adverts

Friday, September 9, 2011

Review: Apa celup Hantu Bonceng ni tokk??

"Kalau cucu opah nampak hantu, bogel je depan dia" - nenek Amran
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Zizan, Jue Aziz, Juliana Evans, Taiyuddin Bakar, Dottie dan ramai lagi

Ok for one thing, I am not a mat rempit fags. Dan aku sendiri pon kurang minat movie-movie berkaitan Mat Rempit ni termasuklah yang paling glemer kita pernah ada iaitu Adnan Sempit. Aku kalau tengok cerita-cerita macam ni pon sebenarnya lebih kepada nak mengikut trend, mengikut kawan-kawan atau senang cerita, menjadi seorang bandwagon. Melayan sesuatu yang kosong atau hiburan yang santai cuma itu je lah yang sebenar-benarnya kita boleh dapat dalam menonton filem-filem berkaitan lumba motor dan merempit nih selain dapat perkataan-perkataan punchline yang boleh digunakan dalam percakapan harian seperti "boleh der", "siall laa..puii", "apa celup?" dan sebagainya. Aku tak pernah merasakan yang orang boleh ambik teladan dalam cerita-cerita macam ni walaupun berjuta kali pengarah macam Ahmad Idham dan Shamsul Yusuf bilang yang diorang buat filem-filem ni supaya penonton boleh ambik teladan yang merempit tu bahaya, bawak kereta laju-laju tu bahaya dan carik pasal dengan bouncer kelab malam tu bahaya. Apa yang orang boleh ambik teladan dalam cerita-cerita macam ni ialah meneladani bagaimana nak make up keta lawa-lawa, macam mana nak buat motor bunyik lagi prennggg dan macam mana nak buat kereta kancil jadi turbo dan boleh bawak cecah 180km sejam. Ya!! itu teladan yang kebanyakannya penonton akan dapat. Tak percaya, lu orang boleh tanya sendiri dekat penonton-penonton tu. Anyway, lantak depalah nak buat filem macam mana pun. Dah duit diorang ye dok? Semalam selepas pergi open house umah officemate aku, aku berkesempatan lah jugak menonton cerita ni dekat Alamanda. Tu pon sebab ada aweks-aweks ajak, kalo tak memang tak siorr den dow nak tengok citer-citer camni kat wayang, kehkehkeh.

Synopsis
ok disebabkan aku lazy bum-ass maka aku post je sinopsis standard untuk cerita ni.

Mengisahkan Amran(Johan) seorang budak Delivery yang sering terlibat dengan perlumbaan motor Drag secara haram. Cerita bermula apabila Amran memenangi satu perlumbaan drag haram dan di beri habuan seorang bohsia (Maya). Bohsia itu telah membonceng motor Amran untuk di bawa ke port. Malang tidak berbau apabila motor Amran telah dilanggar lori semasa keluar simpang.
Bohsia itu mati ditempat kejadian dan Amran telah dikejarkan ke hospital. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut. Setiap malam Amran akan dihantui oleh Bohsia itu. Amran tension dan meminta bantuan kawan karibnya Kunyit. Mereka bersama telah berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menghapuskan badi Amran itu. Tanpa mereka sedari, mereka mula menjadi baik dan mula menghargai kehidupan mereka dan tidak lagi terjebat dengan aktiviti yang tidak sihat itu.
P/S: Sebenarnya watak Maya tu tak sesuai dipanggil bohsia. Dia lebih kurang macam orang baru masuk kampung dan terus dijadikan mangsa la gitu. Tak sampai ati gua nak panggil dia bohsia beb.

Review
Movie ni bagi aku biasa-biasa je tapi memang aku admit its so damn funny. Member aku siap tegur aku gelak kuat2 dalam panggung tu. Bagi aku, lawak-lawak dia takde la kelakar mana sangat, tapi sebab member sebelah aku pon gelak tak hingat tu yang aku terpengaruh nak gelak kaw-kaw tu. One of a few moments yang bagi aku memang tak boleh blah ialah part Jue Aziz sebut "Babi!". Pehh jarang gilaa tokk!! tengok Jue sebut perkataan-perkataan kasar camtu.hahaha. Unsur-unsur seram dalam cerita ni aku rasa bole la tahan jadi jugak. Terkamjat gak aku kengkadang tengok close up muka hantu si Juliana Evans tu. Fuhh memang sahlah kalau orang cantik-cantik ni kalau mekap dia jadi hantu memang gile babi punye seram. Bagi korang yang tak percaya dengan ability Zizan untuk berlakon lawak sorang diri maka percayalah taktik filem ni untuk "menjual" Zizan bagi aku adalah sukses dan hebat. Zizan memang boleh berlawak sorang-sorang.

FFFFUUUU!! moments
-Peha Juliana Evans..
-"jangan membuang tempat kita makan?" seriously i cant brained this.
-Baby dan Bucuk pakai t-shirt couple dan berlovey-dovey. dayummm what is wrong with you Zizan?
-Cameo Zahid AF2 dan Yus Jambu Maharaja Lawak
-Bab-bab tahyul macam pesan nenek Amran tu aku tak kesah sangat, tapi aku sangat terganggu part Zizan mengucap tak complete masa ternampak hantu.
-Kalau air dah naik kepala dan sangap tak hingat boleh azan je kat telinga kalau nak cockblock eh? gitu?
-Fight scene Zizan dan member dia melawan abang Jue Aziz agak oh-somme.
-Peha Juliana Evans....

Exclusive
Sila ke 1:00 untuk melihat lawak fecking genius Zizan. Aku sendiri masa tengok mula-mula tak perasan.



Baby and Bucuk..lawak gile ni tokk!!

Juliana Evans HOT-O-Meter :7 out of 10
Si pemilik peha yang cekci ni melakonkan tiga watak. Pertama sebagai wanita kekampungan bernama Maya yang kemudiannya mati dilanggar lori, Kedua menjadi si hantu bonceng yang menghantui Amran dan Kunyit dan ketiga menjadi Ayu iaitu adik kepada Maya. Juliana Evans memang winraarrrresst!! ni tokk!! ^__^

Sebagai filem melayu pertama yang aku review dalam blog ni, Here & There rates Hantu Bonceng biasa-biasa je 5 out of 10. Ok la tu kan tokk?? pe celupp??
 

3 comments:

Wadi AR said...

mmg kelaka haram muvie ni. terkekek tgk

PELAUNG PULAU said...

yapp..agak naiss jugak

Unknown said...

my jue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...