adverts

Saturday, August 6, 2011

Ohh lelaki idaman...

Yang sebenarnya, entry ni aku tulis in response kepada artikel blog Nami di TTGB yang menulis entry bertajuk lelaki idaman. Dalam blognya, Nami agak kurang senang dengan fenomena perempuan sekarang yang nakkan lelaki idaman macam Seth Tan atau hero drama Korea. Katanya lagi perempuan yang suka drama korea cintan-cintun ni kebanyakannya adalah loser. Namun begitu satu benda yang aku setuju dengan kata-kata beliau ialah maksud loser adalah bukan seorang yang tidak berguna. Loser adalah satu istilah buat mereka yang tewas dalam perjuangan. Ya,keyword dia "PERJUANGAN". Seseorang yang telah berjuang tetapi tewas adalah loser yang sebenarnya hebat. Mereka hanyalah insan yang tewas dalam perjuangan untuk memenuhi keinginan mereka dalam mencapai kehendak berahi. Mereka bukannya insan yang tidak berguna. itu kata Nami.

Satu benda lagi yang turut dia tulis ialah bagaimana tv telah memberi pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan sekarang ni wujudnya pulak fenomena drama korea yang heronya ada rupa paras jambu ya amat telah menjadi satu garis panduan pulak kepada perempuan sekarang nak jadikan sebagai lelaki idaman. Terbaru ada drama Nora Elena yang menyebabkan seorang watak ilusi bernama Seth Tan menjadi garis panduan untuk perempuan mencari lelaki idaman. Soalnya wujud ke entiti bernama Seth Tan nih? wujudkah entiti seorang tokoh korporat yang tidak berfoya-foya dan hanya mencurahkan seluruh hidupnya buat Nora Elena ini? Dan buat lelaki sekalian, adakah anda sangat tercabar dengan entiti bernama Seth Tan ini?

Ok aku mengaku, aku tak ada ciri-ciri fizikal seorang Seth Tan mahupun Gu Jun Pyo. Despite aku tengok drama-drama yang ade hero-hero ini. Aku tidak ada rupa paras seperti mereka. Kalau setakat sikap ala-ala gentlemen dan romantic tu mungkin ada lah. Itupun mungkin kena mengikut kemampuan. Mana mungkin boleh meniru gaya Gu Jun Pyo yang kaya tu membeli sebuah pulau persendirian di Macau dan kemudian bawak girlfriend bercuti kat sana. Itu beyond logical unless aku ni anak Sultan Brunei itu lainlah.

Ingin jugak aku tau apakah benar ini lelaki idaman yang kau nak? Fahamkah anda gadis-gadis sekalian terutamanya yang masih single tu bahawa dengan menetapkan garis panduan sebegini dan terlalu hendakkan perfection, anda akan terus meletakkan diri anda terus merasakan sukar mencari pasangan? Bila dah expectation menjadi tinggi kemungkinan mencari seseorang yang seperti Seth Tan itu adalah sangat susah sebenarnya. Dan kepada yang dah ade other half tu pulak, adakah kau terlalu mengharapkan pakwe kau menjadi sehebat Seth Tan atau sejambu Gu Jun Pyo?

Ex aku dulu merupakan peminat tegar drama Boys Over Flowers dan selalu cakap dia nak lelaki idaman macam Gu Jun Pyo. Dan sekali lagi aku katakan aku memang tiada ciri-ciri fizikal seorang Gu Jun Pyo. Dia suruh aku potong rambut stail ala-ala hero Korea dan aku setuju buat rambut sebegitu sebab aku sendiri pon nak mengubah stail rambut aku tambahan pulak kos mendandan rambut kat Melaka masa tu adalah sangat murah sebab ade student price. Sebelum-sebelum ni boleh tanya dekat member-member aku yang rambut aku ni sentiasa belah tengah macam Zed Zaidi. Ok itu perumpamaan sarcastic, aku juga tiada ciri-ciri fizikal macam Zed Zaidi. Dan kerana ingin menjaga hati dia, aku jugak cuba meminati sendiri drama korea walaupun drama-drama lagging ni memang bukan personal taste aku tapi sekurang-kurangnya boleh juga aku menjadi sang pujangga yang romantika untuk dia atau sekurang-kurangnya menjadi Gu Jun Pyo yang selayaknya dia terima.

At the end akhirnya dia dump jugak aku dan nasib baiklah bukan kerana dia jumpa lelaki yang sebijik macam Gu Jun Pyo atau Seth Tan(aku tengok pakwe baru dia standard muka jawa totok jugak.takdelah jambu mana). Dan selepas itu barulah aku me-rebel-kan diri dengan membuat rambut mohawk yang telah menjadi bahan kutukan family dan member-member yang sangatlah pelik tengok tetiba rambut aku yang dulu jambu(sampai ade orang kata cute) kepada rambut macam Neymar pemain bola sepak Brazil. Ok panjang pulak aku bersurah pasal rambut ni.Bukan apa, its amazing apa yang seorang perempuan boleh lakukan untuk mengubah seorang lelaki. Contohnya, mengubahkan stail rambut,sikap,stail pemakaian,perspektif, etc,etc.

Dan seperti aku katakan tv telah terlalu mempengaruhi kehidupan kita sampaikan lelaki idaman pon nak yang macam dalam tv. Itu susahlah sebab sampai bila kita nak berfantasi? Mesti ade orang nak cakap kat aku "ah lelaki pon nak perempuan idaman macam dalam tv jugak. nak macam Lisa Surihani lah, Siti Saleha lah". dan jawapan aku disini mudah. Lelaki menginginkan Lisa Surihani atau Siti Saleha atau gadis gadis SNSD adalah kerana melihat diri mereka yang sebenarnya seperti yang dilihat di tv dan bukan seperti watak yang mereka cipta di tv. Lelaki tidak menyukai Siti Saleha kerana dia adalah Nora Elena tetapi perempuan menyukai Aaron Aziz kerana dia adalah Seth Tan. Its the real truth. Perempuan memang mahukan Seth Tan kerana dia memiliki ciri-ciri seorang lelaki yang sempurna iaitu kaya,hensem,caring,romantik,not short-tempered, dan macam-macam lagi perfection yang menyebabkan semua lelaki di Malaysia menjadi cob-nobbler serta merta di pandangan wanita.
Lelaki mengidamkan Lisa Surihani sebab dia adalah Lisa Surihani....

This makes us men think,  apakah saya ni tidak pernah menjadi lelaki yang awak idamkan? apakah saya perlu berulang kali katakan ayat cliche' seperti "nobody's perfect" supaya awak faham yang Seth Tan dan Gu Jun Pyo itu suatu entiti yang hanya mempermainkan perasaan awak? At the end of the day, fahamkanlah bahawa it is not about men like Seth Tan atau Gu Jun Pyo. Lelaki pun despite suka membandingkan girlfriend mereka dengan perempuan-perempuan lain yang lebih baik dari rupa fizikal girlfriend mereka, lelaki jarang atau tidak pernah mahukan girlfriend mereka meniru gaya atau rupa perempuan lain. Kerana bila lelaki berpacaran dengan seorang perempuan itu, dia hanya inginkan apa yang ada pada perempuan itu. That's why he dated you in the first place. Unless seorang lelaki itu juga mahukan perfection, mereka hanya terus mencari girlfriend yang lain and its that simple, but at least men doesn't want you to change who you really are. Dan percayalah bila seseorang lelaki itu mendapat seorang perempuan yang dianggap perfect baginya, dia akan melayan kamu sebaik mungkin dan mungkin melebihi layanan Seth Tan kepada Nora Elena. 

If all this is a lie, well aku tak boleh nak kata apa lah. At least I was like that dan bagi aku kalaulah seorang perempuan tu bagi aku sudah cukup sempurna, aku memang "sumpah tak carik yang lain". Dan aku juga ingin bersama dia hingga ke akhirnya dan andailah di syurga aku dilayan oleh bidadari-bidadari syurga yang jelita itu, aku sebolehnya hanya mahukan dia seorang kerana dia adalah apa yang telah aku katakan sebagai perfection walaupun dia bukan Lisa Surihani ataupun Siti Saleha ataupun Tasha Shila. At the end of the day, lelaki idaman adalah lelaki yang sepatutnya kau telah terima seadanya dan seperti aku katakan, its not about Seth Tan or Gu Jun Pyo. Well if you ask me will I ever be like Seth Tan if my future gf wants me to? I'll just say "bukan janji tapi pasti." boleh??

 You suka bunga dan Abang suka tempat sejuk. Nanti kita pergi kedailah beli bunga banyak-banyak, eh?”

It's not about Seth Tan atau Gu Jun Pyo.....

4 comments:

Wadi AR said...

aku tak minat bunge. cmne tu?

Unknown said...

knape ni nik?

PELAUNG PULAU said...

@wadi : huhu anda memang rare...

@saiazuan: mohon terfaktab, tahu? hahaha

Anonymous said...

jujur..posting ni truely aniq.bagi aku,aku suke bce post ni,menyenangkan tgn aku menekan papan kekunci untuk membri ulasan,sekaligus mmberi tanda yang aku MEMBACA.tahniah~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...