pic credit to n9futbol
Tahun 2010 permulaan Liga Super tidak begitu menarik buat N9. Tapi team ni mendapat gelaran baru iaitu 'Pakar Pusingan Kalah Mati'. Sekali lagi di penghujung tahun, N9 melayakkan diri ke final Piala FA melawan Kedah.iaitu bekas juara Double Treble yang kini setelah tiada Marlon Alex James sudah menjadi Double Trouble. Sekali lagi aku ke estadio nazionale de jalil hill bersama kengkawan.. suasana kali ni lebih seronok. fan n9 dan Kedah sama ramai. Setelah perlawanan agak lemau dan berakhir 1-1. munculnya hero baru iaitu Sani Anuar Kamsani yang menepis sepakan penalti pemain Kedah iaitu Mat Sabre Abu. ketika tu aku dan ribuan penyokong N9 menjerit gembira..kini N9 sah kuasa baru bola sepak Malaysia. malah video masa aku ngan kengkawan bersorak macam orang gila tu pon masih ada lagi kat Facebook aku.
Aku bayar RM20 bukan untuk menikmati perlawanan tetapi menikmati detik detik liar macam ni....
tahun 2010 jugak N9 layak ke final Piala Malaysia sekali lagi menentang Kelantan, tetapi sayang sekali tewas kali ini. dan N9 selepas itu pada tahun 2011 menjadi Real Madrid Malaya dengan membeli pemain2 bertaraf star dan memiliki tak kurang dari 4 pemain kebangsaan yang gaji depa pastinya berbelas-belas ribu seperti yang didakwa oleh Tok Mat. Ditambah pulak kali ni wujudnya Ultras Nogori 9 yang sangat stail dan memiliki stamina tinggi untuk bersorak sepanjang game ntah makan apa agaknya. Bola sepak N9 kini boleh dianggap macam Inter Milan Malaysia dah nih.
Dan semua ini datangnya oleh coach yang sangat hebat iaitu Wan Jamak Wan Hassan. Bekas coach pasukan kebangsaan ni telah guide Negeri Sembilan ke tahap sekarang. Transisi yang dibawak beliau dari pasukan yang penuh bermasalah dibawah Hatem Soussi hingga kini ke tahap sangat digeruni memang sangat amazing bak kata omputih tapi bak kata omputih jugak, all beginning must have an end. 2011 yang diharapkan menjadi tahun untuk Negeri Sembilan mengimpikan menang treble skarang dah jadi macam nightmare. Dengan prestasi asik kalah dalam Liga Super dan tersingkir dari Piala FA kepada pasukan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dah jadi macam Arsenal yang hilang satu demi satu piala. Tekanan kepada WJ kini sangat tinggi dan semakin menampakkan yang dia akan mengikut jejak langkah Rafael Benitez di Inter Milan yang terpaksa meletak jawatan kerana tekanan. Tok Mat sebagai presiden PBNS pulak memang tak bagi muka dan berterusan memberi amaran keras kepada WJ hinggakan coach tu sendiri tertekan. Dalam hal ni aku sedikit menyalahkan Tok Mat sebab terlalu pressure WJ sampaikan WJ dah tak boleh berpikir dah dengan masalah atasan plus masalah pemain yang main cekak pinggang. Semua tu adalah suasana yang tak seronok bagi seorang coach.
Dan hari ini seperti juga Rafael Benitez yang meletakkan jawatan di Inter Milan, Wan Jamak Wan Hassan setelah lebih 2 tahun bersama Negeri Sembilan dan setelah 2 piala akhirnya meletakkan jawatan beliau di sebabkan tekanan yang terlalu tinggi dari pemain,penyokong dan pihak pengurusan. Apa guna terus stay kalau asik jadi bahan makian dan bahan dibahan ye dok? Dikhabarkan pagi tadi dari page Ultras Nogori 9 bahawa bekas coach Double Treble iaitu encik Azraai Khor Abdullah akan menggalas tugas selaku new coach Negeri Sembilan. Dan seperti Inter Milan,mampukah coach baru ini menjadi seperti Leonardo yang kembali meletakkan team di tempat yang sepatutnya? di Serie A, satu ketika Inter berada di tempat keenam dan kini diorang kembali di tangga kedua di belakang AC Milan. Jadi adakah Negeri Sembilan boleh jadi macam tu? Yang tu sama2 kita harapkan.
Buat encik coach Wan Jamak, jutaan terima kasih diucapkan dari penyokong2 Negeri Sembilan dan seperti coach-coach yang berjaya sebelum ini seperti K.Devan( Liga Super 2006) dan Haji Zaki Sheikh Ahmad(Piala FA 2003). Jasamu akan dikenang... Hobin Jang Hobin...This is Paroi!!!
Jang sonyum yo....
1 comment:
Wj..pulangla ke Johor semula...naikan balik tim Johor Plak....
Post a Comment