adverts

Saturday, February 18, 2012

[Short Stories Saturday] #3: Diari Valentine Rafiq


14 Februari 2012 - 8:05 am
Rafiq duduk berteleku depan PC. Jari giat menaip, sambil mata pandang-pandang, jeling-jeling. Jelingan terakhir hinggap menangkap Rafidah. Bagaikan ada aura, Rafidah memandang balik dan senyum kembali kepada Rafiq. Rafiq terus terpaku, pada pandangnya, anggun sungguh Rafidah hari ini berbaju kemeja ruffle berwarna hitam dipadankan dengan cardigan sleeveless berwarna turquoise dan pleated cotton skirt labuh panjang berwarna cream. " ni kalau mak tengok mesti berkenan. ",  kata Rafiq dalam hati.

14 Februari 2012 - 8:15 am
Seperti biasa, setiap pagi para staf menanti work order. Rafiq turut sama menanti, sambil-sambil tu berangan. Mata kembali menjeling Rafidah, kali ni Rafidah sudah memulakan kerjanya. Fokus nampak gayanya. Rafiq sambung angan, dengan berselang seli dalam otaknya kata-kata dari Hakim malam tadi.  " Kalau kau suka dia, ape susah kau gentle je terus pergi cakap kat dia. Kena reject tak kene reject, tu belakang kira. Yang penting dah cakap."  Rafiq mendengus.. cakap senang laa. Try buat tengok?

14 Februari 2012 - 8:35 am
Dalam Rafiq duduk mengelamun, tiba-tiba Kazim datang mengacau lamunan. Hajat dihati nak ajak member makan, sambil makan sambil membahan. Membahan Rafiq dengan siri kegagalan cintanya memang kesukaan Kazim. Dua orang ex Rafiq sebelum ni dua-dua Kazim kenal. Kazim sorang je yang tahu pasal awek Rafiq sebelum ni.  " Tu laa kau, awek dah cun sebelum ni nak jugak peteng Rafidah tu. Oitt kau ingat ex kau tak jeles ke bile tengok gamba kau berdua ngan Rafidah tu? "  teringat lagi Rafiq masa dia berborak dengan Kazim dekat Restoran Mamak Al-Fadhiya Maju. Masa tu, Rafiq baru je 2 jam clash dengan awek yang dia baru couple 2 bulan.  

Dan Kazim sambung membahan;

" Wehh, Rafiq.. cun syiott Rafidah pakai camtu..kalau dapat kat aku ni, sebulan aku tak keluar bilik woii!! " Kazim mengusik.

" Oihh diam la kau cilakerr.. jangan cemarkan fikiran aku pepagi nih. ", Rafiq cube menepis pemikiran negatif. 

Memang Rafidah pagi itu terlalu menggoda. Goyang iman siapa yang tengok dia walaupun masih bertudung dan menutup aurat. Mungkin aura menggoda itu terlalu kuat. Rafiq teringat statement dia pernah baca kat Twitter. " You know you are in love with a girl when you dont think about having sex with her. "

Dan Rafiq kembali terdiam...kembali berfikir, dengan ex dia sebelum ni otak dia ligat nak bergeliat, rasa nak kahwin cepat-cepat, nak lepas segala nafsu melekat. Tapi dengan Rafidah, perasaan dia lain. tak pernah berfikir sampai kesitu. Sampai satu tahap dia jadi annoyed bila kawan-kawan lelaki yang lain berlebih-lebih.

" Adakah ini cinta? "

14 Februari 2012 - 8:45 am
Suasana di Restoran Kerabu Pagi pada pagi itu sibuk macam biasa. Berduyun orang melayan nasi kerabu di restoran itu pagi tu dan mereka bukannya orang Pantai Timur pun. Memang 1Malaysia lah restoran nih. Kazim dan Rafiq memilih meja di luar. Sambil melayan sarapan sambil berceloteh. Kazim tak habis-habis dengan puji pujian melambung terhadap Rafidah. Saja nak dibahannya Rafiq sebab dia tahu hari tu dirasakannya hari yang istimewa untuk Rafiq. Tak tau lah pasal apa.

" Harini Valentine Fiq. Ko tanak bagi munger ke kat Rafidah? hahaha..." 

Rafiq jeling sinis pada Kazim..

" Ingat awek aku ke nak bagi munger nih? balak dia ada.. biarlaaa".

" Balak dia tu balak dia laa.. ni kau nih yang gila separuh mati kat dia nih. Bagi lah hadiah cincin ke ape ke pastu ape lagi masuk meminang terus. "

Kazim melawak lagi.. kali ni Rafiq sambung menyedut Teh O aisnya. Dia berfikir panjang, tapi tak mampu nak meluahkan ape yang dia fikir.

" Kau tarik diri je la Fiq.. nasihat aku, dari ko susah payah pikirkan sangat pasal Rafidah tu. Baik ko ngadap balik la ex kau tu. Kau pun selalu gak jumpa dia kan? mintak sambung balik je la bro? "

" Ija tu lain cerita bro, kitorang selalu jumpa as kawan je. Dia tak mungkin nak kat aku balik lah. Lagipun aku kalau dengan Rafidah ni lain sangat.. yang ni aku betul-betul nak kot. ."

" Kalau betul-betul nak. betul-betul la gi cakap kat dia. cakap kau suka kat dia. Problem? "

" Problemnye, dia dah ada pakwe. Aku ni pulak bukannya pro bab sailang mensailang ni. "

" Macam aku cakap tadi, kalau betul-betul nak. gi la cakap betul-betul kat dia. Dude.. kalau niat kau ikhlas, insyallah tuhan tolong. "

Rafiq kembali diam... hari ni dia kene cuba jugak agaknya. apa nak jadi-jadi...

14 Februari 2012 - 9:10 am
" Woohooo..when I feel Heavy Metal!! woo hoo.. " nada dering telefon Rafiq berbunyi lagu dari kumpulan Blur bertajuk Song 2. Ada mesej masuk dari Rafidah. " Rafiq, awak kat Kerabu Pagi eh? belikan Bihun Singapore eh? tanak telur, tanak sambal. Nanti orang bayar balik k? ". Rafiq senyum sampai telinga. Ni bukan senyum dah..ni tersengih namanya.

14 Februari 2012 - 9:30 am
Sampai kembali di ofis, Rafiq jumpa Rafidah.. 
" Bihun awak saya dah letak kat pantry. RM2 je. Jauh tau saya beli sampai kene pergi Singapore nak carik.." Rafiq tersengih.
Rafidah keluarkan not RM5.  " Thank you..nah 5 inggit. cepat!! bagi baki. "
Rafidah buat muka garang-garang manja. Rafiq senyum, " duit kecik takde la. Nanti Rafiq bagi japgi. Tak pun claim kat duit hantaran lah..hehehe. " Kali ni Rafiq buat muka troll. Rafidah tersipu malu, pipinya yang putih gebu tiba-tiba bertukar merah jambu.

14 Februari 2012 - 10:40 am
Kerja Rafiq sudah separa siap. Time-time macam ni tido memang beress nih. Tiba-tiba mesej masuk, dari Ija ex-Rafiq. " I wish you a Forever Alone Valentine... sincerely from your now happy ex-girlfriend, Ija ". Rafiq terkedu. Kalau tak tahun ni mungkin first time dia sambut Valentine. Asal dia dapat awek mesti lepas Valentine..lepas tu takdan tunggu hujung tahun dah clash. Mungkin karma sebab dia menyokong Valentine Day. Ni kalau jumpa dek serbanistas ni mahu kene hambat budak Rafiq ni. dia reply mesej Ija. " I'm not Forever Alone... I'm Forever Available... :p sincerely from your jawa-free ex-boyfriend. " menyampah betul dia dengan pakwe baru Ija tu, ingatkan kot muka macam bintang korea, tapi muka macam jawa tak siap je. Dan Rafiq kembali terfikir pasal Rafidah. Nak buat macam mana agaknya ni. Dalam dok terfikir tu dia pon dok terlelap.

14 Februari 2012 - 11:45 am
Rafiq terjaga dari tidur, terjaga dek hingar bingar kawan-kawan kaki borak. Pagi itu topiknya bukan pasal Valentine pun. Semua berborak pasal bola sepak. Pasal perlawanan Manchester United menentang Liverpool, pasal Luis Suarez tanak salam Patrice Evra. Rafiq malas nak masuk campur, dua-dua pasukan dia tak minat. Minatnya pada Liga Serie A Itali, pada pasukan yang bermain penuh teknikal macam AC Milan dan Inter Milan. Rafidah datang ke meja Rafiq mahu memberi work order baru, Rafiq ambil kesempatan mengajak Rafidah makan lunch. Rafidah kata ok. Rafiq senyum... so far so good. ceria betul mood Rafidah harini. Rafiq cakap apa kat dia pun dia senyum je.

14 Februari 2012 - 1:05 pm
Waktu lunch, Rafiq dan Rafidah berjalan ke kereta Kazim. Selain Kazim, ada lagi tiga empat orang officemate diorang join sekali makan lunch kat tempat biasa Sans Bistro. Nama je Bistro tapi tengok macam restoran Siam je. Kazim senyum senyum dekat Rafiq. Apa penyakit la budak ni, nak kene penampor jerman agaknye?

14 Februari 2012 - 1:15 pm
Di Sans Bistro semua makan macam biasa. Mulut yang dari tadi bercerabih sebab lapar kini diam seribu membisu bila masing-masing menyuap makan. Selesai makan, Kazim dan Ijai berpandangan dan tersenyum. Bagai memahami, dua-dua alih pandangan kepada Rafiq yang memandang semula, dalam hati Rafiq dah tahu kejap lagi sesi membahan bermula. 
Ijai memula dialog, " Rafidah, hari ni Valentine day tak pergi celebrate ke? gi makan-makan ke tengok wayang ke? ".

"Valentine Day haram laa. mana boleh sambut!." kata Rafidah.

" Mana ada haram. Bukan kita buat apa-apa pun. Kalau nak kata dating tu haram. Selama ni gi dating tu tak haram? " Ijai pula membalas. 

Ijai, Kazim dan Rafiq memang sekepala kalau bab Valentine ni. Diorang memang annoyed gila dengan lagak serbanistas yang berduyun post hadis lah bagai dekat FB yang mengatakan Valentine Day ni haram. Salahkah kalau ada satu hari untuk berkasih sayang? bukan nak suruh bercumbu rayu, bergelumang maksiat pun. Anggap sahaja hari tu sebagai hari istimewa untuk menunjukkan kasih sayang. Johan kawan mereka pernah membidas mereka bertiga tu, katanya kalau hari tu berkasih sayang, apa lagi 364 hari tu tak sayanglah? Hujah trio tu mudah saja. Kita ada sambutan kemerdekaan kan? setiap 31 Ogos kita ada sambut Merdeka. Kita nak ada satu hari istimewa untuk sambut kemerdekaan. Apa lagi 364 hari tu kita tak merdeka ke? Kalau nak kata Valentine day tu boleh mengundang maksiat, apakah pada malam sambutan kemerdekaan tiada maksiat yang berlaku?

Lunch tengahari tu meriah macam selalu. Memang biasa apa saja yang diborak pasti meriah pasti ada penyokong pasti ada pembangkang. Dalam gelak tawa, Rafiq masih gementar. Petang ni dia ingat dia nak luahkan isi hati dekat Rafidah. Betul kata Hakim dan Kazim..kalau betul-betul nak, buat aje. apa-apa kesan, tolak tepi.

14 Februari 2012 - 2:40 pm
Selesai solat Zuhur, Rafiq menadah tangan berdoa. Mohon diberi kekuatan dan kesabaran, mohon dipermudahkan baginya segala urusan dan yang paling penting, mohon Rafidah boleh menerimanya menjadi jodoh yang sesuai. Adakah tuhan mentakdirkan dia dengan segala dugaan ini? Adakah ini dugaan atau hukuman untuk melihat jika dia benar-benar sabar? Adakah ini tanda tuhan nak tunjukkan jalan kepada dia? Adakah ini tandanya jodoh dia sudah sampai? Financially dia memang dah ready, tapi adakah sebab dia memilih sangat? We always want the best for ourselves, right?

14 Februari 2012 - 3:40 pm
Ijai ajak Rafiq hisap rokok kat luar ofis, sambil2 berasap diajaknya sembang jantan. Ijai kata kalau Valentine Day orang mengukuhkan kasih sayang, dia nak leraikan kasih sayang. Ijai nak putus dengan awek dia sebab hubungan diorang dah stagnant. Rafiq mengangguk...dia tak pernah tahu macam mana rasanya perasaan stagnant tu. Mananya tak, bercouple paling lama pun 2 bulan nak stagnant macam mana? belum sempat berselut lagi agaknya.

14 Februari 2012 - 4:50 pm
Sesudah solat Asar belum pun sempat Rafiq angkat tangan nak berdoa ada mesej masuk dari ibunya. 
" Rafiq, minggu ni kau tak balik kampung ke? kalau balik tu, bawakla balik sekali calon menantu. "
Terus Rafiq berdoa, mengulang kembali doa yang sama seperti selepas Zuhur tadi.
" Berikanlah aku keberanian untuk tegur dia dan meluahkan isi hati dekat dia.. Aminn 
Keluar saja dari surau, Rafiq terlihat Rafidah yang juga sedang menuju ke surau wanita di sebelah surau lelaki itu. Sejuk hati Rafiq.. tiba-tiba je...

14 Februari 2012 - 5:15 pm
Lagi 15 minit nak balik, time-time macam ni kebanyakan staf semua dalam kepala dah merawang ke rumah. Rafiq bangun mengajak Rafidah minum di pantry. Kebetulan dua-dua juga dah menyiapkan kerja masing-masing..  " Inilah masanya.." bisik hati kecil Rafiq. Rafiq terlihat Kazim yang menjeling ke arah mereka berdua. Dari ekor mata Rafiq seakan terlihat Kazim sedang menunjukkan isyarat bagus.

14 Februari 2012 - 5:20 pm
Sambil minum-minum, sambil borak-borak. Saat macam ni cukup membahagiakan untuk Rafiq sambil dalam hati berdebar-debar. Macam mana nak mulakan langkah. Rafidah lihat Rafiq macam tak senang duduk, macam resah gelisah, tak macam selalu.

" Rafiq ni dah kenapa nih, macam tak selesa je? sihat ke tak ni? "

" Ehh takdelah..ok jer. Tetibe nervous tengok Rafidah arini cantik sangat..hahaha. "  Rafiq buat-buat gelak tak ikhlas. nampak benar nervousnye.

" Dari tadi orang tengok, Rafiq tu macam nak cakap sesuatu je.. apa benda yang nak disorokkan sangat tu? "

dan kata-kata Rafidah macam pisau belati tepat mengena jantung. Terkeluar peluh jantan Rafiq sekejap..

" Ohh takde.. err..just nak cakap.. ehhmm... arr...Rafiq sebenarnya.. erhmm.. ahahh..hehe.haa.. Rafidah..err hahh.. tak balik kampung ke weekend ni? "

itu saja kata-kata yang termampu diucapkan Rafiq. Melampau-lampau nervousnya agaknya sampai tersasul. Dan jawapan Rafidah selepas itu bukan lagi macam pisau belati, tapi dah macam kilat petir menembak jantung Rafiq.

" Weekend ni mesti balik.. penting weekend ni. Preparation semua dah siap kat sana. Tunggu orang nak balik je ni. "

" Preparation?.... preparation apa? "  tanya Rafiq kehairanan dalam kecuakan.

" Weekend ni saya nak bertunang dah. Tu yang kepala serabut sikit nih.. " Kata Rafidah sambil tersenyum macam tiada apa perasaan.

HO SHIT…
HO SHIT…
HO SHIT…

14 Februari 2012 - 5:35 pm
Waktu balik, Rafiq terus diam. Tak terkata apa lagi lepas tu.. Balik tu, turun ke tingkat ground floor walaupun cuma 10 level tapi rasa macam turun dari level 90.. perjalanan lif terasa lama, terasa macam dinding lif tu himpit-himpit dia, terasa macam lif tu jatuh freefall ke bawah. Kazim sudah menanti di kereta nak ajak pulang bersama. Betul perasaan Kazim, hari ni memang hari istimewa untuk Rafiq.

14 Februari 2012 - 10:35 pm
Rafiq bergolek dan menonggeng atas tilam empuknya. Sambil di laptopnya terpasang lagu kumpulan Lestari, Mahligaimu Dari Airmata. Ijai sms Rafiq, hujung bulan dia nak bertunang, Ijai ajak Rafiq temankan dia. Dalam hati Rafiq kata " Cilakerr punye Ijai.. stagnant konon, kepala but dia stagnant..."

---

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #13 : Team Futsal IPTV Group C



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Saturday, February 11, 2012

[Short Stories Saturday] #2: Lempang..


Puan Nita baru sahaja selesai mengemas meja makan. Anaknya, Amar sedang leka menonton TV di ruang tamu sementara suaminya, Prof. Andi sudah masuk ke bilik peribadinya untuk menyambung researchnya. Sekeluarga kenyang selesai menikmati steak Lamb Chop yang ditapau khas dari The Clandestine. Memang lazimnya begitu, mereka sekeluarga tidak suka makan di luar. Puan Nita lebih suka masak sendiri. Kalau malas sangat pun baru beli dekat luar itu pun tapau atau take-away sahaja.

Tiba-tiba, Prof. Andi keluar dari biliknya. Dibawanya keluar sebuah robot humanoid bersaiz sederhana. Tingginya adalah setinggi budak berumur 13 tahun tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Sekali pandang robot tu adalah jugak rupa sikit macam C-3PO macam dalam filem Star Wars. Amar dan Puan Nita saling berpandangan, tak tahu nak bagi respon macam mana. Samaada nak kagum atau nak hairan. Yang pasti sedikit terkejut. Mana tidaknya, bertahun juga Prof. Andi merahsiakan apa yang dilakukannya dalam bilik peribadinya tu. Katanya, membuat research. Research pasal apa, puan Nita sebagai isteri beliau sendiri pon tak pernah tahu.

Prof. Andi bersuara; "haa Nita, Amar... mari sini. Hari ni papa nak tunjukkan kat kamu semua sesuatu. Hasil penyelidikan papa selama bertahun akhirnya telah berjaya papa siapkan hari ni!"
Puan Nita memulakan tutur, "Bertahun abang rahsiakan penyelidikan abang, rupanya abang tengah buat benda ni ke rupanya? apa benda ni? macam robot je.. ni nak buat berperang ke ape ni?"
"Robot ni untuk bantu buat kerja rumah ke papa?", Amar pula bertanya.
"HAHAHA.. semua salah. Sebenarnya robot ciptaan papa ni akan membantu dunia dalam mencari keadilan. Robot ini boleh mengesan jika seseorang itu sedang menipu." Kata Prof. Andi sambil menekan butang ON pada robot ciptaannya.

Amar dan Puan Nita kembali kehairanan. Seolah masih tidak percaya akan kemampuan robot itu.
"Haa mesti tak percaya kan? Robot ni boleh mengesan orang yang menipu. Kalau sesiapa yang menipu robot ni akan tampar orang tu. haha jahat tak? jahat tak?" jelas Prof. Andi lagi.
"Kalau macam tu, mari kita cuba test betul ke tak robot ni berfungsi nak papa?" kata Amar.
"Memang papa nak test pun. Orang pertama yang papa nak test ialah kamu Amar! "
Amar meneguk air liur, papa dia ni bab-bab trolling orang nombor satu. boleh pecah rahsia kalau macam ni. Mintak-mintaklah robot tu tak berfungsi...

"Haa Amar! Papa nak tanya ni, pagi tadi kamu pergi mana?"
"Sekolah laa papa.Pergi mana lagi?" jawab Amar confident..


clak! clak!.. PANGG!!

satu lempangan pantas dari sang robot hinggap ke pipi Amar tanda dia menipu. Mata Puan Nita mula menjegil. Tak sangka anak dia menipu.

"Haa tu la tipu lagi! abis kalau kamu tak pergi sekolah, kamu pergi mana?" tanya Prof. Andi.
"Amar pergi rumah Hafiz. tengok DVD kat umah dia."
"DVD? cerita apa Amar?"
"T..T...To...Toyy... Toy Story." Jawab Amar perlahan.


clak! clak!.. PANGG!!

sedas lagi tamparan hinggap ke sebelah lagi pipi Amar. Dalam hati katanya, "Robot ni bagus rupanya..ciss!!"
"Ye lahh.. yelahh... Amar mengaku, Amar tengok cerita porno."
Mata Puan Nita kembali menjegil. "Dah la menipu, tengok cerita tak senonoh pulak tu! kau nak jadi apa ni Amar!!"

Prof. Andi menenangkan isterinya yang semakin naik angin dengan perangai anaknya tu.

"Apa nak jadi dengan kamu ni Amar?? dah la ponteng sekolah! tengok cerita lucah!.. masa papa kecik-kecik baya kamu tu. Makna porno pun papa tak tau.. ini kan pulak nak tengok cerita tu!!" kata Prof. Andi.


clak! clak!.. PANGG!!

Tiba-tiba satu tamparan hinggap ke pipi Prof. Andi. Ternyata robot itu sangat bagus. Terkejut juga Prof. Andi tiba-tiba terkena dengan bahan ciptaan dia sendiri. Merah padam juga muka Prof. Andi.
Puan Nita di sebelah dari tadi muka mencuka tiba-tiba tergelak sendiri dengan kenakalan suaminya. Ternyata dia juga tak menyangka suaminya boleh terkena dengan robot yang dia cipta sendiri.

"Haaaa tu laa abang. kenakan orang lagi. bagus rupanya ciptaan abang ni kan? rupa-rupanya like father like son, bapaknya borek anaknya rintik.. haa anak abang la tu kan? ikut perangai bapaknya jugak.." dan Puan Nita kembali tergelak..

Tiba-tiba...


clak! clak!.. PANGG!!

Satu tamparan tepat singgah ke pipi Puan Nita pula.

Amar dan Prof. Andi saling berpandangan. Mulut Amar ternganga, mata seakan tidak percaya, berputar sebentar dunia dia, aku ni anak siapa?
Prof. Andi dari tadi muka merah padam, kini hampir pitam, nak marah nak dendam, dalam hati dipendam, tak sangka isteri ada rahsia hitam....

---

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday #12 : Degil...

source: 9gag


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Tuesday, February 7, 2012

Sarkasis: Kuda Itu Belum Mati Lagi.

Tahu apa itu kuda?

Tahu macam mana itu menunggang kuda?

Salah satu pesan rasulullah ialah selain dari belajar berenang dan memanah ialah menunggang kuda.

Satu hari nanti aku akan pacu kuda itu..

merentas ladang, merentas hutan...

Cumanya aku belum ada kuda itu.

Ya kuda itu mahal, kuda itu tidak jinak.

Belum tentu kuda yang ada didepan mata kau boleh beli dan jinakkan sekelip mata.

Sementara masa masih ada, belajarlah jinakkan kuda itu. itupun kalau kau ada kuda.

Belajarlah tunggang kuda itu,

Selagi kuda itu belum mati lagi...

 source: Google

Sunday, February 5, 2012

[Song for Sunday] #4 : Pendam - Shahir AF8

Pendam... sejauh mana kau memendam rasa? Pendam boleh dikaitkan dengan macam-macam perkara. Ada yang memendam perasaan. Perasaan pula ada perasaan cinta, dendam, sedih, gembira dan sebagainya.

Untuk lagu ni, Pendam dikaitkan dengan perasaan cinta. Kau pernah memendam perasaan cinta? aku pernah. Bukan setakat pernah, mungkin dah masuk tahap selalu sangat dah. 

Aku ingat lagi dengan seorang gadis yang aku pernah pendam perasaan dekat dia, bertahun aku pendam perasaan dan aku rasa ada lah jugak dekat lebih 5 tahun. Ya! perasaan tu kalau kau tak pernah luahkan dia akan jadi teruk macam tu. Kalau 5 tahun kau pendam perasaan, 5 tahun la perasaan tu tersimpan dalam tu.

Lucky me, aku akhirnya boleh melupakan dia dan perasaan itu hilang begitu sahaja. Dan sekarang aku kembali memendam perasaan. Pada siapa? biarlah aku tahu, biarlah aku pendam sendiri..

"Pedihnya hanya aku yang merasa mahu memilikinya"



Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta...

Saturday, February 4, 2012

[Short Stories Saturday] #1 : Kalaulah Dia Masih Ingat


Rumah Bahagia Mahsuri petang itu kelihatan ada ramai orang. Ramai pengunjung datang melawat keluarga mereka di situ. Kebanyakannya adalah waris penghuni rumah itu sendiri yang datang melawat orang tua mereka yang terpaksa ditinggalkan akibat kesibukan dunia pasca moden harian mereka. Ada yang datang melawat setiap hari, ada juga yang tiga kali seminggu, ada juga yang hanya seminggu sekali, sebulan sekali, tetapi yang paling sadis setahun sekali pun ada itupun pada Hari Raya pertama. Belum pula cerita yang waris hanya nampak muka pada hari pertama saja iaitu semasa menghantar orang tua mereka, kemudian langsung tak pernah datang kembali.

Amin berlegar-legar di ruang menunggu Rumah Bahagia Mahsuri, seolah-olah sedang mencari seseorang. Puas ditolehnya kiri kanan. Oleng-oleng kepalanya mencari susuk yang dia perlu jumpa itu. Suhani, salah seorang jururawat di rumah itu ternampak Amin. Suhani baru seminggu bekerja di rumah itu menggantikan Amalia. Jururawat sebelum itu yang akhirnya mendapat tawaran bekerja dengan Hospital Kerajaan. Pening kepala Suhani, melayan pengunjung rumah itu. Ini hari Ahad lagipun, pastinya rumah itu akan mendapat bilangan pengunjung paling ramai pada hari ini.

Suhani menerpa kearah Amin, "Encik, nak jumpa siapa ya? boleh saya bantu?" Amin menjawap, " Oh! saya nak jumpa Puan Hani, nak bagi dekat dia barang-barang ni. Almaklumlah orang kirim", Amin menunjuk kepada Suhani satu bungkusan plastik penuh dengan makanan dan snek untuk diberi kepada Puan Hani, salah seorang penghuni rumah itu. "Puan Hani ya? saya baru je balik dari bilik dia, Encik boleh pergi cari dia di bilik dia lah ya. di bilik nombor 6." jelas Suhani. "Terima Kasih", balas Amin dan segera beralih mencari bilik Puan Hani.

Sampai sahaja Amin di bilik nombor 6, dia terus terlihat Puan Hani. Puan Hani adalah antara penghuni terawal di Rumah Bahagia Mahsuri. Sudah 5 tahun dia menginap di situ dan staf staf malah ada pengunjung rumah itu sudah terbiasa memanggil beliau sebagai Ibu Hani. Semua dek kerana sifat keibuan dan sifat lemah lembut yang ada pada Ibu Hani. Ibu Hani tidak pernah marah kepada sesiapa, biarpun kalau ada yang dia tidak puas hati dia hanya akan tegur dengan nada suara paling lemah lembut, membuatkan tiada siapa yang mahu membuatkan Ibu Hani menjadi marah.

"Assalamualaikum Ibu Hani, apa khabar hari ini?", sapa Amin.
"Ohh Amin! mak cik sihat je.. jemputlah masuk, banyak benda yang makcik nak cerita dekat kamu ni!", kata Puan Hani.
"Ye ke Ibu? mesti Ibu ada banyak cerita nak cerita dekat saya ni kan? ni yang tak sabar Amin nak dengar nih. Oh ye Ibu, ni Amin ada bawakkan makanan ringan untuk Ibu."
"Alahh susah susah aje kamu ni Amin belikan makcik benda-benda ni, kadang-kadang makcik tak makan pun sangat benda-benda yang Amin belikan ni. Kadang-kadang makcik bagi je dekat orang lain. Tapi alang-alang Amin dah beli ni, mak cik ucapakn terima kasih banyak-banyak ya, syukur alhamdulillah rezeki Allah."
Amin tersenyum, raut wajah Ibu Hani selalu menenangkan hatinya membuatkan dia rindu sangat dengan ibu bapanya. Kalaulah dia dapat kembali ke masa dulu.
"Jauh menung tu Amin? teringat dekat siapa tu?" tegur Ibu Hani, "Ini Amin, makcik nak cerita ni. tau tak? hari ni hari yang sangat istimewa tau Amin. Diorang cakap petang ni anak makcik akan datang melawat makcik. Rindu betul makcik dekat dia... haaa nanti kau dapatlah jumpa dengan anak makcik tu ya Amin. "
"Ye ke Ibu? wahh baguslah tu..mesti Ibu teruja sangat kan?", kata Amin sambil tersenyum memandang Ibu Hani.
Amin terus melayan kerenah Ibu Hani yang suka bercerita kisah kisah silamnya. Cerita pasal keluarganya pun ada, pasal arwah suaminya yang meninggal dalam kemalangan menyayat hati sampailah ke kisah 7 orang anaknya. Sesekali tersentuh juga hati Amin bila mendengar cerita itu walaupun banyak kali Ibu Hani mengulang cerita itu setiap kali Amin melawat dia.

3 jam kemudian...

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, waktu melawat sudah pun berakhir. Amin minta diri untuk pulang.
"Ibu, Amin dah nak kena balik ni. Waktu melawat dah habis."
"Cepat betul masa berlalu ya Amin, mak cik mintak maaf la anak makcik tak datang hari ni. Dia sibuk sangat tu ada hal agaknya. Esok mesti dia datang bila Amin datang melawat esok ya?", kata Ibu Hani seolah olah mahu menyedapkan hatinya. Tapi istimewanya Ibu Hani, dia masih mampu tersenyum hingga sekarang.
"Hmm.. ya Ibu, esok mesti dia datang. Esok kita jumpa dia ya Ibu? Amin mintak diri dulu.. Assalamualaikum.."

Amin meninggalkan bilik nombor 6 itu dan bergegas ke kaunter pendaftaran. Selepas menandatangan buku log kedatangan disitu, Amin meminta salinan surat pendaftaran Puan Hani binti Ramlan untuk urusan pejabat kata Amin. Selepas mendapat dokumen yang dikehendakinya, dia bergegas menuju ke kereta. Di luar, hujan tiba tiba turun dengan lebat. Amin berlari-lari ke keretanya yang letaknya lebih kurang 80 meter dari Susur Gajah berbumbung Rumah Bahagia Mahsuri itu. Teringat dia kembali kepada Ibu Hani disaat kali pertama dia membawa orang tua itu datang ke rumah ini melalui Susur Gajah itu. Tidak semena-mena, air mata jantannya jatuh berlinangan. Tapi disebabkan hujan yang begitu lebat, air matanya hilang bercampur dengan lebatnya air hujan berasid itu.

Didalam kereta, Amin mengesat badannya dengan tuala Good Morning yang sentiasa diletakkan di dalam keretanya. Sambil mengesat air matanya, dia buka kembali dokumen yang dimintanya tadi, sambil fikirannya kembali melayang kepada kata kata Ibu Hani tadi.

"Esok mesti dia datang bila Amin datang melawat esok ya?"

"Ya mama, Amin pasti akan datang melawat lagi esok. Amin pasti anak mama ni akan datang esok. Mama tunggu ya? "

Air mata Amin kembali mengalir, ditelitinya dokumen yang dimintanya tadi untuk membuat double-checking. ditelitinya satu-satu frasa di dalam dokumen.

Nama : Hani Binti Ramlan
Nama Waris Pertama: Muhammad Amin Bin Shahri
Hubungan Dengan Waris Pertama: Ibu-Anak
Tarikh dimasukkan: 5 Februari 2007
....
....
Penyakit (jika ada): Alzheimer
...
Sampai di situ, Amin berhenti meneliti dokumen yang ada padanya, disimpannya kembali ke dalam beg dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Dalam hatinya berbisik kecil;

"Ibu ingat semua cerita cerita silam dia...tanpa gagal dia ceritakan balik kepada aku. Tapi, kalaulah ibu masih ingat dekat anak dia ni...."

------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...