adverts

Monday, March 30, 2009

Kenapa Jebat tewas?


Kenapa Jebat tewas? DALAM Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat yang menjadi watak kedua paling menonjol dalam mitos itu telah tewas di tangan Hang Tuah. Sebenarnya mitos Tuah dan Jebat ini sudah menjadi milik rakyat dan semua lapisan tahu galur cerita dari kecil hingga membawa kepada pembunuhan Jebat.

Mitos ini adalah yang paling popular dalam kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu. Semua orang boleh bercerita dengan baik secara kronologi kisah tragis orang Melayu ini. Banyak tafsiran dibuat terutama dengan mengaitkan psikik orang-orang Melayu dengan watak-watak yang ada dalam Hikayat Hang Tuah. Ada yang melihat Tuah sebagai wira kerana setianya kepada Sultan Melaka. Tetapi Sasterawan Negara Usman Awang melihat Jebat sebagai wira dalam naskhah teater Matinya Seorang Pahlawan.

Jadi, mitos ini bukanlah statik malah ia berkembang selepas diberi tafsiran demi tafsiran dan sebenarnya ia tidak terlepas atau terpisah dengan pemikiran politik orang Melayu. Kisah Tuah dan Jebat adalah manifestasi politik Melayu. Lihatlah, Sultan Melaka telah menganiaya Tuah dengan menjatuhkan hukuman mati. Tetapi apabila Jebat mengamuk kerana kezaliman sultan, rakyat bukan menyalahkan sultan tetapi Jebat. Ini kerana Jebat bukan berada dalam kelompok arus perdana.

Kembali kepada persoalan kenapa Jebat tewas, tentulah jawapannya kerana Jebat menyanggah sudut pandangan majoriti, daulat dan kemuliaan sultan. Biarpun sultan yang bersalah tetapi dari sudut psikik orang Melayu, lebih baik mengikut daripada menentang arus. Hikayat ini memberitahu, dalam pemikiran sesetengah orang Melayu, mereka menolak kelantangan, kritikan dan apa saja daripada orang yang tidak ada kuasa seperti Jebat. Jebat hanya ada tanggungjawab dan kesedaran tetapi tidak ada kuasa.

Biarpun ada sesetengah pandangan melihat kesetiaan Tuah bukan kepada sultan tetapi simbol pemerintah tetapi Tuah bermain Politik selamat?apabila dia berada dalam kelompok majoriti atau pandangan arus perdana. Tuah tidak berani menegur sultan walaupun sultan melakukan kesalahan. Jebat bukan saja berani menegur malah menyuruh sultan meninggalkan istana kerana dia percaya dia lebih layak menjadi sultan. Malangnya orang Melayu kerana mempunyai Tuah, wira yang tidak berani membetulkan sultan. Maka yang menewaskan Jebat bukanlah keris Taming Sari saja.

Jebat ditewaskan oleh sikap rakyat yang tidak berani untuk memberi pandangan berbeza. Pada beberapa zaman akan datang, psikik orang Melayu susah untuk berubah kalau Jebat mahu terus dibunuh. Yang tinggal hanyalah tukang angguk seperti Tuah. Orang Melayu memerlukan Jebat yang berani melontarkan pandangan tidak popular. Oleh itu orang Melayu tidak boleh melihat Jebat dengan sudut pandangan lama sebagai penderhaka dan biadab kepada Sultan Melaka. Itu silap!




credits to the original author

9 comments:

mohd zul adzuad adam said...

jebat tidak popular seperti tuah kowt..sebab tu la setelah bertarung selama seminggu dgn tuah,jebat amukkan melaka selama tiga hari.semua melaka die jumpa dia bunuh,sampai tahap die tak tahan,sebb luka bisa keris tuah,die pergi ke rumah tuah dan mati di pangkuan abg kesayangan die tu.ngam kan hero aku>

biar jadi jebat treason drpda jdi tuah loyal

PELAUNG PULAU said...

uih.kisah tak pnah dengar ni.. bukan masa lawan tu.. straight mati ke si jebat derhaka tu?

mohd zul adzuad adam said...

tak..sbb kalo ikut dlm dunia melayu,die cepat2 balut luka die tu dgn kain cindai,sejenis kain yg digunakan sebagai senjata.die balut dan amuk melaka.mase tu habis darah2 org melaka.banjir darah tu setinggi buku lali.amuk sakan org tua tu.

PELAUNG PULAU said...

nape la orang mengamuk tu ko jadikan hero. bek ko amek satria baju hitam ke, cicakman ke, mail 2 singgit ke jadik hero.hehe

abdul said...

tuah nih setia sgt..
xpun dia gay..

sbb tolak cinta puteri gunung ledang demi sultan yg kuku besi..

Anonymous said...

jebat kalah sebab tuah pakai C4.HEEEEE

PELAUNG PULAU said...

tu 'betuah' punye budak

Anonymous said...

citer hang tuah ni mitos je. Sebenarnye bukan melayu je ikut arus perdana. org arab pon sama. sume manusia kat dunia ni ikut arus perdana. tahukah anda PBB punye commitee 60% org yahudi? ape guna PBB kalo stakat 1 kuasa beso kate NO, yg lain pon NO?

mohd zul adzuad adam said...

hahaha

persatuan bangsat2 bersatu.boleh jalan lar pbb.boikot je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...