Oleh AMRAN MULUP (nizam)utusanmelaka@utusan.com.my
MELAKA 16 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah dekat sini ditutup selama sembilan hari mulai hari ini sehingga 24 Julai ekoran penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) ke atas pelajarnya yang semakin meningkat.
Ekoran 10 kes terbaru H1N1 di negara ini dengan sembilan daripadanya melibatkan penuntut Kampus Lendu, Kementerian Kesihatan telah me ngeluarkan arahan petang ini supaya kampus itu ditutup sembilan hari.
Lewat petang ini, sekumpulan ka kitangan dari Kementerian Kesihatan dilihat memasuki kampus tersebut dan pergi dari kolej ke kolej untuk memaklumkan mengenai penu tupan universiti itu.
Tinjauan Utusan Malaysia menda pati laluan pintu masuk mula sibuk dengan kereta keluar dan masuk apa bila ibu bapa mula datang untuk mengambil anak masing-masing.
Tidak kurang pula pelajar yang berjalan kaki membawa beg pakaian dilihat keluar dari kampus sama ada menaiki teksi dan bas untuk pulang ke rumah masing-masing.
Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah ketika dihu bungi Utusan Malaysia hari ini meng esahkan mengenai penutupan Kam pus Lendu yang dikeluarkan oleh Ke menterian Kesihatan petang ini.
Beliau berkata, UiTM akur dengan arahan itu yang dibuat sebagai langkah untuk membendung penularan wa bak itu daripada menjadi lebih serius.
“Dengan arahan itu, ibu bapa sudah boleh mengambil anak-anak masing-ma sing mulai hari ini dan esok,” katanya.
Ekoran itu kata Ibrahim, kampus tersebut akan dibuka kepada semua ibu bapa sepanjang tempoh 24 jam untuk mengambil anak masing-masing.
Bagi pelajar yang tinggal jauh dari Melaka pula, beliau berkata, mereka masih dibenarkan untuk menetap di kampus berkenaan.
“Bagi pelajar ini, mereka akan di tempatkan di kolej yang bebas da ripada jangkitan wabak ini,” katanya.
Mengenai pelajar yang dijangkiti wabak itu, katanya, pihak Kemen terian Kesihatan dan universiti telah mengambil langkah yang perlu un tuk mengasingkan mereka. - Utusan
sidenote: jangan laa sampai ke MMU..walaupon Alor Gajah ngan Ayer Keroh tu jauh..tapi dulu virus tu dari Mexico..sampai gak kat Malaysia ni.adeh...andai kata MMU tutup..best lee.tapi jangan aku yg kene H1N1 sudaaa....
1 comment:
sila lah datang melawat ke site aku!huhu
Post a Comment