adverts

Monday, August 29, 2011

Pre Raya : Ofis ini adalah segalanya...

Hari Raya Aidilfitri mengikut tradisinya adalah satu hari dimana kita umat islam meraikan dan merayakan hari itu sebagai tanda kita berjaya berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Di hari itu kita dilarang sama sekali menjalani ibadah puasa dan itulah hari kita berseronok-seronok dan makan minum dengan gembiranya..

Dalam tradisi bani Melayu, Hari Raya Puasa adalah hari kita bersuka gembira, ok ketepikan sebentar elemen-elemen konsumerisme seperti membeli beg baru,baju baru, kuih baru, kereta baru, awek atau pakwe baru. Dalam tradisi orang Melayu itu adalah hari yang terbaik untuk kita berkumpul bersama sanak saudara. Kalau selama ini mungkin kita duduk berjauhan dengan famili atau selama ini asik bersama kawan-kawan, Hari Raya Puasa adalah satu-satunya hari untuk bersama keluarga. Berkumpul bersama sanak saudara, berjumpa sepupu sepapat, atuk dan nenek, moyang dan pakcik makcik. Itu adalah hari silaturahim untuk kita berkunjung ke rumah saudara-saudara yang selama ini berjauhan. Selain itu satu lagi budaya terkenal di kalangan orang Melayu ialah pada pagi raya kita akan menziarahi kubur saudara yang sudah meninggal. Gua sendiri sejak datuk dan nenek gua meninggal pada sekitar tahun 2005, setiap hari raya pasti gua dan famili serta pakcik makcik gua akan menziarahi kubur sebaik sahaja selepas tamatnya solat sunat aidilfitri.

Dan semua pengalaman beraya ini yang gua telah kecapi selama 22 tahun lenyap serta merta pada tahun ini......
Ya tahun ini gua bergelar perantau yang bekerja di hari raya. Ahh ini semua sadis kalau nak pikir panjang-panjang. Sebenarnya pengalaman ni gua patut dah rasa taun lepas. Tapi disebabkan gua dapat cuti panjang dari IJN maka gua dapat automatik cuti dan sambung beraya.Tapi itu tahun lepas punya cerita laa. Tahun ini, atas dasar membalas budi dan tak nak kena bahan maka gua kerja je pada Hari Raya. Biarlah member2 gua yang lebih memerlukan cuti tu bercuti pulak. Gua apa ade hal, hari-hari pon boleh balik kampung ye dok? bukan kampung gua kat Teluk Intan, Perak ke atau Marignane Etang de Berre,Marseille ke atau Carso Magenta, Milan. ye dok? 

Anyway sempena raya esoknya ni, gua nak tulis entry khas ni untuk share ngan korang macam mane rasanya pra raya di ofis gua ni. Pengalaman bersahur dan berbuka kat opis ni sebenarnya memang agak meriah dan lagi meriah sebab ni pestaim gua sambut puasa kat opis..kehkehkeh.

Bersahur..
Kalau keja shift malam, tiap kali waktu sahur memang kelam kabut. Dengan time restriction pastu nak carik kedai lagi, gua rasa banyak kali gak gua tibai nasi wanggey je buat sahur. Kat bawah ni adalah gambar hari last bersahur antara group Lelaki dengan Perempuan. Macam biasa kalau dah namanya perempuan mestila stendet-stendet nak makan mekdi ye dok? Kalau nak dibandingkan dengan lelaki yang tibai je kari mamak,telur separuh masak dan roti canai untuk sahur.Pehh lebar sungguh jurang ekonomi yang kelihatan antara lelaki dan perempuan..hahahaah

 meja kemas dan cantik bersih, air dan makanan dalam bekas yang sangat proper siap ada tray, berhawa dingin dan sejuk mata memandang. Memang sahur yang selesa..

 air dihidang dalam cawan yang sumbing,tisu bersepah, kotak rokok dan lighter bersepah, jangan kata ada tray, ashtray pon takde. Masing-masing muka ganas sebab tak puas ati main PES sebelum tu.ini kejam.

macam biasa, ini ura-ura je lah....kahkahkah.

Mohon Iftar
Pengalaman berbuka jugak sangat meriah. Satu perkara yang pelik ialah makanan selalu berlebih. Bila sorang beli satu dua jenis benda,bila kumpul2 semua tetiba juadah jadi banyak sampai ada yang takleh nak sumbat lagi dah..muahahaha. Beberapa minggu lepas group shift gua ada buat gathering bukak puasa makan kat kelab komuniti cyberjaya.makanan dia memang meriah dan baru gua jumpa mamat yang lagi pawer makan dari gua..fuhh. Dan semalam, group gua tibai kfc pulak buat berbuka kat opis..yang ni lagi meriah sebab sekali tengok dah macam kenduri kesyukuran.hehehe.

 iftar di Kelab Komuniti Cyberjaya





 celebrating togetherness, Compliance group C macam biasa Impossible is nothing...

Liga Juara-Juara Group C
selain untuk mengisi masa lapang dan meredakan tekanan kerja edit-mengedit, Liga PES telah diadakan antara 9 orang pemain game bolo terhebat untuk menentukan siapa yang layak menduduki ranking number 1 selain merangkul gelaran campeone'...gua malas nak cite panjang2 nanti orang panggil gua riak,maka gua post gambar kat bawah je la sebagai bukti.kehkehkeh,kalau dah champion takkan la gua nak membebel pasal benda ni pulak kan?kahkahkah...

 gambar gua letak X-Large sebab nak kasik tengok terang-terang sapa campeone...muahahahha
 yeahhh gua pawerr!! gua champion(ini reaksi gua selepas menjadi juara) mohon pinjam gamba abam Ramsey.
In the end suasana pra raya di opis ni memang sunyi kalau kene time dia. Masing-masing melayan syahdu la katakan. Baru dua tiga orang tak datang dah rasa macam 10 orang yang tak datang, hanya seleksi lagu lagu raya je kadang kala memecah kesunyian. Beginilah syahdunya pra raya di ofis Compliance IPTV, nak pulak hari ni hari mantai, bak kata orang jasad dekat ofis, hati dah kat tempat lain.kehkehkeh... Di kesempatan ini gua Mohammad Aniq Izwan mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khasnya dan specialnya untuk semua staff compliance group C sekalian iaitu Saidi, Daus, Kimee, Aseng, Anep, Joe, Izzah, Syida, Wawa, Jann, Yati, Intan, Shafa, Nazmi, Fatlee, Tengku, Zulazmani, Fazim, Ashraf, Ayulaa, Salim, Pulot, dan Mariam... Lu orang terbaekk wokk, this is best bro..mueheheh.

Aidilfitri sememangnya hari yang indah dan memberi seribu macam cerita kepada kita. Ramadhan yang berlalu bagi gua dimulakan dengan detik bersahur yang pertama di ofis dan ibarat melengkapkan ceritera pra raya, Ramadhan juga diakhiri dengan berbuka puasa yang terakhir juga di ofis.

3 comments:

Wadi AR said...

meriahnyeee.









selamat rayo encikk :)

Unknown said...

"TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

PELAUNG PULAU said...

selamat hari raya everyone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...