kahkahkah!
apa2 hal gua gelak dulu....ok sekarang da berenti gelak..
Dalam banyak2 blog, antara blog yang paling gua slalu lawat ialah blog Sokernet. Diorang memang pakar buat review pasal bola dalam edisi lawak. Sapa terasa atau sapa butthurt ngan lawak diorang, percayalah, lu orang memang peminat bola yang fanatik sebab langsung tak boleh kena jentik..
Lagi satu yang cilake pasal bebudak Sokernet ni diorang ade berbelas writer kat blog diorang yang kejenya bukan takat update blog tapi juga update Facebook status setiap jam..macam siot....
hari ni gua compilekan the best status updates atau segmen Tahukah Anda edisi Lepasan SPM khas untuk budak2 yang baru lepas ambik result SPM korang semalam... sekian, jangan ada yang terasa atau butthurt pulak, kalau terasa gak memang bak kata sokernet, ini adalah bangang, bangang, bangang!
courtesy of Sokernet FB.
-Tahukah anda dengan mencalar kete, pancitkan tayar, isi pasir dalam tangki minyak itam moto, menganjing, menconteng nama cikgu disiplin dalam tandas dengan perkataan GAY tidak bermakna SPM anda akan gagal?
-Tahukah anda yang berita Tv malam ini akan menunjukkan aksi aksi tangisan kegembiraan para pelajar SPM yang cemerlang manakala yang gagal pula akan terpinggir terus? Ini tidak ADIL!!!!
-Tahukah anda bahawa ramai balak dan awek yang akan clash@di "dump" hanya kerana keputusan SPM yang teruk? Bersabarlah dunia ini memang kejam!
-Tahukah anda, berdasarkan pengalaman gua, mereka yang selalunya skor dalam SPM ni budak budak yang nerd nerd gitu...yang rambut cacak cacak - terberakkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!
Gua?
Gua OK!
-Tahukah anda bahawa lagu-lagu seperti UKs - Kekasihku di Menara, Kris - Tiara akan menjadi peneman setia balak-balak 'gagal' tatkala awek-awek mereka berjaya ke universiti manakala mereka tersepuk di tepi-tepi tembok tempat jual burger setiap hari selepas Isya'?
-Tahukah anda SPM tidak menjamin syurga?
-Tahukah anda kalau kalau kena cara, kantul SPM pun boleh ngorat makwe cun
-tahukah anda, sewaktu sekolah dulu, gua takde makwe, tapi bila masuk u, gua ada ramai makwe. jadi, masuklah u..
-Tahukah anda, Kolej Komuniti? Jadi mana-mana SPM bertaraf hidup segan mati tak mahu, boleh isi borang. Ok juga. Ada cos hospilati hotel rasanya
-Tahukah anda, untuk awek2 yang tak boleh isi UPU (anda tahu sebabnya mengapa), boleh jadi nurse? Masterskill nurse2nya memang power.
-Tahukah anda, sekiranya tidak boleh masuk UiTM, anda boleh masuk GiatMara > IKM > Uitm. Jalan berliku begini memang true.
-Tahukah anda ramai yang masuk University ni akan end-up kolej drop-out, tak grad pun?
-Tahukah anda, ASWARA? Jenis yang masuk Kelab Budaya kat sekolah memang elok masuk ASWARA. ASWARA memang power!
-Tahukah anda kemasukan anggota polis tidak memerlukan SPM yang bagus? Jadi polis pun ok apa.
-tahukah anda, carlos slim tu, spm pun dia tak amik. rilek je.
-tahukah anda, kalau ada degree pun, dorang bagi basic rm1800 je. baik jual insuran, sebulan dapatlah rm15 ribu..
-tahukah anda, kalau dapat 10A1 pun, kalau tak sembahyang apa gunanya..
-tahukah anda, buka2 buletin utama je, dorang dah cerita pasal jubur saiful dan video seks tu.. celaka betul!! bukan cite pasal spm
-Tahukah anda, sijil STPM jauh lebih power daripada sijil matrik? Sijil matrik sehabuk pun tak guna.
-Tahukah anda, kalau main bola power tapi spm tak power anda masih boleh masuk UPM dan Uitm?
-tahukah anda, kerjaya sebagai MLM tak tengok pun spm anda berapa A?
-Tahukah anda, kalau SPM adan tak power, miskin tapi ada niat yang mulia anda boleh join Dana Belia 1Malaysia? Anda boleh buat filem pendek 10 minit dan dapat rm130.
-Tahukah anda result SPM sekarang dah takde spirit sebab tak guna system aggregate.
-Tahukah anda di alam universiti nanti besar cabaran sosialnya?
-Tahukah anda, student yang spm power biasanya gagal di U apabila terkena kejutan culture?
-Tahukah anda, student perempuan yang power spm belum tentu power dalam bab2 cinta? Fail cinta di U menyebabkan mereka fail semuanya.
-tahukah anda, pelajar yang tak pernah berenggang dengan keluarga, apabila masuk U akan jadi wild dan sangat sosial? Ibarat burung yang baru lepas dari sangkar. Ye dok
-tahukah anda pada semester awal pelajar yang baru masuk U pakai minyak wangi one drop perfume jer tapi bila masuk semester yang seterusnya dah pandai-pandai pulak pakai minyak wangi mahal!
-Tahukah anda, masa orientasi nanti, adalah waktu student senior yang tak laku nak cari awek freshies dengan mengofer diri jadi fasilitator.
-Tahukah anda yang kebanyakan kepala pelajar-pelajar baru U akan terkena simbahan asid yang akan menyebabkan kekaratan pada sesetengah anggota tubuh?(rambut karattzz)
-Tahukah anda cinta IPT adalah palsu semata?!!wtf!
-Tahukah anda cinta IPT telah melukakan jiwa gua sampai ke hari ini hingga menyebabkan gua langsung tak percaya akan cinta dunia fana ini melainkan yang Esa?
-Tahukah anda cinta & IPT seperti isi dan kulit?
-Tahukah anda kehidupan di IPT adalah yang terindah dalam hidup kita?
Segala suka duka, cinta, kegagalan akan membuatkan kita bangkit dengan lebih gagah dan berani dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mencabar ini? Dan akhirnya berjaya menggenggam ijazah di tangan!
Oh melati!
-tahukah anda, di ipt nanti korang akan jumpa mat komik, mat bola, mat surau, mat motor, mat kereta, mat skate, mat mlm, mat tabligh, mat gamer. Dan paling menyempah adalah mat jambu. kontrol 24 jam. stadi pun asyik dengan awek2.
-Tahukah anda lepas kena ragging, penat belajar, beberapa kali putus cinta, hampir terjebak benda tak senonoh, betul-betul terjebak benda tak senonoh, repeat sem, hampir terjebak dengan dadah, keputusan duit, dapat ijazah......tahu-tahu interview kerja yang anda pergi ialah sales exec. yang langsung tak peduli apa jadah yang anda belajar dekat Universiti dulu.
-Tahukah anda dekat universiti nanti ada gaduh pasal bola, pasal makwe, pasal politik, pasal negeri, pasal abang angkat..... pendek kata universiti ni macam dalam documentary in-mates tu la. Aiyok... tak tau.
-tahukah anda, universiti adalah no man's land dan perempuan IPT adalah territory or a dumping ground for refuse between fiefdoms?
-Tahukah anda yang pak dan mak guard akan bikin lu panas ati nanti?wtf!
-Tahukah anda universiti ialah tempat pertama budak-budak lelaki yang berangan berambut panjang dapat menunaikan hajat terpendam mereka?
-tahukah anda, minggu induksi tu bukanlah wajib lu orang kena pegi sebab fasi2 yang jaga tu banyaknya yang suka bodek hep dan bangang!
-tahukah anda, anda kena kontrol nafsu serakah anda di universiti?
-Tahukah anda sebenarnya kalau anda bangun dan melawan, lebih best kasi penumbuk dekat fasi-fasi celaker tu anda adalah legend in the making??
-tahukah anda, kalau nak masuk u jugak, korang pilih lah course yang senang2, tak payah belajar susah payah dan sambil belajar boleh buat MLM. dekat u la paling ramai prospek untuk MLM ni..
-tahukah anda, kalau nak sambung belajar tu sambunglah ke uitm. yuran murah. rm360 je satu sem. makan kat dining, asrama disediakan. dok pulak ceruk dalam hutan jengka nuh. dapat ptptn rm3500, so banyak duit balance, boleh lah joli katak time outing..
-Tahukah anda laptop yang nanti anda mintak mak bapak beli akan anda penuhkan 70% dengan sumber sumber dari youjizz dan seperti itu manakala kegunaan untuk assignment sebenarnya tak sampai 2% pun.
-tahukah anda, perniagaan paling menguntungkan di universiti adalah menjual rokok?
-Tahukah anda sebelum menempuh pengalaman-pengalaman yang dinyatakan di atas tadi, anda kena pergi Khidmat Negara dulu. kah kah kah kah... takde internet
-tahukah anda, apabila mendaftar U, akan ada cerita bilik sekian sekian ada budak gantung diri? tiba2 anda pulak yang dapat bilik tu.
-tahukah anda, makwe lu dekat u nanti, belum tentu lagi jadi bini lu..
-tahukah anda, anda juga boleh meniaga burger dari bilik ke bilik time kat u nanti, masyuk woo..
-tahukah anda, memang ramai makwe kat u, sebab semua pakwe sibuk isap dadah dalam kebun sawit?
-Tahukah anda, awek2 Medic yang cun2 akan copule dengan balak medic yang buat korang tensen pasal korang rasa boleh makan balak medic tu?
-tahukah anda, kalau anda termengandungkan makwe anda dekat u nanti, janganlah anda flush bayi tak bersalah tu dalam mangkuk jamban. dosa tau tak?
-tahukah anda, makwe2 kat u ni sebenarnya nak pakwe yang boleh membimbing mereka ke jalan benar? so, masa isi borang upu tu try mintak course syariah. sure market lah..
-Tahukah anda apabila sahaja anda ditakdirkan jatuh cinta di IPT nanti, janganlah sesekali melafaz kata janji sehidup semati. Nescaya masa akan berlalu tanpa disedari - janji akan memakan diri!
-tahukah anda, kalau kalian masuk ke uitm shah alam dan tak dapat duduk kolej, kena pulak sewa rumah, sewa rumah kawasan tu jahanam punya mahal. akhirnya satu rumah flat, kena kongsi 10 orang. macam mana nak bawak awek balik rumah?
-Tahukah anda lagu Fauziah Ahmad Daud dalam filem Ali Setan akan berputaran dalam kepala anda bila terkenangkan kehidupan semasa di IPT?
-tahukah anda, faizal husin dulu sibuk merantau menaiki motorsikal mambawa hati yang lara tapi dia berjaya jugak dapat jadi pelajar terbaik?
-tahukah anda, kalau nak bercinta di universiti tu ingatlah syariat tetap membantaskan, pelajari ilmu rumah tangga agar kita lebih bersedia menuju hari yang bahagia?
-tahukah anda, study biar lepak, result biar gempak?
-tahukah anda, budak2 uum kena pakai tie setiap ari. tak rok langsung!
-Tahukah anda kalau agak-agak malas nak belajar pada satu-satu semester tu korang boleh mintak extend? sekolah mane bolehhh!!!
-Tahukah anda di IPT akan temui mamat-mamat kaki jamming dan berangan kalah mat sentul nak cantas bunkface kat persada muzik tanahair?
-tahukah anda, agak tak lepas je nak jawap soalan time final exam dekat u nanti, lu orang bawak je toyol..
-tahukah anda, time dekat u ni, pak guard2 dia banyak macam haram jadah?
sekian..kahkahkah!
2 comments:
giler byk "tahukah"..lotih nak baca..haha..ayat2 power seteriktodapoint je diorg bagi ek..ape facebook diaorg niq..nk jugak baca status diaorg tiap2 hari..haha..
http://www.facebook.com/sokernetpage
tahukah wawa, bahawa dari sini lah asalnya segmen Tahukah Anda di group IPTV Compliance..hahaha
Post a Comment