adverts

Friday, March 30, 2012

Faktab Friday : Letih...

Sesungguhnya aku dah letih

 

Aku letih nak fikir,
Aku letih nak menyesal,
Aku letih nak tahu atau ambil tahu,
Apa lagi yang aku boleh buat...
Sampai teringatkan betapa bodohnya aku dulu.
Nyata aku banyak tersilap.
Aku jadi serba salah. 
Melayani perasaan dan menolak kebenaran.
Kadang-kadang aku hanya mahu pengsan seketika.
Pengsan untuk aku lupakan apa yang dah banyak berlaku,
Dekat aku dulu... 
Aku sudah lelah.
Dipukul dengan rasa bodoh bertalu-talu..
Dihambat rasa sakit dan rasa pilu.
Segala macam aku dah cuba,
Segala macam aku dah usaha,
Dan tetap hasilnya sama. 
Dan aku tercampak kembali ke gaung sunyi.
Dan kini aku sudah semakin letih.
Letih dengan semua yang dah berlaku...

Sedangkan engkau tahu. Kelemahan ku mudah jatuh cinta - Hilang Dalam Terang, Search

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday #14 : Mi Rebus Sup Tulang


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Sunday, March 25, 2012

[Song for Sunday] #5 : Sudah Cukup Sudah - Nirwana Band

Masuk bulan depan cukuplah setahun.. Mungkinlah ini masanya untuk aku atau orang lain cakap kat aku, Sudah Cukup Sudah... cukup sampai disini saja. Memang tak ada gunanya meratib pada orang yang memang sudah tidah mahukan kita.

Tapi entah kenapa aku memang degil orangnya, zahirnya aku selalu juga berjumpa dengan dia. Entah kenapa aku suka berada disitu. Berada di sisi dia. bukan lagi sebagai pasangan, tapi sebagai kawan. Cukup ke rasanya. 

Ya. aku rasa aku dah banyak buang masa untuk kau. Tapi aku terpukul juga sekali sekala, bila kau kata kat aku yang aku juga buang masa untuk orang lain. Buang masa untuk orang yang memberi harapan tetapi sebenarnya tiada harapan.

Ya. ada seorang lagi. Seorang lagi yang aku kena cakap Sudah Cukup Sudah. Tapi entah kenapa yang ini aku rasa lain.. sesuatu yang aku tak boleh nak kata Sudah..Dan seorang yang aku relakan dia menari diatas tangisan aku.. Aku tunggu sajalah. Mungkin suatu masa nanti, aku akan kata Sudah Cukup Sudah.

"Teganya kau menari diatas tangisanku "


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.

C/ Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja

Tlah berulangkali kucoba mengalah
ternyata sabarku tak berarti untukmu
Ulang
C/ 3x

Saturday, March 17, 2012

[Short Stories Saturday] #4: Mana Ibu?

" Ok.. pagi esok saya janji bawak awak pergi naik belon udara panas tu ye? bye.. good night. "
Aril menamatkan panggilan. Sedar tak sedar, dekat sejam dia bergayut dengan Huda, aweknya yang dia baru kenal dalam laman Facebook. Janji Aril esoknya nak bawa Huda naik belon udara panas dekat salah satu festival tahunan di Putrajaya. Biarlah dia gayat dengan tempat tinggi sekalipun, demi Huda dia memang tak kisah dan segala ego tolak ketepi katanya.

Jam sudah pukul 2.30 pagi, bermakna Aril dah terperap lama duduk dalam bilik sorang-sorang sejak petang. Balik saja dari bermain bola sepak, Aril terus masuk ke bilik. Selesai mandi, dia bantai main game, main FB, main Twitter dan bergayut dalam telefon. Semua diulang-ulang sampai pukul 2.30 pagi sampai tak sedar keadaan sekeliling. Perut sudah lapar, mata juga mula mengantuk, keadaan sekeliling rumah sunyi sepi. Memang kadangkala rumah Aril akan tiada orang. Ayahnya ahli perniagaan memang selalu pergi ke luar negara atas urusan business dan minggu ini ayahnya pergi ke Beijing, China. Adik-beradiknya yang lain memang jarang ada dirumah. Adiknya di sekolah asrama penuh dan abang serta kakaknya sudah berkeluarga. Ibunya pula seorang Jururawat di sebuah Hospital swasta dan kadang-kadang hanya Aril dan ibunya saja yang tinggal berdua dan kadang-kadang Aril akan tinggal seorang diri.

"Abis you tinggal sorang-sorang ke ape nih? " ,
Aril teringat soalan Huda dalam percakapannya di telefon tadi. Dia sendiri pon dah tak ingat ibunya harini kerja ke tidak. 
"Petang tadi lepas I balik main bola, Mak I ada tadi tengah berkebun, tak ingat dia kerja malam ke tak? kalau kerja malam dia pergi kerja pukul 7 malam."
Aril malas nak berfikir panjang, dia dah mengantuk. Tak kisahlah kalau ibu kerja ke tak, kalau kerja pun bukannya dia tak pernah duduk umah sorang-sorang.
Tapi sebenarnya seram jugak kalau duduk seorang diri ni. 2 hari lepas, jirannya Salim terdengar bunyi sesuatu benda tengah mencakar tingkap rumahnya Dan semalam, jiran depannya Kunalan terdengar suara orang bercakap-cakap dalam rumah walaupun masa tu Kunalan tinggal seorang diri di rumah.
Aril tak pedulik semua tu. dia lagi hantu dari hantu tu sendiri.

Tiba-tiba Aril terdengar suara emaknya,
"Aril!!! turun bawah kejap tolong mak kat dapur ni.."
"eh.. mak ada rupanya. Dia tak kerja malam pulak hari ni? apa yang dia buat kat dapur tu tengah-tengah malam gini nih?"
"Aril!! turunlah kejap, mak nak mintak tolong betulkan sinki ni haa!! "
Suara emaknya semakin nyaring. Tak sanggup dia kena leter dengan emaknya karang. Dah la tadi tak turun makan malam, dok terperap dalam bilik pulak tu.
Aril keluar dari biliknya dan mula menuruni anak tangga. Keadaan yang gelap memaksa dia menuruni anak tangga perlahan-lahan.
"Mak buat apa kat bawah tu malam-malam buta gini? selalu time camni mak dah tido.."
Ibunya senyap tiada respon.
Sampai di tengah-tengah anak tangga, Emaknya memanggil lagi. Aneh, kali ni suara seperti datang dari atas pulak.
"Aril!! jangan turun... Mak pun dengar jugak suara tu!! "
 Berderau darahnya.... segala bulu roma Aril tegak berdiri. Dia kaku di tengah-tengah anak tangga. Yang mana nak percaya, yang mana dia nak pergi. turun ke bawah atau naik semula keatas. Keadaan sekeliling dirasakannya gelap. Dia baru perasan. Lampu bawah takda satu pun terbukak. Begitu juga lampu di ruang atas.
Aril mendapat satu akal, dikeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Jari menaip nombor telefon ibunya dan 5 saat kemudian ibunya mengangkat telefon.
" Ibu...err,... ibu kat mane nih eh?? hehhe"
" Kau ni kenapa Aril suara sekat-sekat macam ni? Ibu kat tempat kerja la. Kan minggu ni ibu kerja malam? "

Panggilannya tiba-tiba tamat sendiri. Aril berdiri kaku, kalau tadi keadaan sekeliling gelap gelita, sekarang terasa sejuk beku. Mana nak pergi sekarang ni? Apa nak buat kalau korang berada di keadaan macam aku?





Wednesday, March 7, 2012

Puisi Hari Wanita...


Hatinya selembut sutera,
Garangnya macam singa,
Tapi tuturnya gemalai menggoda,
Dia Wanita,
Hari ini hari mereka,

Datangmu dari rusuk kiri,
Mencari pasangan sejoli,
Atau mungkin dia yang dicari,
Mungkin aku yang mencari,
Aku Lelaki,
Namun dia layak mendapat emansipasi,

Isteri , Kekasih atau Ibu,
Aku perlukan dirimu,
Janji aku untuk membimbing kamu,
Asal kau kasihiku selalu,
Ingin juga aku katakan padamu,
I Love You...

Tudung Shawl dililit,
Kecantikanmu menggamit,
Padamu aku ingin jerit,
Isi hati yang membelit,
Cuping telingamu ingin ku gigit,
lembut manja ghairah mu terbit,

Pipi merah delima,
Bibir manis warna merah muda,
Pipi yang putih gebu,
Bertukar merah jambu,
Bila aku kata padamu,
Kau Wanita Melayu,
Mungkin yang terakhir pernah ku jumpa,
Yang tercantik di dunia...




Wanita adalah insan yang paling penting di dunia, kalau tidak takkanlah boleh ada pepatah "Behind every successful man, there is always a woman". Aku menyokong hak emansipasi wanita dan disini mahu mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita diseluruh dunia tidak kira bangsa, agama dan rupa. Puisi ini aku nukilkan khas buat kamu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...