"Terima kasih sayang.... terima kasih sebab akhirnya awak terima saya.," Aril tersenyum, dia tersengih lebar melihat gadis manis di depannya tatkala gadis itu mengatakan "I do.. " kepada soalan awalnya. Saat Aril mengungkapkan soalan "Will you be my first and the only girlfriend? " kepada Shila, muka Shila merah merah malu, tak sangka dia yang Aril akan berminat dengan dirinya. Akhir kata Shila setuju dan mereka menjadi pasangan sejoli kemudiannya. Shila memang gadis yang diidamkan Aril. Seorang yang simple dan bertudung, lemah lembut dan pandai berhias. Cakap saja lelaki mana yang tak tangkap cintan dengan Shila tapi akhirnya Shila menjadi milik Aril.Seorang lelaki yang dalam diam juga diadmire oleh Shila sendiri.
......................................
"Uhukk... Uhukk... " Aril terbatuk, mukanya sedikit pucat. Entah kenapa badannya rasa sedikit kurang sihat. Ditekan dadanya sendiri. Terasa sakit.. sakit di luar dan di dalam. "Takkanlah.." Aril bermonolog, dah lebih sepuluh tahun. Dulu dia seorang pesakit jantung. Itu dulu.. sepuluh tahun dulu. Sepuluh tahun dulu dia telah selamat menjalani pembedahan. Sekarang Aril sudah sihat, tidak ada apa cacat celanya.
"Awak ok ke tak ni? kalau tak ok kita baliklah nak? " Shila risaukan keadaan Aril. Memang dia nak sangat tengok perlawanan bola sepak Malaysia menentang Sepanyol tu. Tiket pun dah dibeli, mereka berdua ditemani Zahir dan Khairi. Dua orang kawan baik Aril yang memang telah sedia maklum sejarah silam penyakit Aril. Mereka berdua juga risaukan Aril. "Woii Aril, kau ok ke tak ni? apsal muka kau pucat sial? ". "Aku ok lah.. pancit sikit je. Biasalah dah lama tak excercise.."
Keadaan di Stadium memang sudah maklum panas. Kepanasan itu banyak memberi kesan kepada Aril sendiri. Beberapa kali dia hampir pitam akibat kepanasan dan kesakitan pada dadanya. Takut juga dia kalau-kalau penyakit lama datang kembali. " Nanti esok-esok aku pegi check lah.. "
......................................
"Cehhh!!.. kojo macam menejaa(manager). Pakai keto Ford Focus Sport lagii... Tapi isap ghokok(rokok) balut. tak standard boto(betul) laa ekau ni Kai. " bentak Zahir kepada Khairi. Aril di sebelah mereka hanya mampu tergelak saja melihat gelagat dua orang kawan baiknya tu. Khairi sambung membalut rokoknya. Rokok balut boleh dikategorikan sebagai rokok yang paling murah sekali. Mudah saja, kena ada kertas untuk membalut dan tembakau yang dijual dalam pek berwarna warni dan ada perisa tersendiri. "Woii mana filternyer? takkan dah balut gini tak letak filter kat hujung", "Ahh tak payahlaa filter, ni aku buat stail orang kampung punya ni. Padat dan mampat, gulung dua sekali, haa baru lejen.. sekali kena rasa macam kena gam. Hhahahah." Khairi menggelakkan Zahir yang tak pernah hisap rokok balut takde filter. Zahir terasa bengang, Ingin saja diketuk kepala Khairi tu, " Macam la kau penah hisap gam?" Dan ketiga-tiga sahabat tu sambung tergelak. Aril yang dari tepi asyik tergelak tengok gelagat dua orang hantu ni tiba tiba terasa semacam di dadanya. Terasa sakit berdenyut-denyut. Aril kembali menekan dada. Mukanya kembali pucat.
Khairi yang terlihat perubahan mengejut pada Aril menegurnya. "Wehh Aril, pehal kau? tetiba muka lain macam je ni? " "Eh.. ha'ah la tadi kau elok je gelak, ni tetiba senyap ni apesal? dada kau tu kenapa? " Zahir pula mula risau keadaan kawannya. Sambil menekan dada Aril berkata, "ntahlah beb, sejak aritu aku rasa lain macam kat jantung aku. Kengkadang rasa sakit gak, tapi selalunya rasa macam jantung aku berdenyut kencang...tapi entahlah? " " Kau tak pegi Hospital ke check?" tanya Khairi. "Biar je lah dulu. esok-esok aku pegi la.". "Kau tu laa aku kata jangan hisap rokok.. degil nak cuba jugak.. hesshhh! " Zahir pula memarahi Aril. "Kepala hotak kau!! bila pulak jadahnye aku isap rokok? aritu je sekali yang kau kasi aku try rokok si Khairi ni. Tu je sebatang." "Aik?? den pulak yang salah? bukan aritu ekau yang nak try sangat camne rasa isap rokok? yang ekau kato kek den yang kau nak tenangkan pikiran lah bagai tu.." Khairi cube mempertahankan diri. "Ahh dah laa.. aku tak salahkan sesapa pun. Biasa la ni badan dah masuk tahap second hand.. ada la rosak sana sikit.. korang takyah risau lah." Aril cuba menenangkan keadaan. Walaupun dia tahu ini perkara yang tak boleh dibawak main. "Shila tau tak pasal ni? " Zahir bertanya. "Dia tau aku penah sakit jantung. Tapi yang kes sekarang ni aku diamkan je. Aku tanak dia risau sangat.. dia tu bukan boleh nak risau sangat..jadi tak tentu arah dia tu kang. So lebih baik aku diam je dulu." kata Aril lantas teringatkan girlfriendnya yang kini berada di kampung.
Teringat juga semasa dia menghantar Shila ke Stesyen Bas tadi. Shila sedikit risau keadaan Aril yang sedikit berubah. "Awak sihat ke tak ni? dari aritu masa tengok bola awak nampak lain macam je. Saya tanak baliklah macam ni. Biarlaa saya dok sini dulu tengok-tengokkan awak.", "Sayang takyah risau lah.. takde apa-apa nih. awak baliklah kampung, bincang ngan mak abah. Nanti bulan depan saya antar rombongan takde la diorang terkejut pulak kan? " "Haa ye laa tu. Orang tengah risaukan keadaan dia, dia buat memain pulak. Dah la saya balik lama ni 2 minggu, nanti awak gak yang sakit sakit sebab rindu.. hehe." "Saya dah rindukan awak selama 24 tahun dah. Sejak berpisahnya awak dari rusuk kiri saya ni, sejak itu saya rindukan awak. Apa lah sangat kalau setakat 2 minggu takda depan mata ni...Dah..dah takde pape. Pi naik bas tu.. karang lambat kena tinggal kang, sape nak anta awak balik jauh jauh tu karang? " Shila tersenyum mendengar kata-kata Aril dan kemudian menaiki bas dengan hati yang separuh berat. Dia juga gembira sebab tak sabar nak balik kampung nak jumpa mak abahnya, nak bagitau berita gembira kepada orang tuanya tu. Dari atas tingkap bas, Shila dan Aril berbalas lambaian dan Shila memberikan satu flying kiss kepada Aril. Aril buat-buat macam sedang menangkap flying kiss Shila dan ditekapkan ke dadanya. Dalam masa yang sama dadanya terasa pedih dan jantungnya berdenyut ngilu.... "Jangan.. jangan sakit sekarang..." kata Aril dalam hati.
......................................
2 Bulan Kemudian.......
Aril senyum lebar tatkala menunggu di luar rumah. Telinganya dapat menangkap serba-sedikit perbualan yang berlaku di dalam rumah. Pihak keluarganya ramai ikut turut serta dalam majlis pertunangan Aril dengan gadis idamannya, Shila. Hari ini,dia,ibunya,adik perempuannya Ani dan keluarga Pak Lang dan Mak Ngah nya sudah pun selamat berkumpul di rumah Shila. Aril nampak ada linangan air mata di sisi mata ibu Shila apabila menyambut rombongan keluarganya ketika tiba di situ daripada Seremban. Keluarga belah Shila juga agak ramai sedang menunggu di dalam.
Tapi Aril sudah dipesan Pak Langnya,"tunggu di luar nanti.Tak elok anak teruna masuk masa berbincang.." Jadi di temani ayam-ayam yang sedang mematuk tanah dan beberapa ekor kucing yang mengiau di kaki, Aril hanya mampu menunggu. Dia harap segalanya dipermudahkan.Selang beberapa ketika, muncul sepupu sebayanya, Amirul. Amirul angkat jari menunjukkan tanda bagus.Aril hanya mampu senyum sambil mulutnya menuturkan Alhamdulillah senyap-senyap. Di dalam rumah, Shila juga tersenyum tatkala ibu Aril menyarungkan cincin pertunangan ke jarinya.
Tapi Aril sudah dipesan Pak Langnya,"tunggu di luar nanti.Tak elok anak teruna masuk masa berbincang.." Jadi di temani ayam-ayam yang sedang mematuk tanah dan beberapa ekor kucing yang mengiau di kaki, Aril hanya mampu menunggu. Dia harap segalanya dipermudahkan.Selang beberapa ketika, muncul sepupu sebayanya, Amirul. Amirul angkat jari menunjukkan tanda bagus.Aril hanya mampu senyum sambil mulutnya menuturkan Alhamdulillah senyap-senyap. Di dalam rumah, Shila juga tersenyum tatkala ibu Aril menyarungkan cincin pertunangan ke jarinya.
......................................
Aril dan Khairi menyorak gol jaringan Zahir. Memang kalau main futsal, tiga sahabat ni memang gandingan yang sangat mantap. Mereka pandai cover satu sama lain, Aril biasa bermain di posisi Defender, terinspirasi dari pemain kesukaannya Aidil Zafuan. Khairi di Midfield manakala Zahir sebagai penyerang. Lazimnya dalam futsal jarang pemain bermain mengikut posisi bola sepak normal tetapi tidak bagi gandingan trio ini. Permainan di sambung semula, pemain lawan membawa bola hingga ke petak penalti sebelum dipintas Aril. Aril terus melarikan bola ke depan, mencari ruang kosong untuk melakukan percubaan terus. Suasana sedikit cemas, adrenalin dalam tubuh bagai dipam-pam, Shila di luar gelanggang menyorak tunangnya. Aril mengangkat kaki hendak menyepak, saat kakinya menerjah bola, pandangannya tiba-tiba kabur. Kepalanya pening dan terasa berat secara tiba-tiba.... Aril pitam di tengah gelanggang....
......................................
Suasana di wad CCU Institut Jantung Negara pada pagi itu sangat hening. Kesejukan penghawa dingin yang dikawal secara centralize menyucuk-nyucuk tulang penghuni di situ. Aril tersedar dari pengsan dan melihat seluruh badannya diseliratkan dengan berbagai jenis wayar. Ada yang disambung ke ibu jarinya untuk mengesan tekanan darah dan ada yang disambung pada bahagian dadanya yang berfungsi sebagai pengesan denyutan jantung. Di sebelah Aril ialah ibunya yang setia menunggu sejak semalam, "Aril!! syukur nak kau dah sedar akhirnya...mak risaukan kau.." ada linangan air mata pada pipi ibunya yang terlalu risaukan anak lelaki tunggalnya itu. "Apa jadi kat Aril mak? kat mana ni? ", "Kau kat IJN ni Aril, Shila kata kau pengsan semalam masa main futsal, terus diorang panggil ambulan. Diorang hantar kau ke hospital besar tapi lepas tu hospital terus refer kau ke IJN." jelas ibunya. "Kenapa dengan Aril mak? apa jadi? kenapa Aril pengsan?" terlalu banyak tanda tanya pada benak kepala Aril. Dengan tenang ibunya menjawab satu persatu soalan Aril. "Doktor tengah buat pemeriksaan lagi Aril, katanya dari X-Ray yang diorang tengok katanya jantung kau bengkak. Mungkin semalam masa kau main futsal tu jantung kau tak boleh terima beban yang lebih , tu sebab kau pengsan." Aril hanya terdiam, dia dah tak tau nak kata apa.. dalam hati dia hanya mampu berdoa agar tuhan panjangkan umurnya..
Petang itu, Shila datang melawat Aril di wad CCU. Hanya hiba dalam setiap pertuturan Shila.. dia tak sangka tunangnya memendam sakit seorang diri. "Awak tipu! awak kata awak nak kongsi semua benda.. kenapa awak sorok penyakit awak? kenapa setiap kali saya tanya awak Ok ke tak? awak tak jawab soalan saya?? kenapa Aril!!"...Shila cuba memarahi Aril tetapi dalam setiap pertuturannya hanya disulam tangisan yang teresak-esak. "Saya mintak maaf, saya bukan nak sorok apa-apa. Tapi saya tak nak awak risau. Itu aje. Awak sendiri tau keadaan awak bila awak risaukan sesuatu, sebab tu saya tak nak awak risau, saya tak nak serabut nanti awak jadi tak tentu arah. Saya hanya mahu melihat Shila yang periang, yang gembira, yang sentiasa cantik di mata saya sebab itu lah penawar saya selama ni.." Aril cuba memujuk.. "Dah jadi macam ni awak ingat saya tak risau?? bila awak buat macam ni dekat saya lagi lah saya risau.. awak tahu?" "Sekarang ni awak jangan risau ok... saya percaya takda apa-apa yang serius. Lagipun sini ialah hospital pakar, saya percaya dekat semua doktor pakar dekat sini ok sayang?.. jangan risau ok? kalau apa-apa jadi dekat awak saya tak boleh maafkan diri saya..." Aril dan Shila berbalas pandangan.. hanya mereka saja faham gelora hati dan perasaan masing-masing...
Petang itu, Shila datang melawat Aril di wad CCU. Hanya hiba dalam setiap pertuturan Shila.. dia tak sangka tunangnya memendam sakit seorang diri. "Awak tipu! awak kata awak nak kongsi semua benda.. kenapa awak sorok penyakit awak? kenapa setiap kali saya tanya awak Ok ke tak? awak tak jawab soalan saya?? kenapa Aril!!"...Shila cuba memarahi Aril tetapi dalam setiap pertuturannya hanya disulam tangisan yang teresak-esak. "Saya mintak maaf, saya bukan nak sorok apa-apa. Tapi saya tak nak awak risau. Itu aje. Awak sendiri tau keadaan awak bila awak risaukan sesuatu, sebab tu saya tak nak awak risau, saya tak nak serabut nanti awak jadi tak tentu arah. Saya hanya mahu melihat Shila yang periang, yang gembira, yang sentiasa cantik di mata saya sebab itu lah penawar saya selama ni.." Aril cuba memujuk.. "Dah jadi macam ni awak ingat saya tak risau?? bila awak buat macam ni dekat saya lagi lah saya risau.. awak tahu?" "Sekarang ni awak jangan risau ok... saya percaya takda apa-apa yang serius. Lagipun sini ialah hospital pakar, saya percaya dekat semua doktor pakar dekat sini ok sayang?.. jangan risau ok? kalau apa-apa jadi dekat awak saya tak boleh maafkan diri saya..." Aril dan Shila berbalas pandangan.. hanya mereka saja faham gelora hati dan perasaan masing-masing...
......................................
3 hari kemudian selepas segala hasil diagnosis, Aril didapati mengalami penyakit jantung yang bengkak dimana jantungnya di sebelah kiri bengkak sedikit dari sebelah kanan. Selain itu, salah satu injap yang membawa darah dari paru-paru ke jantungnya didapati rosak teruk dan akibatnya darah tidak boleh disalurkan dengan betul. Jika dibiarkan, jantungnya akan terus membengkak dan darah tidak boleh dipam dengan teratur dan boleh menyebabkan Aril tidak boleh menjalani kehidupan seharian dengan normal mahupun menjadi aktif. Aril perlu menjalani pembedahan bagi menukar injap jantungnya dan perlu bergantung kepada ubat seumur hidupnya. Mendengarkan berita ini, perasaan Shila dan keluarga Aril bercampur baur. Sedikit gembira kerana ia tidak begitu serius cuma yang merisaukan mereka ialah pembedahan itu sendiri. Setiap pembedahan melibatkan jantung mempunyai risiko yang sangat tinggi kerana sedikit kesilapan boleh menyebabkan kehilangan nyawa seseorang pesakit.
"Esok saya dah kena jalani operation... awak doakan saya cepat sembuh ye sayang? Lepas dah sihat nanti saya bawak awak pergi makan ABC Fradoo yang awak nak sangat tu eh?" Aril menenangkan Shila yang sedikit tersenyum setelah melihat gelagat Aril yang tidak putus cuba berjenaka walaupun keadaan Aril kelihatan sedikit tenat. Sense of humor pada Aril memang tidak pernah padam walau macam mana serius pun keadaan itu. "Saya dah tanak ABC tu.. saya nak makan Ice Cream kat Haagen Daaz. Dulu awak janji bila dapat gaji je awak nak belanja ais krim tu kan? last-last awak asyik belanja ais krim goreng dekat kedai mamak je.." "Ok laa tu.. Haagen Daaz tu pun takde aiskrim goreng tau?? haa kat kedai mamak je yang ada.". "Saya doakan awak cepat sembuh.. lagipun dah tak lama lagi berapa bulan je kita dah nak kahwin kan? persiapan semua tengah rancak dah ni.. orang-orang kampung saya pun dah sibuk bertanya macam-macam tau?" Aril tersenyum.. melihat Shila petang itu. Pandangannya sayup sahaja.. "Shila... saya ingat nanti saya nak mintak doktor tu buat ukiran lah. Nak suh dia ukir nama awak kat jantung saya.. hehehe." Mereka berdua tergelak sakan, sekali sekala dijeling oleh pesakit di katil sebelah dan nurse yang sedang bertugas menunjukkan isyarat senyap kepada mereka berdua.
......................................
Pagi itu pembedahan dijalankan. Selama hampir 6 jam para doktor pakar bertungkus lumus berusaha menyembuhkan Aril dan akhirnya pembedahan itu berjaya. Aril dimasukkan ke ICU untuk pemerhatian teliti. Selepas pembedahan, Ibu dan ayah Aril masuk ke ICU untuk melihat keadaan Aril. Segalanya nampak lancar dan tiada kesulitan yang berlaku. Shila pula pagi itu terpaksa bergegas ke Johor Bharu kerana ada mesyuarat dengan bosnya dan hanya mampu mengucapkan syukur kerana pembedahan selamat dijalankan. "Nanti insyallah petang ni Shila cuba balik cepat untuk tengok keadaan Aril ye mak cik? " "Tak payah rushing sangat, Aril diam je atas katil ni dia tak lari ke mana. Kamu tu hati-hati je ok. "
3 jam kemudian, tiba-tiba mesin yang menunjukkan denyutan nadi Aril berbunyi kuat. Semua jururawat mengerumuni katil Aril untuk melihat keadaan yang berlaku. Selang beberapa minit kemudian doktor pakar datang ke katil Aril untuk melihat keadaan. Nadinya lemah, mungkin sesuatu berlaku selepas pembedahan, mungkin jantungnya tidak boleh menerima injap baru. Terlalu banyak kemungkinan. Tapi yang pasti keadaan Aril petang itu kritikal.. keluarganya dipanggil masuk ke ICU. Ibunya tidak putus putus berdoa agar tuhan selamatkan nyawa Aril. Di luar, adik Aril iaitu Ani menelefon Shila untuk memberitahu keadaan Aril yang sedang kritikal dan sedang bertarung dengan nyawanya. Mendengarkan berita ini, Shila tergamam dan kemudiannya panik. Benda yang paling dirisaukannya akhirnya berlaku. Petang itu juga Shila meminta bosnya untuk melepaskannya lebih awal kerana ingin berkejar ke KL untuk melihat keadaan Aril. Shila memecut keretanya dengan laju di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan. "Awak jangan tinggalkan saya Aril... tolong jangan.. "
......................................
"Ketahuilah, wahai hamba Allah, bahwasanya mati itu adalah benar, turun ke kubur adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu dalah benar, bangkit sesudah mati itu adalah benar, dihitung dosa dan pahala itu adalah benar, timbangan itu adalah benar, syurga itu adalah benar, hari kiamat pasti datang tidak ragu lagi dan bahwasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang dalam kubur dan kami menitipkan kamu kepada Allah."
Sesudah selesai imam membaca talqin, semua yang melawat kubur itu bersurai dan hanya tinggal ahli keluarga terdekat sahaja yang masih berada di kawasan kubur menyiram air mawar pada kubur jenazah. Ibu Aril dan adiknya, Ani memandang sayu pada kubur yang baru bertanda itu. Dengan pandangan sayu sambil mulut terkumat-kamit menyedekahkan al-fatihah.
Sesudah selesai imam membaca talqin, semua yang melawat kubur itu bersurai dan hanya tinggal ahli keluarga terdekat sahaja yang masih berada di kawasan kubur menyiram air mawar pada kubur jenazah. Ibu Aril dan adiknya, Ani memandang sayu pada kubur yang baru bertanda itu. Dengan pandangan sayu sambil mulut terkumat-kamit menyedekahkan al-fatihah.
"Sabarlah, setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita.." Pak Mail, bapa Aril menepuk belakang isterinya yang melihat dengan sayu kubur yang ditanda dalam tulisan Jawi nama penuh Shila itu. Ibu dan ayah Shila sudah tidak mampu menahan sebak melihat kubur anak mereka tetapi Pak Mail berusaha menenangkan mereka berdua. Petang itu ketika Aril sedang bertarung nyawa, Shila memandu terlalu laju keretanya kerana ingin berkejar ke hospital. Sayangnya Shila tak sempat sampai ke destinasi yang ingin ditujunya petang itu. Keretanya bertembung dengan sebuah bas yang membrek secara mengejut di depan Shila. Keretanya remuk dan Shila gagal diselamatkan.
Di IJN, hanya selepas 2 hari pemergian Shila barulah berita itu disampaikan kepada Aril. Itupun setelah Aril mendesak keluarganya untuk memberitahu dimana Shila dan kenapa Shila tidak datang melawatnya. Aril hanya mampu menangis sendirian...sehinggalah dia sembuh dengan agak lambat berbanding sepatutnya. Setelah keluar dari hospital, kubur Shila adalah tempat pertama dilawatinya. Hanya bacaan Yassin dan Al-Fatihah mampu diberikan kepada arwah tunangnya itu. " Kenapa awak tinggalkan saya Shila? ... kenapa sayang?? "
......................................
"Cinta yang agung adalah cinta yang gagal...."
No comments:
Post a Comment