, November 12, 2009
Hobin Jang Hobin!!! Juara sesudah 61 tahun..
Puas... begitulah rasanya.. kepuasan itu tiada dakwa dakwi lagi.. kepuasan malam itu bagi sesetengah orang mungkin melampaui segala kepuasan hatta kepuasan batin sekalipon mungkin. Mengapa? puas kerana setelah 61 tahun dan 3 final dalam tempoh 10 tahun terakhir.. akhirnya skuad bola sepak Negeri Sembilan mencatat sejarah menjulang Piala Malaysia iaitu title tertinggi dalam arena bola sepak negara..
Malam itu, dihadapan lebih 90 ribu penonton dan sebilangan besarnya adalah penyokong lawan,skuad jang berjaya menumpaskan Kelantan 3-1 sekaligus menenggelamkan sorakan 60 ribu lebih penyokong kelantan malam tu..
Aku pula antara penyokong2 negeri sembilan yg turun stadium malam itu kali dengan harapan melihat pasukan feveret ku menjulang piala malaysia..biarpun kini sebilangan besar hidup aku tidak lagi dihabiskan di negeri sembilan,tapi semangat setia pada Jang melampaui segala sokongan biarpun kepada kelab2 eropah sekalipon.. malam tu aku ngan ayah aku bersama dua orang kawan dia pegi bersama dlm satu keta.yg lagi 2 orang tu fan kelantan ar. dalam pukul 7.30 kitorang pon sampai la kat stadium bukit jalil. sampai je kat sana banyak yg aku nampak merah je..maknanya ramai gile arr fan tim kelantan.. malam tu aku ngan ayah aku pakai baju kaler itam..sbb die senang je..kitorang langsung takde baju kaler kuning hatta baju raya sekalipon.. lepas masuk stadium..perghh ramai gile orang sampai takde seat.so aku ngan bapak aku pon gi ar carik port yg bleh lepak.so dapat ar satu port..yg btol2 nampak padang je..tapi dok bersila ar atas lantai..kengkadang tu sampai kene duduk cam duduk antara dua sujud plak.
18 minit game start.. bakat muda, shahurain abu samah membuka jaringan yg menghasilkan gegak gempita penyokong2 negeri sembilan..aku menjerit tak hingat donia gak time tu.seronok nye pasal sebab dlm ati mmg dah terasa malam ni milik ojang.hahaha.pastu game agak slow.dan walaupon kelantan dpt attack tapi nyata..defender n9 alip,aidil rita,shukor dan ching takdo problem mengekang asakan farhan dan indra..masuk 2nd half,tak sampai brape saat..n9 bersorak lagi bile hairuddin omar header bola masuk dalam goal jagaan halim napi..siap beat ofsaid trap lagi tu. dan beberapa minit kemudian penalti zaquan melengkapkan malam gemilang buat n9..walaupon indra dapat skor sebijik pastu.tapi mmg dah terlambat dah..
stadium malam tu macam kat medan perang kat gaza.fan kelate dengan semangat hooligannya meletupkan segala bende yg boleh diletupkan..mercun la tapi.. keselamatan fan tak begitu terjaga especially utk fan n9.. time aku balik tu..nsb baik pakai baju itam.sbb ade gak mamat yg pakai baju kuning kene kutuk,maki bagai..maunye tak..abis je game aku terus balik..time balik tu.mak aih.selaut merah bawak dari tangga stadium sampai ke LRT sume orang die..
balik malam tu mmg aku hepi giler ar..siap rentang headband lagi kat tingkap tanda bangga giler.hahaha.
buat team bola n9.. hobin jang hobin.next sizen pepehal2 kita pulun pialo sumbangsih lak.kalo main kat stadium shah alam.den tunggu kek sano.hahaha..
Tuesday, November 10, 2009
Kerna DIA~
Semua kerna Dia..tiada yang lain yang macam Dia..aku mau Dia... apakan daya ...insan bernama Dia ini sudah jauh dalam jejak samar kehidupan sementara manusia di dunia ini...
Bagai bermimpi...aku cube menampar pipi monggelku berkali-kali untuk pastikan ia benar..
nyata ia benar..setelah bertahun lamanya..aku dapat jua kembali menatap wajahnya...wajah yang satu ketika dulu menggenggam erat hatiku bertahun lamanya...
dan bertahun lamanya jugalah aku menunggu dan saat tak disangka ini..aku terlihat semula wajah itu..hatiku kembali dicengkam..penuh berbunga harapan...
Tapi......
hatiku remuk kembali dan hilang dalam seluruh kegelapan yg maha kelam malam dingin ini...
aku kecewa lagi...tapi kecewa memang sebati dengan jiwa aku... andai ditambah garam atau lada sulah sekalipon..sebatiannya tetap sama...kecewa tetap kecewa...
Malam terus larut...aku buaikan perasaan dengan segala macam lagu meruntun kalbu...
ku sangka larat ku lama..tak juga. aku kembali mencari kewarasan..mencari ketenangan..
dan segala gundah ku curahkan di dalam nukilan ini.. buat sesiapa yang membaca... aku tak peduli apa kamu nak kata... yang pasti aku punya ruang sendiri.. dan sekadar berkongsi dengan kamu semua...
dan semua ini kerna Dia.....

Sunday, November 1, 2009
Antara Altantuya dan Mahsuri, siapa lebih dizalimi?..
Kajang pak malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Tidak boleh diukur kekejaman itu dengan keris yang menikam Mahsuri. Tidak boleh juga kita menyukat kezaliman dengan membandingkan bisanya keris dengan kuatnya ledakan bunyi dentuman bom C4 yang digunakan untuk meletupkan tubuh Altantuya.
Akal logik tidak boleh membuat hukuman bahawa oleh sebab dentuman C4 itu lebih kuat hingga menghancurkan tubuh Altantuya, maka kes Altantuya dibunuh itu lebih zalim dan kejam berbanding pembunuhan Mahsuri, kerana tubuh Mansuri tidak hancur.
Tidak betul cara berfikir begitu. Kita mesti ukur kezaliman serta menyukat kekejaman itu bersandarkan cara kes itu dikendalikan dan bukanlah disebabkan faktor keris dan bom C4 tersebut. Akal kita mesti lebih hadhari ketika membuat kesimpulan dalam kes ini.
Altantuya tidak dihakimi, tidak dibicarakan. Maka adalah satu jenayah untuk membunuh beliau. Sebaliknya, kes Mahsuri itu telah dibicarakan dengan berat sebelah. Dia difitnah, dia diburuk-burukkan, diaibkan oleh sekian banyak tuduhan yang tidak berasas.
Barangkali, Altantuya lebih dizalimi kerana sosok yang jelita lagi menawan putera Bugis ini dilayani sebagai haiwan, boleh dibunuh sesuka hati tanpa perkiraan dosa, pahala.
Mungkin ada orang yang mahu menyanggah pendapat ini. Hal itu, bolehlah kita debatkan kemudian jikalau ada pihak yang beranggapan bahawa Mahsuri dibunuh lebih kejam lagi berbanding kes Altantuya. Wallahu alam.
Bagaimanapun, pendapat bahawa Mahsuri dibunuh lebih zalim berbanding Altantuya itu bukanlah bermaksud bahawa Najib Razak lebih baik berbanding Mahura dan pihak-pihak yang membunuh Mahsuri. Ini kerana, zalim tetaplah zalim.
Bukan ada neraca yang menetapkan bahawa berat kezaliman ke atas Altantuya itu seberat 1 kg, sementara kezaliman ke atas Mahsuri cuma seberat segantang cuma. Kejam tetaplah kejam. Keadaan mungkin berubah jika watak Mahura disamakan dengan Rosmah.
Sentimen-sentimen seperti menyamakan Mahura dan Rosmah mungkin mengundang satu pendapat lain pula yang melihat kes pembunuhan Altantuya itu lebih kurang setara kejam dan zalimnya dengan kes pembunuhan Mahsuri. Wallahu alam.
Semoga kita tidak lagi memandang kes Mahsuri dengan darah putihnya dan keris keramat yang digunakan untuk membunuhnya, tetapi ia dinilai sebagai satu peristiwa gelap dalam lipatan sejarah yang patut dielakkan pada masa depan.
Hendaknya, kisah purba sebagai pengajaran kepada masyarakat ini janganlah dikapankan dalam ingatan kita, sebaliknya sentiasa dibahas daripada sudut lain pula.

Mahsuri wanita suci?
Di sana masih kedengaran pendapat yang menyatakan bahawa ada kemungkinan Mahsuri adalah wanita yang tidak menjaga kehormatannya. Pandangan demikian berangkat daripada persoalan, bagaimanakah Mahsuri boleh tinggal serumah dengan lelaki asing ketika ketiadaan suaminya?
. Kalau pun Mahsuri itu tidak melakukan perbuatan terkutuk, bagaimana pula dengan sikap isteri orang yang dilihat berdua-duaan dengan lelaki asing sambil bermain bunyi-bunyian di luar rumahnya sehingga menjolok mata masyarakat setempat?
Jawapan ke atas soalan seperti ini tetap ada. Seperti biasa, kita akan melakukan kesilapan. Tetapi, adakah hukuman ke atas kita itu setimpal?
Kenapa kita harus meneropong ke atas kesilapan Mahsuri saja tetapi seperti terlupa untuk membahaskan kekejaman penguasa dan hasutan Mahura?
Sebesar-besar dosa Mahsuri sekali pun dan kalau darahnya tidak putih bagi menunjukkan bahawa dia wanita suci tetapi kita tak boleh menolak kebenaran bahawa dia telah melafaz sumpah bahawa Langkawi akan dilanda musibah 7 keturunan.
Maka, lafaz sumpah itu adalah doa daripada seorang wanita yang telah dizalimi. Mungkin juga dia berdosa, tapi peruntukan Allah ke atas Mahsuri tetap ada. Iaitu peruntukan untuk berdoa agar dilimpahkan kecelakaan ke atas pihak-pihak yang telah menzaliminya.
Mungkin, azab yang menimpa Langkawi itu, bukan disebabkan oleh kedudukan Mahsuri sebagai wanita keramat seperti yang difahami orang. Lagi pun, bukankah doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan Tuhan tanpa sebarang hijab?
Mahsuri itu mungkin berdosa, tapi peruntukan Allah untuk membela orang yang dizalimi itu tidak diperhitungkan melalui dosa Mahsuri sebelum ini. Sabda rasul, takuti doa orang yang dizalimi, kerana doa antara mereka dengan Tuhan tiada hijab.
Tidak disebut kedudukan orang dizalimi di sini sama ada mereka sendiri pernah berdosa atau tidak. Bermaksud, jika seseorang itu berdosa kepada Tuhan, tetapi dalam masa yang sama, mereka dizalimi pemerintah, maka dosa mereka itu bukan hijab untuk Tuhan kabul doa mereka yang meminta dilimpahkan keburukan ke atas pemerintah yang zalim itu.
Tuhan tak membuat perkiraan seperti ini � oleh kerana mereka yang dizalimi itu pun ada dosa, maka Dia pun tidak akan mengabulkan doa mereka ke atas pihak yang menzalimi mereka itu. Tuhan tidak berat sebelah. Penzalim lebih awla mendapat hukumanNya.
Apabila mempertimbang semua ini dengan teliti dan sehalus-halusnya. Hanya ada suatu hal sahaja yang menendang-nendang akal fikir kita. Pertanyaan demi pertanyaan, soalan demi soalan sedang berlari-lari, menari-nari dan melantun-lantun dalam kepala.
credits to the original author H.Fansuri
nota kaki:
Jika Mahsuri bersumpah yang buruk-buruk ke atas Langkawi sebelum kematiannya, kita ingin bertanya soalan saja, apakah Altantuya pernah bersumpah bahawa Malaysia akan menjadi padang jarak padang tekukur sebelum tubuhnya diletupkan C4?

Subscribe to:
Posts (Atom)