adverts

Saturday, April 7, 2012

[Short Stories Saturday] #5: Gadis Berkasut Converse


"Bunga!! , Bunga Rafina.!!... Itu nama saya. Awak? "
"Loqee... Loqee Izwan. Nice to errr...err .. meet you. " cilaka, apasal hati aku berdebar-debar nih?

Gadis di depan mata aku ni tersenyum menampakkan kemanisan wajahnya. Si gadis ini nampak seperti seorang hipster. Anggun bertudung biru, memakai t-shirt panjang juga berwarna biru dipadankan dengan Cardigan lengan panjang berwarna hitam, berseluar jeans berwarna hitam dan paling hip ialah kasutnya, Kasut Converse Chuck Taylor. Dia nampak simple, tapi cantik. Sumpah aku cair, sumpah aku tergoda. Rasa nak ku cubit pipinya yang putih gebu yang menyimpulkan senyum kepada aku.

Bunga seorang gadis yang berasal dari Ipoh, Perak. Sebuah tempat yang dalam kepala aku cuma ada Nasi Wanggey, Gulai Tempoyak dan Stadium Bola Sepak Ipoh. Tapi hari ini, dalam kepala aku kalau terfikirkan Ipoh, aku akan terfikirkan Bunga. Gadis yang baru je masuk kerja di tempat aku. Aku ajak Bunga bersarapan, memandangkan officemate dia belum sampai lagi, maka dia pun setuju dengan ajakan aku untuk bersarapan sama. Aku menggosok mata, macam tak percaya dapat bermesra dengan Bunga.

-----------------------------------------

"Bunga tinggal dekat mana? "
"Bunga tinggal di Serdang. Dekat Seri Kembangan. Loqee pernah pegi sana? "
"Selalu sangat, selalu makan kat sana jugak. Main futsal pon selalu gak kat situ."
"Haa! rumah Bunga betul-betul kat belakang tempat futsal tu. Dekat Apartment tu."
"Ohh ye ke? Selalu pergi kerja naik apa?"
"Kadang-kadang ikut housemate, kadang-kadang naik bas. Housemate selalu outstation macam minggu ni dia kena pergi Kuantan. So Bunga kenalah naik bas."

Peluang baik nih, malam ni boleh la aku hantar dia balik. Jauh gile tu Serdang dari sini, nak naik bas pun mau dekat 2 jam baru sampai rumah.

Aku dengan Bunga sambung berborak, berbagai topik disembang pagi tu dari hal kerja, sampai ke hobi, sampai masuk falsafah hidup pun ada. Bunga seorang yang cool, dalam hidupnya dia sukakan pengembaraan. Dia idamkan suatu hari nanti dia nak mengembara ke seluruh dunia.. nak hitchhiking dari Malaysia sampai ke Eropah. Macam aku juga, aku suka mengembara. Saban hari aku terinspirasi dari rancangan TV NatGeo dan Discovery Channel. Mengembara itu sendiri adalah suatu tuntutan dalam agama. Sayangnya untuk mengembara dalam dunia zaman pasca moden ini, kita masih perlukan kertas. Kertas yang dipanggil wang dan kini hanya wang sajalah yang menyebabkan aku stuck dekat sini, terpaksa bekerja membanting tulang untuk mendapatkan wang.

Perbualan aku dengan Bunga banyak berkisar tentang kehidupan. Tapi anehnya sikit pun takde cerita pasal hal cinta-cinta. Aku sendiri tak tau Bunga ni dah berpunya ke belum dan Bunga pun tak tanya pasal aku. Aku rasa takde lah kot, sebab kitorang berbual pun mesra semacam je.

-----------------------------------------

"Loqee anta Bunga balik ni tak susahkan Loqee ke?"
"Alah... takde lah jauh mane dari sini, lagipun hari ni malas nak balik awal. Kalau dok umah pon takde mende nak buat. "
"Ohh macam tu, orang bujang takkan la dok umah je? tak gi melepak ke dengan kawan-kawan? "
"Naahh.. malas lah. I'm a home-type person lagipun.. Bunga pulak takkan tak gi memana? "
"Malam lagipun, tak elok lah anak dara keluar sampai malam-malam "

Bunga tersenyum sinis, menampakkan giginya yang putih. senyuman yang sama ada mampu menyejukkan hati yang tengah panas mahupun mencairkan hati yang beku.

"Bunga esok buat apa cuti-cuti? "
"Esok takda apa kot? dok rumah je lah kemas-kemas bilik. Loqee pulak buat apa? "
"Taktau lah nak buat apa. Member ajak balik kampung dia, dia nak bertunang esok tapi macam malas nak pergi. I'm not really in the mood for some holy matrimony for the time being "
"Kenapa? bunyik macam tengah kecewa je?."
"Well kind of... ahh tutup ceritalah. Bunga kata suka mengembara, ni apa barang dok umah je ni."
"Belum masanya lagi kot. Not in the mood nak mengembara sorang-sorang.."
"Hmmm... then boleh Loqee ajak keluar esok? kita mengembara dekat KL ke nak? mengembara ke wayang ke, mengembara sambil makan-makan dekat McD ke? hahaha..."
"Heee... mengembara apa macam tu? funny la Loqee ni. Is there anything good on the movies? "
"Hmm let me see.. Bunga tak minat movie ala-ala komedi Saiful Apek ni kan? jom tengok Hunger Games. Diorang kata tu filem action. Tapi takde lah action sampai letup sana sini macam Transformers tu lah.."
"Nice jugak tu.. so esok pukul berapa?"
"Hmm kita tengok dalam tengahari macam tu ok? Pukul 2 lebih kurang I'll pick you up. ok?"
"Ok..its a date then..."

Dan Bunga kembali menguntum senyuman. Ada rona-rona merah di pipinya sewaktu menyebut perkataan 'Date'. Malam itu aku angau. Segala bantal peluk yang ada atas katil tu aku peluk. Aku toleh kiri nampak Bunga, toleh kanan nampak Bunga. Dah tutup mata pun ternampak dia lagi. Bunga Rafina, dari mana kau datang?

-----------------------------------------

Selesai menonton wayang aku ajak Bunga makan Nasi Padang di Kampung Baru. Sebuah restoran Nasi Padang di tengah kotaraya KL. Bunga tetap cantik macam aku mula-mula jumpa dia. Hari ini gayanya simple, memakai baju t-shirt biasa berwarna hijau dan berjaket perang, dipadankan dengan tudung lilit style Yuna dan  berseluar jeans hitam dan melilitkan Pashmina yang menampakkan seolah-olah dia sedang memakai skirt. Tapi yang paling menarik perhatian tentulah kasutnya. Kasut Converse Chuck Taylor berwarna hitam. Dia nampak cute berstyle begitu, dan aku rasa bertuah dapat berjalan disisi Bunga ketika ini. Pendek kata kalau Siti Nurhaliza lalu depan aku pun aku tak heran lah.

"Loqee, kenapa kita makan jauh sangat? kenapa tak makan kat fast food yang dekat dengan wayang tadi tu je? "
"Saje je nak ajak Bunga jalan-jalan.. nama pun nak mengembara kan. Takat makan kat fast food kat Mid tu alahaiii... rosak perut je. Lagipun bosanlah, bosan dengan hagemoni fastfood, kedai mamak dan kedai tom yam ni. Macam dah tak ada makanan lain kat Malaysia nih kan? "
"Ye tak ye jugak.. bosan jugak hari hari makan kat mamak dengan kedai tomyam. Kat mamak ada nasi goreng kampung. Tapi sampai sekarang taktau kenapa Nasi Goreng yang ditabur ikan bilis tu di panggil Nasi Goreng Kampung. Bunga kalau kat kampung pun mak sendiri tak pernah buat nasi goreng letak ikan bilis banyak-banyak macam tu.."
"Tu la pasal kan? Dah la ikan bilis dia tak buang kepala pulak tu..."

Dan kami sama-sama ketawa dalam kereta tu sambil menghadap traffic jam yang merupakan pandangan biasa di KL walaupun pada hari cuti.

-----------------------------------------

Beberapa minggu kemudian aku dengan Bunga kerap jugak berjumpa dan kadang-kadang makan bersama. Suatu hari tu semasa cuti aku dan geng-geng aku nak pergi memanjat Bukit Broga. Teringatkan Bunga ni seorang yang sukakan outdoor, aku pun ajaklah dia join sekali. Tiba di Bukit Broga, aktiviti memanjat diteruskan. Pagi itu di puncak Bukit Broga sangat indah dan nyaman. Walaupun semua orang keletihan, tapi di setiap muka semua orang terpancar satu senyuman. Senyuman yang bermakna. Bunga aku lihat sangat ceria, dia pernah memanjat bukit itu tapi tu dulu. Dua tiga tahun dulu. Tengah aku syok pandang Bunga tetiba Johan, member aku tampar belakang badan aku.

"Woiii tengok apa tu lama-lama? "
"Ishhh terkamjat aku.. bangang punya Johan, lain kali bagi la salam dulu ke apa. "
"Salam abah kau! aku panggil dua tiga kali tak menyahut. Kang aku bagi salam tiga kali kau tak menyahut kang aku ingat kau dah jadi orang kafir ke apa pulak kang"
"Pale hotak kau! takde laa, kot ye pon jangan la tampar kuat-kuat. Gugur jantung aku karang, hospital bukan dekat. Kang nak panggil helikopter pulak naik kat atas ni.
"Kau tu mengelamun kuat sangat, woihh tu awek lu ke? apesal kau tak pernah bagitau ha? "
"Belum jadi awek laa. aku kenal dia pun baru dua tiga minggu"
"Aihh.. dah kau bawak dia sampai kat atas ni pun belum jadi awek lagi?.."
"Belum. ntahlah, aku sendiri pon taktau dia tu single ke tak? "
"Aik? kau tak pernah tanya ke? "
"Tak.. dia pun tak pernah tanya pasal aku. Kitorang pun tak pernah borak pasal hal cinta-cinta ni. Kitorang borak pasal nak pergi mengembara kat mana, makan kat mana, sapa tokok pemimpin favourite kitorang, Pasal sapa yang patut jadi pemimpin kat dunia ni, pasal negara yang tiada sempadan. I mean literally negara yang tidak bernegara. Konsep dimana setiap kawasan bebas dijelajah tanpa perlu ada sekatan. Cool gila tak? "
"Cool tu memang la cool.. tapi dari gaya kau cerita ni macam gaya friendzone je. Errr... Loqee kau ada perasaan ke kat Bunga tu? "
"Kenapa kau tanya? memang ada laa.dia cantik gila apa? gila aku tak minat kat dia? "
"Kalau macam tu.. kau hati-hati je lah Loqee. Jangan sampai jadi macam..." tiba-tiba kerongkong dia tersekat.
"Aku..." suara Johan perlahan.

Aku kembali terdiam. Johan pernah cerita kat aku pasal kisah dia yang tragik. Terlampau banyak yang tragik dalam kisah percintaan dia. Johan selalu kata dia adalah lambang sebuah, dua buah malah mungkin lebih dari tiga buah kisah cinta yang gagal. Tapi Johan juga selalu kata "Cinta yang agung adalah cinta yang gagal ".

-----------------------------------------

Petang itu balik dari kerja, Bunga ajak aku minum di gazebo yang memang dibuat khas di depan ofis kitorang. Gazebo itu memang disediakan untuk pekerja yang nak lepak-lepak ambil angin luar atau minum-minum atau hisap rokok. Bunga mengeluarkan thermosnya dan dua buah cawan.

"Loqee kena minum kopi ni, Bunga buat ni tau siap tapis sendiri lagi. "
"Sedap bau kopi ni. Apa yang special sangat ni Bunga? "
"Ni laa kopi 434 yang femes dekat Kluang tu.. Loqee mesti pernah dengar kan? "
"Pernah jugak. Aritu baca dalam blog Rokok Nan Sebatang. Dalam tu ada mention pasal kopi ni. Memang mengidam jugak nak minum kopi ni. Mana Bunga dapat? "
"Ohh... ingat tak housemate Bunga? dia orang Kluang, tiap-tiap kali dia balik kampung dia mesti bawak kopi ni." Aku meneguk kopi yang harum tu. Ya kopi 434 memang istimewa, kopinya pekat semacam. Macam kopi Kapal Api, tapi bezanya kopi ni ada aroma tersendiri, lebih istimewanya Bunga sendiri yang tapis kopi ni.
"Loqee, terima kasih sebab invite Bunga pergi Broga hari tu, dah lama tak buat akitiviti outdoor macam tu. "
"Hmm.. sama-sama. Kalau kita nak mengembara ke menjelajah satu dunia ke, yang tu lambat lagi. So for a start, kita menjelajah bukit dan gunung dulu. kan? "
"Tu la pasal.. Tapi minggu depan, Bunga ambil cuti 2 minggu.. nak mengembara jugak lah."
"Huh mengembara ke mana? nak ikut! "
"Jom lahh. Tapi Loqee pun kena la ambil cuti jugak. Bunga ingat nak menjelajah je. Dari Seri Kembangan nak ke Singapura.. memula ingat nak hitchhiking je. Tumpang kereta mana-mana ke. Tapi kalau Loqee pun nak join, Nanti kita plan la lain. "
"Bunga nak pergi Singapore nak jumpa siapa?  ada saudara ke kat sana? "
"Hmm.. taklah. Actually, there's this guy. Kitorang kenal through FB. He loves art, and we both love art. Nama dia Haikal. Dia janji kalau Bunga sampai Singapore dia nak bawak pergi tengok pameran seni dekat sana. "

Kopi aku hampir tersembur di saat Bunga menyebut perkataan "guy" tu. nasib baik tak tersembur. Jantung aku berdebar-debar. Adakah sangkaan buruk aku selama ni benar?

"This Haikal dude, is he your...errr.."
"Ohh Bunga paham. At first it was casual... then lama-lama, Haikal melamar Bunga untuk jadi girlfriend dia. And it might just be my instinct, tapi Bunga rasa he wants to do something special bila Bunga sampai Singapore nanti. Ni semua yang buat Bunga tak sabar rasanya nak jumpa dia nih.."

Senyuman Bunga kembali melebar, semakin lebar senyumannya semakin memuncung mulut aku... "Ohh shitt!! " Hanya itu dari tadi hati aku berzikir, macam kena hempap batu bata aku rasa jantung aku ketika ini. Aku mengalih pandangan, tidak sanggup memandang Bunga.

"Loqee? kenapa ni? why are you suddenly so quiet..aren't you happy for me? "
"Happy you kata? Bunga! kenapa you tak pernah cakap kat I you ada boyfriend?  I thought you are..."
"Single? Loqee tak pernah tanya pun kat Bunga? and Bunga pun ingatkan Loqee dah ada girlfriend. Kenapa? apa salah Bunga? "
"Bunga? I sebenarnya... sebenarnya I like you.. we've been through a lot. Loqee baru nak propose dekat Bunga untuk jadi girlfriend Loqee.."
"I can't Loqee... I can't. I'm sorry. Bunga tak tau yang Loqee ada perasaan dekat Bunga. Saya taktau pun yang Loqee nakkan saya.  Tapi... kita still boleh jadi kawan kan? "
"I have to go now... sorry Bunga. Goodbye and have a nice trip.. " Dan aku pun terus blah dari situ. Macam kejam pulak aku tinggalkan dia sorang-sorang kat situ. Tapi hati aku sakit.. terlalu sakit. Kenapalah aku bodoh sangat melayan perasaan sampai macam ni sekali.
"Maafkan saya, saya lukakan hati awak... " dari jauh aku terdengar Bunga bersuara. Aku dah tak lalu nak toleh lagi..

-----------------------------------------

Malam itu aku berjalan seorang ke Uptown Cheras, ada kedai jual kasut bundle. Aku ternampak sepasang kasut Chuck Taylor hitam seakan sama seperti kasut yang Bunga pakai..

"Bang berapa harga kasut tu bang?"
"RM50 je dik.. kasut ni dah lama sangat kat sini, kalau adik nak, abang tolak murah je lah. Janji ada orang nak beli."
"Boleh laa bang..saya angkat lah kasut tu. "

Sampai dirumah, aku letak kasut tu dekat laman rumah dan aku tenung lama-lama. Kerana kasut ni lah aku jatuh cinta. Jatuh cinta dekat gadis yang akhirnya memecah belahkan hati aku. Ahh aku jugak yang bodoh, kenapa dari awal tak tanya dia? "Babi!! babi!! babi!!.." apasal la realiti ni babi sangat? aku ni tak layak langsung nak merasa bahagia ke?

Aku pandang lagi kasut tu, lepas tu aku curahkan minyak petrol dekat kasut yang aku baru beli tu. Sambil menghirup asap rokok Marlboro Light, aku petik api dan bakar terus kasut tu. Terasa puas, walaupun tindakan tu cuma tindakan yang aku tau bodoh dan tak memberi sebarang makna...

"Cinta yang agung adalah cinta yang gagal..... "

2 comments:

housemate mu dulu said...

al kisah benar ke niq.?

PELAUNG PULAU said...

tak... nama pun cerpen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...