Aku terlalu bangang ketika ini untuk berfikir ape mende aku nak post malam neh.(ketika ni je laa)
lalu aku pikir, ah carik bahan lawak2 best nih dan lantas ku gugel ape je bende2 yg kurasakan kelakar...bagi aku laa.
lawak 1: manual to speak malay
ooo..nak cakap melayu ye.. suruh je mat saleh follow manual kat bawah neh.... ade hati
1. BELACAN = BELL - ARCH - UN
2. TEMPE = TEMP - AIR
3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK
4. JERING = JAR - INK
5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG
6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK
7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG
8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT
9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK
10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB
11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG
12. PEKASAM = PEAK - A - SOME
13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN
14. SIRAP = SAY - RUBB
15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK
16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY
lawak 2:Kisah Ferarri, Evo7 and Kelisa
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kelisa tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "
Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'
lawak 3:AKTA 15.....KONON
Sepasang kekasih baru yang bekerjasebagai pekerja sosial.. Hamiddan Rosni selalu bersama walau kemanajua.. Suatu malam ketikamereka berdua keluar berdating...
Hamid : "Kita nak kemana nie?"
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana punboleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita kepantai.."
Rosni : "Saya ok aje.."Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta..
Mulanya berbual biasa..lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya dipaha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah...hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.."Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"Lalu mereka pulang... Di rumah..
Hamidterus masuk kebilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya..."Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"
p/s: jemm jek....
No comments:
Post a Comment