adverts

Friday, February 25, 2011

Cerpen...bukan kisah tipikal drama Melayu (Part 2)

Sebelum aku mulakan kisah ni, biarlah aku letak dulu disclaimer awal-awal. Bukan apa, tanak nanti ada orang salah paham...


kisah ini bukanlah kisah cinta, tapi kisah yang terjadi akibat cinta.......


  Life Hairi terus berderai macam belon yang pecah tercucuk jarum, pelajarannya merosot dan social lifenya juga merudum. Hairi tidak menceritakan masalahnya kepada sesiapa dan setiap kali dia menghadapi masalah, Hairi akan terus melarikan diri dari masalah dan mencari escapism lain dengan melepak dengan kawan2 baiknya seperti Din, Mus dan Wan. Bila tension dia selalu ajak diorang bertiga ni lepak2 minum teh,tengok bola,tengok wayang ataupun main pool. Walaupun sentiasa melarikan diri dari masalah, Hairi tau satu hari dia terpaksa gak menghadapi  masalah tu dan akhirnya masalah Hairi sampai di suatu tahap dimana it all become to much for young Hairi to handle. Hairi menghadapi banyak masalah terutamanya masalah pelajaran dan masalah kewangan. Bab pelajaran memang entah kemana dan bab soru Hairi ni selalu je bedal megi ataupun grand sikit nasik bujang setiap hari. Atas nasihat keluarganya, Hairi mengambil keputusan untuk menghentikan pengajiannya dan menggunakan sijil diplomanya untuk mencari kerja.

Tuah Hairi belajar di IPTS yang terkemuka di Malaysia menyebabkan diplomanya laku saja diperakukan dengan nilai. Sekejap saja Hairi berjaya mendapat kerja di sebuah syarikat IT di Putrajaya dan tanpa melengahkan masa, Hairi packing segala barangnya dan meninggalkan semua kenangan buruk mahupun indah di Universiti yang berjaya mendidiknya selama setahun lebih itu. Gaji Hairi tidaklah begitu banyak tetapi bagi seorang pemegang Diploma gajinya boleh sahaja mencecah 3 ribu sekiranya Hairi rajin membuat kerja lebih masa. Dan sejak itu Hairi menjadi hamba wang kertas. Dia kini seorang workaholic. Puas baginya apabila melihat angka yang terpapar di skrin ATM setiap kali tibanya hujung bulan. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah melupakan Nur. Biarpun hubungan Hairi dan Nur kini sudah tidak lebih sebagai kawan atau bekas rakan seperjuangan dalam pelajaran, Hairi tetap menyimpan hasrat yang lebih serius untuk mendapatkan semula Nur. Beberapa kali juga Hairi menghubungi Nur melalui sms,messenger mahupun facebook dan setiap kali itu jugalah Hairi memberi pembayang yang dia masih mahukan Nur. 

Di tempat kerja Hairi, staf wanita memang terlalu rare dan kalau nak dinisbahkan dengan staf lelaki yang bujang pun masih lagi terlebih tujuh lapan orang staf lelaki, dan paling teruk apabila kebanyakan staf wanita disitu semuanya dah ada balak. Bagi Hairi, ape lagi pilihan yang dia ada? nak taknak terpaksa jugaklah Hairi makan luar. Dia sendiri pon memegang prinsip sejak dari awal kalau boleh tanak ade awek satu opis. Dan kalau satu opis sekalipun biarlah lain-lain department atau lain-lain tingkat. Dan ini menyebabkan Hairi terpaksa juga menurutkan kemahuannya terhadap Nur. Namun entah dimana silapnya, Nur terlalu dingin dengan Hairi. Setiap kali mereka berborak, Nur seolah mahu mengelak untuk bercerita mengenai hubungan mereka dan Nur sebolehnya mahu melupakan apa yang berlaku di masa silamnya dan ini termasuklah kenangan berdating-dating dengan Hairi setahun yang lepas. Akibat itu, Hairi semakin hari semakin stress sebab dia sendiri dah merasakan diri dia macam looser, macam cob-nobbler bak kata Nami TTGB.

Di opis Hairi ade sorang staf bernama Am, si Am ni kalau nak compare ngan Hairi hensem lebih sikit tapi mamat Am ni bab tekel awek memang sah beribu kali ganda lagi power dari Hairi tapi ntah mana silapnya si Am ni masih lagi single. Hairi sendiri pelik tengok member dia sorang ni, "muka dah hensem, duit banyak, tekel awek pandai tapi takde awek...lagi looser dari aku" kata Hairi dalam hati. dalam pejabat tu semua awek si Am ni ngorat..tapi memang silap la pi ngorat awek orang, memang tak dapat la melainkan kau ni special betul punye orang. Si Am ni macam Hairi gak, gile main social network site macam Facebook, Myspace, YM..pendek kata semua network site yang senang carik awek la abis cite. Entah camana dalam dok main YM tu si Am dapat contact information Nur. Am pon ape lagi, gile jugakla dia tengok gamba kecik Nur dalam YM yang terserlah comelnya. Dalam dok chatting tu Am pun dapat la nombor tepon Nur. Am pon sejak tu selalu la contact2 Nur main-main mesej dan slalu calling-calling semua. Dan dalam masa yang sama Hairi masih lagi berhubungan ngan Nur. Tapi takdela sampai main sms dan calling2.. bagi Hairi dia takda idea nak borak ape dengan Nur selain amat memahami kerjaya Nur sebagai seorang eksekutif mestila Nur ni busy gila orangnya. Sekali sekala kalau Hairi nampak Nur online, segera Hairi akan tegur dan borak la apa2 sampai Nur ni offline sendiri.

Setelah beberapa hari Am dan Nur contact2, akhirnya Nur dapat tau bahawa Am dan Hairi bekerja satu opis. Nur dapat tau lepas tengok kat facebook yang Am dengan Hairi ni adalah mutual friends(sape main facebook tu tau la ape maksud mutual friends). Selepas ditanya oleh Nur barulah Am bagitau dan dia pon baru tau yang Nur dengan Hairi saling kenal-mengenal. Sejak tu Am selalu menyendeng dekat Hairi untuk bertanya pasal Nur. Hairi sedar yang Am ni rupanya memang ada hati ngan si Nur. Dalam hatinya terasa bengang jugak bila Am pon dok sama nak ngorat si Nur. Setiap kali Am bertanya pasal Nur dekat Hairi, Hairi akan buat-buat tak layan si Am. Dia sendiri pon pening nak carik awek, pastu nak sibuk buat ape pi tolong orang, bentak hatinya. Semakin hari hubungan Am dengan Nur semakin rapat, biarpun tak penah berjumpa tapi bila berborak dalam telefon bunyinya seakan diorang ni dah kenal lama dan macam tengah berkasih sayang pulak. Bagi Hairi dia sedar, hubungan Am dengan Nur pasti menjadi dan dia mungkin terpaksa menyesal sebab tak ambik serius pasal hubungannya dengan Nur sejak dari awal perkenalan mereka dan pasti akan lebih menyesal sebab tak buat decision dengan cepat semasa mereka berdua menyambung pengajian di selatan tanah air dahulu..... itulah kisah Hairi yang menyedihkan dan mungkin juga kelakar kerana disebabkan kesengalan Hairi ni, banyak sungguh peluang yang terlepas di depan matanya... 
-the end-


and thats the end of the story, gua nak tanya pendapat lu orang semua pasal Hairi ni.. lu orang rasa Hairi ni betul ke looser seperti yang gua ceritakan atau mungkin Hairi ni tak bernasib baik.. dan gua nak tanya kalau lu orang jadi macam Hairi ni, apa yang lu orang buat? adakah lu orang akan tolong si Am dapatkan Nur sebab lu pon rasa yang lu dengan Nur mungkin takkan bersama atau lu orang akan terus fight untuk dapatkan jugak si Nur... kalau tanya pendapat gua. gua rasa...... ah malas nak pikir arh...kat bawah ade ruang komen..so please let me hear what you think.... sekian from Here and There....

4 comments:

mfd said...

"kalau ada jodoh,xkan kemana awek tu" idiom yg paling sesuai ntuk Hairi. Teruskan berusaha...haha

PELAUNG PULAU said...

pernah tengok doraemon tak? walaupon doraemon cakap bahawasanya nobita akan kahwin gak dengan sizuka, tapi doraemon cakap kalau nobita tak buat apa2 pasal sizuka, silap2 yang akan kawin ngan sizuka tu adalah orang lain.... get it?

Anonymous said...

tapi kalau nobita pakai minyak dagu cam mana plak?
hhahahaha

PELAUNG PULAU said...

kat jepun ade minyak dagu ke??

hahaahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...