adverts

Tuesday, August 2, 2011

Padamu ku bersujud....

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, 
Telah kuterima segala ujianmu dengan redha, 
Telah kuredha ujianmu dengan ikhlas,
Telah kau beri ujianmu dengan semampu-mampunya untukku tanggung.
Telah kau buka pintu dan diberi petunjukMU buatku ya Allah.
Walaupun ini bukan yang kumohon,walaupun bukan ini yang ku pinta,
Tetapi jalannya telah kau tunjukkan buatku.
Telah kau beri petunjuk yang sekian ini aku mahukan.
Telah kau uji aku dengan berbagai-bagai ujian.
Tidak aku ketahui adakah ini ujianmu atau hukumanmu.
Tapi aku tahu kau sedang melihatku.
Sedang melihat bagaimana aku menghadapinya.
Sesungguhnya, aku memohon kepadamu ya Allah,
Janganlah kau sia-siakan insan ini. Janganlah kau beratkan lagi ujian buat insan ini ya Allah.
Sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah dan sentiasa memerlukanmu Ya Allah .
Kau berikanlah hikmah yang telah kau janjikan disebalik semua ujianmu ya allah.
Akan ku terus memohon kau kabulkan doa-doaku yang lalu,
Agar ada sedikit hikmah yang tinggal dan masih ada buatku.
Tidak aku meminta lebih darimu ya Allah
Tidak aku inginkan sesuatu yang tidak baik darimu Ya Allah.
Hanya doa ikhlasku siang dan malam itu aku mohon kau makbulkan ya Allah.
Sesungguhnya kau lah yang maha pengasih dan penyayang buat hamba-hambamu ya Allah.
Amin ya rabbal alamin....

1 comment:

saiazuan said...

nak nangis aku trharu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...