adverts

Sunday, April 29, 2012

[Song for Sunday] #6 : Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari

Ada orang cakap kat aku.. dia cakap dalam english. "First rejection is always the hardest and the most painful". Kau pernah tak rasa sayang dan suka kat orang sampai kau sanggup berubah dan tidak jadi lagi seperti diri kau  yang dahulu?

Aku pernah, bukan sekali lah itu yang aku boleh cakap. Kadang-kadang kau rasa awesome bila dapat berubah. Tak kiralah berubah jadi lebih baik atau lebih buruk. Yang penting kau dah rasa kau dah berubah.

Lagu ini ada sorang member bagi kat aku dan suh aku dengar. Entah kenapa memang kena gayanya lagu ni dibagi kat aku dikala aku berada di ruang paling dalam paling bawah dalam hidup. Kalau pepatah inggeris tu katanya "at the lowest point of my life". Aku sendiri confuse, samaada lagu ini nak menaikkan semangat atau hanya perahan limau nipis ke luka yang sedang berdarah. Yang penting lagu ini kena dengan gayanya.

Lagu ni aku rasa takda la kena mengena dengan keadaan orang yang disayang atau disukai itu berubah arah. Tapi aku rasa lagu ini lebih mengutamakan cerita seseorang yang terlalu setia dan terlalu bangang untuk menyukai seseorang yang tidak menyukai orang itu balik. Umpama pokok kaktus, makin dipeluk makin sakit.

Kadang-kadang aku time-time tengah syahdu tu terasa feeling betei gak dengar lagu macam ni sambil membayangkan Setting yang ohsem iaitu dengar malam-malam time sunyi, dok luar rumah, kopi secawan dengan rokok sebatang tengok bulan..pehh leleh tu.

Ahh... semua ni babi!!

" Sebenarnya engkau masih ku sayang.. Biarpun tak dapat bersama.. "




suasana sepi membisu 
tersentuh hatiku 
dibuai kenangan lalu 
ingin ku luahkan hasrat dihati 
sudikah mendengarnya

sebenarnya engkau masih kusayang 
biarpun tak dapat bersama 
kau masih kurindu 
seperti waktu dahulu 
aku mengharap agar engkau mengerti 
curahan rasa ini

c/o 
jika engkau sedang hidup bahgia 
jangan kau lupakan diriku 
yang terdampar kesepian 
ku dilambung ombak rindu 
yang hanyut dalam kelemasan

mengapakah aku masih menunggu 
dan masih menagih kasihmu 
dirimu dimana.... 
cuma aku yang terus 
sabar menantimu tanpa jemu

dulu kau menumpang kasih 
lalu ku beri harapan 
sekelip mata kau berubah 
oh...begitulah 
lumrahnya percintaan

Sunday, April 15, 2012

[Short Stories Saturday] #6: Di Jantungku Ada Namamu..


"Terima kasih sayang.... terima kasih sebab akhirnya awak terima saya.," Aril tersenyum, dia tersengih lebar melihat gadis manis di depannya tatkala gadis itu mengatakan "I do.. " kepada soalan awalnya. Saat Aril mengungkapkan soalan "Will you be my first and the only girlfriend? " kepada Shila, muka Shila merah merah malu, tak sangka dia yang Aril akan berminat dengan dirinya. Akhir kata Shila setuju dan mereka menjadi pasangan sejoli kemudiannya. Shila memang gadis yang diidamkan Aril. Seorang yang simple dan bertudung, lemah lembut dan pandai berhias. Cakap saja lelaki mana yang tak tangkap cintan dengan Shila tapi akhirnya Shila menjadi milik Aril.Seorang lelaki yang dalam diam juga diadmire oleh Shila sendiri.

......................................

"Uhukk... Uhukk... " Aril terbatuk, mukanya sedikit pucat. Entah kenapa badannya rasa sedikit kurang sihat. Ditekan dadanya sendiri. Terasa sakit.. sakit di luar dan di dalam. "Takkanlah.." Aril bermonolog, dah lebih sepuluh tahun. Dulu dia seorang pesakit jantung. Itu dulu.. sepuluh tahun dulu. Sepuluh tahun dulu dia telah selamat menjalani pembedahan. Sekarang Aril sudah sihat, tidak ada apa cacat celanya.

"Awak ok ke tak ni? kalau tak ok kita baliklah nak? " Shila risaukan keadaan Aril. Memang dia nak sangat tengok perlawanan bola sepak Malaysia menentang Sepanyol tu. Tiket pun dah dibeli, mereka berdua ditemani Zahir dan Khairi. Dua orang kawan baik Aril yang memang telah sedia maklum sejarah silam penyakit Aril. Mereka berdua juga risaukan Aril. "Woii Aril, kau ok ke tak ni? apsal muka kau pucat sial? ". "Aku ok lah.. pancit sikit je. Biasalah dah lama tak excercise.."

Keadaan di Stadium memang sudah maklum panas. Kepanasan itu banyak memberi kesan kepada Aril sendiri. Beberapa kali dia hampir pitam akibat kepanasan dan kesakitan pada dadanya. Takut juga dia kalau-kalau penyakit lama datang kembali. " Nanti esok-esok aku pegi check lah.. "

......................................

"Cehhh!!.. kojo macam menejaa(manager). Pakai keto Ford Focus Sport lagii... Tapi isap ghokok(rokok) balut. tak standard boto(betul) laa ekau ni Kai. " bentak Zahir kepada Khairi. Aril di sebelah mereka hanya mampu tergelak saja melihat gelagat dua orang kawan baiknya tu. Khairi sambung membalut rokoknya. Rokok balut boleh dikategorikan sebagai rokok yang paling murah sekali. Mudah saja, kena ada kertas untuk membalut dan tembakau yang dijual dalam pek berwarna warni dan ada perisa tersendiri. "Woii mana filternyer? takkan dah balut gini tak letak filter kat hujung", "Ahh tak payahlaa filter, ni aku buat stail orang kampung punya ni. Padat dan mampat, gulung dua sekali, haa baru lejen.. sekali kena rasa macam kena gam. Hhahahah." Khairi menggelakkan Zahir yang tak pernah hisap rokok balut takde filter. Zahir terasa bengang, Ingin saja diketuk kepala Khairi tu, " Macam la kau penah hisap gam?" Dan ketiga-tiga sahabat tu sambung tergelak. Aril yang dari tepi asyik tergelak tengok gelagat dua orang hantu ni tiba tiba terasa semacam di dadanya. Terasa sakit berdenyut-denyut. Aril kembali menekan dada. Mukanya kembali pucat.

Khairi yang terlihat perubahan mengejut pada Aril menegurnya. "Wehh Aril, pehal kau? tetiba muka lain macam je ni? " "Eh.. ha'ah la tadi kau elok je gelak, ni tetiba senyap ni apesal? dada kau tu kenapa? " Zahir pula mula risau keadaan kawannya. Sambil menekan dada Aril berkata, "ntahlah beb, sejak aritu aku rasa lain macam kat jantung aku. Kengkadang rasa sakit gak, tapi selalunya rasa macam jantung aku berdenyut kencang...tapi entahlah? " " Kau tak pegi Hospital ke check?" tanya Khairi. "Biar je lah dulu. esok-esok aku pegi la.". "Kau tu laa aku kata jangan hisap rokok.. degil nak cuba jugak.. hesshhh! " Zahir pula memarahi Aril. "Kepala hotak kau!! bila pulak jadahnye aku isap rokok? aritu je sekali yang kau kasi aku try rokok si Khairi ni. Tu je sebatang." "Aik?? den pulak yang salah? bukan aritu ekau yang nak try sangat camne rasa isap rokok? yang ekau kato kek den yang kau nak tenangkan pikiran lah bagai tu.." Khairi cube mempertahankan diri. "Ahh dah laa.. aku tak salahkan sesapa pun. Biasa la ni badan dah masuk tahap second hand.. ada la rosak sana sikit.. korang takyah risau lah." Aril cuba menenangkan keadaan. Walaupun dia tahu ini perkara yang tak boleh dibawak main. "Shila tau tak pasal ni? " Zahir bertanya. "Dia tau aku penah sakit jantung. Tapi yang kes sekarang ni aku diamkan je. Aku tanak dia risau sangat.. dia tu bukan boleh nak risau sangat..jadi tak tentu arah dia tu kang. So lebih baik aku diam je dulu." kata Aril lantas teringatkan girlfriendnya yang kini berada di kampung.

Teringat juga semasa dia menghantar Shila ke Stesyen Bas tadi. Shila sedikit risau keadaan Aril yang sedikit berubah. "Awak sihat ke tak ni? dari aritu masa tengok bola awak nampak lain macam je. Saya tanak baliklah macam ni. Biarlaa saya dok sini dulu tengok-tengokkan awak.", "Sayang takyah risau lah.. takde apa-apa nih. awak baliklah kampung, bincang ngan mak abah. Nanti bulan depan saya antar rombongan takde la diorang terkejut pulak kan? " "Haa ye laa tu. Orang tengah risaukan keadaan dia, dia buat memain pulak. Dah la saya balik lama ni 2 minggu, nanti awak gak yang sakit sakit sebab rindu.. hehe." "Saya dah rindukan awak selama 24 tahun dah. Sejak berpisahnya awak dari rusuk kiri saya ni, sejak itu saya rindukan awak. Apa lah sangat kalau setakat 2 minggu takda depan mata ni...Dah..dah takde pape. Pi naik bas tu.. karang lambat kena tinggal kang, sape nak anta awak balik jauh jauh tu karang? " Shila tersenyum mendengar kata-kata Aril dan kemudian menaiki bas dengan hati yang separuh berat. Dia juga gembira sebab tak sabar nak balik kampung nak jumpa mak abahnya, nak bagitau berita gembira kepada orang tuanya tu. Dari atas tingkap bas, Shila dan Aril berbalas lambaian dan Shila memberikan satu flying kiss kepada Aril. Aril buat-buat macam sedang menangkap flying kiss Shila dan ditekapkan ke dadanya. Dalam masa yang sama dadanya terasa pedih dan jantungnya berdenyut ngilu.... "Jangan.. jangan sakit sekarang..." kata Aril dalam hati.


......................................

2 Bulan  Kemudian.......

Aril senyum lebar tatkala menunggu di luar rumah. Telinganya dapat menangkap serba-sedikit perbualan yang berlaku di dalam rumah. Pihak keluarganya ramai ikut turut serta dalam majlis pertunangan Aril dengan gadis idamannya, Shila. Hari ini,dia,ibunya,adik perempuannya Ani dan keluarga Pak Lang dan Mak Ngah nya sudah pun selamat berkumpul di rumah Shila. Aril nampak ada linangan air mata di sisi mata ibu Shila apabila menyambut rombongan keluarganya ketika tiba di situ daripada Seremban. Keluarga belah Shila juga agak ramai sedang menunggu di dalam.


Tapi Aril sudah dipesan Pak Langnya,"tunggu di luar nanti.Tak elok anak teruna masuk masa berbincang.." Jadi di temani ayam-ayam yang sedang mematuk tanah dan beberapa ekor kucing yang mengiau di kaki, Aril hanya mampu menunggu. Dia harap segalanya dipermudahkan.Selang beberapa ketika, muncul sepupu sebayanya, Amirul. Amirul angkat jari menunjukkan tanda bagus.Aril hanya mampu senyum sambil mulutnya menuturkan Alhamdulillah senyap-senyap. Di dalam rumah, Shila juga tersenyum tatkala ibu Aril menyarungkan cincin pertunangan ke jarinya.

......................................

Aril dan Khairi menyorak gol jaringan Zahir. Memang kalau main futsal, tiga sahabat ni memang gandingan yang sangat mantap. Mereka pandai cover satu sama lain, Aril biasa bermain di posisi Defender, terinspirasi dari pemain kesukaannya Aidil Zafuan. Khairi di Midfield manakala Zahir sebagai penyerang. Lazimnya dalam futsal jarang pemain bermain mengikut posisi bola sepak normal tetapi tidak bagi gandingan trio ini. Permainan di sambung semula, pemain lawan membawa bola hingga ke petak penalti sebelum dipintas Aril. Aril terus melarikan bola ke depan, mencari ruang kosong untuk melakukan percubaan terus. Suasana sedikit cemas, adrenalin dalam tubuh bagai dipam-pam, Shila di luar gelanggang menyorak tunangnya. Aril mengangkat kaki hendak menyepak, saat kakinya menerjah bola, pandangannya tiba-tiba kabur. Kepalanya pening dan terasa berat secara tiba-tiba.... Aril pitam di tengah gelanggang....


......................................

Suasana di wad CCU Institut Jantung Negara pada pagi itu sangat hening. Kesejukan penghawa dingin yang dikawal secara centralize menyucuk-nyucuk tulang penghuni di situ. Aril tersedar dari pengsan dan melihat seluruh badannya diseliratkan dengan berbagai jenis wayar. Ada yang disambung ke ibu jarinya untuk mengesan tekanan darah dan ada yang disambung pada bahagian dadanya yang berfungsi sebagai pengesan denyutan jantung. Di sebelah Aril ialah ibunya yang setia menunggu sejak semalam, "Aril!! syukur nak kau dah sedar akhirnya...mak risaukan kau.." ada linangan air mata pada pipi ibunya yang terlalu risaukan anak lelaki tunggalnya itu. "Apa jadi kat Aril mak? kat mana ni? ", "Kau kat IJN ni Aril, Shila kata kau pengsan semalam masa main futsal, terus diorang panggil ambulan. Diorang hantar kau ke hospital besar tapi lepas tu hospital terus refer kau ke IJN." jelas ibunya. "Kenapa dengan Aril mak? apa jadi? kenapa Aril pengsan?" terlalu banyak tanda tanya pada benak kepala Aril. Dengan tenang ibunya menjawab satu persatu soalan Aril. "Doktor tengah buat pemeriksaan lagi Aril, katanya dari X-Ray yang diorang tengok katanya jantung kau bengkak. Mungkin semalam masa kau main futsal tu jantung kau tak boleh terima beban yang lebih , tu sebab kau pengsan." Aril hanya terdiam, dia dah tak tau nak kata apa.. dalam hati dia hanya mampu berdoa agar tuhan panjangkan umurnya..


Petang itu, Shila datang melawat Aril di wad CCU. Hanya hiba dalam setiap pertuturan Shila.. dia tak sangka tunangnya memendam sakit seorang diri. "Awak tipu! awak kata awak nak kongsi semua benda.. kenapa awak sorok penyakit awak? kenapa setiap kali saya tanya awak Ok ke tak? awak tak jawab soalan saya?? kenapa Aril!!"...Shila cuba memarahi Aril tetapi dalam setiap pertuturannya hanya disulam tangisan yang teresak-esak. "Saya mintak maaf, saya bukan nak sorok apa-apa. Tapi saya tak nak awak risau. Itu aje. Awak sendiri tau keadaan awak bila awak risaukan sesuatu, sebab tu saya tak nak awak risau, saya tak nak serabut nanti awak jadi tak tentu arah. Saya hanya mahu melihat Shila yang periang, yang gembira, yang sentiasa cantik di mata saya sebab itu lah penawar saya selama ni.." Aril cuba memujuk.. "Dah jadi macam ni awak ingat saya tak risau?? bila awak buat macam ni dekat saya lagi lah saya risau.. awak tahu?" "Sekarang ni awak jangan risau ok... saya percaya takda apa-apa yang serius. Lagipun sini ialah hospital pakar, saya percaya dekat semua doktor pakar dekat sini ok sayang?.. jangan risau ok? kalau apa-apa jadi dekat awak saya tak boleh maafkan diri saya..." Aril dan Shila berbalas pandangan.. hanya mereka saja faham gelora hati dan perasaan masing-masing...


......................................

3 hari kemudian selepas segala hasil diagnosis, Aril didapati mengalami penyakit jantung yang bengkak dimana jantungnya di sebelah kiri bengkak sedikit dari sebelah kanan. Selain itu, salah satu injap yang membawa darah dari paru-paru ke jantungnya didapati rosak teruk dan akibatnya darah tidak boleh disalurkan dengan betul. Jika dibiarkan, jantungnya akan terus membengkak dan darah tidak boleh dipam dengan teratur dan boleh menyebabkan Aril tidak boleh menjalani kehidupan seharian dengan normal mahupun menjadi aktif. Aril perlu menjalani pembedahan bagi menukar injap jantungnya dan perlu bergantung kepada ubat seumur hidupnya. Mendengarkan berita ini, perasaan Shila dan keluarga Aril bercampur baur. Sedikit gembira kerana ia tidak begitu serius cuma yang merisaukan mereka ialah pembedahan itu sendiri. Setiap pembedahan melibatkan jantung mempunyai risiko yang sangat tinggi kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan kehilangan nyawa seseorang pesakit.

"Esok saya dah kena jalani operation... awak doakan saya cepat sembuh ye sayang? Lepas dah sihat nanti saya bawak awak pergi makan ABC Fradoo yang awak nak sangat tu eh?" Aril menenangkan Shila yang sedikit tersenyum setelah melihat gelagat Aril yang tidak putus cuba berjenaka walaupun keadaan Aril kelihatan sedikit tenat. Sense of humor pada Aril memang tidak pernah padam walau macam mana serius pun keadaan itu. "Saya dah tanak ABC tu.. saya nak makan Ice Cream kat Haagen Daaz. Dulu awak janji bila dapat gaji je awak nak belanja ais krim tu kan? last-last awak asyik belanja ais krim goreng dekat kedai mamak je.." "Ok laa tu.. Haagen Daaz tu pun takde aiskrim goreng tau?? haa kat kedai mamak je yang ada.". "Saya doakan awak cepat sembuh.. lagipun dah tak lama lagi berapa bulan je kita dah nak kahwin kan? persiapan semua tengah rancak dah ni.. orang-orang kampung saya pun dah sibuk bertanya macam-macam tau?" Aril tersenyum.. melihat Shila petang itu. Pandangannya sayup sahaja.. "Shila... saya ingat nanti saya nak mintak doktor tu buat ukiran lah. Nak suh dia ukir nama awak kat jantung saya.. hehehe." Mereka berdua tergelak sakan, sekali sekala dijeling oleh pesakit di katil sebelah dan nurse yang sedang bertugas menunjukkan isyarat senyap kepada mereka berdua.

......................................


Pagi itu pembedahan dijalankan. Selama hampir 6 jam para doktor pakar bertungkus lumus berusaha menyembuhkan Aril dan akhirnya pembedahan itu berjaya. Aril dimasukkan ke ICU untuk pemerhatian teliti. Selepas pembedahan, Ibu dan ayah Aril masuk ke ICU untuk melihat keadaan Aril. Segalanya nampak lancar dan tiada kesulitan yang berlaku. Shila pula pagi itu terpaksa bergegas ke Johor Bharu kerana ada mesyuarat dengan bosnya dan hanya mampu mengucapkan syukur kerana pembedahan selamat dijalankan. "Nanti insyallah petang ni Shila cuba balik cepat untuk tengok keadaan Aril ye mak cik? " "Tak payah rushing sangat, Aril diam je atas katil ni dia tak lari ke mana. Kamu tu hati-hati je ok. "

3 jam kemudian, tiba-tiba mesin yang menunjukkan denyutan nadi Aril berbunyi kuat. Semua jururawat mengerumuni katil Aril untuk melihat keadaan yang berlaku. Selang beberapa minit kemudian doktor pakar datang ke katil Aril untuk melihat keadaan. Nadinya lemah, mungkin sesuatu berlaku selepas pembedahan, mungkin jantungnya tidak boleh menerima injap baru. Terlalu banyak kemungkinan. Tapi yang pasti keadaan Aril petang itu kritikal.. keluarganya dipanggil masuk ke ICU. Ibunya tidak putus putus berdoa agar tuhan selamatkan nyawa Aril. Di luar, adik Aril iaitu Ani menelefon Shila untuk memberitahu keadaan Aril yang sedang kritikal dan sedang bertarung dengan nyawanya. Mendengarkan berita ini, Shila tergamam dan kemudiannya panik. Benda yang paling dirisaukannya akhirnya berlaku. Petang itu juga Shila meminta bosnya untuk melepaskannya lebih awal kerana ingin berkejar ke KL untuk melihat keadaan Aril. Shila memecut keretanya dengan laju di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan. "Awak jangan tinggalkan saya Aril... tolong jangan.. "

......................................
"Ketahuilah, wahai hamba Allah, bahwasanya mati itu adalah benar, turun ke kubur adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu dalah benar, bangkit sesudah mati itu adalah benar, dihitung dosa dan pahala itu adalah benar, timbangan itu adalah benar, syurga itu adalah benar, hari kiamat pasti datang tidak ragu lagi dan bahwasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang dalam kubur dan kami menitipkan kamu kepada Allah." 


Sesudah selesai imam membaca talqin, semua yang melawat kubur itu bersurai dan hanya tinggal ahli keluarga terdekat sahaja yang masih berada di kawasan kubur menyiram air mawar pada kubur jenazah. Ibu Aril dan adiknya, Ani memandang sayu pada kubur yang baru bertanda itu. Dengan pandangan sayu sambil mulut terkumat-kamit menyedekahkan al-fatihah.

"Sabarlah, setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita.." Pak Mail, bapa Aril menepuk belakang isterinya yang melihat dengan sayu kubur yang ditanda dalam tulisan Jawi nama penuh Shila itu. Ibu dan ayah Shila sudah tidak mampu menahan sebak melihat kubur anak mereka tetapi Pak Mail berusaha menenangkan mereka berdua. Petang itu ketika Aril sedang bertarung nyawa, Shila memandu terlalu laju keretanya kerana ingin berkejar ke hospital. Sayangnya Shila tak sempat sampai ke destinasi yang ingin ditujunya petang itu. Keretanya bertembung dengan sebuah bas yang membrek secara mengejut di depan Shila. Keretanya remuk dan Shila gagal diselamatkan.

Di IJN, hanya selepas 2 hari pemergian Shila barulah berita itu disampaikan kepada Aril. Itupun setelah Aril mendesak keluarganya untuk memberitahu dimana Shila dan kenapa Shila tidak datang melawatnya. Aril hanya mampu menangis sendirian...sehinggalah dia sembuh dengan agak lambat berbanding sepatutnya. Setelah keluar dari hospital, kubur Shila adalah tempat pertama dilawatinya. Hanya bacaan Yassin dan Al-Fatihah mampu diberikan kepada arwah tunangnya itu. " Kenapa awak tinggalkan saya Shila? ... kenapa sayang?? "

......................................
"Cinta yang agung adalah cinta yang gagal...."


Saturday, April 7, 2012

[Short Stories Saturday] #5: Gadis Berkasut Converse


"Bunga!! , Bunga Rafina.!!... Itu nama saya. Awak? "
"Loqee... Loqee Izwan. Nice to errr...err .. meet you. " cilaka, apasal hati aku berdebar-debar nih?

Gadis di depan mata aku ni tersenyum menampakkan kemanisan wajahnya. Si gadis ini nampak seperti seorang hipster. Anggun bertudung biru, memakai t-shirt panjang juga berwarna biru dipadankan dengan Cardigan lengan panjang berwarna hitam, berseluar jeans berwarna hitam dan paling hip ialah kasutnya, Kasut Converse Chuck Taylor. Dia nampak simple, tapi cantik. Sumpah aku cair, sumpah aku tergoda. Rasa nak ku cubit pipinya yang putih gebu yang menyimpulkan senyum kepada aku.

Bunga seorang gadis yang berasal dari Ipoh, Perak. Sebuah tempat yang dalam kepala aku cuma ada Nasi Wanggey, Gulai Tempoyak dan Stadium Bola Sepak Ipoh. Tapi hari ini, dalam kepala aku kalau terfikirkan Ipoh, aku akan terfikirkan Bunga. Gadis yang baru je masuk kerja di tempat aku. Aku ajak Bunga bersarapan, memandangkan officemate dia belum sampai lagi, maka dia pun setuju dengan ajakan aku untuk bersarapan sama. Aku menggosok mata, macam tak percaya dapat bermesra dengan Bunga.

-----------------------------------------

"Bunga tinggal dekat mana? "
"Bunga tinggal di Serdang. Dekat Seri Kembangan. Loqee pernah pegi sana? "
"Selalu sangat, selalu makan kat sana jugak. Main futsal pon selalu gak kat situ."
"Haa! rumah Bunga betul-betul kat belakang tempat futsal tu. Dekat Apartment tu."
"Ohh ye ke? Selalu pergi kerja naik apa?"
"Kadang-kadang ikut housemate, kadang-kadang naik bas. Housemate selalu outstation macam minggu ni dia kena pergi Kuantan. So Bunga kenalah naik bas."

Peluang baik nih, malam ni boleh la aku hantar dia balik. Jauh gile tu Serdang dari sini, nak naik bas pun mau dekat 2 jam baru sampai rumah.

Aku dengan Bunga sambung berborak, berbagai topik disembang pagi tu dari hal kerja, sampai ke hobi, sampai masuk falsafah hidup pun ada. Bunga seorang yang cool, dalam hidupnya dia sukakan pengembaraan. Dia idamkan suatu hari nanti dia nak mengembara ke seluruh dunia.. nak hitchhiking dari Malaysia sampai ke Eropah. Macam aku juga, aku suka mengembara. Saban hari aku terinspirasi dari rancangan TV NatGeo dan Discovery Channel. Mengembara itu sendiri adalah suatu tuntutan dalam agama. Sayangnya untuk mengembara dalam dunia zaman pasca moden ini, kita masih perlukan kertas. Kertas yang dipanggil wang dan kini hanya wang sajalah yang menyebabkan aku stuck dekat sini, terpaksa bekerja membanting tulang untuk mendapatkan wang.

Perbualan aku dengan Bunga banyak berkisar tentang kehidupan. Tapi anehnya sikit pun takde cerita pasal hal cinta-cinta. Aku sendiri tak tau Bunga ni dah berpunya ke belum dan Bunga pun tak tanya pasal aku. Aku rasa takde lah kot, sebab kitorang berbual pun mesra semacam je.

-----------------------------------------

"Loqee anta Bunga balik ni tak susahkan Loqee ke?"
"Alah... takde lah jauh mane dari sini, lagipun hari ni malas nak balik awal. Kalau dok umah pon takde mende nak buat. "
"Ohh macam tu, orang bujang takkan la dok umah je? tak gi melepak ke dengan kawan-kawan? "
"Naahh.. malas lah. I'm a home-type person lagipun.. Bunga pulak takkan tak gi memana? "
"Malam lagipun, tak elok lah anak dara keluar sampai malam-malam "

Bunga tersenyum sinis, menampakkan giginya yang putih. senyuman yang sama ada mampu menyejukkan hati yang tengah panas mahupun mencairkan hati yang beku.

"Bunga esok buat apa cuti-cuti? "
"Esok takda apa kot? dok rumah je lah kemas-kemas bilik. Loqee pulak buat apa? "
"Taktau lah nak buat apa. Member ajak balik kampung dia, dia nak bertunang esok tapi macam malas nak pergi. I'm not really in the mood for some holy matrimony for the time being "
"Kenapa? bunyik macam tengah kecewa je?."
"Well kind of... ahh tutup ceritalah. Bunga kata suka mengembara, ni apa barang dok umah je ni."
"Belum masanya lagi kot. Not in the mood nak mengembara sorang-sorang.."
"Hmmm... then boleh Loqee ajak keluar esok? kita mengembara dekat KL ke nak? mengembara ke wayang ke, mengembara sambil makan-makan dekat McD ke? hahaha..."
"Heee... mengembara apa macam tu? funny la Loqee ni. Is there anything good on the movies? "
"Hmm let me see.. Bunga tak minat movie ala-ala komedi Saiful Apek ni kan? jom tengok Hunger Games. Diorang kata tu filem action. Tapi takde lah action sampai letup sana sini macam Transformers tu lah.."
"Nice jugak tu.. so esok pukul berapa?"
"Hmm kita tengok dalam tengahari macam tu ok? Pukul 2 lebih kurang I'll pick you up. ok?"
"Ok..its a date then..."

Dan Bunga kembali menguntum senyuman. Ada rona-rona merah di pipinya sewaktu menyebut perkataan 'Date'. Malam itu aku angau. Segala bantal peluk yang ada atas katil tu aku peluk. Aku toleh kiri nampak Bunga, toleh kanan nampak Bunga. Dah tutup mata pun ternampak dia lagi. Bunga Rafina, dari mana kau datang?

-----------------------------------------

Selesai menonton wayang aku ajak Bunga makan Nasi Padang di Kampung Baru. Sebuah restoran Nasi Padang di tengah kotaraya KL. Bunga tetap cantik macam aku mula-mula jumpa dia. Hari ini gayanya simple, memakai baju t-shirt biasa berwarna hijau dan berjaket perang, dipadankan dengan tudung lilit style Yuna dan  berseluar jeans hitam dan melilitkan Pashmina yang menampakkan seolah-olah dia sedang memakai skirt. Tapi yang paling menarik perhatian tentulah kasutnya. Kasut Converse Chuck Taylor berwarna hitam. Dia nampak cute berstyle begitu, dan aku rasa bertuah dapat berjalan disisi Bunga ketika ini. Pendek kata kalau Siti Nurhaliza lalu depan aku pun aku tak heran lah.

"Loqee, kenapa kita makan jauh sangat? kenapa tak makan kat fast food yang dekat dengan wayang tadi tu je? "
"Saje je nak ajak Bunga jalan-jalan.. nama pun nak mengembara kan. Takat makan kat fast food kat Mid tu alahaiii... rosak perut je. Lagipun bosanlah, bosan dengan hagemoni fastfood, kedai mamak dan kedai tom yam ni. Macam dah tak ada makanan lain kat Malaysia nih kan? "
"Ye tak ye jugak.. bosan jugak hari hari makan kat mamak dengan kedai tomyam. Kat mamak ada nasi goreng kampung. Tapi sampai sekarang taktau kenapa Nasi Goreng yang ditabur ikan bilis tu di panggil Nasi Goreng Kampung. Bunga kalau kat kampung pun mak sendiri tak pernah buat nasi goreng letak ikan bilis banyak-banyak macam tu.."
"Tu la pasal kan? Dah la ikan bilis dia tak buang kepala pulak tu..."

Dan kami sama-sama ketawa dalam kereta tu sambil menghadap traffic jam yang merupakan pandangan biasa di KL walaupun pada hari cuti.

-----------------------------------------

Beberapa minggu kemudian aku dengan Bunga kerap jugak berjumpa dan kadang-kadang makan bersama. Suatu hari tu semasa cuti aku dan geng-geng aku nak pergi memanjat Bukit Broga. Teringatkan Bunga ni seorang yang sukakan outdoor, aku pun ajaklah dia join sekali. Tiba di Bukit Broga, aktiviti memanjat diteruskan. Pagi itu di puncak Bukit Broga sangat indah dan nyaman. Walaupun semua orang keletihan, tapi di setiap muka semua orang terpancar satu senyuman. Senyuman yang bermakna. Bunga aku lihat sangat ceria, dia pernah memanjat bukit itu tapi tu dulu. Dua tiga tahun dulu. Tengah aku syok pandang Bunga tetiba Johan, member aku tampar belakang badan aku.

"Woiii tengok apa tu lama-lama? "
"Ishhh terkamjat aku.. bangang punya Johan, lain kali bagi la salam dulu ke apa. "
"Salam abah kau! aku panggil dua tiga kali tak menyahut. Kang aku bagi salam tiga kali kau tak menyahut kang aku ingat kau dah jadi orang kafir ke apa pulak kang"
"Pale hotak kau! takde laa, kot ye pon jangan la tampar kuat-kuat. Gugur jantung aku karang, hospital bukan dekat. Kang nak panggil helikopter pulak naik kat atas ni.
"Kau tu mengelamun kuat sangat, woihh tu awek lu ke? apesal kau tak pernah bagitau ha? "
"Belum jadi awek laa. aku kenal dia pun baru dua tiga minggu"
"Aihh.. dah kau bawak dia sampai kat atas ni pun belum jadi awek lagi?.."
"Belum. ntahlah, aku sendiri pon taktau dia tu single ke tak? "
"Aik? kau tak pernah tanya ke? "
"Tak.. dia pun tak pernah tanya pasal aku. Kitorang pun tak pernah borak pasal hal cinta-cinta ni. Kitorang borak pasal nak pergi mengembara kat mana, makan kat mana, sapa tokok pemimpin favourite kitorang, Pasal sapa yang patut jadi pemimpin kat dunia ni, pasal negara yang tiada sempadan. I mean literally negara yang tidak bernegara. Konsep dimana setiap kawasan bebas dijelajah tanpa perlu ada sekatan. Cool gila tak? "
"Cool tu memang la cool.. tapi dari gaya kau cerita ni macam gaya friendzone je. Errr... Loqee kau ada perasaan ke kat Bunga tu? "
"Kenapa kau tanya? memang ada laa.dia cantik gila apa? gila aku tak minat kat dia? "
"Kalau macam tu.. kau hati-hati je lah Loqee. Jangan sampai jadi macam..." tiba-tiba kerongkong dia tersekat.
"Aku..." suara Johan perlahan.

Aku kembali terdiam. Johan pernah cerita kat aku pasal kisah dia yang tragik. Terlampau banyak yang tragik dalam kisah percintaan dia. Johan selalu kata dia adalah lambang sebuah, dua buah malah mungkin lebih dari tiga buah kisah cinta yang gagal. Tapi Johan juga selalu kata "Cinta yang agung adalah cinta yang gagal ".

-----------------------------------------

Petang itu balik dari kerja, Bunga ajak aku minum di gazebo yang memang dibuat khas di depan ofis kitorang. Gazebo itu memang disediakan untuk pekerja yang nak lepak-lepak ambil angin luar atau minum-minum atau hisap rokok. Bunga mengeluarkan thermosnya dan dua buah cawan.

"Loqee kena minum kopi ni, Bunga buat ni tau siap tapis sendiri lagi. "
"Sedap bau kopi ni. Apa yang special sangat ni Bunga? "
"Ni laa kopi 434 yang femes dekat Kluang tu.. Loqee mesti pernah dengar kan? "
"Pernah jugak. Aritu baca dalam blog Rokok Nan Sebatang. Dalam tu ada mention pasal kopi ni. Memang mengidam jugak nak minum kopi ni. Mana Bunga dapat? "
"Ohh... ingat tak housemate Bunga? dia orang Kluang, tiap-tiap kali dia balik kampung dia mesti bawak kopi ni." Aku meneguk kopi yang harum tu. Ya kopi 434 memang istimewa, kopinya pekat semacam. Macam kopi Kapal Api, tapi bezanya kopi ni ada aroma tersendiri, lebih istimewanya Bunga sendiri yang tapis kopi ni.
"Loqee, terima kasih sebab invite Bunga pergi Broga hari tu, dah lama tak buat akitiviti outdoor macam tu. "
"Hmm.. sama-sama. Kalau kita nak mengembara ke menjelajah satu dunia ke, yang tu lambat lagi. So for a start, kita menjelajah bukit dan gunung dulu. kan? "
"Tu la pasal.. Tapi minggu depan, Bunga ambil cuti 2 minggu.. nak mengembara jugak lah."
"Huh mengembara ke mana? nak ikut! "
"Jom lahh. Tapi Loqee pun kena la ambil cuti jugak. Bunga ingat nak menjelajah je. Dari Seri Kembangan nak ke Singapura.. memula ingat nak hitchhiking je. Tumpang kereta mana-mana ke. Tapi kalau Loqee pun nak join, Nanti kita plan la lain. "
"Bunga nak pergi Singapore nak jumpa siapa?  ada saudara ke kat sana? "
"Hmm.. taklah. Actually, there's this guy. Kitorang kenal through FB. He loves art, and we both love art. Nama dia Haikal. Dia janji kalau Bunga sampai Singapore dia nak bawak pergi tengok pameran seni dekat sana. "

Kopi aku hampir tersembur di saat Bunga menyebut perkataan "guy" tu. nasib baik tak tersembur. Jantung aku berdebar-debar. Adakah sangkaan buruk aku selama ni benar?

"This Haikal dude, is he your...errr.."
"Ohh Bunga paham. At first it was casual... then lama-lama, Haikal melamar Bunga untuk jadi girlfriend dia. And it might just be my instinct, tapi Bunga rasa he wants to do something special bila Bunga sampai Singapore nanti. Ni semua yang buat Bunga tak sabar rasanya nak jumpa dia nih.."

Senyuman Bunga kembali melebar, semakin lebar senyumannya semakin memuncung mulut aku... "Ohh shitt!! " Hanya itu dari tadi hati aku berzikir, macam kena hempap batu bata aku rasa jantung aku ketika ini. Aku mengalih pandangan, tidak sanggup memandang Bunga.

"Loqee? kenapa ni? why are you suddenly so quiet..aren't you happy for me? "
"Happy you kata? Bunga! kenapa you tak pernah cakap kat I you ada boyfriend?  I thought you are..."
"Single? Loqee tak pernah tanya pun kat Bunga? and Bunga pun ingatkan Loqee dah ada girlfriend. Kenapa? apa salah Bunga? "
"Bunga? I sebenarnya... sebenarnya I like you.. we've been through a lot. Loqee baru nak propose dekat Bunga untuk jadi girlfriend Loqee.."
"I can't Loqee... I can't. I'm sorry. Bunga tak tau yang Loqee ada perasaan dekat Bunga. Saya taktau pun yang Loqee nakkan saya.  Tapi... kita still boleh jadi kawan kan? "
"I have to go now... sorry Bunga. Goodbye and have a nice trip.. " Dan aku pun terus blah dari situ. Macam kejam pulak aku tinggalkan dia sorang-sorang kat situ. Tapi hati aku sakit.. terlalu sakit. Kenapalah aku bodoh sangat melayan perasaan sampai macam ni sekali.
"Maafkan saya, saya lukakan hati awak... " dari jauh aku terdengar Bunga bersuara. Aku dah tak lalu nak toleh lagi..

-----------------------------------------

Malam itu aku berjalan seorang ke Uptown Cheras, ada kedai jual kasut bundle. Aku ternampak sepasang kasut Chuck Taylor hitam seakan sama seperti kasut yang Bunga pakai..

"Bang berapa harga kasut tu bang?"
"RM50 je dik.. kasut ni dah lama sangat kat sini, kalau adik nak, abang tolak murah je lah. Janji ada orang nak beli."
"Boleh laa bang..saya angkat lah kasut tu. "

Sampai dirumah, aku letak kasut tu dekat laman rumah dan aku tenung lama-lama. Kerana kasut ni lah aku jatuh cinta. Jatuh cinta dekat gadis yang akhirnya memecah belahkan hati aku. Ahh aku jugak yang bodoh, kenapa dari awal tak tanya dia? "Babi!! babi!! babi!!.." apasal la realiti ni babi sangat? aku ni tak layak langsung nak merasa bahagia ke?

Aku pandang lagi kasut tu, lepas tu aku curahkan minyak petrol dekat kasut yang aku baru beli tu. Sambil menghirup asap rokok Marlboro Light, aku petik api dan bakar terus kasut tu. Terasa puas, walaupun tindakan tu cuma tindakan yang aku tau bodoh dan tak memberi sebarang makna...

"Cinta yang agung adalah cinta yang gagal..... "

Sunday, April 1, 2012

Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa #2: Memorabilia Pekan Senawang

Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa adalah sebuah kolum khas yang ingin aku ceritakan tentang pengalaman aku dewasa ini di dua buah tempat yang berlainan budaya dan loghat. Akan aku ceritakan pengalaman berbeza aku yang dahulunya menetap selama lebih 20 tahun di Seremban iaitu pusat tumpuan negeri adat perpatih dan kini di kawasan Banting yang merupakan core kepada golongan Jawa di Selangor...





Akhirnya gua kembali jua menulis kolum ini setelah berbulan-bulan hiatus. Untuk edisi kali ini gua taknak tulis dulu pasal Tanah Jawa sebab bagi gua, belum ada yang menarik untuk gua tulis disini. Untuk edisi ini, aku nak kembali ke Tanah Minang. Kembali ke Seremban, or to be precise di  Senawang iaitu tempat jejak aku bermula. Tempat aku memulakan kehidupan sebelum aku boleh melebarkan Lebensraum aku (Lebensraum in German: Ruang) seperti sekarang.

Sebagai pemegang IC yang nombor tengahnya 05, aku sejak kecil ruang lingkup hidup aku hanya berlegar di sekitar Seremban. Lahirnya aku di Hospital Seremban, dan kemudian dibela oleh atuk dan nenek aku yang tinggal di Senawang.

Aku mula menjadi hamba sistem seawal usia 5 tahun, Iaitu bersekolah di Tadika Kemas Gedung Lalang Ampangan dan kemudiannya memulakan zaman sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Senawang pada tahun 1995. Jadi dari sini cita-cita aku bermula - cita-cita seorang anak muda untuk menjadi apa yang dicita. Kawan-kawan aku ada yang nak jadi doktor, bomba, polis. Aku dulu cita-cita nak jadi Pilot jet pejuang macam dalam cerita Top Gun. Aku juga minat dengan keretapi - dan pernah bercita-cita nak jadi Pilot keretapi.Pun begitu, aku tak pernah pula bercita-cita menjadi seorang Editor TV seperti kerja aku sekarang ni.

Dan dari situ perasaan untuk melebarkan Lebensraum disemaikan. Dan sejak aku darjah satu, mak dengan ayah aku selalu paksa aku belajar dan belajar. Belajar supaya periksa dapat nombor satu. Walaupun hakikatnya sepanjang aku di sekolah rendah kedudukan yang aku ingat paling tinggi aku pernah dapat ialah nombor 8 iaitu semasa aku di darjah 2.

Seingat aku, sekolah aku ada dua sesi dimana darjah 1 sampai 3 akan bersekolah pada waktu petang dan darjah 4 sampai 6 bersekolah waktu pagi. Anyway, semasa aku di darjah 3 aku bersekolah pada waktu petang dan bila hari Jumaat aku rasa seronok sebab aku datang sekolah awal tengahari (kes tak pegi solat jumaat).

Jadi bila gap antara aku datang sekolah dengan waktu loceng start sekolah tu ade lah jugak dalam sejam lebih dan biasanya time-time ni aku akan selalu merayau ke pekan Senawang. Jarak antara sekolah aku dengan pekan koboi tu pun takde la jauh mana and in fact rasanya macam tak sampai 1 KM pun. Just a slight walk and you're there! pekan Senawang - the only town in Senawang yang ada pada masa tu sebelum adanya Dataran Senawang seperti sekarang.

And believe it, despite zaman aku tu memang kecoh cerita pasal orang culik budak bawak gi sempadan dan kemudian di-decapitate atau dipotong sana sini dan diambil organnya. Aku dengan geng-geng aku masa tu agak degil jugak untuk merayau ke tempat asing yang ramai orang bermacam ragam dekat situ dan we are all just 8 or 9 years old back then - and yet we're still feel safer back then compare to zaman sekarang ni.

Pekan Koboi Senawang. Masih sibuk seperti 15 tahun yang dulu


So apa yang ada dekat pekan koboi Senawang ni kalau kau tanya aku? apa yang membuatkan aku terkenangkan tempat ni sampai aku gigih menulis pasal tempat ni? It's all about memories. Sekarang ni kalau kat Twitter atau FB kita akan dapat melihat ramai orang share pasal kenangan zaman kecik dulu-dulu. Those who are born in between mid 80's sampai mid 90's, akan terkenang benda-benda yang diorang enjoy masa kecik be it dari TV Shows, makanan ringan, even permainan time diorang kecik-kecik dulu. 

Aku sendiri despite physically tak aktif bermain masa kecik-kecik dulu, aku still enjoy permainan macam lawan pemadam, main bola sepak pakai tin dan botol air, tutup botol dan macam-macam lagilah. So semuanya tu memories time kita kecik-kecik and they are totally worth to be remembered. 

Anyway aku just nak share cerita pasal aku pergi ke pekan Senawang hari Sabtu tempoh hari. Ceritanya gini, Sabtu lepas shift aku cuti dan kebiasaannya kalau hari Sabtu dan aku cuti biasanya aku memang jarang ada dekat Pulau Carey atau mana-mana tanah jajahan Jawa ni. 

So aku ikut lah mak aku balik kampung kat Seremban macam biasa. Seremban hari itu adalah seperti hari-hari biasa tapi yang luarbiasanya ialah kepanasan melampau yang menyebabkan tekak aku jadi cepat kering serta merta. 

Petang tu, akibat tak tahan panas aku dengan sepupu aku Farid bantai merayau sekitar Senawang untuk mencari Cendol yang ultimate dan mampu membuatkan aku kata WOW!!. Sebenarnya di Negeri Sembilan ni boleh dikatakan banyak jugak port jual Cendol yang dikatakan antara paling sedap kat Malaysia ni. Okeh, ketepikan Leman Dawi yang sudah overrated, di Negeri Sembilan ada banyak lagi port Cendol yang sedap seperti Cendol Rembau, Cendol Pilah (dekat bus stand Pilah, yang ni femes sebelum Leman Dawi lagi), Cendol Haji Shariff di Seremban dan 2 lagi port Cendol yang sedap ialah di sekitar Senawang iaitu Cendol Karim di Kampung Sentosa dan lagi satu adalah di pekan koboi Senawang lama ni.

Destinasi aku petang tu ialah Pekan Senawang lama sebab yang tu paling dekat dengan rumah nenek aku plus tetiba aku diserang kenangan merayau di pekan Senawang masa kecik-kecik dulu. Sepupu aku Farid, kata kat sini Cendol nya jauh lagi sedap daripada Cendol Karim lagipun Cendol Karim memang ramai orang nak pulak petang-petang Sabtu yang maha panas ni. 

Sampai-sampai di pekan Senawang aku jadi terkejut sekejap sebab sekeliling pekan koboi tu dah jauh berubah berbanding belasan tahun yang lalu. Semak samun yang dulunya mengelilingi pekan Senawang kini dah jadi rumah kedai dan yang paling tragis jalan sunyi belakang kedai pekan Senawang yang dulunya seram gila kini dah jadi taman perumahan dah pun semuanya dengan nama pembangunan. 

Anyway aku bukanlah dah langsung tak jejak pekan Senawang lama tu selama berbelas tahun. Cuma kadang-kadang tu aku cuma sepintas lalu je dan tak pernah pun nak teringat-ingat sangat kenangan dulu kala. 

Anyway berbalik kepada cerita Cendol tadi, aku dengan Farid akhirnya hampa sebab kedai Cendol kat pekan Senawang tu tutup pulak hari tu dan akibat aku terlampau gila isim nak carik cendol, kitorang pergi jugak gagahkan diri menuju ke Cendol Karim untuk sekali lagi dihampakan kerana Cendol Karim juga tutup petang Sabtu itu.(Time ni gua saspek semua kedai cendol dekat Seremban dok boikot tutup kedai). Aku dengan Farid end up kembali semula ke pekan Senawang lama dan bantai telan Slurpee yang dibeli dekat 7E sambil mengambil beberapa gambar kenangan.





Pekan Senawang lama masih utuh seperti dulu, masih lejen dan masih sibuk macam aku mula-mula jejak kaki ke sini dulu. Selain dari merayau ke pekan Senawang semasa orang lain tengah solat jumaat, aku ada banyak lagi kenangan lain kat sini. 

Masa aku kecik-kecik dulu, arwah atuk aku selalu jugak bawak aku pegi sini. Kadang-kadang dia bawak aku potong rambut kat sini. Ada satu cerita yang aku ingat, aku ni masa kecik-kecik dulu rambut memang dah panjang. Punyalah panjang sampai kadang-kadang orang tak boleh bezakan yang aku ni lelaki ke perempuan. Dah la rambut panjang, comel pulak tu..kahkahkah!. 

Aku tak ingat ni masa aku nak masuk sekolah ke apa, tapi disebabkan rambut dah panjang gila maka mengikut peruntukan undang-undang sekolah di Malaysia ni makanya wajiblah setiap pelajar lelaki memotong rambut mereka ke paras satu level yang kalau tak disebabkan rambut tu warna hitam, mesti nampak kepala ni bulat je. 

Nak dijadikan cerita aku ni memang tak selesa langsung dengan amoi tu potong rambut aku, so aku asyik struggle manjang. Amoi tu kemain suruh gua diam-diam tapi gua asik pusing-pusingkan kepala sampai amoi tu punya gunting terkena jari dia. End up jari amoi tu berdarah sikit dan tobat atuk gua tak bawak gua potong rambut kat situ lagi dah sampai bila-bila. kehkehkeh!

Pekan Senawang sekarang kebanyakan kedainya dah banyak berubah. Tapi tetap ada yang masih kukuh sampai sekarang. Contohnya ialah kedai nombor ekor yang aku memang ingat dari aku kecik dulu sampai sekarang aku pergi kesana kedai tu masih ada kat situ dan interiornya masih sama.(Kedai nombor ekor pernah pulak interior dia lain dari interior kedai nombor ekor yang lain kan?) Cuma taktaulah kalau owner dia dah bertukar orang lain pulak.

Satu lagi yang aku ingat ialah time bulan puasa dulu kat sini ada tapak bazar ramadhan. Walaupun tak banyak kedai tapi makanan dia boleh tahan layan jugak. Dulu bapak aku suka carik kuih Lopez kat sini, katanya kuih Lopez kat sini original sikit. Selain tu specialty kat bazar sini ialah air tebu dia. Taktaulah nak kata camna, tapi air tebu kat sini best sikit dari tempat lain walaupun zahiriyahnya air tebu rasanya sama je kat mana-mana kedai ye dok?

Sekarang setelah berbelas tahun. Senawang itu sendiri dah jauh berubah dan mungkin sudah terlalu jauh berubah. Sekarang Senawang dah macam satu Bandar mini yang tersendiri. Senang aku katakan, Senawang sekarang sudah boleh jadi port melepak setaraf dan semeriah NZ dan Wangsa Maju di KL. Dataran Senawang sepanjang minggu menjadi port melepak yang sentiasa penuh di hujung minggu. Samaada yang datang tengok bola atau sekadar datang menjamu selera. Either yang datang sorang-sorang, atau yang datang sepasang atau yang datang dengan sedara mara adik abang.

Itu Dataran Senawang. Itu tumpuan penduduk Senawang sekarang. Dan kini Pekan Senawang Lama hanya sebuah pekan kecil. Sebuah kawasan yang hanya dikunjungi penduduk sekitar. Hanya dikunjungi oleh mereka yang nak beli barang harian tanpa perlu ke Tesco, atau mereka yang nak cari Slurpee dekat 7E macam aku tempohari, atau mereka yang nak cari cendol yang indie dan bukan dari nama-nama besar macam Cendol Leman Dawi atau mereka yang kaki nombor ekor judi yang mencari wang daki.

Pekan Senawang Lama. Tetap lejen, tetap ikon, sapa tak boleh lupa Pekan Senawang Lama yang dekat dengan Sekolah Kebangsaan Senawang, bersebelahan Stesyen Minyak Shell dan berdekatan dengan kawasan kilang yang juga menjadi ikon senawang sebuah Bandar satelit Bandar industri yang kini tinggal menjadi sebuah memorabilia untuk dikenang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...