adverts

Friday, February 25, 2011

Cerpen...bukan kisah tipikal drama Melayu (Part 2)

Sebelum aku mulakan kisah ni, biarlah aku letak dulu disclaimer awal-awal. Bukan apa, tanak nanti ada orang salah paham...


kisah ini bukanlah kisah cinta, tapi kisah yang terjadi akibat cinta.......


  Life Hairi terus berderai macam belon yang pecah tercucuk jarum, pelajarannya merosot dan social lifenya juga merudum. Hairi tidak menceritakan masalahnya kepada sesiapa dan setiap kali dia menghadapi masalah, Hairi akan terus melarikan diri dari masalah dan mencari escapism lain dengan melepak dengan kawan2 baiknya seperti Din, Mus dan Wan. Bila tension dia selalu ajak diorang bertiga ni lepak2 minum teh,tengok bola,tengok wayang ataupun main pool. Walaupun sentiasa melarikan diri dari masalah, Hairi tau satu hari dia terpaksa gak menghadapi  masalah tu dan akhirnya masalah Hairi sampai di suatu tahap dimana it all become to much for young Hairi to handle. Hairi menghadapi banyak masalah terutamanya masalah pelajaran dan masalah kewangan. Bab pelajaran memang entah kemana dan bab soru Hairi ni selalu je bedal megi ataupun grand sikit nasik bujang setiap hari. Atas nasihat keluarganya, Hairi mengambil keputusan untuk menghentikan pengajiannya dan menggunakan sijil diplomanya untuk mencari kerja.

Tuah Hairi belajar di IPTS yang terkemuka di Malaysia menyebabkan diplomanya laku saja diperakukan dengan nilai. Sekejap saja Hairi berjaya mendapat kerja di sebuah syarikat IT di Putrajaya dan tanpa melengahkan masa, Hairi packing segala barangnya dan meninggalkan semua kenangan buruk mahupun indah di Universiti yang berjaya mendidiknya selama setahun lebih itu. Gaji Hairi tidaklah begitu banyak tetapi bagi seorang pemegang Diploma gajinya boleh sahaja mencecah 3 ribu sekiranya Hairi rajin membuat kerja lebih masa. Dan sejak itu Hairi menjadi hamba wang kertas. Dia kini seorang workaholic. Puas baginya apabila melihat angka yang terpapar di skrin ATM setiap kali tibanya hujung bulan. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah melupakan Nur. Biarpun hubungan Hairi dan Nur kini sudah tidak lebih sebagai kawan atau bekas rakan seperjuangan dalam pelajaran, Hairi tetap menyimpan hasrat yang lebih serius untuk mendapatkan semula Nur. Beberapa kali juga Hairi menghubungi Nur melalui sms,messenger mahupun facebook dan setiap kali itu jugalah Hairi memberi pembayang yang dia masih mahukan Nur. 

Di tempat kerja Hairi, staf wanita memang terlalu rare dan kalau nak dinisbahkan dengan staf lelaki yang bujang pun masih lagi terlebih tujuh lapan orang staf lelaki, dan paling teruk apabila kebanyakan staf wanita disitu semuanya dah ada balak. Bagi Hairi, ape lagi pilihan yang dia ada? nak taknak terpaksa jugaklah Hairi makan luar. Dia sendiri pon memegang prinsip sejak dari awal kalau boleh tanak ade awek satu opis. Dan kalau satu opis sekalipun biarlah lain-lain department atau lain-lain tingkat. Dan ini menyebabkan Hairi terpaksa juga menurutkan kemahuannya terhadap Nur. Namun entah dimana silapnya, Nur terlalu dingin dengan Hairi. Setiap kali mereka berborak, Nur seolah mahu mengelak untuk bercerita mengenai hubungan mereka dan Nur sebolehnya mahu melupakan apa yang berlaku di masa silamnya dan ini termasuklah kenangan berdating-dating dengan Hairi setahun yang lepas. Akibat itu, Hairi semakin hari semakin stress sebab dia sendiri dah merasakan diri dia macam looser, macam cob-nobbler bak kata Nami TTGB.

Di opis Hairi ade sorang staf bernama Am, si Am ni kalau nak compare ngan Hairi hensem lebih sikit tapi mamat Am ni bab tekel awek memang sah beribu kali ganda lagi power dari Hairi tapi ntah mana silapnya si Am ni masih lagi single. Hairi sendiri pelik tengok member dia sorang ni, "muka dah hensem, duit banyak, tekel awek pandai tapi takde awek...lagi looser dari aku" kata Hairi dalam hati. dalam pejabat tu semua awek si Am ni ngorat..tapi memang silap la pi ngorat awek orang, memang tak dapat la melainkan kau ni special betul punye orang. Si Am ni macam Hairi gak, gile main social network site macam Facebook, Myspace, YM..pendek kata semua network site yang senang carik awek la abis cite. Entah camana dalam dok main YM tu si Am dapat contact information Nur. Am pon ape lagi, gile jugakla dia tengok gamba kecik Nur dalam YM yang terserlah comelnya. Dalam dok chatting tu Am pun dapat la nombor tepon Nur. Am pon sejak tu selalu la contact2 Nur main-main mesej dan slalu calling-calling semua. Dan dalam masa yang sama Hairi masih lagi berhubungan ngan Nur. Tapi takdela sampai main sms dan calling2.. bagi Hairi dia takda idea nak borak ape dengan Nur selain amat memahami kerjaya Nur sebagai seorang eksekutif mestila Nur ni busy gila orangnya. Sekali sekala kalau Hairi nampak Nur online, segera Hairi akan tegur dan borak la apa2 sampai Nur ni offline sendiri.

Setelah beberapa hari Am dan Nur contact2, akhirnya Nur dapat tau bahawa Am dan Hairi bekerja satu opis. Nur dapat tau lepas tengok kat facebook yang Am dengan Hairi ni adalah mutual friends(sape main facebook tu tau la ape maksud mutual friends). Selepas ditanya oleh Nur barulah Am bagitau dan dia pon baru tau yang Nur dengan Hairi saling kenal-mengenal. Sejak tu Am selalu menyendeng dekat Hairi untuk bertanya pasal Nur. Hairi sedar yang Am ni rupanya memang ada hati ngan si Nur. Dalam hatinya terasa bengang jugak bila Am pon dok sama nak ngorat si Nur. Setiap kali Am bertanya pasal Nur dekat Hairi, Hairi akan buat-buat tak layan si Am. Dia sendiri pon pening nak carik awek, pastu nak sibuk buat ape pi tolong orang, bentak hatinya. Semakin hari hubungan Am dengan Nur semakin rapat, biarpun tak penah berjumpa tapi bila berborak dalam telefon bunyinya seakan diorang ni dah kenal lama dan macam tengah berkasih sayang pulak. Bagi Hairi dia sedar, hubungan Am dengan Nur pasti menjadi dan dia mungkin terpaksa menyesal sebab tak ambik serius pasal hubungannya dengan Nur sejak dari awal perkenalan mereka dan pasti akan lebih menyesal sebab tak buat decision dengan cepat semasa mereka berdua menyambung pengajian di selatan tanah air dahulu..... itulah kisah Hairi yang menyedihkan dan mungkin juga kelakar kerana disebabkan kesengalan Hairi ni, banyak sungguh peluang yang terlepas di depan matanya... 
-the end-


and thats the end of the story, gua nak tanya pendapat lu orang semua pasal Hairi ni.. lu orang rasa Hairi ni betul ke looser seperti yang gua ceritakan atau mungkin Hairi ni tak bernasib baik.. dan gua nak tanya kalau lu orang jadi macam Hairi ni, apa yang lu orang buat? adakah lu orang akan tolong si Am dapatkan Nur sebab lu pon rasa yang lu dengan Nur mungkin takkan bersama atau lu orang akan terus fight untuk dapatkan jugak si Nur... kalau tanya pendapat gua. gua rasa...... ah malas nak pikir arh...kat bawah ade ruang komen..so please let me hear what you think.... sekian from Here and There....

Wednesday, February 23, 2011

Cerpen...bukan kisah tipikal drama Melayu (Part 1)

Sebelum aku mulakan kisah ni, biarlah aku letak dulu disclaimer awal-awal. Bukan apa, tanak nanti ada orang salah paham...


kisah ini bukanlah kisah cinta, tapi kisah yang terjadi akibat cinta...


Hairi, adalah seorang mamat yang sengal ya amat tapi seorang yang boleh jadi serius ataupun tak serius pada suatu2 masa, kebanyakan masanya Hairi adalah seorang yang tidak serius..he cannot take anything seriously umpama memegang prinsip The Joker, "Why so seriousss???". Tapi bila datang dia punya bab serius, Hairi ni boleh jadi seorang manusia yang tak boleh dibawak berbincang. Hairi sejak zaman sekolahnya tidak pernah mempunyai seorang awek. Satu-satunya awek yang dia ingat dia ada ialah seorang gadis yang dia kenal dalam ruangan chatroom dimana ketika itu umur Hairi baru 15 tahun. Tetapi mereka tidak pernah menatap wajah masing-masing menyebabkan gadis itu meminta putus daripada Hairi. Hairi sendiri pun tidak pernah menyangka bahawa mereka berdua pernah berpacaran..kan sengal betul Hairi ni?

Nun jauh di Keningau, Sabah seorang gadis tidak menyangka yang dia akan suatu hari memijakkan kaki ke tanah semenanjung. Kehidupan di pekan Keningau begitu tenang. Nur, seorang gadis sebaya Hairi mungkin tidak akan menyangka dia akan menemui seorang lelaki yang tidak pernah serius dalam hidup seperti Hairi. Setelah tamat SPM, ayah Nur yang merupakan seorang staff di syarikat telekomunikasi terkemuka mencadangkan Nur untuk merantau ke tanah semenanjung untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang telekomunikasi. Nur yang pada mulanya keberatan akhirnya akur juga kerana ini juga merupakan peluangnya untuk akhirnya melihat ibukota Kuala Lumpur di hadapan matanya sendiri dan bukan lagi melalui tv ataupun akhbar.

Takdir mempertemukan Hairi dan Nur di sebuah IPTS terkemuka di KL, di hari pertama mereka bertemu dan diletakkan dalam kumpulan orientasi yang sama. Hairi terpegun melihat Nur. Gadis dari Sabah yang  berkulit sedikit kuning sedikit putih dan sungguh comel. Nur tidak memakai tudung tetapi bukan itu yang membuatkan dirinya kelihatan cute. Nur kelihatan seperti seorang yang innocent. ibarat rusa masuk ke bandar, Nur kelihatan naif dan bahasanya yang pekat keSabahan itu membuatkan dia menjadi perhatian ramai freshie2 dan senior2 lelaki di IPTS tersebut. Belumpun seminggu Nur memijakkan kaki di KL, dia sudah mula menjadi bahan perhatian.

On the other hand, Hairi juga seorang yang innocent. Hairi merupakan anak manja dalam keluarganya. Memasuki IPTS ini adalah pengalaman pertama Hairi berjauhan dengan keluarga dan jika selama ini ibunyalah yang membasuh pakaiannya dan memasak untuknya, Kini keselesaan itu lenyap serta merta. Hairi kini perlu lebih berdikari jika mahu survive di ibukota KL. Kota dimana mimpi tidak pernah luntur dan tidak pernah menunggu kita. KL boleh saja menelan kau hidup-hidup dan boleh saja melonjak menyanjung kau tinggi-tinggi. Di KL, tiada apa yang kelihatan mustahil. Di hari pertama, Hairi terpegun melihat Nur. Ini mungkin pertama kali dia melihat gadis Sabahan. Selama ini dia bersekolah di sekolah yang berkategori sekolah luar bandar, dia tidak pernah melihat secara live depan mata gadis-gadis Borneo. Tetapi hari ini Hairi dapat melihat sendiri kecantikan eksotik gadis-gadis Borneo. Hairi sempat berkenalan dengan seorang dua daripadanya termasuklah juga Nur.
Perkenalan mereka sewaktu orientasi ringkas sahaja. Maklumlah kedua-duanya mengambil jurusan yang sama iaitu Teknologi Telekomunikasi dan bagi Hairi apa perlunya dia tergopoh-gopoh? kerana masih ada masa yang panjang untuk dia mengenali Nur.

Namun begitu, Hairi sendiri teragak-agak untuk mendekati Nur. Ini kerana di hatinya sudah tersimpan perasaan kepada seorang gadis yang dikenali di sekolahnya. Gadis itu jual mahal dengan Hairi dan Hairi sering terasa emosi atau bengang dengan gadis itu dek kerana gadis tu yang selalu saja kerek terhadapnya. Bagi Hairi, se kerek mana pun gadis itu, dia sajalah yang menjadi pujaan hati Hairi. Pernah Hairi bermurung tak makan nasik seminggu sebab gadis tu taknak melayan mahupun bercakap dengan Hairi. Nasib baik Hairi mempunyai kawan-kawan yang maha cool dan suka memberi sokongan kepada Hairi. Barulah normal sikit life si Hairi yang sengal itu. Berbalik kepada hal Nur tadi, dengan kesengalan Hairi, dia telah terlupa bahawa ini KL, jika terlambat, orang lain yang terlebih dulu akan rembat.

Dan nyata Hairi terlambat sebab ada senior yang dah rembat dulu Nur. Senior yang dipanggil Adi ni pon sebenarnya tahap sengal dia agak level jugak dengan Hairi tapi sebenarnya lagi puaka kesengalannya. Mamat senior ni beberapa kali gak cuba mengambil kesempatan keatas Nur yang innocent itu. Dan akibat kepuakaan perangai si Adi tu, beberapa bulan kemudian Nur meminta untuk memutuskan hubungan sebab tak tahan dengan perangai Adi yang mengalahkan singa lapar. Jadi pengalaman pertama Nur di KL nampaknya sangat tidak menyenangkan. Nasib baik Nur mempunyai kawan2 rapat yang kemana pergi mesti saja bersama dan kawan-kawan inilah yang banyak membantu Nur mengenali KL dengan lebih telus supaya tidak lagi menjadi mangsa kebuayaan sakai-sakai Kuala Lumpur. Pasti anda menyangka yang ini akhirnya peluang bagi Hairi untuk kembali mendapatkan Nur bukan? anda silap lagi. Hairi terus dengan kesengalan dia dan gagal untuk mendekati Nur. Tetapi bukan itu penyebab utama Hairi gagal. Yang sebenarnya, kawan2 Nur ini tadi setelah apa yang telah berlaku terhadap Nur kini telah menjadi shield atau perisai yang menyimpan Nur jauh dari rakan-rakan lelaki yang lain. Kalau dalam game Counter Strike mission capture the flag, anggap saja Nur ni Flag dan terdapat askar2 yang instead pergi mencuri flag lawan,sebaliknya bermati matian mempertahankan flag ini.

Tahun demi tahun akhirnya Hairi dan Nur serta rakan2 sekuliah yang lain akhirnya menamatkan pengajian mereka. Nur yang walau disimpan dan dipertahankan sebaik-baiknya akhirnya menjadi buah hati kawan baik Hairi, iaitu Aizam. Hairi akhirnya menyesal menunggu gadis pujaan hatinya apabila gadis pujaannya akhirnya bertunang dengan seorang lelaki yang bekerja di luar negara. Hairi yang sebelum ini dilabel sengal kali ni boleh dilabel dalam bahasa yang lebih kasarnya, looser. Dan yang lagi loosernya, walaupun Hairi ni nama je belajar kat IPTS, pulak tue IPTS yang letaknya di tengah KL, Kan macam pelik je bunyinya bila punyelah glemer blajar kat IPTS dekat tengah KL tapi dah sampai habis belajar pon sorang awek tak sangkut. betul looser tu...
Beberapa bulan kemudian Hairi menyambung pengajiannya di sebuah lagi IPTS terkenal di selatan tanah air. Di sana, Hairi turut ditemani bekas rakan IPTS lama dan yang paling istimewanya Nur turut sama menyambung pengajiannya di IPTS yang sama. Hal ini mungkin kerana memudahkan Nur bertemu Aizam kerana selepas tamat pengajian yang lalu hubungan mereka terputus kerana Aizam di Petaling Jaya dan Nur di Keningau.kan susah PJJ(perhubungan jarak jauh) ni? Hairi pula kini sudah melupakan terus gadis pujaan hatinya di kampung dan kini mula memasang angan2 untuk mendekati dan merampas Nur dari Aizam. Pedulik apa katanya, Aizam tu pun boleh tahan gak ramai awek. Ntah apa yang dia nak dari Nur pon taktau lah.
Di sini Nur memang keseorangan. Memang lah ada beberapa orang rakan sekuliahnya dan rakan serumahnya, Tapi diorang tak seperti kawan lamanya. Kawan baru ni menurut Nur agak pendiam dan tak gila-gila macam kawan terdahulunya. Sementara Hairi pula kali ni lebih bernasib baik di tempat baru ni. Ramai gadis-gadis cun cun belaka yang Hairi sempat berkenalan dan ada seorang dua yang menunjukkan minat terhadap Hairi. Dalam pada tu, Hairi masih juga melayan Nur, banyak kali juga dia bawak Nur keluar jalan2 pegi tengok wayang, pergi lake garden, pergi shopping mall. Mereka keluar berdua je, kalau orang lain tengok mesti ingat diorang berdua ni couple-couplean standard bani melayu. bak kata Nami TTGB, couple-couplean ala bani melayu tak lari dari budaya pi tengok wayang,makan2 kat fastfood dan pergi karaoke. Dan Nur pula setelah beberapa kali menghadapi krisis dengan Aizam akhirnya memutuskan terus hubungan dengan Aizam dan apabila Nur memberitahu perkara ini kepada Hairi, Hairi hanya senyum sambil dalam hati berkata "aku dah agak dah." (cilakak sungguh mamat ni punya confidence.)

Despite dah bersama kesana kesini kecuali bab pergi kelas sebab mereka mengambil mata pelajaran berlainan kali ini, Hairi tetap tidak meluahkan perasaannya kepada Nur. Nyata kesengalan Hairi berterusan lagi dan ape yang susahnye dia nak luahkan perasaan taktau la. Selain Nur, terdapat seorang lagi gadis yang menunjukkan minat kepada Hairi dan beberapa kali jugak dia mengajak Hairi keluar makan-makan atau berjumpa untuk berborak borak. Dan setiap kali Hairi diajak oleh awek tu yang bernama Bella, setiap kali tu lah Hairi menolak dengan berbagai alasan antaranya dah janji nak makan ngan member la,ade kelas lah, ade assignment lah. Hairi kurang selesa dengan Bella. Bukan kerana Bella tidak cantik, Bella jugak boleh tahan cute tapi kalau nak dibandingkan dengan Nur..terserlah lah bahawa Nur lebih sesuai dengan Hairi. Hairi nih memang sengal ya amat dalam membuat keputusan. Antara sebab dia gagal meluahkan perasaan terhadap Nur adalah sebab dia teragak-agak samaada nak pilih Nur atau Bella. dan tanda2 looser atau cob-nobbler semakin terserlah pada Hairi because it takes him couple of months to decide yang mana dia actually nak pilih. Dan dalam kesengalan tu, Hairi menerima tamparan hebat bila Bella akhirnya menjadi girlfriend seorang budak lelaki yang lebih kurang sebaya dengan Bella. Worst is yet to come dan belum pun sempat Hairi menyusun strategi untuk memfokuskan sepenuhnya kepada Nur, Nur mendapat tawaran menjadi eksekutif di sebuah company bertaraf GLC diatas recommendation kawan baik Nur iaitu Iza. Nur meninggalkan terus pengajiannya dan Hairi yang terus menjadi looser full time dan yang paling teruk Nur pergi tanpa berjumpa Hairi ataupun mengucapkan selamat tinggal secara berdepan dengannya.

pehhh gile looser Hairi nih....


bersambung....

kalau ada apa-apa hangpa semua nak komen nak tanya apa2 ruang komen kat bawah disediakan..kalau nak tanya apa2 soalan..ha kat belah tepi ni ade kaunter pertanyaan Formspring. Tanya je ape bende ko nak tanya..sekian

Sunday, February 20, 2011

Pengaruh fikrah bapak gua yang mempengaruhi fikrah gua...

I follow the Moskva,Down to Gorky Park,Listening to the wind of change....-Scorpions

Mengenali bapak gua yang di zaman mudanya seorang mat poseur, gua turut tak terkecuali dipengaruh oleh dakyah dan fikrah beliau yang dulu2 keje layan lagu trash,lagu elektronik,dan lagu pakai tamborin. Bapak gua melalui zaman2 evolusi muzik dari 60an sampailah ke zaman anak dia yang keje layan Linkin Park, Muse sampailah Carburetor Dung dan Tapau.oh ye Tapau tu bukan nama group muzik ye sedara2. di zaman mudanya dia seorang yang suka layan lagu alleycat dan lagu Awang Trasher time maghrib2 lepas tu kene sebat dengan atok gua. bila dia besar die keje ngan Guthrie dimana pengaruh omputih sangat kuat kepada beliau sampai kalau karaoke pon layan lagu cliff richard,men at work dan paling tak tahan sekali nyanyi lagu Modern Talking.


Modern Talking- sooo gei..


di waktu gua kecik, bapak gua suka pengaruh gua dengan muzik elektronika dan rock separa trasher nih. Gua pulak kecik2 dulu tak berapa ngam dengan lagu2 macam ni sebab gua kecik2 layan lagu senario dan raihan(betapa noobnye gua waktu tu).tapi last2 gua terpengaruh gak.lama2 gua pon hari2 layan lagu Dire Strait-Money for Nothing pastu kalau pi restoran jumpa jukebox mintak bapak gua mainkan lagu Scorpions-Wind Of Change. Bila gua da besar ni tetibe gua rasa semua tu cool. Cool sebab gua rasa tak ramai orang layan benda2 tu semua.. member2 seangkatan gua diwaktu kecilnya samaada tak disumbatkan fikrah diorang ngan lagu2 Tomok, mesti lagu2 siti nureskimau,siti nordiana,siti sifir dan paling tahap maut lagu2 Scoin,Spring,Slam,Spin,Spoon,Senduk,Selimut,Sepoket,Senggugut dan macam-macam Se lagi.

Panggillah gua sandarkan pada kenangan. Tapi antara banyak2 benda yang gua layan sampai sekarang akibat pengaruh bapak gua adalah dua nih. Dua rock band yang sangat otai dan sangat cool di zaman dulu sampai zaman skang..all hails to these duo!!


Scorpions


sape yang ngaku dia mat rock tapi tak minat langsung Scorpions, gua boleh cop dia bukan mat rock sejati. Scorpions ni syarat wajib kalau lu nak jadi Mat Rock.. kalau nak jadi Poseur mat rock pon sekurang-kurangnya kene letak Scorpions sebagai senarai feveret band. Bapak gua dulu memang kaki Scorpions. tu semua hasil dia join band sekolah waktu muda2 dulu. Gua time kecik2 dulu selalu bersiul lagu wind of change. setakat ni tu la satu-satunya lagu yang gua tau kalau nak nyanyi mesti kene siul dulu..pastu kalau pi karaoke, sound effect untuk siul dimutekan sebab nak suruh penyanyi tu siul sendiri..maka kelaut la perginya bila bersiul irama lagu oh fatimah.. kat Malaysia ni lagu Wind Of Change tu rare dan kalau kuar radio pon balik2 lagu Still Loving You ngan Rock You Like a Hurricane... ahh bosan.


Pink Floyd


Kelmarin masa gua kerja pastu buat editing untuk channel I-Concert,pepagi buta telinga gua tertangkap lagu Mother. pehh serta merta pagi gua ceria dan segar bila dapat layan konsert Pink Floyd The Wall Live in Berlin.. gua rasa macam gila isim pepagi tu melihat konsert diorang yang pelik macam hape ntah dengan orang terbang sana sini..pastu video klip yang nampak sifat anarchism dan anti establishment(ape bende aku merepek ni sialll??). Pink Floyd bagi gua memang cool. tak caya pi youtube layan Another Brick in The Wall. Lagi satu sebab kenapa gua rasa Pink Floyd cool sebab lagu Another Brick in The Wall ni menekankan sifat anti-education di sekolah sekolah dan usaha guru yang cuba menukarkan murid-murid menjadi patung yang mengikut kata telunjuk kaum pemerintah. Ok mungkin gua fan poseur sebab tau lagu Another Brick in The Wall jer..tapi ade gua kesah?? umo gua 5 taun gua dah tengok Another Brick in The Wall punya movie..haha korang hadoo??

Wednesday, February 16, 2011

Movie Review : The Time Traveler's Wife

I was with you in the meadows, you were jealous of my wife..-Henry De Tamble





Pernah tak korang lekap tapak tangan kat cermin kaca di waktu sejuk dan bile dah lepaskan tangan tu mesti korang nampak ade kesan handprint melekap kat kaca tu menghilang sikit demi sikit? itulah simbol penting dalam cerita awesome yang bertajuk The Time Traveler's Wife lakonan awesome dari si Hulk iaitu Eric Bana dan hottie yang mirip Jessica Alba iaitu Rachel McAdams.

filem epic fantasy love story ni mem-feature-kan konsep time travelling yang abnormal dalam genetik Henry DeTamble. Henry ni memula skali time travel masa umo dia 6 taun masa tu dia dalam kereta bersama mak dia dan sayangnya mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa mak dia. Henry pulak secara tetiba ter-timetravel ke 2 minggu sebelum eksiden tu dan kemudian tertimetravel semula di tepi jalan betul2 depan eksiden yang berlaku tu sebab dia diselamatkan oleh his older version of Henry yang banyak kali cuba time travel ke semasa accident tu untuk cuba halang ia dari berlaku tapi tetap gagal. Though, Henry terus juga hidup hingga dewasa. Semasa dewasa Henry banyak time travel ke masa masa silam dan kadang2 travel ke future.

So satu hari di sebuah library, Henry bertemu ngan seorang aweks hottie bernama Clare yang claim dia kenal Henry sejak kecik. Maka bermulalah kehidupan kedua-dua pasangan ni. So kalau nak tau macam mana Clare ni kenal Henry kene la tengok sendiri cite ni ye dak? ok Clare ngan Henry kemudiannya berkahwin dan sejak tu life has been hard buat mereka berdua. Mane taknya, si Henry ni kejap2 time travel pulak tu main time travel sesuka hati je takde nak warning ke ape ke. Tau2 dah hilang tetibe. akibatnya hubungan makin dingin and what's worst sindrom time travelling ni memang ada dalam gene Henry dan akibatnya beberapa kali gak anak dalam kandungan Clare hilang akibat time travelling ( gile!! dari janin lagi dah time travelling).

Anyway filem ni tak mengclearkan konsep time travelling tu dan camne Henry boleh tetibe ade ability time travel tu dan kenapa tiap kali time travel mesti dalam keadaan bogel. Ability tu Henry tak sorok sorang2 sebab dia bagitau kat bapak dia, bini dia,kawan bini dia so takde la masalah di kemudian harinya. Cuma bile tak diterangkan pasal ability tu aku keciwa sikit dah bawak jumpa doktor pon doktor takleh terangkan.Baik takyah jumpa doktor kalau gitu. Agak2 kalau cerita Melayu ni mesti ade scene bawak pi jumpa bomoh..DAMMMNN!!!. Dialog paling kelakar masa Henry first time jumpa Dr. Kendrick masa nak terangkan pasal ability time travelling dia,

"And I have a genetic anomaly.It's called Chrono-Impairment.That's a term you came up with, apparently that's what she says.Of course, now I've mentioned it,you will call it that......and it'll be hard to tell which came first." Lols!!



Kenapa movie ni awesomee!!
-movie ni boleh masuk tahap movie yang sedih giler. Aku terfeeling kejap masa at the end of the movie masa Henry time travel ke masa hadapan dan Clare berlari gi kat laki dia.lepas Henry hilang balik, camera shot ke arah anak diorang, Alba yang tengah nangis tengok bapak dia hilang semula dan tengok mak dia yang kembali keseorangan. damn!! gua nak nangis time tengok part nih..
-for guys, Rachel McAdams is sure an eyecandy tahap hottie dengan muka mirip Jessica Alba. And for girls, there's your hot Eric Bana yang sentiasa macho.
-dialog dalam movie ni meruntun jiwa gak..one of the akward ones sounds like this, oh yeah it came from Clare..


"I'm pregnant.Do you remember the night in the parking lot? When I came to get you? You were younger.Before the surgery. I mean, it's not like I cheated on you."


-banyak moment kategori WTF!! contoh masa memula Henry jumpa anak dia kat zoo dan paling WTF!! masa Henry ter-time travel ke waktu dia belajar memburu ngan bapak mentua dia..dammnn!!

Apa yang tak best pasal movie ni
-ok guys are gonna laugh or hate me for watching movie jiwang camni. Its a story-type movie not an action movie..and if you expect time travelling ni macam cerita Jumper you are dead wrong...
-Movie ni based on novel..so you know movie based on novel kalau tak buat cerita betul-betul dan banyak loophole memang sakksss!!.Aku taktau pon cite ni based from novel patut la tengok banyak lubang sana sini. Nasib baik emotion citer ni menjadik.
-Ok sepanjang aku hidup aku rasa time travelling ni bapak cool. Tapi kalau jadi cam Henry ni..okeh tu tak cool..especially part knowing when you are gonna die..is that suppose to be cool??

Here and There rates The Time Traveler's Wife an awesomee!! 6 out of 10

Sunday, February 13, 2011

V for Valentine.....

It's V-day again...tiap2 14 februari pon orang sebok ngan V-day samaada dari puak2 yang celebrate v-day mahupon puak2 yang menentang v-day. Menentang untuk satu hari je, yang lagi 364 hari tu taknak komplen? sedangkan maksiat ni hari-hari berlaku. Ok aku taknak elaborate lagi pasal tu. Tu biar blog2 lain tulis...

aku nak tulis pasal diri sendiri. Apa valentine day untuk aku? v-day bagi aku ialah hari aku nak merasa feeling jiwang-jiwang sebab takde awek dan sambil tunjuk jari tengah kat orang yang ade awek/balak pastu melebih-lebih nak celebrate valentine macam kan tu satu satunya hari nak berkasih sayang kat awek/balak dia.oh btw aku gelak kaw-kaw bila member aku cakap v-day stands for vagina day..haroomm punya budak..

untuk v-day taun nih, macam taun-taun lepas gua single lagi...tapi taun ni gua menyokong tema valentine day dari TTGB
iaitu Forever Alone.moga-moga gua tak forever alone lah....itu eternal damnation namanya. dan gambar dibawah untuk lu orang yang senasib ngan gua... alone tu cool sebenarnya.

Friday, February 11, 2011

Movie Review: Tekken

"So who taught you how to fight?" -"My mother."

ok lama dah aku tak update blog.. so for now aku akan update blog dengan review beberapa movie yang aku baru lepas tengok..movie kali ni aku nak review pasal filem Tekken..yahh I know movie tu dah lama..tapi aku baru tengok semalam and movie ni ade something yang aku perlu bagi review...




Now cube bagi aku beberapa senarai movie yang diangkat dari game bergenre Fighting ke filem and dari senarai tu cuba bagi aku cite mana yang betul2 bleh dikatakan decent? I can assure you there's none... none..yileekkk..

most of them samaada jalan cerita hampeh(selalunya ni sebab dia)... atau jalan cerita dah ade tapi action kurang atau lawan2 kurang contohnya dragonball evolution..macam cilaker jer citer dia...tendang tumbuk sikit2..pastu bagi Abugid terus kiok...main game dia pon aku rasa lagi lama dari movie tu sendiri...

Ok now lets talk about Tekken. Sumpah cakap aku ni not a big fan of Fighting games. Kalau ada pon aku ni just peminat setia title sedia lama macam Mortal Kombat ngan Street Fighter. Lain2 tu aku tak brape sangat. And bila diorang nak buat movie Tekken ni aku memang sepatah haram taktau ape2 pasal watak2 citer ni..aku ingat pon sorang dua je macam Jin Kazama ngan Yoshimitsu. ok jalan cerita Tekken ni memang tak berapa nak menarik sangat sebab memang solely cerita pasal pertandingan Tekken atau englishnya disebut Iron Fist. Typical movie pasal game Fighting mesti pasal karakter join pertandingan lawan2 macam original dulu Mortal Kombat buat tournament kat pulau terpencil dengan konsep nak pilih sape lawan sape yang berterabur.. then, ade jugak Dead or Alive...jugak konsep sama... masuk tournament pastu lawan2(which the movie is suck and almost forgettable). Konsep ni bukannya tak best tapi cuba la buat kemas sikit..macam Mortal Kombat tu storyline dia ok sikit sebab tu gua boleh ingat cerita dia sampai skarang walaupon movie tu buat taun 95 dulu.. Macam Dragonball ngan Street Fighter pon ada jalan cerita tu sebab agak hampeh sikit cite Dragonball..tumbuk terajang sikit pastu buat abugid terus abih....wtf???

ok balik ke filem Tekken ni,kisah dia pasal mamat bernama Jin Kazama yang tinggal ngan mak dia dekat kawasan setinggan di Tekken City dipanggil Anvil(ala2 slumdog punya slums la ni).cerita starting ntah pape2 Jin Kazama pi curik barang ntah ape( pastu tak diterangkan pon ape penting barang yang die curik tu).. then,time tu ade la lebih kurang cam polis kepunyaan antagonis yang pi carik mamat Jin tu last2 jumpe mak dia..mak dia tanak ngaku so diorang pi bunuh mak dia...lepas tu ade la flashback yang Jin ni dilatih oleh mak dia dalam martial art so baru la tau camne Jin ni terer lawan-lawan... so Jin ni nak avenge kematian mak dia so join la tournament Tekken ni melalui konsep ala-ala playoff dimana Jin lawan mamat mane ntah then menang so jadi lah wakil kepada slums( People's Choice) ke pertandingan Tekken. so fighter lain semuanya ade sponsor mostly sponsor dari 8 buah company ala2 mega yang menguasai dunia masa tu. so nama pon People's Choice.. mesti la hero dapat ramai sokongan ye dak.. so bermulalah kisah Jin Kazama dalam pertandingan Tekken tu..aku malas nak cerita lebih nak tau kesudahan cerita kene la tengok sendiri.. kat bawah ni aku tulis review ringkas pasal movie ni..enjoy

Why this movie is a must watch;
-REAL FIGHTS!!! yeahhh.. berpuluh-puluh movie cenggini yang dikeluarkan tapi kebanyakannya semua hampeh..tapi Tekken ni lain..babak lawan dia memang real,brutal dan memang best. banyak aksi lawan2 tapi rasanya kalau extend sikit cerita ni mesti ok..baru la puas tengok

-nice costume. ok kebanyakan costume diorang pakai memang cun la..almost sebijik real walaupon tak berapa nak sejibik cam dalam game..tapi puas ati beb..muahaha

-Cary-Hiroyuki Tagawa..korang mesti tak kenal sape mamat ni kan..tapi kalau sape peminat cerita Mortal Kombat, mamat ni adalah pelakon yang memainkan watak orang jahat iaitu Shang Tsung..bagi aku itu cool!!!

ape yang foul pasal movie ni;
-Tekken menyambung legasi movie2 terdahulu dimana jalan ceritanya hampeh..jalan cerita tak kuat..storyline kurang menarik, and really not an Oscar stuffs..

-carta perlawanan mengelirukan dan tonggang terbalik. ok aku paham schedule Jin Kazama sorang je.. yang lain walaupon tak ditunjukkan tapi aku tak paham camne bleh hilang gitu je..contohnya Raven..lepas lawan suku akhir pastu dah tak lawan lagi dah? automatik lost ke ape? Christie Monteiro pulak cuma sekali je dapat tengok dia lawan iaitu lawan Nina Williams.. jammed.. Nina Williams kalah camtu jer..punyerlah watak kesukaan ramai boleh kalah senang2.. lepas lawan Nina Williams orang expect Christie mestila pi semi atau quarter...tapi tak ditunjukkan dia lawan sapa and tetibe final dah orang lain yang lawan??? apehal? nak buat movie konsep tournament pon tunjuk la betul2 ni bersepah peginyer..

-ok all the girls in this movie are dammmnnn hot!! tapi sex scenes untuk ape??? ko buat filem pasal fighting tapi masuk elemen sex..nak buat ape?? nak entertain viewer lelaki?? oii orang jantan kalau nak tengok sex scene dia pi tengok movie satu kaler terus laa...bila orang nak tengok movie pasal lawan-lawan..orang expect nak tengok pasal lawan-lawan je laaaa!!!!

ok kalau nak baca lagi review banyak2.. boleh pi tengok je kat IMDB...Here and There rates Tekken the Movie a solid 5 out of 10.... nasib baik fight scene kau realistic..tu je yang gua puas ati...

Saturday, February 5, 2011

Fernando Torres song HQ with lyrics...kahkahkah!!





Its just to good to be true,
I can't believe you're in blue,
with your skill,your flair and your touch,
you will score goals very much,
Its like Christmas has arrived,
El Nino is part of our side,
Its just to good to be true,
Fernando you are a Chelsea blue,

With or without your long hair,
you still play with style and with flair,
you've already got the World Cup, and you'll win the Champions League now with us,
Blue suits you more anyway,
It brings out your eyes I must say,
Its just to good to be true,
Fernando you are a Chelsea blue,

Here we go!!.... Lets go!!
Fernando Torres!! you used to play in red,
but now oh Torres!! you play for us instead,
Fernando Torres!! you're Chelsea's number 9,
Fernando Torres!! now at Chelsea's training ground,
Fernando Torres!! you want it "eyy calm down!!"
Fernando Torres!! you're Chelsea's number 9,
Fernando Torres!! you can still play in red,
Fernando Torres!! but just for SPAIN instead,
Fernando Torres!! El Nino!! we love you Torres!!!! yeaahhhh!! hhihiihiyyaaa



damnn good stuff i'm tellin ya..damn good stuff..hahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...