adverts

Saturday, March 19, 2011

Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa #1: Welcome to Pulau Carey...


Dari Tanah Minang ke Tanah Jawa adalah sebuah kolum khas yang ingin aku ceritakan tentang pengalaman aku dewasa ini di dua buah tempat yang berlainan budaya dan loghat. Akan aku ceritakan pengalaman berbeza aku yang dahulunya menetap selama lebih 20 tahun di Seremban iaitu pusat tumpuan negeri adat perpatih dan kini di kawasan Banting yang merupakan core kepada golongan Jawa di Selangor...

"Welcome to Pulau Carey..." macam tu la bapak aku troll aku masa mula2 aku jejakkan kaki kat sini. Dialog dari movie Power Rangers tu aku ingat sampai skang tatkala Billy first time pi kat tempat ala2 Jurassic Park untuk dapatkan power Ninja lalu mengungkapkan kata2 "Welcome to Jurassic Park". ya Power Ranger pon dulu2 dah reti trolling penonton, jangan tak caya. Aku admit selama 20 tahun aku hidup aku memang tak penah dengar langsung nama tempat ni. Inikan pulak nak percaya tempat ni wujud. Kalau orang cakap pasal Pulau Carey mesti aku ingat mamat tu main2 dengan nama pelakon paling sumpah kelakar iaitu Jim Carrey ataupun penyanyi yang aku paling tak suka, Mariah Carey...

Ok sebenarnya macam mana gua boleh tercampak kat sini? malam semalam gua berborak ngan ahseng housemate gua. borak2 pasal family.. gua citer kat dia mak ngan ayah gua ni sekampung je. Dua2 orang Seremban. mak gua dok Senawang dan bapak gua dok kat tempat paling legend kat seremban iaitu Gedung Lalang, Ampangan. gua pon taktau kenapa gua rasa gedung lalang ni legend. maybe sebab ramai orang tua dok sini kot? legend jugak sebab gua dulu skolah tadika kat sini, gua ingat gua slalu time raya main mercun ngan cousin2 gua kat sini, dan yang paling legend ialah our so called First Lady iaitu rosmah mansur adalah orang gedung lalang ampangan.. tak silap gua gedung lalang 50 kot..sayangnya akak pink ni sombong siap lupa daratan kalau tak gua kompem kat depan sekolah menengah seri ampangan tu mesti dah ada poster besar gambo dia. 

Sudah, persetankan ahkak pink.dia tak penting bagi gua pon. so macam mana gua tercampak kat carey island nih? 20 taun gua dok seremban bai.. kalau tak sebab gua study kat KL silap2 gua ni katak bawah tempurung la tak pernah kuar dari seremban. bapak gua walaupon keja kat puchong dan mak gua yang memang dari dia lepas spm dia keja kat seremban sampai dah ada anak besar panjang macam gua pon dia keje situ lagi, jadi camna bleh tercampak kat sini ni? cite dia camni, sebenarnya ada kaitan gak ngan si FLOM tu(firsstttt!! lady of malaysia). mengikut cerita backdoor yang aku dengar, najib si PM tu ada sorang adik bernama nazir razak. Nazir ni plak tak silap gua bos PNB. PNB plak time tu kira pegang 3 syarikat pertanian termega di malaysia iaitu Guthrie(which is original company mak aku), Sime Darby(si kambing hitam) dan terakhir ialah Golden Hope Plantation( the smallest of the 2 evil). satu hari si nazir ni ade idea super(bangang)best untuk menggabungkan ketiga-tiga company menjadi satu supaya keuntungan berlipat ganda dan nak manage pon senang. Memang cam lancau kan mentaliti melayu yang satu nih? nak keje senang main gabung je tak pikir orang bawah. So ade la isu2 yang berlaku dan akhirnya tergabunglah ketiga2 company pertanian terbesar ni. tapi yang sebenarnya kalau dari segi pertanian Guthrie adalah leader dan yang paling masyuk skali.. Sime Darby ni pulak sangat lah merepek sebab venture macam2 jenis industry dari oil and gas, plantation,engineering,property,motors dan ntah ape lancau lagi sampaikan susah sangat nak manage jadi asik rugi je manjang. ntah ape yang untung ntah setakat gah pada nama. Golden Hope ni macam gua cakap tadi the lesser of two evils atau yang paling kecik sekali. yang ni paling minoriti so suara membangkang dari depa pon macam takde orang nak dengar.
sejak dari awal lagi aku rasa penggabungan tu sangat tak perlu sebab ketiga2 syarikat ni tak rugi pon?.masing2 ada keuntungan masing2. biasa kalau ade yang rugi barulah buat merge. Macam Sime Darby despite diorang rugi dari motor dan property tapi untung tetap ada dari plantation sume tu. plus dengan branding diorang yang kuat memang nampak gah la jugak Sime Darby nih. tapi PM time tu pak bedola pon ngikut je cakap si nazir ni dan sukekan idea Syarikat Pertanian Terbesar di Malaysia.. lalu dia pon dengan bedolanya pon setujuk je ngan gabungan tu. Nak dipendekkan cerita, setelah penggabungan tu berlaku ,akhirnya ketiga-tiga company menggunakan nama Sime Darby sebab branding dia kuat dan jadi bahan maki oleh warga yang lagi dua tu, setiap division dan setiap bahagian mestila kena ade R&D ye tak? kalau dah bahagian plantation tapi takde R&D, pelik la jugak tu kan macam beli kereta tapi tak dapat tayar. so senang cite R&D plantation Sime Darby ni dipusatkan di Tanah Jawa yang paling hardcore di Malaysia iaitu sekitar Banting. Ok Banting tu pon ade R&D jugak tapi opis R&D yang main depa letaknya kat Pulau Carey.. mengikut kata bapak gua Pulau Carey ni dulu nama dia Teluk Gonjeng.. ntah ye ntah tidak. Bapak gua pon kaki troll nombor satu jugak. pernah dia troll nama anak buah dia dari sedap nama dia Humairah dibantainya nama budak tu Fatin Adreena...perghhh macam nama super sapien dah aku dengar.

So disebabkan R&D asal iaitu Seremban ni memiliki staf2 yang agak ramai maka ada antaranya yang elligible untuk dok rumah kuarters kat Pulau Carey nun termasuk la family aku. oh ye, aku sejak aku lahir sampai dah besor dok umah kuarters.dah dok umah sewa baru terasa dok umah kecik sikit.haha. Maka oleh itu, terpindah la aku ke kesini. Memula sampai pehh punye bosan gile satu ape pon takde.. Kalau nak pi shopping yang paling dekat pon Jusco Bukit Tinggi.tu pon setengah jam baru sampai.cess. Tapi dah dekat tiga tahun aku dok sini rasanya tempat ni seronok gak la.. ikan ikan fresh,seafood murah,senang nak dapat.. jadi sebenarnya ada bagusnya kita berpindah randah ni kan? so kat sini je la dulu intro aku pasal Pulau Carey.nanti next aku cite bende lain pulak..chaloww


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...