adverts

Saturday, February 18, 2012

[Short Stories Saturday] #3: Diari Valentine Rafiq


14 Februari 2012 - 8:05 am
Rafiq duduk berteleku depan PC. Jari giat menaip, sambil mata pandang-pandang, jeling-jeling. Jelingan terakhir hinggap menangkap Rafidah. Bagaikan ada aura, Rafidah memandang balik dan senyum kembali kepada Rafiq. Rafiq terus terpaku, pada pandangnya, anggun sungguh Rafidah hari ini berbaju kemeja ruffle berwarna hitam dipadankan dengan cardigan sleeveless berwarna turquoise dan pleated cotton skirt labuh panjang berwarna cream. " ni kalau mak tengok mesti berkenan. ",  kata Rafiq dalam hati.

14 Februari 2012 - 8:15 am
Seperti biasa, setiap pagi para staf menanti work order. Rafiq turut sama menanti, sambil-sambil tu berangan. Mata kembali menjeling Rafidah, kali ni Rafidah sudah memulakan kerjanya. Fokus nampak gayanya. Rafiq sambung angan, dengan berselang seli dalam otaknya kata-kata dari Hakim malam tadi.  " Kalau kau suka dia, ape susah kau gentle je terus pergi cakap kat dia. Kena reject tak kene reject, tu belakang kira. Yang penting dah cakap."  Rafiq mendengus.. cakap senang laa. Try buat tengok?

14 Februari 2012 - 8:35 am
Dalam Rafiq duduk mengelamun, tiba-tiba Kazim datang mengacau lamunan. Hajat dihati nak ajak member makan, sambil makan sambil membahan. Membahan Rafiq dengan siri kegagalan cintanya memang kesukaan Kazim. Dua orang ex Rafiq sebelum ni dua-dua Kazim kenal. Kazim sorang je yang tahu pasal awek Rafiq sebelum ni.  " Tu laa kau, awek dah cun sebelum ni nak jugak peteng Rafidah tu. Oitt kau ingat ex kau tak jeles ke bile tengok gamba kau berdua ngan Rafidah tu? "  teringat lagi Rafiq masa dia berborak dengan Kazim dekat Restoran Mamak Al-Fadhiya Maju. Masa tu, Rafiq baru je 2 jam clash dengan awek yang dia baru couple 2 bulan.  

Dan Kazim sambung membahan;

" Wehh, Rafiq.. cun syiott Rafidah pakai camtu..kalau dapat kat aku ni, sebulan aku tak keluar bilik woii!! " Kazim mengusik.

" Oihh diam la kau cilakerr.. jangan cemarkan fikiran aku pepagi nih. ", Rafiq cube menepis pemikiran negatif. 

Memang Rafidah pagi itu terlalu menggoda. Goyang iman siapa yang tengok dia walaupun masih bertudung dan menutup aurat. Mungkin aura menggoda itu terlalu kuat. Rafiq teringat statement dia pernah baca kat Twitter. " You know you are in love with a girl when you dont think about having sex with her. "

Dan Rafiq kembali terdiam...kembali berfikir, dengan ex dia sebelum ni otak dia ligat nak bergeliat, rasa nak kahwin cepat-cepat, nak lepas segala nafsu melekat. Tapi dengan Rafidah, perasaan dia lain. tak pernah berfikir sampai kesitu. Sampai satu tahap dia jadi annoyed bila kawan-kawan lelaki yang lain berlebih-lebih.

" Adakah ini cinta? "

14 Februari 2012 - 8:45 am
Suasana di Restoran Kerabu Pagi pada pagi itu sibuk macam biasa. Berduyun orang melayan nasi kerabu di restoran itu pagi tu dan mereka bukannya orang Pantai Timur pun. Memang 1Malaysia lah restoran nih. Kazim dan Rafiq memilih meja di luar. Sambil melayan sarapan sambil berceloteh. Kazim tak habis-habis dengan puji pujian melambung terhadap Rafidah. Saja nak dibahannya Rafiq sebab dia tahu hari tu dirasakannya hari yang istimewa untuk Rafiq. Tak tau lah pasal apa.

" Harini Valentine Fiq. Ko tanak bagi munger ke kat Rafidah? hahaha..." 

Rafiq jeling sinis pada Kazim..

" Ingat awek aku ke nak bagi munger nih? balak dia ada.. biarlaaa".

" Balak dia tu balak dia laa.. ni kau nih yang gila separuh mati kat dia nih. Bagi lah hadiah cincin ke ape ke pastu ape lagi masuk meminang terus. "

Kazim melawak lagi.. kali ni Rafiq sambung menyedut Teh O aisnya. Dia berfikir panjang, tapi tak mampu nak meluahkan ape yang dia fikir.

" Kau tarik diri je la Fiq.. nasihat aku, dari ko susah payah pikirkan sangat pasal Rafidah tu. Baik ko ngadap balik la ex kau tu. Kau pun selalu gak jumpa dia kan? mintak sambung balik je la bro? "

" Ija tu lain cerita bro, kitorang selalu jumpa as kawan je. Dia tak mungkin nak kat aku balik lah. Lagipun aku kalau dengan Rafidah ni lain sangat.. yang ni aku betul-betul nak kot. ."

" Kalau betul-betul nak. betul-betul la gi cakap kat dia. cakap kau suka kat dia. Problem? "

" Problemnye, dia dah ada pakwe. Aku ni pulak bukannya pro bab sailang mensailang ni. "

" Macam aku cakap tadi, kalau betul-betul nak. gi la cakap betul-betul kat dia. Dude.. kalau niat kau ikhlas, insyallah tuhan tolong. "

Rafiq kembali diam... hari ni dia kene cuba jugak agaknya. apa nak jadi-jadi...

14 Februari 2012 - 9:10 am
" Woohooo..when I feel Heavy Metal!! woo hoo.. " nada dering telefon Rafiq berbunyi lagu dari kumpulan Blur bertajuk Song 2. Ada mesej masuk dari Rafidah. " Rafiq, awak kat Kerabu Pagi eh? belikan Bihun Singapore eh? tanak telur, tanak sambal. Nanti orang bayar balik k? ". Rafiq senyum sampai telinga. Ni bukan senyum dah..ni tersengih namanya.

14 Februari 2012 - 9:30 am
Sampai kembali di ofis, Rafiq jumpa Rafidah.. 
" Bihun awak saya dah letak kat pantry. RM2 je. Jauh tau saya beli sampai kene pergi Singapore nak carik.." Rafiq tersengih.
Rafidah keluarkan not RM5.  " Thank you..nah 5 inggit. cepat!! bagi baki. "
Rafidah buat muka garang-garang manja. Rafiq senyum, " duit kecik takde la. Nanti Rafiq bagi japgi. Tak pun claim kat duit hantaran lah..hehehe. " Kali ni Rafiq buat muka troll. Rafidah tersipu malu, pipinya yang putih gebu tiba-tiba bertukar merah jambu.

14 Februari 2012 - 10:40 am
Kerja Rafiq sudah separa siap. Time-time macam ni tido memang beress nih. Tiba-tiba mesej masuk, dari Ija ex-Rafiq. " I wish you a Forever Alone Valentine... sincerely from your now happy ex-girlfriend, Ija ". Rafiq terkedu. Kalau tak tahun ni mungkin first time dia sambut Valentine. Asal dia dapat awek mesti lepas Valentine..lepas tu takdan tunggu hujung tahun dah clash. Mungkin karma sebab dia menyokong Valentine Day. Ni kalau jumpa dek serbanistas ni mahu kene hambat budak Rafiq ni. dia reply mesej Ija. " I'm not Forever Alone... I'm Forever Available... :p sincerely from your jawa-free ex-boyfriend. " menyampah betul dia dengan pakwe baru Ija tu, ingatkan kot muka macam bintang korea, tapi muka macam jawa tak siap je. Dan Rafiq kembali terfikir pasal Rafidah. Nak buat macam mana agaknya ni. Dalam dok terfikir tu dia pon dok terlelap.

14 Februari 2012 - 11:45 am
Rafiq terjaga dari tidur, terjaga dek hingar bingar kawan-kawan kaki borak. Pagi itu topiknya bukan pasal Valentine pun. Semua berborak pasal bola sepak. Pasal perlawanan Manchester United menentang Liverpool, pasal Luis Suarez tanak salam Patrice Evra. Rafiq malas nak masuk campur, dua-dua pasukan dia tak minat. Minatnya pada Liga Serie A Itali, pada pasukan yang bermain penuh teknikal macam AC Milan dan Inter Milan. Rafidah datang ke meja Rafiq mahu memberi work order baru, Rafiq ambil kesempatan mengajak Rafidah makan lunch. Rafidah kata ok. Rafiq senyum... so far so good. ceria betul mood Rafidah harini. Rafiq cakap apa kat dia pun dia senyum je.

14 Februari 2012 - 1:05 pm
Waktu lunch, Rafiq dan Rafidah berjalan ke kereta Kazim. Selain Kazim, ada lagi tiga empat orang officemate diorang join sekali makan lunch kat tempat biasa Sans Bistro. Nama je Bistro tapi tengok macam restoran Siam je. Kazim senyum senyum dekat Rafiq. Apa penyakit la budak ni, nak kene penampor jerman agaknye?

14 Februari 2012 - 1:15 pm
Di Sans Bistro semua makan macam biasa. Mulut yang dari tadi bercerabih sebab lapar kini diam seribu membisu bila masing-masing menyuap makan. Selesai makan, Kazim dan Ijai berpandangan dan tersenyum. Bagai memahami, dua-dua alih pandangan kepada Rafiq yang memandang semula, dalam hati Rafiq dah tahu kejap lagi sesi membahan bermula. 
Ijai memula dialog, " Rafidah, hari ni Valentine day tak pergi celebrate ke? gi makan-makan ke tengok wayang ke? ".

"Valentine Day haram laa. mana boleh sambut!." kata Rafidah.

" Mana ada haram. Bukan kita buat apa-apa pun. Kalau nak kata dating tu haram. Selama ni gi dating tu tak haram? " Ijai pula membalas. 

Ijai, Kazim dan Rafiq memang sekepala kalau bab Valentine ni. Diorang memang annoyed gila dengan lagak serbanistas yang berduyun post hadis lah bagai dekat FB yang mengatakan Valentine Day ni haram. Salahkah kalau ada satu hari untuk berkasih sayang? bukan nak suruh bercumbu rayu, bergelumang maksiat pun. Anggap sahaja hari tu sebagai hari istimewa untuk menunjukkan kasih sayang. Johan kawan mereka pernah membidas mereka bertiga tu, katanya kalau hari tu berkasih sayang, apa lagi 364 hari tu tak sayanglah? Hujah trio tu mudah saja. Kita ada sambutan kemerdekaan kan? setiap 31 Ogos kita ada sambut Merdeka. Kita nak ada satu hari istimewa untuk sambut kemerdekaan. Apa lagi 364 hari tu kita tak merdeka ke? Kalau nak kata Valentine day tu boleh mengundang maksiat, apakah pada malam sambutan kemerdekaan tiada maksiat yang berlaku?

Lunch tengahari tu meriah macam selalu. Memang biasa apa saja yang diborak pasti meriah pasti ada penyokong pasti ada pembangkang. Dalam gelak tawa, Rafiq masih gementar. Petang ni dia ingat dia nak luahkan isi hati dekat Rafidah. Betul kata Hakim dan Kazim..kalau betul-betul nak, buat aje. apa-apa kesan, tolak tepi.

14 Februari 2012 - 2:40 pm
Selesai solat Zuhur, Rafiq menadah tangan berdoa. Mohon diberi kekuatan dan kesabaran, mohon dipermudahkan baginya segala urusan dan yang paling penting, mohon Rafidah boleh menerimanya menjadi jodoh yang sesuai. Adakah tuhan mentakdirkan dia dengan segala dugaan ini? Adakah ini dugaan atau hukuman untuk melihat jika dia benar-benar sabar? Adakah ini tanda tuhan nak tunjukkan jalan kepada dia? Adakah ini tandanya jodoh dia sudah sampai? Financially dia memang dah ready, tapi adakah sebab dia memilih sangat? We always want the best for ourselves, right?

14 Februari 2012 - 3:40 pm
Ijai ajak Rafiq hisap rokok kat luar ofis, sambil2 berasap diajaknya sembang jantan. Ijai kata kalau Valentine Day orang mengukuhkan kasih sayang, dia nak leraikan kasih sayang. Ijai nak putus dengan awek dia sebab hubungan diorang dah stagnant. Rafiq mengangguk...dia tak pernah tahu macam mana rasanya perasaan stagnant tu. Mananya tak, bercouple paling lama pun 2 bulan nak stagnant macam mana? belum sempat berselut lagi agaknya.

14 Februari 2012 - 4:50 pm
Sesudah solat Asar belum pun sempat Rafiq angkat tangan nak berdoa ada mesej masuk dari ibunya. 
" Rafiq, minggu ni kau tak balik kampung ke? kalau balik tu, bawakla balik sekali calon menantu. "
Terus Rafiq berdoa, mengulang kembali doa yang sama seperti selepas Zuhur tadi.
" Berikanlah aku keberanian untuk tegur dia dan meluahkan isi hati dekat dia.. Aminn 
Keluar saja dari surau, Rafiq terlihat Rafidah yang juga sedang menuju ke surau wanita di sebelah surau lelaki itu. Sejuk hati Rafiq.. tiba-tiba je...

14 Februari 2012 - 5:15 pm
Lagi 15 minit nak balik, time-time macam ni kebanyakan staf semua dalam kepala dah merawang ke rumah. Rafiq bangun mengajak Rafidah minum di pantry. Kebetulan dua-dua juga dah menyiapkan kerja masing-masing..  " Inilah masanya.." bisik hati kecil Rafiq. Rafiq terlihat Kazim yang menjeling ke arah mereka berdua. Dari ekor mata Rafiq seakan terlihat Kazim sedang menunjukkan isyarat bagus.

14 Februari 2012 - 5:20 pm
Sambil minum-minum, sambil borak-borak. Saat macam ni cukup membahagiakan untuk Rafiq sambil dalam hati berdebar-debar. Macam mana nak mulakan langkah. Rafidah lihat Rafiq macam tak senang duduk, macam resah gelisah, tak macam selalu.

" Rafiq ni dah kenapa nih, macam tak selesa je? sihat ke tak ni? "

" Ehh takdelah..ok jer. Tetibe nervous tengok Rafidah arini cantik sangat..hahaha. "  Rafiq buat-buat gelak tak ikhlas. nampak benar nervousnye.

" Dari tadi orang tengok, Rafiq tu macam nak cakap sesuatu je.. apa benda yang nak disorokkan sangat tu? "

dan kata-kata Rafidah macam pisau belati tepat mengena jantung. Terkeluar peluh jantan Rafiq sekejap..

" Ohh takde.. err..just nak cakap.. ehhmm... arr...Rafiq sebenarnya.. erhmm.. ahahh..hehe.haa.. Rafidah..err hahh.. tak balik kampung ke weekend ni? "

itu saja kata-kata yang termampu diucapkan Rafiq. Melampau-lampau nervousnya agaknya sampai tersasul. Dan jawapan Rafidah selepas itu bukan lagi macam pisau belati, tapi dah macam kilat petir menembak jantung Rafiq.

" Weekend ni mesti balik.. penting weekend ni. Preparation semua dah siap kat sana. Tunggu orang nak balik je ni. "

" Preparation?.... preparation apa? "  tanya Rafiq kehairanan dalam kecuakan.

" Weekend ni saya nak bertunang dah. Tu yang kepala serabut sikit nih.. " Kata Rafidah sambil tersenyum macam tiada apa perasaan.

HO SHIT…
HO SHIT…
HO SHIT…

14 Februari 2012 - 5:35 pm
Waktu balik, Rafiq terus diam. Tak terkata apa lagi lepas tu.. Balik tu, turun ke tingkat ground floor walaupun cuma 10 level tapi rasa macam turun dari level 90.. perjalanan lif terasa lama, terasa macam dinding lif tu himpit-himpit dia, terasa macam lif tu jatuh freefall ke bawah. Kazim sudah menanti di kereta nak ajak pulang bersama. Betul perasaan Kazim, hari ni memang hari istimewa untuk Rafiq.

14 Februari 2012 - 10:35 pm
Rafiq bergolek dan menonggeng atas tilam empuknya. Sambil di laptopnya terpasang lagu kumpulan Lestari, Mahligaimu Dari Airmata. Ijai sms Rafiq, hujung bulan dia nak bertunang, Ijai ajak Rafiq temankan dia. Dalam hati Rafiq kata " Cilakerr punye Ijai.. stagnant konon, kepala but dia stagnant..."

---

3 comments:

PELAUNG PULAU said...

ade orang tanya aku brape orang watak dlm cerita nih..

hero dan heroin ialah Rafiq dan Rafidah.

dan member Rafiq dalam cerpen ni ade 4 orang yang di mention.. iaitu
Hakim, Kazim, Ijai dan Johan

sekian. tq

Unknown said...

mana aku? diari aku xde? huhu

cHanHo said...

jiwang siot....rafiq=aniq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...