adverts

Monday, March 30, 2009

Kenapa Jebat tewas?


Kenapa Jebat tewas? DALAM Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang menjadi watak kedua paling menonjol dalam mitos itu telah tewas di tangan Hang Tuah. Sebenarnya mitos Tuah dan Jebat ini sudah menjadi milik rakyat dan semua lapisan tahu galur cerita dari kecil hingga membawa kepada pembunuhan Jebat.

Mitos ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang Melayu ini. Banyak tafsiran dibuat terutama dengan mengaitkan psikik orang-orang Melayu dengan watak-watak yang ada dalam Hikayat Hang Tuah. Ada yang melihat Tuah sebagai wira kerana setianya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan.

Jadi, mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberi tafsiran demi tafsiran dan sebenarnya ia tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang Melayu. Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik Melayu. Lihatlah, Sultan Melaka telah menganiaya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati. Tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan, rakyat bukan menyalahkan sultan tetapi Jebat. Ini kerana Jebat bukan berada dalam kelompok arus perdana.

Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan. Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus. Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat. Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.

Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain Politik selamat?apabila dia berada dalam kelompok majoriti atau pandangan arus perdana. Tuah tidak berani menegur sultan walaupun sultan melakukan kesalahan. Jebat bukan saja berani menegur malah menyuruh sultan meninggalkan istana kerana dia percaya dia lebih layak menjadi sultan. Malangnya orang Melayu kerana mempunyai Tuah, wira yang tidak berani membetulkan sultan. Maka yang menewaskan Jebat bukanlah keris Taming Sari saja.

Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza. Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau Jebat mahu terus dibunuh. Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan Jebat yang berani melontarkan pandangan tidak popular. Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap!




credits to the original author

senyum seindah suria...

bangun jek pagi nih aku terus jenguk blog...terpikir dan berfikir ape yg aku nak isik. Dengan panasnya matahari pagi ni, tetibe aku teringat scene beberapa ari lepas. Ade la sorang pak cik tu poyo gile. haku senyum kat dia boleh die pandang slek jek.rasa nak campak je kat parit kecik tepi tu... buat semua orang, kalau orang senyum kat kita walaupon die tu gila, kene la kita balas balik senyuman tu.biarlaa korang takde gigi ke..senyuman korang tak menawan ke, senyuman tu sedekah.tak rugi der pon kalau senyum..

Disebabkan ayah aku sebok sangat soh letak gamba bebanyak kat blog ni, maka arini aku tepek la gamba2 senyuman yg mampu menceriakan hidup korang.....hish bapak aku nih, beli la DSLR sebijik kalau nak letak gamba bebanyak








salam senyum sume. jangan masam2 muke.tak elok wa cakap lu.jgn jadi cam mereka bertiga nih.hehehehe, tak dapat makan cendol nyer pasal la ni kot.









Sunday, March 29, 2009

gelak tawa itu sihat...

Aku terlalu bangang ketika ini untuk berfikir ape mende aku nak post malam neh.(ketika ni je laa)

lalu aku pikir, ah carik bahan lawak2 best nih dan lantas ku gugel ape je bende2 yg kurasakan kelakar...bagi aku laa.

lawak 1: manual to speak malay

ooo..nak cakap melayu ye.. suruh je mat saleh follow manual kat bawah neh.... ade hati
1. BELACAN = BELL - ARCH - UN
2. TEMPE = TEMP - AIR
3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. JERING = JAR - INK
5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG
6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG
8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT
9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK
10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. PEKASAM = PEAK - A - SOME
13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN
14. SIRAP = SAY - RUBB
15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY

lawak 2:Kisah Ferarri, Evo7 and Kelisa

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kelisa tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "
Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

lawak 3:AKTA 15.....KONON

Sepasang kekasih baru yang bekerjasebagai pekerja sosial.. Hamiddan Rosni selalu bersama walau kemanajua.. Suatu malam ketikamereka berdua keluar berdating...
Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana punboleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita kepantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta..
Mulanya berbual biasa..lama-k­elamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya­ beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah...hin­ggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.."Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"Lalu mereka pulang... Di rumah..
Hamidterus masuk kebilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya.­.."Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"
p/s: jemm jek....

Monday, March 23, 2009

Ils sont les meilleurs, Sie sind die besten, These are the champions....


Lagu tema champions league yg berkumandang tiap kali perlawanan bermula seakan memberi semangat dan roh yang seakan semacam kepada semua fan2 bola sepak eropah. pejam celik, dah sampai suku akhir dah pon season 2008-2009 nih. Tinggal 8 team berjuang untuk menobatkan diri mereka selaku KING OF EUROPE. So kali ni, aku nak preview sikit upcoming fixture dan bagi sket info mengenai team2 ini....akhir kata, The road to ROME begins again!!!
Villareal CF- The Yellow Submarine
sebuah team yang average tapi sangat attacking. duo striker diorang iaitu Joseba Llorente dan Nihat Kahveci mmg terkenal di sepanyol sebagai antara striker yg digeruni. Personally, aku mmg minat ngan Llorente ni coz die nih almost like fernando torres kalau tak sebab umur die yg tua tu, mesti die dah power gile skang. Antara feature players yg mesti diberi perhatian ialah Robert Pires. and aku teruja nak tengok bagaimana reaksi fans arsenal terhadap Pires. a must see acts. Lain2 player ialah Marcos Senna, Joan Capdevilla, dan Giuseppe Rossi.
Winning Possibility: 4/10 - Better luck next season.
Arsenal FC- The Gunners
team yg digeruni.sangat balance di semua side dan penuh dengan keringat player muda2 dan pemain negro.hehhee.Mempunyai fanbase yang besar di Malaysia. Tak perlu sangat nak comment banyak2 pasal team ni kot? anyway prestasi diorang skarang agak seimbang so setakat Villareal, supposely takde masalah. untuk match ni aku rasa pemain yang akan menyerlah ialah Fabregas dan Eboue. performance diorang berdua nih sangat mantap time nih. so susah laa nak kalah
Winning Possibility: 7/10 - Bakal layak ke separuh akhir
Manchester United - Setan Merah
team yang sangat menjadi pilihan buat masa ini untuk mempertahankan kejuaraan. tapi, team ni tengah down skang nih.ever since game lawan Inter lagi team ni nampak lemau. kalau tak sebab inter tak score aritu, kompem team nih dah out. team nih pon balance di semua position. Lawan porto jek? sayur laa. so walaupon performance diorang setakat ni agak down, tapi diorang still pilihan utama untuk ke next round...
Winning Possibility: 8/10 - One foot on the next round
Porto FC-Portugale power
They are the former champion....they've beat Man Utd in that year...they survive the odds...they brought the star to stardom. Itulah Porto.tapi ini semua sudah lama berlalu.Porto skarang hanyalah team yang semua team nak lawan supaya boleh ke next round.Porto adalah team yang ada magic tersendiri.Disinilah asalnya nama2 besar cam Jose Mourinho, Deco, Bosingwa, dan Quaresma. Tapi skang diorang masih hebat.diorang ade Lisandro Lopez dan Helder Postiga selaku striker yg masih digeruni.Walaupon dijangka kalah lawan MU nanti, tapi team ni menunjukkan performance yg power masa lawan Athletico Madrid dalam top 16 aritu. Best bet diorang ialah mengharapkan MU terus perform dengan buruk home and away.
Winning Possibility: 4/10 - Better luck next season
Liverpool FC - The Kops
Current performance sees they are on fire... team ni terlalu kuat sekarang ni especially dalam EPL and diorang slalu dapat bless dari the magic 'europe nights'. jugak bakal juara CL dan EPL, tapi knowing Liverpool...well bak kata seorang member.."skang tengah power laa..ko tengok lagi 2..3 game camne". satu penyakit yg tak lepas dari Liverpool. And diorang ade rekod yg sangat baik lawan Chelsea and sampai skang aku ingat dengan gol yang tak gol dari Luis Garcia dulu tu.
Winning Possibility: 6/10 - If the form goes on... they will win
Chelsea FC - Lions will roar.
Why Liverpool? why!!! why!!!....itulah reaksi aku bile tengok keputusan undian. Chelsea teramatlah hampeh under big phil.Hampehnye beliau sbb asik salahkan robinho yg tak join chelsea. Ape nyer baghal la hang neh! one player does not make a team.Beli la orang lain. Aguero ke, Palacio ke, Ronaldoboroi ke, Iaquinta ke.. tapi tu dulu. under Guus Hiddink a.k.a gusdur. Team nih berjaya bangkit dengan bangkitnya Drogba. Chelsea skang dah kuat balik under Gusdur. Hopefully, they can beat the Reds. Go Chelsea!!!
Winning Possibility: 6/10 - If the form goes on... they will win
FC Barcelona - Barca, Catalans, Los Cules
Team nih penah dok gayat kat liga masa awal2 musim.12 points clear beb. Tapi makin lama, manjang kalah je sampai dah kene kejar ngan madrid dah. Tapi barca tetap team hensem. Team yg sangat di respek oleh sume orang dan ramai Malaysian adalah fan barca walaupon hakikatnye diorang fan MU, Arsenal, Chelsea atau Liverpool. nak wat camne? barca tu team sepanyol. Salah ke fan chelsea nak jadik fan barca? anyway current performance diorang agak mantap apatah lagi trio striker diorang dah terer carik gol. Messi tetap hebat, King Henry lak dah jumpa balik roh arsenal die, Eto plak kalau Henry skor, die pon gayat nak skor. Overall team ni jugak adalah pilihan utk conquer Rome dan Europe.
Winning Possibility: 6/10 -If they beat Bayern smoothly, they are ready.
Bayern Munich - German Wall
Home of the legendary player cam Franz Beckenbauer dan si 'betis bosar' Gerd Muller. Team ni skang dilatih oleh Jurgen Klinsmann. walaupon ni team jerman. tapi team ni dah macam Inter Milan tapi masih ade power jerman dgn adanya Miroslav Klose, Lukasz Podolski, Phillip Lahm dan Bastian Schweinsteiger. Team ni tetap mengharapkan player luar cam Franck Ribery, Luca Toni, Lucio dan Hamit Altintop untuk accelerate team ni especially kat bahagian midfield. Bayern mencipta rekod baru setelah membelasah Sporting Lisbon 12-1 secara agregat dlm top 16 and sekaligus sebuah team yang mesti dilawan dengan berhati-hati.
Winning Possibility: 6/10 -If they beat Barcelona smoothly, they are ready.

Saturday, March 21, 2009

Camelia......

Dalam sesak merak aku arini, ingin aku persembahkan barang sebuah video yg berjaya membuai hati dan perasaan aku yg geram kerana sesuatu perkara.

so layan laaa video clip mahajiwang nih dari Irwansyah berjudul Camelia.glemer tol nama Camelia nih.ramai orang buat lagu.tapi ni versi yang lebih jiwang dari ramli sarip punyo nih

Lagu ni takda aku tujukan kat sesapa der.sape yg suke lagu indon dan lagu jiwang karatzz sekaratz rambut diana danielle leh layan



Tuesday, March 17, 2009

Let them speak....

aku berhajatkan photoblog ketika ini. tapi tak dapek laa nak nolong eh sebab ketiadaan DSLR. ade DSC ni pown jadik laaa.











RC 1 : Forum Cari.com



RC atau Rate & Comment yang pertama dalam blog aku ialah mengenai Cari Forum atau aku panggil forum CARI.
Ketika artikel nih ditulis, forum nih menduduki tangga ke 279 dalam senarai forum paling ramai user di dunia. Suatu pencapaian yg dikira membanggakan oleh rakyat malaysia terutamanya administrator, moderator dan forumers kat sini. Walaubagaimanapun, forum ni tewas kepada forum Lowyat.net yg menduduki tangga 100 lebih mungkin sbb forum tuh lagi glemer kot?
CARI forum ialah laman forum yang telah lama bertapak kat malaysia mungkin seawal ketika internet mula2 sampai kat malaysia lagi. kat sini anda boleh berbincang tentang apa2 je subjek mengikut board yang ditetapkan. aku menyertai forum nih pada tanggal 30-7-2004 dan masih lagi aktif sehingga hari ini.
mula2 dulu aku join forum nih sebab terpengaruh tengok interface die yang cun dan gak ade board pasal anime.ye laa time muda2 dulu kan gile anime, lalu aku pon aktif la berforum sejak tuh.sikit demi sikit aku naik. penggunaan avatar gak adalah sesuatu yang sangat menarik perhatian aku. macam2 gamba aku pakai jadikan avatar sampai ade avatar yang membuatkan aku kene sound oleh moderator kat situ. dalam 3 atau 4 bulan aku apply jadik moderator kat sini iaitu di board Comics, Manga, Anime and Cartoons dan hingga ke hari ini aku dah jadik moderator dekat dua lagi board iaitu Negeri Sembilan dan Fanatics, Hobby and Culture.
Di forum nih laa aku banyak mendapat maklumat mengenai macam2 perkara.dari isu2 politik semasa, berita sukan semasa, gosip, berborak pasal bola sepak tanpa perlu rasa segan, malah sebagai moderator aku turut bertindak mengawasi forumers yang fiilnya berbagai ragam sampai ade yg memeningkan dan yg menyakitkan hati.
All and all, forum nih lengkap dengan segalanya dan menepati cita rasa rakyat malaysia. tapi sembang punya sembang pon, ade gak undang2 tersendiri. forumers takleh berbahasa kesat,takleh spamming malah takleh sebar fitnah sebab pernah ade forumer kene rush ngan polis sebab didakwa sebagai penyebar fitnah.betol atau tak aku tak tau laa kan. kat sini gak aku mengenali beberapa individu secara lebih dekat. not romantically but more friendly kerana mereka ade kisah2 mereka dan kisah yang harus aku ambil jadi pengajaran supaya jangan buat di masa depan dan ade gak yang aku kene buat di masa depan. mereka-mereka nih ade yg aku contact thru YM or facebook sekaligus meluaskan lagi ruang lingkup sosial aku kerana aku kini ramai kawan either secara realiti atau secara siber.
Overall rating : 6 out of 10
Comment : Forum ini sering menjalani upgrade untuk keselesaan forummers. A recommended site to visit.
Positive side: Meluaskan rakan siber anda dan segala maklumat boleh diperoleh disini.
Negative side: Ada forumers yang kurang ajar, suka marah orang dan sebagainya. Kadangkala server yang digunakan terlalu slow pada sesuatu masa.
nak lawat forum ini? sila ke http://forum.cari.com.my/

pagi yang gelap...

Semalam seblom tido aku dah berkira-kira.bukan kira hape pon cuma aku dah terpikir headline arinih yang bakal berbunyi begini "tengahariku, pagiku". suatu istilah yang tepat untuk menggambarkan kehidupan seharian aku kat sini tatkala menanti panggilan U ataupon interbiU untuk aku tamatkan riwayat rehat aku yang masuk arinih dah menginjak usia 3 bulan lebih. Sebenarnya aku seronok begini.akhirnya aku dapat berehat panjang, rehat yang aku tak penah dapat sewaktu di kolej.cuti paling lama kat MMC cume tiga minggu sedangkan IPTA bagik sebulan.tapi aku tanak complaint. ye la nak complaint buat ape? hasilnya aku dapat habis lebih awal dari sesetengah rakanku yang masuk kolej atau U lagi awal tapi sampai skang tak habis2 lagi pengajian diorang.ye laa, diploma je pon,nak watpe blaja lama2.

Selalunya time2 camnih aku masih lena dibuai mimpi.maka bangunla aku paling cepat pon pukul 10 atau paling lewat pon pukul 12 tengahari. Sarapan yang mak aku sediakan bertukar jadi hidangan tengahari sebab walaupon aku bangun awal, aku terlalu terbiasa tak sarapan. satu tabiat yang jangan laa diikut oleh sesapa saja yang hidup di dunia nehh.

Jadi pengembaraan hari ini bermula ketika telinga aku dibingitkan oleh alarm henpon ayahku yang ku kira disetkan ke jam 6 pagi. Aku terjaga dan kuamati pulak henpon aku untuk dapatkan kepastian..memang jam 6 pagi. "ahh!! awalnya, sambung la tido". aku golek2 ke kiri dan kanan.naper aku takleh lelap balik nih? serta merta aku teringatkan blog aku yang baru je aku cipta kurang 12 jam yang lalu. aku tak pedulik, aku cuba lelap balik tapi telinga aku dihingarkan pulak dengan suara perbualan ayahku yang nak pi kerja dan mak aku yang sibuk menyediakan sarapan. Last2 aku give up.ahh bangun je laa.perut berkeroncong, aku pi dapur ingat nak carik nasik. mak aku kata "ko nih sewel ape pepagi carik nasik?",aku tengok kat meja ade quaker oats. Sarapan yang sehat. Mak aku pon suh makan mende tu, ku tenung lama2 bijan2 yang dah kembang kene air panas tu, dan aku carik dalam peti ais tengok2 kot ade ape yang aku leh tambah kat quaker oat tu. aku tengok ade susu magnolia berperisa oat. "oat lagi?" ahh dulik, aku capai susu tu dan aku campurkan kat quaker oat tu. aroma die pehh.kembang anak tekak. sesudu demi sesudu aku telan....sambil dalam otak dok berpikir " kalau hari2 aku makan mende nih tiap2 pagi, kurus aku." yeah untuk ke brape ratus kalinya aku berpikiran sedemikian sambil mengharapkan ia jadi nyata.

Lepas sarapan, sekali hujan turun mencurah-curah membasahi bumi Carey Island yang senantiasa subur dengan pepohon kelapa sawit yang menutupi 7/10 pulau itu. ahh sejuknya!!! sambung tido best nih. tapi mata aku degil takmo tido.lalu ku halakan henponku keluar dan snap gambar pagi di depan rumah aku...yer..pagi nih memang gelap,tapi tak lama. Jam 9.30 pagi matahari mencacak naik memanaskan semula seluruh isi pulau ini yang tak berteduh...kalau tak panas petang nih buleh aku sambung aktiviti harian iaitu bermain bola sepak bersama jiran2 yang ratanya masih dibangku sekolah.kalau hujan macam pagi nih, haih menghadap pc je laaa......salam

Rating, second opinion, pandangan luar


kat Malaysia nih bleh kata semua benda kene berdasarkan populariti dan rating.kalo glemer je cepat laku. Nih termasuklah orang2 glemer cam Mawi, Siti Nurhaliza, Anwar Ibrahim, Tun dr. Mahathir, Reshmonu....(die nih glemer ke?). kalo diorang nih berlakon ke nyanyi ke jadi duta ke, kompem laku. Pastu lak yang aku tengok, rakyat malaysia nih cepat terpengaruh. takyah la jauh aku nak meraban. salah satu contoh paling dekat ialah mak aku. Kalo die tengok sale ke, orang offer credit card ke, orang ajak masuk zhulian ke, cepat je terpengaruh. kalo berpekdah takpe gak. ni kang tak beneficial langsung dan hanya sebagai pemuas ati aje. Aku pon same. Tengok orang buat blog, aku pon nak buat blog.terpengaruh punye pasal laa ni.

Jadi diatas faktor2 berikut, aku ingat nak buat sikit kelainan laa kat blog aku nih. Kalo tengok blog ni same je ngan blog2 lain yang ade kisah dan hikayat sendiri hingga ade yg nak gile glamor dan ade yg nak meroyan tak tentu pasal. Jadi untuk kelainan tu, aku ingat nak tulis rating aku sendiri. aku akan rate je ape yg terlintas kat otak aku. contohnya, team Chelsea, kereta Proton Exora, rancangan tv, game, movie, lagu, jiran sebelah umah aku, kawan2 korang, dan ape2 je yg aku rasa aku nak bagik rating, pandangan, pendapat dan sebagainya mengenai sesuatu bende tu.

kengkadang kita tak sedar pengaruh dan pandangan orang lain mengenai sesuatu perkara tu. Kalo kita jenis yg pentingkan pendapat sendiri, mungkin pandangan kedua akan membuatkan kita tersentap dan tersentak kerana kengkadang ia penting untuk kita buat sesuatu keputusan.

aku ade sorang member yang slalu dok bising kat aku sebab die nak makan prosperity burger yg mcdonald buat tu.padahal orang tengah sebok2 boikot MCD,die lagi sebok nak makan burger tu.satu hari tu aku tunjuk die gambar prosperity burger yang bukan berisikan burger daging, tapi mayat manusia yg berdarah lelah dihimpit dengan roti bijan yg dibakar enak. die terdiam tak terkata.aku cakap kat die, "kalo ko nak makan gak burger nih aku blanja ko.tapi ko pikir laa tengah ko sedap makan burger tu sebenarnya ko akan terasa yang ko tengah mengunyak otak seorang palestin yg dibom hingga hancur kepalanya. ko berani tak? rasa perut orang laa wei", die diam lagi kali ni terus blah.merajuk terus.aku taktau la die makan jugak ke tak burger tu sebab aku tak pedulik die nak wat ape pon.perut die lagipon,bukan perut aku.

motip aku bukan laa aku nak kata aku bagus sampai orang kene terima pandangan dan rating aku.tu sume aku punye suka la.korang nak terima ke tak lantak laa kan? cume anggaplah ia akan jadi suatu komen atau pandangan dari seorang yang bergelar manusia dan ada otak yg cube nak bagitau korang ape yg aku rasa.

Jadi, korang boleh gak anta emel ke ape ke kat aku kalo korang nak opinion dari aku mengenai sesuatu benda atau perkara dan insyallah aku akan rate,komen dan sebagainya untuk korang.
salam....

Monday, March 16, 2009

Bermula sudah pengembaraan ini...akhirnya.....


Assalaaamualaaikuum!!!( baca ngan nada din beramboi yg baru start nak baca berita). Akhirnya....oohh akhirnya. Setelah lama sangat ku pendam rasa nak buat blog sendiri, nak berceloteh sendiri, nak meroyan atau merembes sendiri-sendiri. hari ini, dapat gak aku merealisasikan impian ini. kini aku dah ade blog.aku dah bleh bangga sebab aku dah ade ape yg sultan muzaffar ade,aku dah ade ape yg kawan aku azuad adam ngan hafiz esa ada.aku dah ade ape yg cousin aku,azreen ade. yee.aku dah ade blog.

aku tak kesah,ape orang nak kata.blog nih terhasil atas semangat dan desire aku yg tak pernah padam dari nak buat blog.pernah dah aku suarakan hasrat aku nih pada seorang member yg bergelar sahabat.die menyokong malah push aku untuk buat dengan sebaiknya. Tapi aku degil.sikap malas orang melayu terlalu tebal dalam diri aku maka aku give-up seblom berjuang. Tibe2 ntah camne malam nih,ketika aku tgh syok dibuai angin damai di Carey Island, desire aku terlalu kuat.lantas aku terus terjah keyboard yg saban hari aku gune untuk berforum,berchatting,berhubung,main game...malah jadi tempat lepas geram pon ader. jiran aku datang ajak men game pon aku tak layan.sudahnya aku biarkan mereka berdua melayan bola kat tv,kejap2 tukar tengok hagemaru..(hagemaru ade ke memalam nih).

Panjang plak intro...sampai sini dulu aku mengetuk keyboard.lain masa aku sambung lagi dan akan ku perkenalkan lagi blog aku yg aku akan pastikan lain dari yang lain...Assalaaamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...