Someone told me you're really good with toys. These are mine, but I'm going away now. So I need someone really special to play with them.-Andy
Masa aku kecik dulu, dilahirkan dan dibesarkan sebagai the only son memang banyak advantage yang aku dapat. Salah satu contohnya ialah aku ada banyak permainan atau toys. Memang kecik2 dulu aku ada toys tak kira la dari kete racing, robot power rangers,pistol mainan,kapal bot dan macam2 lagi samaada yang parents aku bagi ataupon dari atuk nenek aku yang bagi sebab aku cucu sulung time tu. Dan aku ni mengikut dari apa yang nenek aku cakap seorang yang tak kasar dengan permainan. Aku memang jaga sungguh toys aku semua tak macam sepupu aku yang memang nakal gile sampaikan tahap pernah sekali pagi ni bagi permainan kat dia, malam tu jugak dah rosak. mengikut kata nenek aku, dua orang cucu yang dia jaga ni memang perangai beza. Ok, aku bukan nak cakap pasal the rivalries of cucu's. Tidak sama sekali, yang aku nak ceritakan ialah pasal toys. Macam aku cakap tadi aku ada banyak toys yang aku memang jaga ngan elok sampai ke hari ni. Kebanyakan yang dah rosak dulu pon bukan sebab aku yang buat.. mesti rosak sebab orang lain yang buat contohnya kawan2 aku atau sepupu aku. Dalam koleksi aku sekarang ada la lebih kurang 10 jenis toys/action figurine yan aku simpan sejak aku kecik sampai skarang aku umor 23 taun. Percaya tak?
Now apa kaitan cerita kat atas ni dengan Toy Story 3? ok kalau kat atas ni aku melabon pasal aku punya Toy Story..skang aku nak melabon pasal filem Toy Story 3 ni plak. Gua sebenarnya baru je tengok citer ni, Plan asalnya nak tengok kat wayang tapi sbb time kuar kat wayang tu aku kat dalam hospital maka aku terpaksa tunggu sampai aku stat keje baru aku dapat download balik movie nih. So kisahnya bermula dengan Andy. ya sapa tak kenal Andy. manusia penyayang yang sangat sayangkan toys dia macam Woody, Buzz Lightyear, Slinky dan Mr. Potato Head. Filem ni is all about realiti.. realitinya pada suatu masa kita terpaksa melepaskan benda yang kita sayang contonya Andy menjual Little Bo Peep..sedih aku takpat tengok Little Bo Peep sebab bagi aku dia karakter yang istimewa..
Realiti dalam movie ni muncul dalam bentuk Andy yang kini sudah besar dan akan menyambung pelajaran ke kolej. Kini Andy dah tak boleh nak main-main dengan permainan dia... dan toys2 ni pon sedih sebab diorang dah tak dimainkan macam Andy kecik2 dulu. Maka Andy's Toys ni pon mula mencarik kemana hala tuju diorang. nak ke loteng atau pusat jagaan kanak-kanak? dan Andy pulak, apa dia nak buat ngan toys2 ni semua?
Sekilas pandang, Andy ngan Aniq ada persamaan..kami sangat sayangkan toys kami. Tak macam Andy yang simpan mainan dia kat dalam kotak, aku memodelkan permainan2 aku dengan gaya tersendiri.. sejak aku kecik antara permainan yang aku paling sayang ialah dua orang Cybercop aku, Si Power Ranger Merah, Ninja Megazord dan 3 robot Dinosour yang aku simpan iaitu Triceratops, Branchiosourus dan Godzilla. Kengkadan aku terpikir, adakah aku mampu buat macam Andy buat di akhir cerita ni.. agaknya kemana perginya semua mainan ni nanti bila aku da kawen,da ada anak? adakah aku akan bagi diorang? aku rasa tu yang paling sesuai kot. nak lagi best aku ingat nak jual kat muzium ke..ebay ke...kan? tapi ntah laku ke tak?
antara toys yang display sejak kecik, original Power Rangers Megazord, Godzilla+Rex,Triceratops, Falcon Zord,Branchiosourus beli kat McD, Ninja Megazord yang kudung tangan sebelah, Cybercop Jupiter dan Lucifer dan last but not least the original Red Ranger..
-Movie ni sangaaat sedih. dan sangaaat kelakar. kalau blogger Cursing Malay pon tulis yang dia bleh tangkap leleh tengok cerita ni maknanya movie ni memang sedih, nasib baik aku ni jenis hati keras maka takde la aku sampai tahap nangis.. ending cerita ni memang sayu wehh time Andy jumpa Bonnie tu. masa Andy main2 ngan toys dia sama2 ngan Bonnie..fuhh.
-Ada orang compare citer ni sama best ngan Up. aku tak tengok lagi cite Up. Tapi kalau Toy Story 3 ngan UpP pon bleh tercalon ke Oscar so means dua2 movie do worth it kan?
-gua suka sound effect Rex masa awal2 tu..pehh sebijik Jurassic Park.
-Bagi korang2 yang simpan toys sejak kecik sampai skang. wa sangat suggest lu tengok citer ni.. gua sangat terkesan ngan cerita ni sebab gua ngan Andy memang tak jauh beza dan yang penting kitorang simpan mainan kitorang dari kecik sampai besor( dalam kes aku lagi extreme dari aku kecik sampai dah keja)
Here and There rates Toy Story 3 an awesomee!! 9 out of 10
Tidak mudah untuk kita melupakan zaman kanak-kanak kita kan?
3 comments:
serius shit r ko ada lg sume ni?
mesti arr dow..hehehe
Kalo nak jual cybercop tu WhatsApp no saya... 0130133080, zarul... Tq
Post a Comment