Dengan ini saya Aniq R. Valencia a.k.a Pelaung Pulau mengumumkan bahawa blog theaniqin telah dibuka semula dan beroperasi seperti biasa.
Ya setelah lebih dua bulan aku hiatus. Akhirnya, aku dah buat keputusan untuk kembali berblogging di blog peribadi ini yang macam biasa selalu sahaja bersawang.
Sejujurnya memang banyak benda yang aku nak tulis dalam blog ni. Banyak benda yang aku tengok setiap hari membuatkan idea aku bercambah untuk menulis apa sahaja. Tapi sayangnya, tak mudah menjadi blogger tegar dan tak mudah nak menginterpretasi idea kedalam tulisan. Ya tak mudah untuk menjadi penulis yang rajin. Mudah mencari idea, mudah mendapat idea, tetapi untuk menulis kembali sesebuah idea itu memerlukan kerajinan dan memerlukan ketenangan. Senang cerita kalau kau tak tegar nak berblogging jangan harap la blog nak kekal lama dan dapat ramai visitor.
Jadi dengan re-launch ini apa pulak konsep blog kau?
Blog aku mudah, mengekalkan apa yang sedia ada. Mengekalkan labels dan Highlights yang sedia ada iaitu;
Menceritakan kisah bola sepak yang lebih peribadi. Ya memang aku ada blog KBS. Tapi di blog ini, ada sesetengah cerita dan pandangan bolasepak secara lebih peribadi dari pandangan aku. Kalau di KBS, aku kena menulis entry bola sepak yang lebih umum atau general. Tapi kat sini, cerita bola sepak aku adalah personal dan sesuatu yang lebih dekat dengan aku.
Aku admit, segmen ini adalah a total failure dalam blog aku. Kadang-kadang bukannya aku takda cerita nak diceritakan. Tapi kerana bahan cerita tu sikit sangat selain aku kena jugak menjaga sensitiviti ramai pihak. Walaubagaimanapun segmen ini aku akan kekalkan dan korang nantikan je lah kalau ada benda yang aku nak tulis pasal segmen ni.
Segmen ini seperti biasa akan dikekalkan. Pembaharuan yang aku akan buat ialah selain buat review filem yang latest. Aku akan lebih banyak review filem-filem yang lebih lama tetapi sesuai di-recommended-kan.
Segmen ini kekal dan akan cuba diupdate setiap minggu.
Diambil sempena blog cinta infiniti Terfaktab. Kalau sesiapa nak baca puisi jiwa, syair cinta, cerita jiwang dan amukan bengang aku boleh baca segmen ni. Read at your own risk lah. aku tak sedia menanggung kesan-kesan muntah darah, makan dalam atau sakit bontot setelah membaca kandungan terfaktab nih. Basically aku selalu berjiwang-jiwang kat sini.
Takda apa baru yang nak ditambah ke? nama re-launch!!
Sejujurnya aku rasa lebih baik mengekalkan benda yang sedia ada tetapi buat maintenance dan tambah bilangan post daripada tambah segmen baru lah bagai tapi last2 takda idea nak update macam DTMKTJ tu. Tapi aku tetap ada jugak idea-idea baru yang nak ditambah selain upgrade segmen yang sedia. Antaranya akan memperkenalkan segmen baru iaitu Video Minggu Ini. Ya satu lagi staple segmen yang mudah untuk dibuat dan senang nak tambah post.kehkehkeh. Video Minggu Ini akan dipost setiap hari Ahad dan kalau pun aku tak sempat nak letak pada hari Ahad, aku akan letak pada hari berikutnya.
Selain itu aku gak ada berhasrat untuk menulis cerpen dan blovel(blog novel) macam Awek Chuck Taylor yang ditulis oleh Nami tu. Tapi blovel ni macam biasa memerlukan kerajinan dan idea yang mampu menarik perhatian pembaca. Ya tak mudah menulis sesuatu cerita apatah lagi kalau ia bersiri. Nami tu lain la..cerita ACT dia tu memang diinspirasi dari kisah benar dia. Aku ni? fuhh belum tentu lagi aku berani nak memaparkan kisah yang diinsipirasi dari cerita peribadi dan diletakkan untuk tatapan umum.
Jadi adakah kau mampu nak buat semua BS yang kau bagitau ni??
Aku tak janji, tapi aku akan cuba. Sesuai dengan relaunch yang dibuat pada bulan Disember ni, aku harapkan dengan bermulanya tahun baru 2012 ni akan lebih memberikan sinar baru buat blog ini dan juga blog Kampung Bola Sedunia. Yang penting jugak kena ada bantuan kawan-kawan dan semangat diorang je lah yang selama ni banyak membantu aku untuk terus berblogging.
Famous last words?
Harapnya lagi ramailah yang view blog aku untuk mendapatkan cerita-cerita baru dan perspektif baru. Untuk pengetahuan korang lah kan. Entry pasal cerita hantu dekat Seremban 2 tu sampai sekarang kekal sebagai entry yang paling ramai visitor sejak entry tu di post. Untuk tu aku ucapkan terima kasih kepada penulis asal cerita tu iaitu encik Iskandar kerana cerita dia yang kini dah jadi salah satu cerita hantu paling legend di Malaysia. Ya, encik Iskandar adalah penulis asal cerita itu dan juga adalah orang yang sebenar-benarnya mengalami semua pengalaman menyeramkan itu.
Dan akhir sekali kepada semua visitor aku, aku ucapkan terima kasih dan sudi-sudilah melawat jugak blog kedua aku iaitu blog Kampung Bola Sedunia dan jugak FB Page Kampung Bola Sedunia. Dan jugak aku juga kini telah available on Twitter. Ya sesiapa ada Twitter boleh follow aku dan search AniqNymous. Twitter jugak boleh la aku katakan sebagai mini blog aku. Kalau-kalau aku malas nak berblog tu kan.. haa tulis je kat Twitter.. sonang kojo.. So sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment