adverts

Sunday, December 25, 2011

[Song for Sunday] #2 : Tak Suka Tak Apa dari Screen

Fahami...selami...dalami...mengerti...

Ada orang tip aku untuk melayan lagu ini... katanya suruh fahami, selami, dalami, mengerti. Lagu sumpah jiwang tahap gaban ini sesungguhnya mengajar aku bagaimana untuk bersabar. Ya. apa nak buat kalau orang dah tak suka? Seumur hidup aku, aku pernah menghadapi orang yang tak suka kat aku baik lelaki baik yang perempuan. Ada yang sebabnya memang salah aku.... dan ada pulak yang aku taktau apehal tetibe je dah ada orang tak suka. Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh buat suka suka hati kita...agar tiada orang yang suka suka je tak suka kat kita..

P/S: aku harap kau suka aku, satu hari nanti.. kalau tak suka tak apa lah.. nak buat macam mana kan, Ini perasaan dowhh.. kau nak paksa apa?





Jikalau kau dah tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau kau dah ak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

( 1 )
Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

( ulang 1 )

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

Sunday, December 18, 2011

Masalahnya dia pakai Baju Melayu.. itu je masalahnya.


Arif Alfian ni banyak masalah orangnya. Lepas satu-satu hal dia buat sampailah menjadi bahan cerita sensasi hari ini.

Bermula dengan tersebarnya gambar diatas di laman web bigayweddingproject, satu demi satu rahsia gambar ini terbongkar. Ya kronologinya mudah dan semakin menimbulkan banyak persoalan

1: Gambar tersebar pasangan gay berkahwin dan salah seorangnya memakai pakaian lengkap Baju Melayu

2: "Pengantin" lelaki itu adalah lelaki Melayu yang bernama Ariff Alfian.

3: Ariff Alfian pernah dilaporkan hilang dan keluarganya mencarinya di Dublin, Ireland sampai lapan kali.

4: Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaan Petronas, dan akibat menghilangkan diri. Petronas menyaman keluarganya sebanyak RM890,000.

5: Apa agaknya perasaan dan komen keluarga Ariff Alfian. Adakah mereka akan menerima "menantu" mereka, Jonathan?

6: Adakah Ariff Alfian layak dikepalabanakan? ok yang ni tak payah tanya pun jawapannya memang YA.


Gua tak minat nak ulas pasal kecenderungan seks Ariff ni. Pasal kalau gua ulas jugak bermakna gua ni secara tak langsung berminat dengan kisah Anwar Ibrahim dan Saiful yang sudah tentu gua tak minat jugak. Jadi nak ulas apa pasal isu songsang ni?

Nak cerita pasal Seksualiti Bebas Merdeka? ya golongan dan kumpulan yang galak memperjuangkan hak asasi nafsu songsang masing-masing yang sememangnya dilaknat tuhan. Lagi? nak cerita apa lagi pasal isu songsang ni? 

Nak tanya stand aku? bagi aku itu adalah hak punai dan apam masing-masing. Memanglah songsang itu dilaknat tuhan dan aku sendiri menentang sekeras-kerasnya seksualiti songsang ini. Tapi in the end, aku bukannya seseorang yang mampu mengubah orang lain sekelip mata.  Aku tak mampu nak mengubah orang yang sifatnya homoseksual atau biseksual kepada heteroseksual-seperti kebanyakan dari kita yakni kalau tak paham jugak heteroseksual itu bermakna yang punai akan cari apam dan begitulah sebaliknya.

Setiap manusia ada hak memilih seksualiti masing-masing. Kalaupun hak itu terlarang, kau ada sesuatu yang dipanggil naluri dan sifat. Naluri dan sifat ini adalah seperti perasaan. Dan perasaan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa. Bak kata seorang vlogger, "Ini perasaan dowh..kau nak paksa apa?"  '

Walaubagaimanapun!! haa nanti dulu aku tak habis cerita lagi. Naluri dan sifat itu boleh dibentuk dan boleh diubah. Macam kau nak bercinta jugaklah. Naluri kau suka kat awek R dan bukannya awek S. Walau cun mana sekalipun awek S, kau tetap pilih awek R. Satu hari datang pula sekumpulan lagi awek... awek T, awek U dan awek V. Katakan awek U dengan awek V paksa-paksa lu ngorat awek T. Hari-hari dibrainwash dan dihasut supaya minat dekat awek T. Lama-kelamaan akan berubah jugak naluri lu dari minat kat awek R pergi ke awek T. Macam gua tulis tadi, naluri itu adalah seperti perasaan. Walaupun tak boleh dipaksa, tapi kalau diberi masa ia boleh berubah.

Jadi sekarang ni apa kesudahan agaknya untuk Ariff Alfian ni? Gua pasti keluarga dia pasti akan berdoa supaya dia insaf dan kembali ke pangkal jalan. Ya cliche' bunyinya. Mungkin juga cliche endingnya. Mungkin Ariff terpaksa juga melupakan terus keluarganya untuk bersama Jonathan yang dikasihi... mungkinlah.

Akhir kata,lebih baik kita sendiri jaga punai masing-masing. Punai dan apam mereka tu - biarlah mereka sendiri yang jaga. Oh ya, mungkin lebih baik untuk kita fikirkan macam mana untuk maju ke depan tanpa berfikir tentang punai atau apam orang lain..mungkinlah.

You may say God create Adam and Eve, but you also forgot another thing - God also create Steve

[Song for Sunday] #1 : New Divide by Linkin Park

Ok, welcome to Song for Sunday. Dimana setiap Ahad aku akan post video klip lagu artis-artis tak kira tempatan atau antarabangsa. Yang mana ikut suka aku je lah nak post lagu apa. kehkehkeh!

Song for Sunday edisi pertama ni aku akan post video klip New Divide dari favourite band aku iaitu Linkin Park. Kenapa aku post VC ni? ini adalah kerana VC ni adalah alternative version. Kalau sebelum ni sesiapa dah pernah tengok VC New Divide ni, diorang akan selit sekali klip-klip dari movie Transformers Revenge Of The Fallen. Tapi untuk alternative version ni, semua klip-klip filem tu telah dibuang dan digantikan sepenuhnya dengan image band LP sendiri.. ahhh anyway silalah enjoice video minggu ini dari Linkin Park



I remembered black skies 
The lightning all around me 
I remembered each flash 
As time began to blur 
Like a startling sign 
That fate had finally found me 
And your voice was all I heard 
That I get what I deserve

So give me reason 
To prove me wrong 
To wash this memory clean 
Let the floods cross the distance in your eyes 
Give me reason 
To fill this hole 
Connect the space between 
Let it be enough to reach the truth that lies 
Across this new divide


There was nothing in sight 
But memories left abandoned 
There was nowhere to hide 
The ashes fell like snow 
And the ground caved in 
Between where we were standing 
And your voice was all I heard 
That I get what I deserve

So give me reason 
To prove me wrong 
To wash this memory clean 
Let the floods cross the distance in your eyes 
Across this new divide

In every loss 
In every lie 
In every truth that you'd deny 
And each regret 
And each goodbye 
Was a mistake too great to hide 
And your voice was all I heard 
That I get what I deserve

So give me reason 
To prove me wrong 
To wash this memory clean 
Let the floods cross the distance in your eyes 
Give me reason 
To fill this hole 
Connect the space between 
Let it be enough to reach the truth that lies 
Across this new divide
Across this new divide
Across this new divide


Blog re-launch!!

Dengan ini saya Aniq R. Valencia a.k.a Pelaung Pulau mengumumkan bahawa blog theaniqin telah dibuka semula dan beroperasi seperti biasa.

Ya setelah lebih dua bulan aku hiatus. Akhirnya, aku dah buat keputusan untuk kembali berblogging di blog peribadi ini yang macam biasa selalu sahaja bersawang.

Sejujurnya memang banyak benda yang aku nak tulis dalam blog ni. Banyak benda yang aku tengok setiap hari membuatkan idea aku bercambah untuk menulis apa sahaja. Tapi sayangnya, tak mudah menjadi blogger tegar dan tak mudah nak menginterpretasi idea kedalam tulisan. Ya tak mudah untuk menjadi penulis yang rajin. Mudah mencari idea, mudah mendapat idea, tetapi untuk menulis kembali sesebuah idea itu memerlukan kerajinan dan memerlukan ketenangan. Senang cerita kalau kau tak tegar nak berblogging jangan harap la blog nak kekal lama dan dapat ramai visitor.

Jadi dengan re-launch ini apa pulak konsep blog kau?

Blog aku mudah, mengekalkan apa yang sedia ada. Mengekalkan labels dan Highlights yang sedia ada iaitu;

Menceritakan kisah bola sepak yang lebih peribadi. Ya memang aku ada blog KBS. Tapi di blog ini, ada sesetengah cerita dan pandangan bolasepak secara lebih peribadi dari pandangan aku. Kalau di KBS, aku kena menulis entry bola sepak yang lebih umum atau general. Tapi kat sini, cerita bola sepak aku adalah personal dan sesuatu yang lebih dekat dengan aku.

Aku admit, segmen ini adalah a total failure dalam blog aku. Kadang-kadang bukannya aku takda cerita nak diceritakan. Tapi kerana bahan cerita tu sikit sangat selain aku kena jugak menjaga sensitiviti ramai pihak. Walaubagaimanapun segmen ini aku akan kekalkan dan korang nantikan je lah kalau ada benda yang aku nak tulis pasal segmen ni.

Segmen ini seperti biasa akan dikekalkan. Pembaharuan yang aku akan buat ialah selain buat review filem yang latest. Aku akan lebih banyak review filem-filem yang lebih lama tetapi sesuai di-recommended-kan.

Segmen ini kekal dan akan cuba diupdate setiap minggu.

Diambil sempena blog cinta infiniti Terfaktab. Kalau sesiapa nak baca puisi jiwa, syair cinta, cerita jiwang dan amukan bengang aku boleh baca segmen ni. Read at your own risk lah. aku tak sedia menanggung kesan-kesan muntah darah, makan dalam atau sakit bontot setelah membaca kandungan terfaktab nih. Basically aku selalu berjiwang-jiwang kat sini.

Takda apa baru yang nak ditambah ke? nama re-launch!!

Sejujurnya aku rasa lebih baik mengekalkan benda yang sedia ada tetapi buat maintenance dan tambah bilangan post daripada tambah segmen baru lah bagai tapi last2 takda idea nak update macam DTMKTJ tu. Tapi aku tetap ada jugak idea-idea baru yang nak ditambah selain upgrade segmen yang sedia. Antaranya akan memperkenalkan segmen baru iaitu Video Minggu Ini. Ya satu lagi staple segmen yang mudah untuk dibuat dan senang nak tambah post.kehkehkeh. Video Minggu Ini akan dipost setiap hari Ahad dan kalau pun aku tak sempat nak letak pada hari Ahad, aku akan letak pada hari berikutnya.

Selain itu aku gak ada berhasrat untuk menulis cerpen dan blovel(blog novel) macam Awek Chuck Taylor yang ditulis oleh Nami tu. Tapi blovel ni macam biasa memerlukan kerajinan dan idea yang mampu menarik perhatian pembaca. Ya tak mudah menulis sesuatu cerita apatah lagi kalau ia bersiri. Nami tu lain la..cerita ACT dia tu memang diinspirasi dari kisah benar dia. Aku ni? fuhh belum tentu lagi aku berani nak memaparkan kisah yang diinsipirasi dari cerita peribadi dan diletakkan untuk tatapan umum.

Jadi adakah kau mampu nak buat semua BS yang kau bagitau ni??

Aku tak janji, tapi aku akan cuba. Sesuai dengan relaunch yang dibuat pada bulan Disember ni, aku harapkan dengan bermulanya tahun baru 2012 ni akan lebih memberikan sinar baru buat blog ini dan juga blog Kampung Bola Sedunia. Yang penting jugak kena ada bantuan kawan-kawan dan semangat diorang je lah yang selama ni banyak membantu aku untuk terus berblogging.

Famous last words?

Harapnya lagi ramailah yang view blog aku untuk mendapatkan cerita-cerita baru dan perspektif baru. Untuk pengetahuan korang lah kan. Entry pasal cerita hantu dekat Seremban 2 tu sampai sekarang kekal sebagai entry yang paling ramai visitor sejak entry tu di post. Untuk tu aku ucapkan terima kasih kepada penulis asal cerita tu iaitu encik Iskandar kerana cerita dia yang kini dah jadi salah satu cerita hantu paling legend di Malaysia. Ya, encik Iskandar adalah penulis asal cerita itu dan juga adalah orang yang sebenar-benarnya mengalami semua pengalaman menyeramkan itu.

Dan akhir sekali kepada semua visitor aku, aku ucapkan terima kasih dan sudi-sudilah melawat jugak blog kedua aku iaitu blog Kampung Bola Sedunia dan jugak FB Page Kampung Bola Sedunia. Dan jugak aku juga kini telah available on Twitter. Ya sesiapa ada Twitter boleh follow aku dan search AniqNymous. Twitter jugak boleh la aku katakan sebagai mini blog aku. Kalau-kalau aku malas nak berblog tu kan.. haa tulis je kat Twitter.. sonang kojo.. So sekian terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...