Semalam seblom tido aku dah berkira-kira.bukan kira hape pon cuma aku dah terpikir headline arinih yang bakal berbunyi begini "tengahariku, pagiku". suatu istilah yang tepat untuk menggambarkan kehidupan seharian aku kat sini tatkala menanti panggilan U ataupon interbiU untuk aku tamatkan riwayat rehat aku yang masuk arinih dah menginjak usia 3 bulan lebih. Sebenarnya aku seronok begini.akhirnya aku dapat berehat panjang, rehat yang aku tak penah dapat sewaktu di kolej.cuti paling lama kat MMC cume tiga minggu sedangkan IPTA bagik sebulan.tapi aku tanak complaint. ye la nak complaint buat ape? hasilnya aku dapat habis lebih awal dari sesetengah rakanku yang masuk kolej atau U lagi awal tapi sampai skang tak habis2 lagi pengajian diorang.ye laa, diploma je pon,nak watpe blaja lama2.
Selalunya time2 camnih aku masih lena dibuai mimpi.maka bangunla aku paling cepat pon pukul 10 atau paling lewat pon pukul 12 tengahari. Sarapan yang mak aku sediakan bertukar jadi hidangan tengahari sebab walaupon aku bangun awal, aku terlalu terbiasa tak sarapan. satu tabiat yang jangan laa diikut oleh sesapa saja yang hidup di dunia nehh.
Jadi pengembaraan hari ini bermula ketika telinga aku dibingitkan oleh alarm henpon ayahku yang ku kira disetkan ke jam 6 pagi. Aku terjaga dan kuamati pulak henpon aku untuk dapatkan kepastian..memang jam 6 pagi. "ahh!! awalnya, sambung la tido". aku golek2 ke kiri dan kanan.naper aku takleh lelap balik nih? serta merta aku teringatkan blog aku yang baru je aku cipta kurang 12 jam yang lalu. aku tak pedulik, aku cuba lelap balik tapi telinga aku dihingarkan pulak dengan suara perbualan ayahku yang nak pi kerja dan mak aku yang sibuk menyediakan sarapan. Last2 aku give up.ahh bangun je laa.perut berkeroncong, aku pi dapur ingat nak carik nasik. mak aku kata "ko nih sewel ape pepagi carik nasik?",aku tengok kat meja ade quaker oats. Sarapan yang sehat. Mak aku pon suh makan mende tu, ku tenung lama2 bijan2 yang dah kembang kene air panas tu, dan aku carik dalam peti ais tengok2 kot ade ape yang aku leh tambah kat quaker oat tu. aku tengok ade susu magnolia berperisa oat. "oat lagi?" ahh dulik, aku capai susu tu dan aku campurkan kat quaker oat tu. aroma die pehh.kembang anak tekak. sesudu demi sesudu aku telan....sambil dalam otak dok berpikir " kalau hari2 aku makan mende nih tiap2 pagi, kurus aku." yeah untuk ke brape ratus kalinya aku berpikiran sedemikian sambil mengharapkan ia jadi nyata.
Lepas sarapan, sekali hujan turun mencurah-curah membasahi bumi Carey Island yang senantiasa subur dengan pepohon kelapa sawit yang menutupi 7/10 pulau itu. ahh sejuknya!!! sambung tido best nih. tapi mata aku degil takmo tido.lalu ku halakan henponku keluar dan snap gambar pagi di depan rumah aku...yer..pagi nih memang gelap,tapi tak lama. Jam 9.30 pagi matahari mencacak naik memanaskan semula seluruh isi pulau ini yang tak berteduh...kalau tak panas petang nih buleh aku sambung aktiviti harian iaitu bermain bola sepak bersama jiran2 yang ratanya masih dibangku sekolah.kalau hujan macam pagi nih, haih menghadap pc je laaa......salam
2 comments:
hek..eleee, apolah gambar tompek ayah ngan uncle abu panggil burung wak2 kau gi ambik.
biar betul cik norzin garang cenggitu..haha
Post a Comment