Hatinya selembut sutera,
Garangnya macam singa,
Tapi tuturnya gemalai menggoda,
Dia Wanita,
Hari ini hari mereka,
Datangmu dari rusuk kiri,
Mencari pasangan sejoli,
Atau mungkin dia yang dicari,
Mungkin aku yang mencari,
Aku Lelaki,
Mungkin aku yang mencari,
Aku Lelaki,
Namun dia layak mendapat emansipasi,
Isteri , Kekasih atau Ibu,
Aku perlukan dirimu,
Janji aku untuk membimbing kamu,
Aku perlukan dirimu,
Janji aku untuk membimbing kamu,
Asal kau kasihiku selalu,
Ingin juga aku katakan padamu,
Ingin juga aku katakan padamu,
I Love You...
Tudung Shawl dililit,
Kecantikanmu menggamit,
Padamu aku ingin jerit,
Isi hati yang membelit,
Cuping telingamu ingin ku gigit,
lembut manja ghairah mu terbit,
Isi hati yang membelit,
Cuping telingamu ingin ku gigit,
lembut manja ghairah mu terbit,
Pipi merah delima,
Bibir manis warna merah muda,
Pipi yang putih gebu,
Bibir manis warna merah muda,
Pipi yang putih gebu,
Bertukar merah jambu,
Bila aku kata padamu,
Kau Wanita Melayu,
Mungkin yang terakhir pernah ku jumpa,
Mungkin yang terakhir pernah ku jumpa,
Yang tercantik di dunia...
Wanita adalah insan yang paling penting di dunia, kalau tidak takkanlah boleh ada pepatah "Behind every successful man, there is always a woman". Aku menyokong hak emansipasi wanita dan disini mahu mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita diseluruh dunia tidak kira bangsa, agama dan rupa. Puisi ini aku nukilkan khas buat kamu.
2 comments:
wiwittt
Keren puisinya.
Selamat hari perempuan
Post a Comment