adverts

Wednesday, September 7, 2011

Seminggu Berhari Raya.....

Sedar tak sedar masa memang pantas berlalu. Kalau dulu sedar tak sedar dah masuk bulan puasa, kini sedar tak sedar dah masuk raya ke 9 dah. Pehhh,, gile cepat masa ni weh? tetiba dah raya ke 9. Rasa macam baru je raya aritu. Kita kena admit pepatah Inggeris yang berkata "Time flies when you are having fun." 

Aku sendiri sebenarnya tak menyangka raya tahun ni sebenarnya adalah antara yang paling meriah aku sambut compare to dua tiga tahun sebelum ni. Yeahh, it was bloody crapt and not fun untuk bekerja di pagi Hari Raya and worse is to work 2 days straight. Yeahh, it was bloody crapt bila family aku dah berseronok beraya sampai ke PD, sampai ke Melaka which to me was like a family tradition untuk setiap hari raya pergi beraya ke dua destinasi tersebut sebab sedara gua ramai kat sana. And worse is, dah sampai raya ke 9 nih aku tak jumpe datuk aku yang dok sorang-sorang dekat Gedung Lalang, Ampangan tu.(sheeshh what a bastardy insolent grandchild aku ni tak jumpe atuk sendiri..erkkk).

Anyway, dah jadi sifat aku untuk ignore bad feelings ni semua dan ignore saja semua benda2 yang tak best tu dan lebih suka fokus kepada benda2 seronok. So now, as a fun fag, meh aku share kat sini pengalaman seminggu berhari raya which pada aku agak sangat fun. Kenapa aku kata sangat fun? despite aku terpaksa bekerja 2 hari raya tu, aku berjaya gak membalas dendam dengan beraya sepueh-puehnyo dokek kampung gua iaitu Senawang. Sejak aku pindah ke Pulau Carey dalam dua tiga taun yang lepas, aku dah jarang sangat beraya kat rumah member2 aku kat Senawang tu, sebab selalunya ikut family je. Taun lepas lagi lah pulak, aku tak boleh nak kemana langsung. So this year memang aku pulun gi beraya umah member2...

Raya pertama dan kedua..
Macam yang aku dah surahkan sebelum ni, Raya pertama dan kedua aku hanya sambut kat ofis. For the first time in my 22 years of life aku tak beraya dengan family di raya pertama. Aku bangun pagi-pagi tu siap dengan baju melayu satu set, salam bermaaf-maafan dengan mak ayah aku then off to Cyberjaya. Anyway raya pertama was surprisingly fun dekat ofis ni. It was hell lot of fun!! dengan semua orang siap bawak makanan dari kampung masing2 yang mane dekat tu. And TM lagi siap sponsor makanan macam nasik minyak sumer, fuhh kenyang beb..so enjoice this few pics from day one..




with all the food and photoshoot, who am I to say its crapt!!

Raya kedua was totally boring, esoknya group gua dah mula bercuti. This is the part bilamana orang kata tu "jasad dekat ofis, hati dah kat tempat lain". At least most of us feels that way. Ramai yang nak balik jauh-jauh. Nak balik Mersing, nak balik Gemas, nak balik Kelantan. Ura-uranya, owner storymory yang paling jauh kampungnya iaitu San Josseh, Pilahdelphia. nasib baik kampung dia tu 2 jam da sampai. Ikut laluan airstrip LEKAS..fuiihh lokeh sampainyo hahahaha. Anyway, that night, aku balik ke Senawang feeling sleepy gila babeng and just tidor je last-last malam tu. What a wasted day two.

Raya ke 3, a friend reunion. This was the fun part. Instead of ikut family aku gi beraya kat PD jumpa sedara-sedara bau bacang. Aku gi beraya dengan member-member. Yeah aku da kata aku nak balas dendam ini taun..muahahah. Yeaa aku tau memang teruk tak gi beraya umah sanak saudara. Tapi apo nak buek, misi tu lebih penting. Anyway dalam dok beraya tu tetibe ade datang seorang pakar motivasi ni siap bagi motivation+psycho free kat kitorang. Aku dah lupa apa nama brader tu tapi dia memang seorang yang agak cool dan begitu bro's!! gua ingat pesan dia "get the inner peace" dan berusahalah mencari peningkatan dalam hidup. sebab ia bermula dengan masalah. Bila ada masalah kita akan rasa PENING. Maka dari situlah datangnya PENINGKATAN. Anyway aku ni jenis paling tak suke dengar orang tetibe bagi ceramah motivasi atau nak demo MLM dengan aku. Tapi nasib baik bro tu cool dan aku boleh la jugak layan dia.
Malam tu memang double fun. Bantai pi karaoke lagi..hehh ape gila raya-raya ni berkaraoke? ye dok? tapi gua pedulik apa. Tuntutan suara perlu dipenuhi bak kata orang hahaha.. The nights end bila kitorang melepak kat mamak. Moment melepak dekat mamak ni sebenarnya bagi aku adalah ultimate moment yang sebenar dalam sebuah ikatan friendship and brotherhood. Aku sangat suka moment-moment macam ni. Lepak dua tiga jam berborak pasal anything, dari topik bahan-membahan member sendiri, topik isap rokok dan isap ganja, cerita hantu sampai ke cerita pasal kerja dan pelajaran. Benda-benda macam ni paling aku akan rindui sampai bila-bila...dan gua balik tepat jam 3 pagi, time tu mak gua pon da bising pasal balik lambat. Gua ape adehal, takat dah bising kat telinga ni biasa-biasa je.


 Raya-raya ni elok mendalami diri sendiri dan mencari inner peace

Raya ke 4, demi memenuhi tuntutan beraya dengan keluarga, gua ikut family gua gi beraya kat Pilahdelphia. Oh bukan pergi ke rumah cik storymory ye. Nanti kang apo pulak jadinyer.hahaha. Macam biasa kek Pilah den memang ado banyak rumah nak pi. Dari Talang sampai ko Parit, Dari Bahau sampai ko Kampung Geduhom, ado yo waghieh den kek situ. Petang tu, sempat sampai ke Senawang just in time untuk beraya kat umah gadis-gadis pulak. Dapat jumpa member sekolah lama yang kurang rapat tu. It was fun too. Oh yeah lupe nak highlight, masa kat rumah member aku tu kitorang jumpa seekor makhluk comel dinamakan LOST. nak tau lebih lanjut pasa Lost tu bleh baca kat entry member gua ni Paan.  Malam tu pulak kitorang bantai menyakitkan kaki dengan mengadakan Futsal khas edisi raya geng Senawang FC. Fuhh rabak beb tapi syok jugak walaupon tanpa kasut futsal, gua dapat gak sumbat barang tiga empat gol...tiga empat gol tu biasa-biasa je. Takat nak celen Van Persie bolehlah...
 this sums up day 4!!

Raya ke 5 menyambung legasi keseronokan raya day 4. Gua patutnya malam sebelum tu dah balik Pulau Carey directly lepas main futsal, tapi disebabkan ade rasa khilaf sikit ade rumah member yang still tak pergi, so gua sambung jugak beraya kat Senawang. Not much this time, sempat gi kenduri kahwin member gua dan sempat gi umah member gua Drey tengok dia shooting video. Pehhh teringat zaman gua kat kolej dulu kene shooting short movie kat PD. Merasa la jadi pelakon. memang best bro!!. Tapi yang paling best ialah gua dapat gift dari member gua berupa sebijik gitar akustik. Fuhhh!! gua akan cuba gak la sedaya upaya belajar men gitar. Dapat goreng barang dua lagu ok la ye tak?  takdelah barang yang lepas usah dikenang pulak.kehkehkeh!

                                                  

 pehh bangga gua beb ada member blogger femes saiazuanblog. kehkehkeh!

Raya ke 6 gua tak gi memane.. hanya mampu dok umah melayan sanak saudara datang beraya je. Umah gua jadi meriah lah kejap hari tu. Gua biasa-biasa jer, time ni laa terasa nak keluar lagu Sepasang Kurung Biru... "Tetamu datang, tetamu pergi, namun tak tiba orang kunanti..."  Pehhh,,feeling dia memang menikam kalbu beb..

Raya ke 7 berehat saja..malam nak sambung kerja!!!. yeahhh lengkaplah seminggu berhari raya dengan hari ke 7 iaitu hari Isnin. Orang dah start sambung kerja dah hari Isnin ni. Sama la macam gua, kene keja pulak malam tu.  Malam tu kemeriahan raya diteruskan kat opis sekali lagi dengan geng-geng group C buat makan-makan nasik ayam. Pehhh nasik ayam dia memang klasemen...thanks a lot kepada yang bawak nasik ayam tu. dan credits to ayula & wawa for the pics.

 pesen rambut gua dah macam balung iguana, bila lah nak panjang balik nih...

Ura-uranya, pesen makan nasik ayam sambil bersila atas lantai pastu mengadap awek cun macam ni memang ART dan sangat membuka selera. Macam biasalah tu ura-ura je...


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua yang sudi mengunjungi dan membaca blog sahaya. Lu orang memang best bro!!! haaa ini cap eh!!

4 comments:

Unknown said...

apahal blogger femes tu..haha

wawa said...

walawey..terbaeekk la seminggu berhari raya dia.. padat sungguh..anyway thanks coz now kampung ku yang jauh sesangat tu dah femes masuk ini blog..haha.. best kan raya kat ofis..next year boleh raya lg..bagi org lain cuti..hahaha..

Wadi AR said...

ade byk abam specky laaa. kim slmm

PELAUNG PULAU said...

wan: untunglaaaa aku ade member blogger femes yang sangat femes..ahahahah

wawe:kampungmu memang kampung paling lejen kat malaysia.mauhahaha...tu la next year sambung raya lagi.tapi dah ade dah orang apply cuti untuk raya taun depan..hahaahah

wadi:err banyak ke? bukan ade sorang dua je ke.hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...